Showing posts with label ofis. Show all posts
Showing posts with label ofis. Show all posts

Friday, November 08, 2019

Sambutan Maal Hijrah 2019

Assalamualaikum..

cerita hari Isnin lepas.
ada sambutan Maal Hijrah anjuran Pusat Islam kat opis aku ni.
antara slot dlm program hari tu is ceramah dari PU Hafiz.
so, jomlah kita join.
selalu kalau ada majlis ilmu mmg aku akan join kalau free.
blh kata tiap2 bulan akan ada majlis ilmu.
kadang kuliah dhuha, kadang ceramah @ forum.
kalau kuliah dhuha tu dirog jemput penceramah @ motivator dari Perlis saja.
kalau forum atau ceramah berskala besar, penceramah luar.
utk thn ni yg aku dah join antaranya ada penceramah Dr Robiah, Dr Danial and ramai lagi.
ceramah free, takda kerja yg menuntut yg perlu disiapkan segera so usahakan pergi.
banyak manfaat dan pahala bila kita pergi ke majlis ilmu.
tapi kalau ada kerja yg perlu diselesaikan, ada yg lebih utama so tak dapatlah nak join sebab program ni selalunya hari bekerja.
kena seimbangkan. kena ingat, kita kerja cari rezeki dan tertakluk kepada arahan.
dapat keizinan utk pergi, baru blh pergi jangan main tuang je keja tu semata2 nak pegi dengar ceramah agama.
dah lain jadinya nnt.. dari dapat pahala dah jadi buat salah pulak.




so, back to the topic.
slot PU Hafiz kejap ja. dlm sejam 30minit.
walau masa singkat, tapi penyampaiannya sangat padat dan menarik!
tak sempat ko nak  menguap pun.
lawak jenaka dan isi yg nak disampaikan seimbang.
terkesan pada hati. dapat ilmu baru. ada yg tak tahu, ada yg lupa maka kita refresh semula.



Pencutes Ummah @ PU Hafiz.
tajuk ceramah BMF satu hijrah?
tapi dia kupas sikit je bab tu.
isi lain lagi banyak but best. takda melawak kosong.
bergegar 1 dewan gelak bila dia buat lawak, tapi tetaplah ada isinya.
penceramah kalau plain saja penyampaiannya, org mudah jemu.
bukanlah suruh jadi pelawak, pelbagaikan cara penyampaian agar tak boring.
tau jelah org kita kalau bab agama ni, kadang2 kurang mendapat sambutan.



antara perkongsian beliau.
bab sedekah. the powerful of sadaqah.
dan dia jugak share powerful zikir.
ada jugak disentuh bab syiah, LGBT, rezeki dan mcm2 lagi.
pendek kata best!

lepas slot ni, ada penyampaian anugerah Maal Hijrah yg disampaikan oleh our VC.
ada beberapa anugerah hari tu :

  1. Anugerah Al-Falah iaitu utk agensi jabatan terbaik. yg ni 2 jabatan dapat
  2. Anugerah Khas Pencetus Ummah. yg ni being to one of our lecturer yg now dah jadi motivator. selalu dijemput bagi talk kat sekolah dan jabatan2 luar dan dlm Perlis.
  3. Anugerah Personaliti Maal Hijrah : 4 penerima dan semuanya di kalangan pensyarah.
  4. Anugerah Tokoh Siswa. 6 perima di kalangan pelajar.
  5. Anugerah Sahabat Pusat Islam . 2 penerima di kalangan staf.
  6. Anugerah Tokoh Maal Hijrah. to our 1st VC.


dan...


i got one.
Anugerah Sahabat Pusat Islam.
bila tanya pihak yg memberi, why me?
katanya atas sokongan yg aku berikan pada Pusat Islam.
aku dilantik jadi AJK Surau disini since last year.
so, apabila ada apa2 secara tak langsung kita bantu mana yg perlu.
yg  bekerja di situ pun kawan2 semua. rakan2 sekerja.
bila diperlukan, kita bantu. dah jadi AJK tu, kena pandai bawak diri.
dilantik bukan bererti beban kerja bertambah, tapi kita blh luaskan kuasa. ehh salah2.
luaskan ilmu, luaskan pemandangan, luaskan skop kita.
takdalah kita cuma buat kerja hakiki.
ya memang akan ada tambahan kerja sebab AJK luar dr opis kita kan? tapi pandang dari sudut positif.
kenapa kita yg dipilih dlm ramai2 org, kenapa kita yg dilantik.
tak salah pun. ikhlaskan hati, so kerja akan jadi mudah.
aku pun bantu mana yg sempat selagi tidak bercanggah dengan kerja hakiki.

tu gambar candid dari kawan di hadapan pentas.
ada official photog kat depan tu.
dah kemain aku pose dgn VC tu. soon nak minta gambar ke dia hehe



bersama semua penerima anugerah.
penyampai anugerah is our VC. ada sekali tu barisan utama universiti.



kawan tlg snapkan.
tgh pose VC lintas hahaha. dah gelabah masing2. dia gelak je.

TQ Allah..
penghargaan yg besar utk aku walau pada org lain takda apa pun.
tak kisahlah.
tapi bukanlah anugerah yg diharapkan dlm kerja ni. tak..
cumanya rasa terkejut bila terpilih.
aku bantu mana yg blh mana yg mampu.
kerja ikhlas tak mengharapkan balasan pun.
dan bukan semua kerja yg kita buat kena bagitau org, this is do, this is my work and so on.
bila perlu, kita bantu. dan bantu sehabis daya, berikan yg terbaik. kalau tak mampu, bagitau.
tu cara aku. takkan aku buat kerja sambil lewa.
tu semua mencerminkan keperibadian kita.
dan anggap ini semua ladang pahala aku dlm mencari rezeki halal.



dapat hadiah plag dan sijil.
Alhamdulillah..
moga dengan penghargaan ini dapat buatkan kerja aku lebih baik dimasa hadapan.
bukan sekadar utk jabatan aku berkhidmat, malah utk seluruh organisasi aku yg besar ni.
pegang pada niat, kerja adalah ibadah kerana Allah..


Friday, December 02, 2016

BICARA DAKWAH - BERKATKAH GAJI KITA?

BICARA DAKWAH - BERKATKAH GAJI KITA?

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya. Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu. Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu? Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:

جمع الحرام على الحلال ليكثره

دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
"Mencarik Adat, Melarik Hasrat"

PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
 
Laman Web Pusat Islam:- http://pusatislam.unimap.edu.my
Email Pusat Islam: pusatislam@unimap.edu.my



*************************************************************************

aku copy dr email ofis aku.
now tiap2 minggu ada bicara dakwah dari Pusat Islam.
aku share bicara dakwah yg ke 6 ni sebab deep sangat ayat2 tu.
yelah, kita ni keja makan gaji kan?
kalau bos lain pulak bicaranya... hehe

kadang2 tu jadik la jugak mcm ni, terasa gaji mcm tak cukup.
kadang2 tu cukup2, kadang2 tu lebih.
tak cukup tu kadang tu sebab terover budget.. hihi..

tapi kadang kita tak sedar, keberkatan gaji kita.
betul ke kerja kita?
halal ke rezki kita?
susah nak ditafsirkan semua tu.
kadang kita fikir, kita mkn gaji ni dah cukup halal dah duit gaji yg kita dapat.
persoalannya, betul ke tidak kerja yg kita buat walau kita kerja mkn gaji.
bukan buat kerja kotor pun kan?

nak tulis panjang2 pun aku ni tak pandai sangat.
cumanya kena beringat, tahu niat kita.
kerja itu ibadah.
kalau kita jujur, ikhlas, insyallah berkatlah gaji yg kita terima tu.

Tuesday, November 29, 2016

TB : Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia di USIM

kisah bulan ogos.
dah lama tapi nak share jugak sebab ni antara perkara besar dlm hidup aku tahun ni.
entry mungkin panjang sebab aku sekalikan je malas nak pecahkan entry sebab dah lama, and gambar pun banyak jugak ni.
😁

iolls main catur okeyyyy..
hahaha..
bila org tanya, eh kau main apa sukum ni?
kami main game yg tak letih badan, tak kena panas, sunburn bagai.
tapi letih otak tahap bule muntah hijau.

last join sukum ( Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia ) tahun 2012 kat UUM.
pastu takda dah sebab tak banyak universiti nak buka game ni.
tahun ni Usim buka and uni kami hantar.
wow sangat sebab tak bajet nak ada di zaman kegawatan ni kan?
bila dah dipanggil training, so pegi jelah.
lagipun tak ramai yg berminat nak join.
sedih betul.
muka2 ni jelah dari dulu2.



perjumpaan dengan mentor sehari 2 sebelum bertolak ke Usim.
ni lengkap semua ahli.
yg pakai spek mata baju pepel tu.
sistem mentor ni tahun ni baru diwujudkan.
utk pembakar semangat dan pen'sponsor.. hahaha.
baik mentor kami, lawak pun ye jugak.
walau dia tak dpt join masa training and masa game, tapi dia ada text jugaklah.
yelah, dekan oi bizi je manjang.
yg  baju merah jalur2 tu is our manager.
dulu dia player jugak, now dah up jadi manager.
yg tudung merah tu wife dia.
kenal masa sukum 2007, pastu jeling2 mata.
setahun 2 pastu dpt kad jemputan kawen. hehe..
jodoh..

game start 6hb ogos - 13hb ogos.
bertolak 5hb malam dengan bas universiti.
ada yg gerak sendiri.
team kami separuh naik bas, separuh pegi sendiri.
takda hal, tapi kos tanggung sendiri la.
duit makan pihak uni kasik.

game kami start 10hb.
3 hari sebelum tu, makan tidor jelah.
bapak bosan sebab duk hostel Usim.
tv takda, harap ke henpon jelah.
seb baik la kami duduk hostel luar kampus, so takda la boring sgt.
boehla keluar jalan2 pegi Tesco, pegi Giant.
lainnya, makan tidor.
training tu ada la sket2. haha..



training time.
makanan keliling buat penguat minda.
hahaha.
pas tu tido...
team lain sampai2 je dah start game.
jumpa pagi2 masa briefing pagi, muka masing2 letih je.
kami letih juga sebab terlebih tidor. kahkahkah..
team lain seronok tgk kami relax2 ja.
padahalllllllllllllll, depa taktau deep down in our heart ni mcm nak pecah pikir nnt nak perah otak.
pastu sorang2 bukan ada kawan boleh tolong pun.
game mcm bola jaring, bola sepak tu walau letih tapi kerja berpasukan kan?
letih bule tukar2, kami ni?
haaaaaaaaaa kau main la sampai sudah kak yah oi.
tapi bagus catur ni..
buat otak kau bekerja keras sket.
pikir pikir pikirrrrrrrrrrrrrrrrr...



pantry kami.
stok seminggu nih.
semua contribute makanan dan minuman.
hahaha..
kami serumah dengan budak2 badminton.
so far semua ok je walau tak kenal sgt walaupun keja se univerisiti.
besar oii, bukan sempat kenal semua pun.
time event mcm ni barulah dapat jumpa kenal2.



mlm perasmian.
ada perbarisan semua kontigen, persembahan dr tuan rumah, bunga api bagai.
meriah la jugak..
dah lama tak join kan?



okes, dah start game.
our venue, dewan canselori Usim.
selesa, sejuk gedi dewan.

ok, cerita sikit.
semua uni boleh  hantar 5 peserta perempuan, 5 peserta lelaki.
tapi  markah dikira 3 best perempuan, 4 best lelaki.
team kami lelaki cukup, perempuan cukup2.
means, mmg kami the best lah.
kononnya lah...
kalah ke menang, mmg mata kami jelah yg dikira.
memang kena pulunlah maknanya.
mostly uni lain hantar 4-5 peserta perempuan.
kami je hantar 3 sebab takda player.
then disebabkan 3 org ni, dah menyebabkan gerun uni lain.
depa ingat kami ni the bestlahh
padahalllll.. jawab sendiri lah.
kahkahkah..
ada uni, masih kekalkan muka2 sama.
ada uni yg kami tak kenal, ada yg 1st time join.
mcm2..
masa game, semua serius mcm nak telan org.
habis game, boleh borak2 gelak.
yg kenal tu, seronok jugaklah share2 pendapat.
tapi ada jugak yg kekwat semacam mcm kan hebat nau.
hahaha..

peserta tak ramai sgt.
ada uni yg tak hantar, ada uni yg hantar team lelaki saja.
player perempuan tak ramai mcm lelaki.
tu pun, 9 game oi..
sehari 3 game..
bule muntah.

1st day, pagi2 diorg buat blis game.
1 game 5 minit.
kami yg perempuan ni mula2 tak nak main and manager kata ok.
aku mmg tak la sebab tak reti main 5 minit.
sekali pagi tu semua kena main.
masak...
redah jelah.
9 game, 4 game ja menang. hahah.
bnyk yg kalah masa.
plus tak biasa and tak reti main 5 minit ni.
masuk game ke 5 baruuuuuuuuuuuuuuuuu bule handle.
so, buat hatrik, menang strait.
amboi, mcm hebat nau bunyinya.
hahaha..
blis tu takda menda, tak kira point pun.
pastu, baru start game betul2.
at least oklah, buat panaskan badan.
then start game betul2.
1st game, senyum lebar sebab menang mudah.
ecewahhhh.
2nd game menang lagi mudah.
next 3 days, sehari 3 game.
last day ja 2 game.
total dari 9 game, menang 4 ja.
second and third day, aku menang game pagi ja.
last game, dua2 game kalah.

last game tu patutnya blh menang, tapi sebab pikir ke nak balik ja, kalah.
plus aku tak fokus.
patutnya boleh menang, sebab budak tu tak pernah menang.
tgk cara dia main sebelum tu, mmg aku bule menang.
aku offer dia draw je, means jadikan game seri.
sebab last game mmg ramai buat mcm tu.
tapi dia main2, tarik2 tali.
so aku takleh fokus.
hujung2 aku dah takleh main, then  kalah.
pui betui.
hahaha
takpelah, kalau aku menang pun, tak dapat pingat pun.
hahah..
ada game menang mudah sebab opponent tak terrer sangat, so senang nak makan.
ada game menang struggle.
ada game hampir menang tapi salah percaturan, end up kalah.
ada game, mmg dr awal silap, so dah tau mmg akan kalah.
ada game awal ok, hujung2 silap, kalah.
main catur ni, kena pandai atur strategi.
serang dan pertahankan diri.
sometimes, asyik serang, defend takda.
tu yg org malas.
pastu nak memikir tu, berjam2 kan?
aku ni nak kata minat sgt tu takla.
nak kata pandai sgt main pun tak.
so-so je.
tak pernah joint tournament luar pun sebab tak sempat dan tak pandai sgt.
kalah kang malu. hahahah.

so far, enjoy the game jelah.
memang tak letak harapan utk menang sebab tau uni mana yg kuat2.
player diorg ranking pun hebat2
kami ni jarang2 masuk tournament, buat pengalaman jelah.
nak aktif tapi bnyk kekangan.
geng lelaki bagus sbb diorg mmg jenis pulun, minat and usaha.
kaji game player2 handal.
kami ni.. krik krik je.
hahah.



ini gambar dr FB penganjur.
banyak lagi gambar, aku share sket2 jelah.
photog snap2, ada yg sedar ada yg tak.
dua gambar ni kena bahan gak la
yg gambar kiri tu, 1st ke 2nd game blis ntah, tak ingat sgt.
yg tu 1st day, masih seram sejuk lagi.
kena bahan dlm group w.a team aku, katanya aku duk doa menda ntah.
hahaha..
sabau jelah.
game ni kalah masa.
average game, sama je.
gambar kanan tu lawak.
yg ni 2nd day.
share kat FB aku, bule tahan kena bahan.
game ni stress.
sebab tetiba aku naik ke 1st board.
diorg ada sistem yg tentukan player duk board mana.
aku jumpa opponent aku tu sebab kami dah 2 game menang berturut2.
wow, mcm hebat kan?
1st board ni, diperbuat dr kayu, harga RM3k++.
bawah tu ada magnetic, then blh buat live.
apa kita gerak, org blh tgk di skrin.
hebat wohh..
ada ja player lain menang berturut2 tapi tak naik 1st board.
aku naik sebab nama aku hruf A, so merasa la duduk 1st board.
aku main putih, so peluang utk menang tu ada, tapi sebab sedikit kesilapan, kalah.
opponent aku tu siap kata dia hampir kalah sebenarnya, tapi tulah.
dlm catur ni, mcm2 bule jadi.
kau pikir gini, skali dia jalan lain.
dahhhhhhhhhhhhh kena tukar strategi.
hujung2 game aku dah seram sejuk.
kes tu yg pakai sweater pun terbalik.
si photog pun time aku duk cam gitulah nak ambik gambar.
diorg siap kata aku merempit, sakit pinggang la apa la..
sabau jelahhh.
haha.
sayang la game ni kalah.. huhu..
tapi kalah bermaruah la jugak sbb dua2 usaha habis2an.
gittew.
bila aku menang 2 game berturut2, pastu duduk 1st board, game tu pun mcm dasyat nau, uni lain mcm wow hebat gak dia ni.
padahalllllllllllllllll... hampehhh.
aku ngan haida, merasa ar duk 1st board.
so, opponent lain mcm hebat ar diorg ni, dah la hantar 3 player je, terrer plak tu.
terrer lah sangattttttttttttttttttttttt...
3rd game hari tu aku dah takleh fokus.
sakit kepala sgt mcm nak muntah.
siap minta minyak angin kat sukarelawan.
mcm nak offer stop je, tapi gagahkan main jugak.
kena pulak silap jln lagilah aku down.
opponent aku tu pun perasan aku lain mcm siap tanya kenapa.
dia ingat aku pregnant. hahaha.
aku stress oii...
ada lagi 1 game yg lagi hebat.
kena bahan sebab aku dah berdiri, cemas sampai tersepak kerusi.
hahahaha.
drama habis kau kak yah.
separuh game aku dah kuasai, dah konfiden boleh menang.
skali bila over confident, salah jalan.
pastu tak tekan jam, masak la oii.
terus cuak sebab masa aku lagi sikit dr lawan.
dah aku silap jalan, mati pulak queen aku.
damn!
aku dah cemas, aku bangun berdiri, siap ulang alik depan meja tu.
badan dah gigil, tangan seram sejuk.
duk ulang alik tu, terkena kerusi, spontan aku kuis kerusi dgn kaki.
geng lelaki pakat gelak then kata aku tendang kerusi. hahaha..
pastu, peserta lain yg dah habis meh duk tgk game kami.
lagilah aku cemas.
takut kalah la sebab aku asalnya ada peluang nak menang.
skali opponent aku tu lagi cemas pada aku.
dia gelabah sampai tak tau nak jalan apa.
aku tgk dia duduk pandang ke board tu je tak panggung2, rupanya dia cuak jugak. hahaha.
lawak btoi.
dia tersalah jalan jugak, then offer aku utk draw.
eh taknak la sebab aku rasa hujung2 tu mcm aku dah kuasai game balik bila dpt balik queen.
skali masa dia habis dulu dari aku.
masa dia offer draw, masa dia habis.
selamat!!!!
so menang . yay!!
menang penuh drama. hahaha
game lain, so-so.
kami punya trainer kata aku boleh main, oppening bagus, attack so-so, defend pun so-so.
kena practise lagi, maybe ok.
celah mana nak practise entahlah..

okes, nak share gambar.
sebenarnya banyak gambar.
sharelah sket2 yeh.



ni semua hari lain2.
bab bergambar semua takda masalah.
walau semua kategori kertu, hala je kamera, smua sengih.
hehe..
semua sporting, mak pak budak belaka.
sorang ja player lelaki yg belum kawen.
lain2 semua dah ada anak and mostly umur 30 ke atas.



team perempuan.
aku, Haida and Izan.
persamaan kami, semua ada 2 anak.
perbezaa, keja semua lain2 bidang, tapi boleh get together.
jarang jumpa, tapi ok je.
aku paling muda, aku paling besar. hahaha..
kitaorg ni menang bergaya. gitteww..
ada gak la team lain duk puji2 baju kami lawa.
pastu semua pakai baju sama ja ikut hari.
kebetulan ada 4 helai baju  utk 4 hari game.
team lain takda mcm kami pun, yg pakai baju sendiri pun ada.
kami dpt baju dr uni 2 helai + sepasang sweater and seluar, pastu baju sponsor 2 helai lagi.
uni lain sepasang je, takda sponsor2.
manager kami buat kerja bagus. hehehe.
tu gambar dah ikut hari dah.
kat day 2, baju ada no 07.simbolik team kami ditubuhkan.
simbolik jugak kepada tuan pengurus and wife.
tahun berjumpa la kiranya. hehe..



team photo.
pic 1st, sesi photografi dgn photog rasmi.
semua team kena join.
kalau ada yg nak softcopy blh ambil dgn penganjur nnt.
maybe ada charge.
kami tak ambil pun, ni gambar guna hp ja.
2nd bersama exVC kami dulu.
dia singgah tgk sebab anak dia pun join team catur.
mlm tu mkn besar dato belanja. hahaha..
last pic, day 3.
cantik sgt pic ni kan?
yg tgh pengurus kami, takda baju sebab salah saiz.
yg paling kanan, baris atas kami punya trainer.
cikgu skolah, player Perlis tu.
hebat gak ar skills dia.



makan besar mlm tu.
nasi arab kat Putrajaya.
kalah takpa, yg penting mkn kena yeh..
haha...
tq dato, belanja makan.


cantikkan pic ni.
last day ni. sayang Haida takda.
dia pegi mana ntah. pastu tak puas hati gambar dia takda.
sorry eh..



last day.
Izan takda sebab dia blk dulu dgn flight.
kami dgn bas, tunggu sampai penutup.
walau catur tak menang, tapi juara keseluruhan ialah uni kami.
masih kekal juara utk 7 tahun berturut2.
dasyat sgt ni..

tahun depan taktau lah org nak hantar ke tidak kami ni.
sebab tak menyumbang pingat. hahah.
apa pun, semua ni pengalaman yg best.
seminggu lebih tinggal anak2.
sedih, tapi sekali sekala away ni utk diri sendiri jugak.
lari dari rutin harian.
so far anak2 ok je mama takda.
adik ok, kakak awal2 tu mlm2 menangis jugak la.
masa hantar mama naik bas pun bule tahan meraung.
nak ikut mama, then tak bg mama pegi.
sampai blk rumah dia menangis papa kata.
adoiii, sedih oi.
bila call anak2, mak pun menangis jugak la. hehe.
jarang tinggal anak2 kan, paling lama pun 2-3 hari kalau kena kursus luar.
ini seminggu lebih mmg sedih la.
rindu oii.



muka happy masing2 bgn pagi tgk mama ada..
seronok mama beli hadiah walau cuma beli di Mydin. haha
maaf la nak, mama tak pegi jln memana pun..
asal ada buah tgn, happy lah budak2 kan?


Tuesday, August 18, 2015

Jamuan raya di ofis

hari Jumaat lepas, 7hb Ogos, 22 syawal, ada jamuan raya di opis.
thn ni aku part of kelab kebajikan, so terlibat jugak la dlm mengurus jamuan ni.
memandangkan semua nak kena jimat, thn ni kita dah tak hire caterer utk jamuan.
buat sendri.
kena pulak ajk2 lain smua ok je, so moh le kita.
kita tempah makanan, kita pegi ambil, kita hidang sendri then kita kemas sendri.
dlu2 semua ambik catering ko tak payah susah payah kemas smua.
tapi siap duit lah..
kali ni kita bekerjasama sket ehh..
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

makanan haruslah meriah.
ada menu dr kelab then kita buat pot luck.
so, setiap unit akan bawak makanan tambahan.



menu utama is laksam, sate dan ketupat.
dan air yg datangnya dari kelab.
menu potluck sangat meriah.
ada dari unit ada dari org perseorangan.
ada roti jala+kuah durian, lemang+rendang tok, kuih muih (popia, pulut udang), puding roti, tauhu sumbat, mcm2 jenis kek, mee goreng, lasagna, pizza hut, buah rambutan, nasi himpit kuah kacang, kerepek, air bandung cincau dan teh tarik.
gila bnyk makanan.

lapar pulak tgk makanan ni..
haishhh.

kitaorg buat petang lepas sembahyang jumaat tu.
majlis start dlm pkul 3.30 ptg.
tak jemput org luar pun.
buat kami2 je.
kebetulan ada guest luar, ha merasa la diorg mkn skali.
ada supplier barang and tetamu dari Acheh.
anda ada gak staf terdekat yg dijemput skali.

masa duk hidang tu memasing pakat duk merasa dah.
sate la ketupat la.
dah kenyang dah masa duk merasa tu.
petang bila btul2 start majlis, takleh mkn bnyk sgt dah.
sebab aku duk pulun mkn rambutan.
manissssssssssssssss...



aku ambik siap2 smua yg nak mkn.
amboi kau..
sebab nnt malas dah nak ulang alik ambik makanan.
kejap duduk kejap bng, kang tak dapat menikmati makanan dengan sempurna.
hahahah.
kebetulan pulak aku baru habis puasa ganti hari khamis tu.
so, jumaat raya mkn sakan la.

tapi takleh mkn bnyk sgt.
laksam je aku pulun sampai habis.
yg lain, sket2 je sebab dah kenyang.
air tu setengah cawan je aku minum.
air ais kan?
takleh minum bnyk sgt.

kenyang membawak ke mlm ok.
petang tu masa kemas2 mana yg lebih pakat2 bungkus.
blk rumah smua ku campak masuk peti ais.
sikit pun tak mkn mlm tu.
kenyang and tak lalu dah.

Alhamdulillah, rezki smua tu kan?




antara gambar yg ada.
sebahagian opismate aku.
bnyk lagi yg pakat2 duk selpie bagai.
tp smua duk dlm hp.
malas nak trasnfer.
yg ni sudah la..
hehe



belanja selpie sekeping..



teringat laksam and popia sedappppppp..

Monday, May 25, 2015

Family Day Office@Feringgi

lama dah opis aku  tak buat family day.
bnyk sgt kekangan.
halangan paling besar is time lah..
sebab kami buka sepanjang tahun kecuali public holiday.
peak season, which is exam week.
sekarang pun jadual cuti semester dan berubah.
so, mmg susah nak edjas masa kalau nak pegi jauh2.
setakat dekat2 sokay la.

awal bulan hari tu, edjas sana sini, so dapat jugak buat family day.
tu pun setelah mcm2 hal jugak.
nak ikut semua kepala yg ada kat opis tu, mmg susah la kut.
memula masuk keja dlu, aku dilantik jadi AJK kelab kakitangan.
setelah 6 tahun ke 7 tahun kut, baru rombak lantik ajk baru.
utk kali ni, tak da jawatan dah.
so, follow jelah perancangan ajk yg lain.

cut it short, terjadilah family day @ feringgi.
pegi balik hari masa cuti hari wesak tu.
kejadian pada hari senin, cuti ganti hari ahad tu.
aku memula tak tau nak join ke tak sebab papa keja.
tapi mcm nak bawak Amni g seronok2.
nak bawak dia naik bas.
tapi Aniq cemana pulak?
tak kuasa kut nak bawak dua2 and nak handle sensorang.
so, adik kita tinggal.
lagipun kesian kut kang panas, tak selesa ke apa.
tepi laut tu panas oi.
kebetulan kazen balik cuti, so tinggal ke dia.
seronok la diorg jaga budak kembong tu.
dia tak da hal, dengan sapa pun ok je.
anak2 aku semua biasa dengan family mak sedara aku tu.
Amni dulu masa kecik2, merata diorg bawak, nu sampai penang.
papa duk susah hati anak dia tak balik2.. hahahahahha

so, pagi senin, awal2 dah gerak kakak bgn nak siap.
sebab bas gerak pkul 7.30 pagi.
gerak awal, sampai awal kan?
senang dia bgn sebab mlm tu dah bgtau nak pegi jenjalan naik bas.
menggedik la..



 

budak seronok naik bas.
memula diam je, muncung je mulut bila org pakat duk tegur,
tak kenal kan?
tapi dapat tgk la happy face dia tu.
tak duduk diam kut, duk tengok keluar je.
syok naik bas..
mak ko ni tak heran dah kakak oiii.
dulu2 duk keja naik bas jeee..
takda kreta, ada pun moto buruk.
nak keluar g pekan, berjam2 tunggu bas.
huhu...

lepas benti break1st kat gurun, dia dah caj bateri sket dah.
dah mula sembang ngan opismate aku yg lain.
dah mula nak menggedik.
ramai gak yg naik bas.
ada gak yg pegi sendri.
bawak suami@isteri dan anak2.
seronok sebab masing2 dah lama tak berjumpa.
dulu tgk kecik je, now anak2 dah besar panjang.

pkul 11 pagi camtu dah sampai feringgi.
yg pegi dgn kereta, dah sampai g cari tempat dulu.
mujur org tak ramai dah hari tu.
bos cadang buat hari senin nak elak dari sesak org ramai.
kalau ahad, silap2 ramai kut.



suasana sekitarnya.
ni guna hp aku je.
ada bnyk lagi gambar.
tunggu opismate aku tu ntah bila nak bawak entahhhh.

dah setting tempat, kita makan duluuuuuuuuuuuuuuuu.
semua dah lapar.
makanan kami tempah je kat sana, senang.
diorg meh hantar sanpai ke pantai.
setel makan, diorg meh ambik bekas.
tak pyh bnyk pikir.
tapi a bit pricey la..
well, penang... eheh.
tapi makanan semua sedapppppppp.

pas makan, jom anak2 mandi.
panas bule tahan.
tapi budak, dia kesah apa ye dok?
Amni memula main pasir ngan zikri and pia.
main pun elok je takda gaduh2.
bagus anak2.
pastu mandi laut.
ingatkan takut, rupanya tak!
beria kut Amni mandi, aku pun naik heran.
ombak tak kuat sangat, so ok la.
ada ramai kawan, syok dia.
menjerit2 mandi.
aku tak mandi pun, tunggu kat tepi je.
takat basah paras lutut je pun.
then buat sukaneka sket utk budak2.
seronok and lawak tgk gelagat diorg.
isi air dlm botol and tiup belon.
macam2 gelagat.
yg bersungguh, yg merajuk tak menang pun ada.
hahahaha...
penat kut duk sokong diorg.
penat gelak pun ye jugak.
pastu bagi gift sket utk diorg.
semua budak2 dapat.
hadiah murah2 takpe, janji diorg syok kan?
then, gift utk staff pulak.
pun hadiah simple, and semua org dapat.
sokay je, tanda kenangan kan?

dah setel, lepak2 kejap, ambik gambar, siap2 balik.
event simple, tapi meriah and best.
sebab dah lama tak hepy2 mcm tu.
sekali sekala keluar dr opis ramai2 mcm tu syok jugak kan?

otw balik..



penat mengepak..
ehehehe..
seb baik dia tak meragam apa walau letih.
now asyik sebut nak g penang, nak naik bas opis mama.
seronok dia kata mandi pantai.
nnt2 kita pegi lagi eh kakak?

Thursday, July 03, 2014

Bengkel Bio Terapi Solat

ini kisah lama.
tapi nak sangat kongsi dgn readers semua.
awal bulan Jun, keluar hebahan kat email opis ada Bengkel Bio Terapi Solat.
anjuran Piskanita and Pusat Islam.
baca isi kandungan email, laju2 forward email kat staf berkaitan kat jabatan aku, bagitau nak join.
pada yg tak tau, kakitangan awam wajib hadir 7 hari kursus dlm setahun.
kena cukupkan 7 hari tu.
klau tak cukup tak taulah apa tindakan yg diambil.
klau kau dicalonkan g kursus, asyik tolak pastu tak cukup 7 hari, sesuatu sangat.
tapi klau nama tak tercalon nak g kursus, tu cerita lain pulak.
so, utk bengkel ni dapat 1 hari kursus bagi yg  hadir.
bukan sebab nak cukupkan kursus, tapi sebab tajuknya, so kak yah nak join.
Alhamdulillah, dapat.
bengkel tu on 5 Jun buat kat surau kat kampus tetap.
takda hal sebab dekat je ngan opis.
aku pegi ngan lagi 2 org opismate.

korang klau google bio terapi solat, harus dapat yg ni..
tapi dah lama tak update blog tu.
takpe, isi kandungannya sama je dgn apa yg aku dapat masa g bengkel tu.
yg menyampai is Ustazah Azura from Uitm Arau.
diorg ni ada team sendiri yg membuat kajian tentang solat.
best sangat dengar apa yg dia sampaikan.
banyak ilmu baru yg dapat hari tu.
serius best!
jangan malas, klik blog tu and baca.
aku malas dah nak copy paste kat sini.
better korang baca sendri sebab banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat yg kita tak tau.
menurut ustazah tu, biasanya dia buat bengkel terapi solat ni 2 hari.
baru dapat buat teori and praktikal betul2.
kami buat 1 day je, dapat la sedikit teori dan sedikit praktikal.
bolehla dari tak ada kan?

banyak yg aku dapat and aku sampaikan pada kawan2, and cuba utk amalkan.
antaranya ialah teknik pernafasan dlm solat.
bagaimana kita mengawal nafas semasa solat.
ada teknik2nya.
bila pernafasan betul , takda la kita mengah masa solat.
kadang2 kita tgk org solat, lajuuuuuuuuuuuu je kan?
pastu bila habis solat, semput kejap.
yelah baca pun laju, pastu tungging terbalik kemain laju mana tak semput ye dok?
padahal solat ni salah 1 senaman ringkas utk kita.
buat betul2, pas solat patut rasa segar kata ustazah tu, bukan rasa penat.

then is bagaimana rukuk dengan betul.
90 darjah selama 15 saat.
haaaa, jgn taktau yeh, ada pengiraan.
ustazah ni cerita, ada somebody ni dia kena buat dialisis.
dah teruk dah, then ada darah tinggi, ada gout and apa lagi aku tak ingat.
aku cerita yg aku ingat jelah yeh.
dia ni buat keja kg, then bila kena dialisis, duk umah je takleh buat keja apa.
so, ada org cadangkan jumpah ustazah ni utk belajar terapi solat.
aku tak ingat berapa lama tempoh dia belajar and berapa lama dia amal terapi solat ni.
lama2 dia rasa sihat, dah takda darah tinggi and gout tu smua.
tapi tetiba darah dia drop sangat sampai kena warded.
rupanya kata ustazah tu, dia rukuk lebih dari 90 darjah.
so, ustazah pantau semula, rukuk dgn betul, darah dia kembali normal.
tak tinggi, tak rendah.
dan boleh buat kerja2 kampung like panjat pokok, menebas dsbnya.
tak percaya?
percayalah..
hanya dengan solat dengan betul.
its about science and Islam itself.

lainnya, is teknik sujud.
bagaimana sujud dengan betul, dahi cecah sejadah and bagaimana aliran darah tu bergerak di dlm otak kita.
melalui semua sel2 yg sangat halus.
klau kita sujud dengan betul, kawal pernafasan dgn betul semasa membaca ayat2 berkaitan semasa sujud, kita akan terasa sedikit pening bila bangun.
klau pening sket tu, maknanya teknik kita betul.
pernah dengar kan ada saintis barat mengkaji kelebihan sujud?
aku cuba buat, sujud dan dahi menampung berat badan kita semasa sujud.
yes, pening.
korang pernah tak sakit kepala sangat, masa solat, time sujud lagi sakit kepala.
rasa mcm nak pecah kepala bila sujud, waktu lain ok.
pernah rasa?
baru2 ni, aku sakit kepala.
masa solat aku tekad nak sujud betul2, nak buat apa yg ustazah tu ajar.
miracle, lepas habis 4 rakaat solat, sakit kepala aku hilang!
sebelum ni, bila sakit kepala, nak2 masa sujud, laju2 je sujud sebab sakit.
tapi bila buat betul2, sakit tu hilang!
serius!!!
selalu kita tgk, atau kita sendri buat is sujud lajuuuuuuuuuu je.
dahi cecah sejadah, eh dah bgn balik.
hahahaha..
celah mana baca doa entahhh..

then is teknik semasa duduk tahiyat awal, dan akhir.
yg ni ramai yg failed.
hahahaha..
kita tak lipat kaki, selalunya hujung jari iaitu ibu jari je yg berlipat, lain2 tak.
sepatutnya, kena lipat semua jari.
bila semua jari berlipat, menurut ustazah tu, ia membantu memecahkan lemak asid urik.
phewwwwwwww..
try buat, berpeluh ok tahan sakit.. hahaha.
sebab kita tak biasa buat, so urat semua keras.
kena paksa, lama2 dah lembut, jadi biasa.

begini..
sakit oi klau tak biasa, tapi klau dah biasa takda hal.
blk umah, bgtau laki, berpeluh2 dia smayang sebab tahan kaki.
hehehehe..
banyak asid urik awak bang..



dah berapa jam dia duk bercerita, jom kita buat praktikal pulak.
buat praktikal ni, baru dapat gambaran sebenar kan?
banyak jugak yg dia ajar walau cuma sehari.
banyak yg kita tak tau, kita tau..
apa yg kita tau, kita belajar dan share dgn org lain.
blk opis harus cerita dgn opismate yg lain isi kandungan bengkel ni.


banyak lagi yg dia share like teknik fokus yg boleh membantu mengurangkan rabun.
bagaimana beri salam dgn betul, pengawalan mata tu.
and ada org yg hilang rabunnya selapas ikut teknik yg betul. so, korang, klik blog tu, baca dan pahamkan..
pastu amal.
Insyallah, ada kelebihan yg kita tak tau..
solat ni dah sah2 kewajipan kita setiap hari as umat Islam.
kita baiki mana yg perlu.
kita cukupkan mana yg kurang.
kita bersungguh dalam beribadah, Insyallah ada hikmahnya.

Tuesday, October 09, 2012

anak2 kutu

nin dia senarai anak2 kutu haku.. utk thn 2012-2014.. haaa, amek kau, tahun 2014 baru habis. luruh bulu idung nak bayar. buat list siap.. ni kali ke 3 kut aku jadi mak kutu kat opis aku nih.. yg last, habis awal thn hari tu, then rest jap.. now, sambung balik atas permintaan hangat.. muahaha..

baru start bulan lepas. smua da 18 org. tu dlm list, ada 20. tapi last minit, ada yg  tarik diri. mengkalau dak, sorang leh dapat 2k.. manyak woooo.. but now dah tinggal rm1800.. 18bulan.. klau peknen, siap branak, anak dah bule jalan, baru habis..

ada yg kata rugi main kutu ni. yg kata haram pun ada haishhh xpaham aku. rugi ke? haram ke? at least, menabung la jugak kan? rugi sebab klau simpan kat bank, lama2 dpt faedah. tapi ko bule ke tetiap bulan nak g bank in 100 sebulan n xsentuh duit tu selama 2 thn? klau gaji banyak, tiap2 bulan cukup, ok lah.. klau bangsa cukup bulan merangkak mcm aku ni, mmg xla.. mmg aku ada buat potongan bulan2 masuk bank siap, tapi xbanyak. klau buat banyak sampai 100, ke 200 ke, aku pasti, sebulan 2 simpan, bulan ke 3 aku g korek balik. maka dengan main kutu ni, bila2 sesak ada duit. bab nak membayar balik tu la mcm sengkhak sket. tapi ko ambik duit org kan? like hutang la.. so kena bayar. maybe disitu org kata rugi & haram.. tapi terpulang pada nawaitu masing2 ye dok?


tgh hitung2, bila nak ambik duit kutu.. kitaorg main xda peraturan sgt. sapa nak dlu, ambik. xdak cabut2 undi bagai. renyah... mau kalu, ambik, xmo, kasik org lain.. free and easy gitewww..

Wednesday, September 12, 2012

sket je dlu

agak menyibok sket skang ni.. budak2 baru dah masuk.. tugas aku bermula pas seminggu diorg masuk. haa.. luruh bulu hidung nak edit and up data kat 2,3 ketoi server.. 1st time masuk ramai cenggini. 2 ribu lebih. sblm ni paling bnyk pun dlm 1500 kut. ntah xingat.. duk kat perlis yg sejemput ni, dengan kampus tetap yg baru siap, dtg skali harung 2 ribu, mmg ketara sesaknya.. hehe

lepas pemasyuran, haa, sambung budak2 baru plak.. pastu, aku pun time ni jugak hegeh nak ganti puasa. awal2 dlu, mls. pastu period. dah hujung2 syawal ni, kena kejar la. minggu lepas 3 hari. minggu ni 3 hari. hr ni last. sok raya.. muahaha.. tapi habis ganti yg thn ni, yg thn lepas da lagi.. yelah, aku kan peknen thn lepas. 12 hari  jek aku puasa.. hehe.. so, fidyah pun kena bayar ye.. padan muka.. but sokay, xdak hal.. dengan hukum jgn main2 ye..

blog xupdate. balik keja, letih.. masak, makan, mlm, tdooooo.. mana ngan amni makin melasak. pehhhh.. esok lusa ai is cutiiiiiiiiii.. syiok. pas raya punya cuti kan kansel, amik esok lusa pulak. esok nak bwk budak gemok tu g check up + cucuk setahun. harap2 xdemam sebab sabtu ni plan nak sunatkan dia pulak. dah sethn, elok la.. lusa cadang2 nak buat mkn2 sket.. tapi 1 apa xbuat lagi.. harap2 jadik la..


last, diakhiri dengan muka busuk budak pp kembong....






















kena dok entry dengan tajuk? malas gilo nak hupdate. blk umah, nak on laptop mlm2, mmg tak la skang ni. laptop pun tinggal dlm keta. sok, nak kuar g keja, xpyh usung dah sbb dah ada dlm keta. tau dek laki aku, trus kena maki.. insaf sekejap.. fewww...

Wednesday, September 05, 2012

pemasyuran PTSFP

selesai sudah pemasyuran PTSFP.. apa ke bendanya tuh kak yah oi?
okes, meh nak bgtau..
tu nama rasmi pejabat haku.. hampir setahun buat pra-pelancaran. now sudah dimasyurkan.. kenapa pemasyuran?
sebab mmg sblm ni xdak nama.. panggil library or perpustakaan jek.. dr awal penubuhan. sebab bangunan pun sewa. 10 thn.. now, dah move ke kampus tetap, and dah siap our own building.. perasaan? bangga!


perasmian buat dlm auditorium. yg merasmikan, of course our canselor sendri. plan dr dato vc, nak surprisekan tuanku. and yes, menjadi.. yelah, dia xpenah dtg lagi building baru tu.
acara buat waktu mlm. bl tuanku sampai, building digelapkan. dia berjln naik sampai ke auditorium, kat aras 2 tu gelap gelita. bukak lampu led tu jek, then ada yg iring bawak pelita. pas perasmian, tuanku melawat kawasan, baru terang benderang.. 1st time kut buat perasmian mcm ni waktu mlm. bnyk cabaran sket la.. but, smua ok.


 dlm auditorium.. duk belakang skali.. xmo miss upacara besar.. heheh...


yes.. this is our library!
dah habis kat dlm, turun ke depan, baru ditayangkan namanya.. sebelum tu tutup dgn kain.. kiranya org luar xtau apa namanya.. tuanku of coz tau.. kena minta permision dia dlu la sblm buat ni.. :)

majlis tamat pkul err.. tgh mlm kut. aku pkul 1 br sampai umah. besoknya g keja, rasa mcm jln atas angin.. 2,3 mlm tdor lewat. mlm pemasyuran tu belasah rusa golek pulak.. terbaek wok!
smua bertungkus lumus utk acara nih. aku yg ajk kecil pun kelam kelibut gak, apatah lagi yg di atas nun. nak menjayakan majlis gini, mcm2 hal la kan.. but, at last, smuanya lancar.. alhamdulillah..


para para jelitawan.. wahh.. perasan.. smua kembang2 belaka.. kehkehkeh.. tema mlm tu hitam pink. utk tuan rumah jek. jemputan, batik. so iolls, merelip merelap bagai mlm tu..
pic banyak, tapi dlm camera org. bl nak dapat xtau la.. smua yg diatas dr camera hp aku, kecuali gambar ni. cilok dr fb jannah. maleh eh nak amik gambar. maluuu..




now, dlm proses rebranding.. mana2 yg xdah nama, kena tambah.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...