Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Thursday, February 22, 2018

Deco simple di dapur

Assalamualaikum

nak share deco kat salah satu wall kat dapur aku.
gambar lama ni.
sebab now, dah berubah wajah dah. aku tempek wallpaper.



frame tu beli kat Ikea
gambar, google, then print sendiri je.
sticker tu beli kat Lazada.
murah je pun, RM12.90 kalau tak silap.
tapi tak best.
sebab tak melekat kuat.
lepas 23- hari, luruh kau!
geram aku.
sudahnya aku tampak selotep pulak atas tu.
so, bertahan la utk hampir setahun. hahahaha.

bulan lepas, gigih aku panjat meja tampal wallpaper pulak.
buang semua tu, cuci sket habuk2 semua.
laki balik terkejut tgk eh dah berubah.
marah dia sebab aku letak kerusi atas meja makan punya nak tampal sendiri.
jatuh kang baru tau dia kata.
sebab bini berat katanya.
hampes.

nnt aku share gambar baru.
bila tak janji. hahahaha..
aku dah beli magnetic board Ikea, tapi masih tersadai.
cadangnya nak tukar semua fridge magnet kat peti ais lekat ke situ pulak.
tapi bertangguh lagi keja. nunggu laki aku la ni.
kalau aku reti drill sendri, lama dah setel.
banyak je nak buat ni..
sabau jelah.

Wednesday, January 13, 2016

Make over pintu kabinet dapor

projek gedik2 namanya ni.
hahaha..
seronok sebab Mr DIY dah ada kat aloq staq sana.
syok beli wallpaper murah.

hari tu aku beli wallapaper yg jenis border tu.
saja beli sebab murah dan lawa.
hahahah..
pastu tersadai tak tau nak lekat kat mana.
ulang alik masuk dapur, tetiba mentol atas kepala menyala.
tinggggg..
ideaaaaaaaaaaaaaaa..
hahahaha



pintu kabinet dapor aku.
kaler apa tak tau nak kata ni.
soft brown kut.
aku yg pilih kaler ni sebab table top kaler dark brown and ada corak2 kaler ni sket.
dah lama rasa bosan tgk plain je.
marilah kita do someting.



selepas.
lawa ke idok?
hahahaha..

aku lekat kat bahagian hujung.
bucu nak buka pintu tu.
eh, paham ke..
smua ada 10 keping pintu kabinet dapor aku tu.
4 pasang, lagi 2 tu tak berpasang sebab kat penjuru.
gambar penuh kabinet dapor takda la pulak.

dah siap pasang smua, tanya laki ok ke tak?
dia diam ja.
hampessssssssssss.
nak pasang susah oi sebab Aniq kacau.
hahaha.
nak ukur nak potong tu la.
nak pasang sapsapsoi ja pun.
Amni kata lawaaaaaa.
ok la, terubat hati mama.



close up wallpaper yg digunakan.
ada kaler soft brown sket, kira ok la kan?

lawa ke idok?
hihi...

Wednesday, December 09, 2015

korang guna tong sampah mcm mana kat dapor??

yang tertutup atau yg terbuka?

kenapa pilih yang tertutup?

dan kenapa pilih yang terbuka?

meh share meh..
topik mak2 ni...

aku guna jenis yg terbuka..



ni ha..
pink lagi kau.
dah lama berkhidmat, 3-4 tahun dah aku rasa.
kenapa aku guna tong sampah yg terbuka kat dapor?

mula2 masuk rumah sewa lepas kawen, aku guna tong sampah yg bertutup.
yg jenis nak buka penutup tekan ngan kaki tu.
beli kat tesco.
pastu besi belakang tu tercabut camna ntah, kena manual.
so, setiap kali nak buang sampah, kena buka manual.
then ai is malassss.
bertahan kejap.
then tukar yg ni sampai la skang ni duk guna lagi.
klau tak silap dulu tong sampah ni duk dlm bilik.
buang sampah2 kering like kertas, tisu camtu je.
now duk di dapor plak dia.

sebenarnya, aku lagi suka tong sampah terbuka mcm ni dari yg bertutup.
sebab?
aku bule nampak sampah dah penuh ke belum.
hahahah
kalau yg bertutup, asyik campak je sampah, tak tau apa crita sampah dalam tu.
dulu2 tu masa guna yg bertutup tu, pernah sampai berkulat sampah dlm tu.
sebab tak nmpk kan?
2-3 hari tak buang sampah.
tau2 ada ulat tergolek keluar.
euwwwwwwwwwwww..

teringat 1 episod dalam crita keluarga iskandar.
kes tong sampah mcm ni la.
si acu ngan alan tu gaduh2 kes tong sampah.
alan suka yg terbuka, acu suka yg bertutup.
alan tak suka yg bertutup sebab tak nampak isi dalam.
acu tak suka yg terbuka sebab nampak sampah.
end up, ulat tergolek keluar dari tong sampah.
sama mcm kes aku.
hahahahah.

dah nama pun sampah kan?
selalunya kalau tong sampah kat dapur haruslah ada sisa makanan.
sisa makanan ni kalau 2-3 hari duk terperap, keadaan lembap, tertutup plak tu, memang mengundang ulat.
gemok2 plak tu.
wahahahahah.
geli oih.
kita pulak kadang tak perasan.
masuk je sampah, pastu tutup.
kena pulak tak buang 2-3 hari..
masak arrrrr..

kalau tong sampah terbuka, at least kita nampak sampah dah penuh.
or ada sisa makanan yg perlu dibuang segera.

kat rumah aku sekarang, mmg hari2 buang sampah.
walau tak buang kat tong sampah besar, kitaorg letak kat luar rumah dlu.
aku tak buang terus sisa makanan dlm tong sampah pink tu.
kat sinki ada 1 tong sampah kecik utk buang sisa makanan.
buang kat situ dulu.
aku letak plastik utk bungkus sisa tu,
pastu baru transfer ke tong sampah pink.
kiranya kalau sisa2 makanan, tak kira la camna pun kena masuk dlm plastik dulu baru masuk tong sampah.
aku taknak buang direct ke tong sampah pink.
mlm, sebelum tidor, make sure tong sampah kecik kat sinki dah clear.
cuma kadang2 laki aku slalu lupa.
biar je camtu.
dah la ada sisa makanan, then mengundang cicak dan serangga.
kalau dah masuk dlm tong sampah pink tu, kalau tak sempat bawak keluar pun, at least dah berikat kemas.
esok pagi aku bgn siapkan makanan anak2, aku kemas smua sampah2 tu.
kalau ada sisa like perut ikan ke apa, mmg mlm tu jugak kena bwk keluar.
kalau tak bwk keluar, esok pagi bangun siap la bau 1 rumah.
kalau sisa biasa, buang pagi2.
pagi2 dah setel smua keja kat dapor, aku ikat elok2 sampah tu smua, then letak atas sink.
papa nak kluar g keja, ambik then bawak keluar.
sama ada dia buang terus ke tong sampah besar or letak kat luar pagar dulu.
tong sampah besar kena menapak sket ke depan.
tu job scope dia.
kikiki..



ni kedudukan tong sampah pink tu kat dapor.
kat hujung kabinet dapor, dekat ngan pintu.
but now, naik taraf sket.
selalu kena duk atas kabinet dah sejak ada budak kembong tu.
kalau leka sket, kang Aniq g duk punggah.
budak kecik tu memang keja dia memunggah.
sampai ke tong sampah pun nak punggah.
so, bayangkan kalau smua sisa aku main campak je dlm tu, mau busuk 1 rumah oiii

korang, camna urus sampah kat dapor?
guna tong sampah mcm mana?
share sket...

Thursday, April 23, 2015

Ehem...... Pinggan baru yauuuw...

ehem..
hari tu dah show off bekas plastik je kan?
kemain from langkawi with love bagai..

hari ni nak show off isi kandungan pulok..
utk tatapan korang2.
ehek ehek ehek..
show off kasik bakar line sket.
pasni korang pulak tergugat iman.
mihmihmih..

dulu2 tak heran pun set pinggan mangkuk ni.
skang ni takleh tengok..
ketaq pala nak bli.
tak beli mengigau.. O_O
amboi sgt drama tu..

dah lama tringin set ni.
alah.. melamine je ponnnnnnnnnn..
saja nak poyo.
hehehe.
mmg aku nak bli set melamine yg lawa sket utk pakai hari2.
tak gemar sgt nak pakai pinggan kaca utk kegunaan hari2 ni.
utk set pinggan kaca ni aku dah ada 2 set.
skang smua simpan dlm lemari je.
guna bila ada tetamu dtg makan kat umah.
utk hari2 pakai yg melamine set je, senang keja.
so, nak cari yg lawa sket la kan?

kebetulan opismate aku g langkawi, ada event.
diorg duk sana 5 hari kut.
so, jom ambik kesempatan kirim pinggan mangkuk.
hahahah..
kirim dgn duit skali yeh, jgn kirim ngan air liur je.
ratus2 jugak sebab bnyk.
dihari kejadian tu, handpon mmg duk kat tgn jelah.
duk berwasap2 gambar bagai.
geram btoi tgk.
klau aku yg g sendri, mau sawan kut kat idaman suri tu.
bhahaha..



plastik besaq hari tuuu, nin dia isi dia..
tak sabaq iolls nak guna.
hihi..

meh tengok apa yg kak yah beli..
pinggan apakah yg menjadi igauan sgt tuuuu..




mangkuk kecik.
yg ni utk isi sambal belacan sokay la sebab kecik je.
yg ni opismate aku ambik 3 ketoi je.

oh, set ni jual loose item tau.
dlu jual 1 set, now takda dah.
untung gak, boleh pilih mana nak and boleh beli lebih.
klau set, setiap 1 jenis ada 6 pcs.
skang boleh beli lebih.




yg ni mangkuk besar sket.
utk isi lauk berkuah.
siap ada tudung lagi.
nak makan bihun sup ke laksa ke, sesuai sgt.



pinggan lauk.
utk yg ni, aku ambik 12 terus.
dpt 2 box, senang org nak bawak balik.



pinggan makan.
pon beli 12 jugak.
mcm takda beza kan dlm gambar dgn pinggan lauk.
pinggan lauk kecik sket and dalam.
pinggan nasi ni lebar and tak dalam.
leper je..



beli jugak bekas nasi besar seketul.

and talam juga.




semua adik beradik yg ada.
cantik takkkkkkkkkkkkkkkkk?
tgk dlm gambar tak mcm melamin kan?
kerlasss gitu..
seronot sangatttttttttttttttt..
bhahaha..
mak2 ginilah.
beli pinggan mangkuk melamin pun syok tak ingat.


now, dah guna set ni..
seronok nak makan, seronok nak menghidang sebab pinggan mangkuk lawa.
seronok ambik gambar makanan jugaaaaaa..
hahaha. saiko.

aku kirim ke opismate aku ni senang gak.
sebab dia bab2 ni terer.
dia pun hantu gak bab pinggan mangkuk ni.
aku bgtau sket2 je, pastu dia suggest ambik ni, ambik  ni and ni.
diorg pergi berdua.
pegi event jabatan, siap bawak bas masuk langkawi.
so, bab nak mengusung, setel!

aku beli :
mangkuk nasi (besar) 1
talam besar 1
pinggan makan 12
pinggan lauk 12
mangkuk lauk 6
mangkuk kecil 3


harga seketul2 tu aku tak brapa ingat dah.
lama dah pun.
total damage rm260.
i'm happy wife...
nyehnyehnyeh....
O_o

Monday, April 06, 2015

Meja makan di dapur

Dah lama niat nak letak meja makan kecik kat dapur.
sebab dapur aku luas.
setakat letak meja utk 4 org tu, tak menyempitkan dapur pun.
ewahh, kau..
meja yg sedia ada tu, besar.
aku rapatkan ke dinding.
kalau letak kat tengah, haa, makan ruang.
lagipun mcm tak sesuai nak letak meja besarkat tengah2 dapur.
meja kecik, sokay..

masuk 2,3 kedai gak cari meja kecik comey tu.
nak yg kecik, utk 4 org, comey, lawa, cun, murah.
bhahaha..
nak murah je kan?
klau boleh nak yg moden sket design tu.
angan2 la kannnnnnnnnnn..
nak mcm ni..
design moden and krusi tu best.
tapi mahallllll. so cancel lahhh.
lagipun meja tu kaca.
mcm tak sesuai sebab ada budak kan?



jumpa yg mcm ni.
cuma kerusi tu kecik sket and ada 4 ketul.
meja tinggi, permukaan kayu.
mmg lawa ah..
tgk harga, rm700..
telan ailio... seret kaki balik rumah.

2,3 kedai gak aku pegi.
kalau pegi carik kat belah alor setar sana, mesti bnyk design.
kat perlis, tak best sgt.
tapi kang nak hantar jauh, dah 1 hal nak kena bayar caj penghantaran pulak.
so, kita ikut kemampuan dan keadaan jelah ye..



tadaaaaa.
dpt yg ni pun syukur lah.
sebijik sejibon ngan meja kat ruang makan.
cumanya kat sana 6 kerusi, yg ni 4 kerusi.
jarak dr meja ke kabinet dapur tu dlm 2 kaki.
masih selesa bergerak.
dari pintu dapur pun luas lagi.
tak mkn ruang sgt pun.
aku letak tengah2 dapur, betul2 bawah kipas.
meja besar yg lama tu aku ubah keluar.
buat masa ni takda tempat lagi meja tu.
merempat dlu kat luar.
hahaha..
habis madu sepah dibuang.

bila ada meja mcm ni, tak bnyk yg akan di lungguk atas meja.
sebab meja ni  kecik.
lagipun skang ni aku dah kemas2 kabinet dapur smua.
mana yg tak perlu, aku buang je.
later aku share pasal kc.
pastu skang ni kami suka mkn kat dapur je.
klau tv ada crita best, baru berkelah depan tv.
kalau tak, lepak dapur je.
kalau ada tv kat dapur kan best... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..
meja mkn kat ruang mkn, ditinggal sepi.
hehehe..
amni pun skang ni suka nak mkn kat dapur.
bila aku duk buat keja kat dapur, dia pun nak duk dapur.
nak makan ka dapur, nak main kat dapur.
nak duk kat meja tu lah..
senang nak tengok kan?

sekarang ni aku puas hati dengan keadaan dapur aku.
ada la sket2 nak buat, susun atur segala tu.
nak letak hiasan sket, tapi tak terlaksana lagi.
sebab perlu bantuan suami utk tebuk2 dinding smua.
later kita gosok2 sket incik suami..
mihmihmih..

so, part dapur almost complete.
dari segi perabot la.
ikut kemampuan...
klau ikut apa yg nak, bnyk kehendak la.
barang elektrik, mcm 2 ada dlm wishlist.
slow2 kita menabung eh?

Tuesday, March 24, 2015

Tambah kabinet dapur


dah lama duk berangan nak beli kabinet dapur baru.
awal bulan hari tu baru beli.
bukan sampai ribu2 pun, beli yg murah je.
kalau ikut angan2, nak buat kabinet dapur baru.
tapi duit belum jatuh dari langit.
so, ikut kemampuan jelah..



semak.
hahahaha..
kat dinding ni nilah aku cadang nak buat kabinet dapur.
bnyk kali dah kut aku duk bgtau klau ada entry pasal dapur.
nak buat sama mcm kabinet sebelah sinki and dapur tu.
busuk2, kena ada 3k jugaklah campur dengan pintu segala bagai.
so, simpan dlu angan2 tu.
plug, paip air smua dah ada in case klau nak letak pemanas air coway. hahahaha..
almari dapur tinggi tu pantry aku.
meja sebelah tu usia dia dah 10 kut. hahaha.
dari umah mak aku dlu tu.
aku bawak masa mula2 pindah rumah lepas kawen.
now dah 5 tahun kat umah aku.
elok je lagi.
cumanya agak besar, and tak berapa sesuai duk kat situ.
bab ruang sokay sebab dapur aku luas.
nak tengok entry pasal dapur aku  yg lain, klik kat label dapur kat sebelah kanan blog tu ha..




nah haiii..
waktu malas nak kemas.
campak je smua benda kat sini.
untung gak meja besar, mcm 2 bule letak.
hahahaha..
roh rajin datang, baru aku simpan smua benda tu kat tempat asal dia.
roh malas datang, apa pun tak bule.
tu mangkuk tingkat mak mentua, bakul susu anak2, maciam maciammmmm..
tak tgk bawah meja lagi.
saki baki kenduri tahun  bila ntah, smua bersemadi kat situ.
aiyooo..

jadinya marilah kita merajinkan diri yeh..



taraaaaa..
eheh..
dah bli lemari baru.
pusing2 masuk 2,3 kedai perabot jugak nak jumpa lemari ni.
nak cari yg sama mcm yg tinggi tu.
tapi tak dapek.
last jumpa yg ni, pintu lebih kurang sama, kaler sama, tiles atas je lain.
sokay la, sama gak la tu.
pegi merata kedai, last jumpa kat kedai feberet aku jugak, kedai perabot yg slalu aku beli barang.
murah je, rm200 je pun.



jadi marilah kita mengemas.
susun2 apa yg patut.
buat perubahan sket, sebelah sini buat pantry je.
ada bekas air panas, bekas air masak, mug, bekas botol susu Aniq and bakul hujung tu letak pam susu ngan botol2 lepas basuh.
situ ada plug point dah, tapi hujung sana.
so, kena pakai extension plug.
kalau almari baru tu letak kat hujung sana, mcm tak cun pulak.
lagipun seriau kut tertolak bekas air tu, jatuh nnt.
kesian kan, sebab tak da coway.
hahaha.
malas nak commit bulan2 tu buat aku pikir 2-3 juta kali nak beli.
tambah hutang..
suami pun sokay je dengan bekas air panas yg ni.
tugas dia la masak air hari2.
jadinya, kita pakai jelah apa ada dlu yeh?



close up sket.
mug tu banyak, tapi yg duk guna selalu, cawan plastik yg duk menempek atas bekas air masak tu jugak.. hahahah
kami hari2 guna pinggan cawan plastik je senang.
nak campak2 pun tak risau pecah.
klau guna pinggan kaca, Amni duk ikut sama.
malas nak bertekak, so mak bapak smua guna pinggan plastik.
senang cita.
bekas air masak tu, kena sentiasa penuh mcm tu.
aku tak bule klau air dah tinggal separuh.
mcm tak lengkap, kena sentiasa penuh.
gila. hahahha.
lagipun kami smua mmg minum air kerap.
memang hari2 kena masak air, sehari 2, 3 kali gak.
tu nak masuk peti ais lagi utk air sejuk papa.
angan2 nak beli bekas air tupperware pasni.
mari menabung.. uhuk uhuk.

dah letak gini, skang mudah gak keja aku.
sebab Amni dah bule ambik air sendri.
sejak ubah gini, lagi kerap dia minum air.
minum sket je, seronok tekan air tu la.
aku biar je, klau tumpah kena marah la kan. hahahaha.
kat skolah, cikgu dia pun isi air masak dlm bekas gini.
nak minum ambik sendri.
so, dia dah biasa, jarang la nak tumpah.
tapi biasalah dia, clumsy.

ok, tu bahagian atas.
utk dlm almari pulak.
aku mmg plan, kat almari tu nak letak pinggan cawan je.
yg nak guna kalau org datang rumah.
sekarang ni , smua tu ada dlm kotak, letak dlm kabinet dapur bawah sinki tu.
bila nak ambik, susah.
walaupun tak guna selalu, tapi nak mudahkan keja.



yg bahagian atas tu mostly hadiah kawen.
ada seg gelas+jug and cawan air panas.
2 kotak putih yg nampak bahagian bawah tu bekas kuih raya.
pastu ada 1 set sudu garfu.
saja aku biar duk dlm kotak, tak mo buka.
nak guna, baru buka, pastu simpan balik.
jarang guna kan? klau buka kang lipas la apa la.
biar jelah mcm tu. nak simpan, susun pun senang.
bawah, pinggan mangkuk.
yg tu 1 set aku beli masa baru kawen dlu.
bnyk set tu.
pernah share dulu dlm blog, thn 2011 kut.
beli kat menang glassware.
klau buat makan2, kluarkan yg tu.
ada gak pinggan plastik+kaca yg mak aku kasik.
otw ada lagi pinggan aku beli, kirim ke opismate aku g langkawi.
tak sabar oihh.
hahahaha..
tu ada ruang kosong, soon penuh la ruang tu.
so, skang ni pinggan mangkuk smua duk setempat.
senang nak ambik kan?
pinggan yg guna hari2 kat kabinet sebelah sana.
later2 aku share.



ruang sebelah kanan.
setakat hari ni isi bekas air + jug je.
later, haruslah bertambah2..
hahaha.
klau letak rak dlm ni, bule susun bnyk sket.
cumanya, almari ni rak bawah tu tak la kuat sgt.
so, takleh la nak susun berat2 sgt.
kang roboh... beli murah je kannnnn?



pandangan dari pintu masuk ke dapur.
sebelum ni, masa ada meja tu, tak luas mcm ni la.
so, skang ni dapur lebih kemas and tersusun.
ecewahhhh..
bakul biru tu, bakul susu anak2.
tiap2 minggu guna sebab tiap2 minggu balik umah mak.
so, letak situ jelah senang nak ambik.
beg merah, isi beg pam susu aku.

ternampak pulak gambar meja mkn baru kiterrr.
hehehe..
yg tu nnt kak yah story lain entry.

Monday, January 19, 2015

Bila menggoreng...

entry pasal dapur.
moh kita share..
sharing is caring..

mak2 sekalian.
korang bila menggoreng kat dapur, acaner handel minyak yg bertebaran tu?
ai is rimasssssssssssssssssss tgk minyak duk mercik2 tu.
haishhhh..

so..
bila kak yah nak menggoreng...
kena ada pertahanan..
eh, pelapik..
hahaha..





gituuuuuuuuuuu..
keliling aku lapik kain buruk.
kang dah mercik minyak2 tu smua, tak la teruk aku nak lap ye dok?
ehek ehek..
ada je hood dapur tu, tapi mcm tak berapa efektif sgt.
masih mercik jugak.
maybe sebab aku pakai yg cap hayam je kut.
setel je goreng, laju2 lap.
mula2 lap dgn kain buruk tu dlu.
pastu basahkan, lap lagi sekali.
baru bersinar2 dapur ku..
ecewahh.


mahap la kuali hitam aku tu.
beli masa mula2 kawen.
makin hitam kuali, maknanya ko rajin guna..
hahahaha..
lagi hitam lagi syiok guna ok.
ada je aku beli kuali baru, tapi yg ni best lagi.


haaaa.
atas bawah ada protection ye..
klau goreng ayam, silap2 mercik sampai bawah.
klau lantai bawah, kena minyak, lagi rimas tgk.
aku klau free, lepas masak, setel smua, laju2 mop lantai dapur.
saiko... hahahahaha..



kat lantai.
prevent is better than cure.
hahahaha..

Wednesday, December 31, 2014

Upgrade tempat simpan tipuware

sebelum ni pernah buat entry cemana aku simpan tipuware and tupperware aku smua.
nak baca, klik sini.

bila ntah ada tgk kat blog sapa aku tak ingat.
dia share cara dia simpan tipuware.
macam menarik, so nak tiru.
dia simpan dlm 1 bakul besar.
pastu baru letak dlm almari.
sebelum ni aku susun2 dlm almri kan?
jadi marilah kita try cara lain pulak.


awal bulan hari tu ada pegi padang besar.
masuk belah siam.
sana barang plastik, alahai murah baq ang!!
aku suka pegi padang city.
situ mcm2 ada.
segala jenis periuk, kuali, pinggan, mangkuk, besen, tipuware.
cakap je nak saiz apa. sekecik2 bekas, sampai sebesar2 bekas.
kira situ mcm tempat jual perkakasan rumah/dapur.
seronok sgt pegi situ.
mak2 kan? pegi beli pinggan mangkuk pun syok habis.

so, utk menjalankan misi upgrade tempat simpan tipuware tu, aku beli bakul ni.
besar tak besar, kecik tak kecik.
tinggi lebih kurang 12cm. ke lebih..
aku agak2 je saiz muat dgn kabinet tu.


nahhh..
brand dragin ware lagi kau..
hahahaha... made in thailandddd.
harga? tu 35 tb.
duit rm 3.50. murah la sebab besar jugak.


ini gambar sebelum.



ini gambar selepas.
mcm ok je bakul tu dgn kabinet ni.
klau dpt saiz besar sket, lagi ok kut.
yg lagi tinggi kan?
tapi takda.
yg ni pun ok la kan?


ini gambar 2 bakul kat bahagian bawah tu.
kena buka tudung, susun2 dlm tu.
pandai2 la edjas.
klau tak buka tudung2 tu smua, makan ruang nak simpan.
mcm ni boleh selit2.

pas buat gini, aku macam.. ermm..
klau berselerak dlm tu tak nampak la kan?
tu bagusnya lah.
tapi klau nak ambik, mcm susah sket.
tapi klau susun2 mcm dlu pun susah gak nak ambik.
depends.
cumanya klau duk dlm bakul mcm ni, kau malas nak susun, bule campak2 je.
hahahaha..
tak nmpk sgt sepah2 dlm bakul tu.

Friday, December 05, 2014

Susun plug elektrik

lamanya takda entry susun atur..
ghindu..
syiok baca entry susun atur org..

entry kali ni pasal plug2 elektrik kat dapur.
harus bnyk alatan elektrik kat dapur kan>
cemana korang organized plug barang2 elektrik?
peti ais, periuk nasi, kettle, oven@microwave dll.
yg memang sentiasa on like peti ais, senang la.
yg guna kejap2, and barang2 tu duk situ je.
camnoo??



aku guna menda alah ni.
beli lamaaaaaaaaaaaaaaa dah.
guna pun lama dah.
tapi kena tambah sebab banyak la pulak barang2 lektrik duk berhimpun situ.
tak cukup nak letak dah.
menda alah tu ada 2 je.
masalahnya, skang ni lupa beli kat mana.
agagaga...
nyesal dlu beli 2 je.
isk isk....

takda gambar barang2 elektrik kat situ pulak.
ritu ambik gambar plug je..
hehe...
situ ada peti ais, periuk nasi, steril botol amni, oven and pot air panas.
lokasi diorg mmg kat situ, sebab situ ada 3 plug.
mmg aku buat bnyk sebab nak letak peti ais and sebelah kc.
so, himpun smua situ.
yg slalu on haruslah peti ais.
kedua is pot air panas.
next is periuk nasi, pastu steril botol amni and oven.
pastu gilir2 la sangkut kat situ.
kadang2 guna toaster roti pun kat situ.
bertambah sesak.
kena tambah benda alah tu.
tapi lupa beli kat mana.
adoiyaiiiiiiiiiiiiiii..


Thursday, September 11, 2014

Tempat kain buruk

kain buruk pun ada tempat dia yeh..
walau nama kain buruk, takda la buruk sangat rupanya..
heheheh...
ini utk kain buruk yg sedang guna.
yg belum guna, aku letak dlm laci.
yg sedang guna, kita letak luar..


aku sangkut je.
senang nak letak, senang nak ambik, senang nak tengok.
beli penyangkut tu, pastu lekat kat kc kat dapur.
memula asyik la jatuh, yelah pakai double side tape hitam tu je,
berat kut.
pastu laki lekatkan guna gam apa ntah, tak perasan.
so, kukuh dah and tak jatuh2 dah.
tenkiu suami!
tempat sangkut tu ada 7 asalnya, tapi aku buang tinggal 5 je.
sebab rasa mcm banyak and sesak plak nak sangkut.
harga, murah je pun, tak sampai rm5 pun.

aku suka kain buruk warna cerah2.
takmo gelap2 sgt.
sebab, bila kotor, nampak and laju2 nak basuh.
busuk2 aku basuh kain buruk ni sebulan sekali.
tak lalu tgk bila kain buruk dah buruk nau...
bukan buruk sebab lama, tapi sebab kotor.
dah guna lap2 dapur tu taulah cemana kan?
yg kaler putih tu laki aku beli kat mana ntah.
dia tgk kain tebal and elok, boleh buat lap dapur.
tapi dah putih bersih masa beli, tak gamak pulak nak buat lap dapur.
aku buat lap2 kat kc je.
lap habuk ke, mcm tu je.
yg kaler koko sebelah tu pun 1 set dgn yg putih.
aku potong 2, kecik sket.
kain tu tebal, klau lap air, memang syok.
1 bahagian buat lap dapur, 1 lagi buat lap habuk kat kerusi meja depan.
yg tu aku tanda, aku ikat getah.

kang tertukar dgn yg buat lap dapur pulak.
yg guna utk lap dapur, ada bau sket la kan?
cadangnya nnt nak jahit penyangkut kat hujung, senang nak gantung.
tapi taktau bila la nak jahit tu.
yg hujung tu, buat lap pinggan or cawan or bekas2 makanan.
kira kain buruk yg bersih.
hehehhe..

ini kain buruk yg selalu guna la.
ada selai lagi yg selalu guna gak, and agak horror sket rupa dia, aku sidai kat paip air kat sinki.
sebab yg tu sentiasa dibasahkan utk lap kc and sinki.
so, sidai kat paip air.
klau letak kat penyidai ni, kang menitik plak airnya.

so far, puas hati dengan lokasi ni.
senang nak ambik.
klau air tumpah, nak ambik kain buruk buat lap, suruh Amni ambikkan pun boleh.
senang keja mak.
memula dlu, dia suka main.
now tak dah. kena wiappppp dgn mama... hahahaha..

Wednesday, September 10, 2014

Bekas roti

cemana korang simpan roti?
roti putih, like roti gardenia tu..
rumah aku ni sentiasa ada roti, sebab Amni suka.
dulu kecik2, makan roti saja pun boleh habis 2 keping.
dah besar ni, pandai request nak roti+butter+madu.
hasil didikan apaknya.
benda dia suka makan, and senang nak buat and bagi makan, so selalulah ada roti tu.
kadang mlm tak makan nasi, makan roti je.
senang keja mak kau nak oi...

dlu2, aku letak mcm tu jelah roti tu.
dah duk dlm plastik dah kan?
lagipun umah aku ni takda tikus, so tak susah hati sangat.
yg ada semut @ cicak je.
kadang2 ada gak semut sesat masuk dlm roti tu.
and pernah tak simpul balik plastik roti tu, cicak masuk.
tak tau keja sapa, mama ke papa..
so, i si geram.
marilah kita cari bekas utk simpan roti tu..


tak tau nak cari yg mcm mana, jumpa yg gini je.
so, hantam sajalah.
selalu org buat letak kek or kuih.
mcm display kat kedai2 makan.
tapi boleh je nak taruk roti dlm tu.
tak jumpa bekas besar sket, so bolehlah yg ni pun.
klau roti yg baru beli, saiz kecik, ngam2 je.
dah guna separuh, selalu simpan gini pulak.
selalu pun beli saiz kecik je walau selalu mkn.
sebab klau beli yg besar, kadang2 tak habis mkn dah expired pulak.
tau2 berkulat, pastu himbau masuk tong sampah.
membaziorrrr...
planta pun kadang2 aku sumbat masuk skali.
aku tak suka letak planta yg nak makan dgn roti tu dlm peti ais.
kang keras, nak tunggu lembut, nak mkn ngan roti lambat plak.
so, letak luar je.
dah simpan dlm bekas camni, takda lagi kes cicak ke semut ke masuk dlm roti.
taktau la kut aku tak perasan.. hahahah
tapi, laki aku pun alert dah, roti sila letak dlm ni and tutup semula tudung yeeeee..


parking bekas roti ni atas oven.
oven bukan guna hari2, tiap2 minggu pun tak.
so, takda hal.
nak guna oven, alihkan kejap bekas roti ni.
sebab bekas roti ni plastik, kang cair pulak ye dok?
oh, harga bekas ni klau tak silap, dlm rm15 kut.

korang simpan roti cemana?

Friday, July 11, 2014

Simpan tipuware

cemana eh korang simpan segala tupperware ngan tipuware tu smua?
banyak tak korang punya?
aku salute habis kat pencinta tupperware, yg beli semua edition, semua jenis.
pastu beli almari  khas, susun cantik2.
huiiii..
dasyattt....
aku ni minta gak tupperware tu smua.. -mak2 sgt kannn?
sapa tak suka ye dok?
memang la mahal, tapi berbaloi beli sebab tahan lasak, kedap udara and bule guna lama.
dlu2 aku tak beli la tupperware tu smua..
mahal nau harga.
skang dah keja, dah ada umah sendri, baru berjinak2 beli tupperware.
beli dgn harga ahli tu murah la sket and beli bila ada sale.
tak kisah la edition  bila, yg penting, murahhhhhhhhhhhhhhh..
tapi, idok le aku beli banyak pun.
tupperware yg aku beli, semua aku guna.
guna semaksimum mungkin.
isi segala keperluan harian.
takdanya aku nak beli, susun cantik2, hari2 tgk..
hahahaha.. minat belum sampai ke tahap tu.
yg banyak kat umah aku ni, tipuware.
brand apple lady, elianware ngan tipuware kuih raya or bekas soya tu..
hahahaha...
dlu, memula duk umah sewa, aku beli yg brand ni je.
murah je pun.. tapi tulah, ada yg tak kedap udara.
2,3 kali tukar jugak bekas isi milo gula tu smua.
pakai yg jenis kaca pun pernah, tapi berat pulak.
banyak gak la aku beli yg tipuware sebab murah and design pun lawa2.
asyik beli, sudahnya bnyk jugak bekas2 tu kat umah.
dah pindah umah, nak simpan bekas tu smua, pening gak arr..
nak buang sayang walaupun bekas aiskrim, bekas kuih raya tu smua.
sebab kadang2 berguna jugak.
like, nak tapau kat org apa2 kan?
tapau dlm bekas2 kuih raya tu klau tak blk dah bekas tu pun takda la rasa nak marah ke apa kan?
ater, bekas freeeeee.. hahahah..
klau kasik yg lawa2 sket, walau tipuware, tapi klau tak balik ke tgn semula, gewamm la jugak kan?
lainla klau tapau ke mak sendri, mak mentua ke ye dok?



ni lemari tempat aku sumbat segala bekas2 tipuware aku.
tupperware ada 2 bijik je yg tak guna.
yg aku beli, semua aku guna, takda simpan2 pun.
ni kat almari yg aku jadikan pantry.
atas tu, segala gula susu milo.
atas lagi stok makanan, segala jenis tepung, and bahan masakan yg lain.
blh klik kat entry pantry tu utk tgk lemari ajaib aku ni.

skang ni aku tgh pikir, cemana nak susun segala tipuware ni bagi nampak kemas sket.
banyak tak banyak, penuh la jugak kan?
skang ni mmg aku tak beli dah segala tipuware tu smua, guna mana ada je.
tgh pikir cemana nak storage bagi lebih kemas and senang nak capai.
klau takat aku sorang yg guna takpe susun cemana pun.
klau babitkan laki aku sama, hahhhh, takda maknanya.
ni klau aku ubah susunan ni, pastu suh dia tlg ambik mana2 bekas, confirm tak jumpa.
susun pelik2 sket, mau bebel cari barang tak jumpa.
dia dah terbiasa dgn susunan mcm ni, klau ubah, takes time sket nak hadam.
paling kerap dia guna is jug air.
klau biasa duk depan, skali aku letak blakang.
dia buka pintu, tgk takda, terus kata takda.
kut nak jenguk ke dlm2 tu, tak..
sebab tu dia tak penah usik dapur aku. hahahaha..
klau nak suh dia ambil apa2, aku kena bgtau detail.
laci mana, pintu mana, drawer mana, celah mana..
gituuuuuuuuuu...
klau takat bgtau kat kabinet dapur je, pas sudah carik tak jumpa.
ehh, termengumpat laki pulak.. hahaha

ok, back to the topic..


zoom sket kat bahagian atas.
segala jug air duk sini, tapi yg plastik je, jug kaca kat tempat lain.
ni jug harian, buat bancuh air ais.
klau raya, pakai yg kaca.
klau ada tetamu, kadang aku bantai je pakai yg ni sebab yg kaca duk dlm kotak.
lambat nak keluarkan.. heheh..
belakang tu ada botol2 air dan tipuware kecik jenis bulat.
susun skali kat sini.
hari tu share kat group KSSA kat FB, ada yg suggest, buang semua tudung and susun secara tindan2 tu / bertindih.
blh cuba utk yg kecik2 tu.
yg paling besar, kaler pink tu, dlm tu ada tipuware kecik2 yg aku guna buat isi makanan Amni masa dia kecik2 dulu.
lagipun jug pink tu jarang sgt guna, kecuali ada kenduri or air takda je.


ni bahagian bawah.
sini bekas2 tipuware je.
yg guna utk bawak bekal ke opis, yg guna utk simpan makanan dlm peti ais, yg guna utk simpan stok bahan basah dlm pei ais.

dlu main beli je, asal nampak elok kat mata.
pasni tak blh dah, kena beli yg sama saiz, senang nak simpan, nak susun.
sini yg agak disaster.
waktu rajin, semua tersusun elok.
waktu aku tak sempat, kadang2 aku campak je dlm tu.. hahahaha..
tutup pintu, tak nampak kekecahannya..
tapi jarang la buat sebab aku pun rimas klau semak.
cumanya, kadang2 tak berapa tersusun ikut jenis la.
pastu bila free, bila rajin, aku susun2 balik.
klau tak kang, elok buka pintu, jatuh habis tipuware ko..
aku ada tgk kat blog sapa ntah, dia letak dlm raga, pastu masukkan dlm lemari.
kemas la sket.
blh try nnt, beli 1 raga besar, then susun dlu tipuware tu smua.
asingkan bekas dgn tudungnya..
nnt klau aku dah buat, aku share kat sini.
taktau la bila nak jadinya..

Tuesday, July 01, 2014

Bekas ubat

ada org letak bekas ubat cenggini?
hahahahaha..
ke aku sorang..
kira kreatif habis la ni..
kehkehkehkeh..
dah jadi 2 in 1 dah bekas gelas tu kan?
pemalas lipas btoi kak yah..

takdelah, sementara je tu.
ni ubat yg aku duk makan sekarang.
sejak pregnant ni la.
biasa2 takda ubat apa pun aku makan.
tu kalsium (ostemetrix) dgn ubat tambah darah tu, vitalea. from shaklee.
before this aku makan iberett.
sesaja try shaklee punya, tak sesuai, darah aku drop.
so, back to iberett semula.

sehari 2 letak cenggini, ok lagi.
lama2, aku pun cemuih tgk.
siap kena kutuk dgn laki.
hahahaha..
sebab gelas tu jadi bertambah berat kan?
so, kena pikir solution yg best sket..


terjumpa raga comel ni.
rm1.20 jewwwww..
ngam2 utk 3 ketoi bekas ubat yg aku duk makan skang ni.
pas branak kang, takda dahhhh.
aku malas oih makan2 ubat ni smua..


penempatan bekas ubat tersebut..
dekat dgn air la semestinya.
senang nak capai, and nak makan kat situ.
utk ubat2 yg lain, ada yg aku letak dlm peti ais.
itu ubat jenis cecair la.
klau yg jenis pil, aku simpan dlm bekas lain, kat tempat lain.
yg pasti tinggi, anak tak bule capai..


Thursday, June 26, 2014

Cuci sinki dapor

korang2, cemana eh korang cuci sinki kat dapor tu?
guna pencuci khas or bahan2 lain?
bila pulak korang cuci sinki?
atau tak cuci pun sinki, main jirus2 jew....
hahahaha...

kak yah ni pantang eh sinki berkerak.
aku klau masak, pastu membasuh kat sinki, harus ku sental jugak walau sikit2.
selalunya pas setel basuh, jirus2 kat sinki tu bagi air sabun semua clear.
jgn biar je air sabun kering bercapok2 tu ehhh..
lama2 sinki jadi burok.
biasanya pas basuh pinggan semua, dah habis, aku gosok2 la jugak sinki tu.
pakai berus basuh pinggan tu jugak la.
thats y aku suka berus yg jenis jala tu, bukan jenis span tu.
pas dah gosok sinki tu basuh la kan berus tu?
dlm seminggu paling kurang sekali atau 2 minggu sekali, mesti aku sental kaw2 sinki tu..
gosok guna berus kasar kat celah2 semua.
buang semua daki2 hitam serdak2 air tu.
jgn ingat jirus hari2 tu tak jadi daki ehhh..
klau takat jirus, tak pernah tonyoh, lama2 berdaki, hitam, jadi susah nak keluar.
tak lawaaaaaaaa..



dulu2 aku pernah pakai cif.
dah habis malas nak beli, sental guna sunlight tu je.
baru2 ni terajin, guna menda alah ni.
jumpa tips ni kat internet, jom kita try..
ada yg guna baking powder, ada guna cuka dgn lemon, ada guna soda bikarbonat ni..
entahhhhhhhhhhhhhhhhh.. kita cuba jelah.
mana2 pun boleh.


memula tabur je dulu kat sinki.
pastu biar kejap, baru sental.
aku guna berus klau kat dinding tu, kat dlm sink ni jgn pulak guna berus kasar yeh.
kang calar sink korang, dah tak lawa..

hasil?




lepas bilas..





berkilat2 la jugak.
sama je klau guna cif atau sunlight.
sama je klau korang mmg hari2 sental sinki ni.
jgn sebulan sekali baru nak sental sinki, jarang la nak nampak kilat2 ni.
aku takpe, tiap2 minggu sinki berkilat.
gitewwwwwww..
hahahahaha..

tapi betul, aku nyampah klau nampak sinki bercapok.
kering air sabon tu.. meluat tgk.
klau incik suami yg basuh pinggan, pastu aku kena g pantau.
dia biar je air sabon duk bercapok kat sink.
aku kena jirus2 bagi hilang buih2 tu smua.
takpe, aku tak marah dia pun sebab tinggal gitu.
sebab dia dah tolong aku basuh pinggan periuk semua kan?
aku tak marah dia pun walau basah sampai ke lantai and aku kadang2 kena mop sebab basah.
muahahahaah..
tak marah ponnnnnnnnnnnnnn..


Friday, June 06, 2014

Bekas bawang Avon

 
rasanya ramai yg tau pasal bekas bawang keluaran Avon ni.
design dia tak lari bnyk dgn keluaran tupperware.
malah, lebih ohsem dari tupperware sebab kaler pink uolls!
ramai org suka.
dan yg paling penting,  mampu milik.
murah oi. bnyk beza ok dr tupperware.
dan Avon keluarkan dlm 2 saiz.
lagilaaaa org suka.
hahahaha..

1st time keluar, mcm pisang panas.
kejap je habis stok kat outlet Avon.
baru2 ni, last month, eh keluar pulak.
pun setel.
aku kebetulan pegi 1 outlet kat Kangar ni.
tujuannya nak beli bra je.
nampak bekas comey ni, laju2 tanya ada banyak ke?
nak beli jugak walau kat umah dah ada 2 bekas bawang tupperware.
biasalah, mak2 kannnnnnnnnnnnnnnn?
nak simpan apa lagi pun taktau lah.
sebab comey, pink kaler lagi, harus ku miliki mu jua.

pastu, aku share kat group Kami suka susun atur kat FB.
ramai dah yg join kan?
mostly yg suka susun atur kat umah. best!
leh sharing2 idea and konsep umah memasing.
bila share kat situ, ramilah yg nak nak nakkkk.
menderu notification masuk kat henpon kak yah.
terasa glemer seketika haku. kihkihkih.
yg suh pm, yg beriya nak, ramailah.
ok, boleh2.. takda hal.
niat aku share tu pun klau ada yg berminat, aku blh tlg belikan.
seronok2 je pun, bukannya aku meniaga ke apa pun.
sebab aku tau susah nak dapat benda alah tu dannnn, seronok jumpa kawan2 kat alam maya and tolong sesama kita kan?
ecewah ayat tak agak2 kak yah.
tapi ini serius ehh.
yelah, aku bukan kenal pun korang kan, cuma duk berbalas komen kat pesbuk je.
tapi dah niat nak tolong, so teruskanlah.
himpun2, banyak gak yg nak.
soooooooooooooooo, aku g beli dulu sebab taktau nak caj berapa utk kos pos nnt.
tawakal. sebab laki aku mcm tak berapa yakin dgn aku.


tekejut budak kedai tu sebab aku beli banyak.

sampai kena g ambik kat kedai lain pulak.
siap buh dlm kotak lagi.
12 set=24 biji saiz kecik. banyak oih.


banyak oih.
gigihla aku membalut semua tu sebab nak pos kan?
mek tu pun sebok laaaaa nak menolong.
tolong la sangat!!

1 set ada 2 bekas bawang. yg kecik RM29.90. yg besar pun sama 2 unit gak, RM49.90.
murah kan? kualiti pun bagus.
yg pesan semua nak saiz kecik.
dah siap beli, aku pon wasap, mesej balik kepada sesapa yg kirim tu. kos pos aku caj rm8.
anggaran je sebab taktau g.
mana yg btul2 nak, terus bank in duit.
ada gak yg lambat sket.
and ada gak yg lambat banyak.
huwaaaaaaaaaaaaaa.
duit aku banyak tuuu buat beli menda alah nii.
sebelum tu aku dah mention, aku tolong beli dlu, then yg memesan klau blh pas aku bgtau bank in segera utk aku poskan barang.
kira aku tlg beli dlu, then korang bayar balik pas tu.
kesian jugak pada yg mengharap nak sangat, beriya duk mesej 2,3 kali.
yg betul2 nak, ada, pas bgtau trus bank in. senang keja kan?
ada gak yg bgtau lambat sket nak bank in. bank jauh, tunggu gaji bagai.
sokay, iolls tunggu je and reserve barang tu sebab korang dah pesan kan?
ada gak yg langsung tak reply mesej pas sudah.
hoihhhh.. gewam i tau!
klau tak jadi ke, tak  nak ke, at least bgtau la kan? jgn diam seribu bahasa.
bukan apa, aku dapat beli 12 set je, sedangkan yg tanya mau dekat 20 org.
yg pm tak dapat pun ada. aku pm semua yg tanya kat group tu. tapi maybe pm banyak2, ada yg tak dapat. entahhh..
ko org ke 3 pesan, so aku beli. ikut turutan.
pastu org yg ke 15 pun nak, siap nak bank in duit dah sedangkan barang takda.
klau ko taknak, aku kasik je kat yg betul2 nak and yg blh bayar.
senang keja aku. ni ko diam je walau 2,3 kali aku mesej.
haishhhh.. aku ni taknak la potong que kang kata aku tak menepati janji pulak.
tapi pas seminggu takda reply, mmg aku kasik je kat sapa yg bank in duit.
aku kesian pada yg bertanya tu je.
yg btoi2 nak. sebab niat aku nak tolong belikan, tolong kawan2.
pastu aku duk runsing duk bila ada yg  tak reply mesej.
laki aku kata aku weng, tolong org tapi tak kenal.
duit dah habis, bekas ada kat umah.
camno??
sabar2..
pastu mana yg tak reply,  gasaklah.
sapa yg tanya, bank in duit, aku pos je.
senang. aku pun takda sen dah niiiii oi.
yg dah dapat, bgtau barang dah sampai, i is happy!!
serius ni tauuuuuuuuuu..
cumanya kos pos rm6 je. so mana yg reply mesej, aku bank in blk rm2 tu.
duit org, bukan duit aku.
ada je yg halalkan, terima kasih banyak2. moga murah rezki korang.
diorg halalkan sebagai tanda trima kasih aku tolong belikan bekas tu.
best kan deal ngan org camni. tak banyak bunyi.
yg tanya beriya, mesej tak benti pun ada. bila bgtau barang sampai, suh bankin duit, eh diam pulak.
derrrrrrrrrrrr...
ada akak sorang tu siap bankin rm45 kat aku.
hairan plak aku sebab bnyk nau lebihnya. dia silap ke aku  yg silap beli.
saja bg lebih katanya, tips sbb tolong belikan bekas tu.
mekasih bnyk2 kak. klau semua mcm ni, thn depan aku leh buka kedai dah.
hahahaha..
aku ni tak pandai nak berniaga. teringin tapiiii, tulah tak pandai.

now, dah habis dah kempen tu kat avon.
bila nk keluar pulak, tak tau lah.
ada 1 set lagi ni pending kat aku sebab dia nak set besar and kecik.
yg set kecik tu org lain punya. reserved lama gila kut, smpai hari ni tak bank in.
mcm2 pulak alasan dia. aku dah mesej, gasak ko lah.
taknak bgtau je taknak, tak yah bagi alasan mcm2, aku bukan bule marah pun.
ko ntah kat mana duduk pun aku tak tau.
takpe lah, pengalaman.
dah tak reply mesej, aku kasik je kat budak ni, dia tetiba je bank in duit semlm.
aku ingat tak jadi dah, sebab dia tanya lama dah.
takpa, rezki dia la kut. aku kasik je kat, senang.
sapa bayar hak dia. hahahaha..



ni kak yah punyer..
ceria dapor iolls ada pink kaler.
aku rembat 1 set saiz kecik.
memula nak yg besar, tapi bli yg kecik dlu lah.
cam tak masuk pulak ngan bekas tupperware tu.
patutnya ambik yg besar kan? sebab yg besar pun masih kecik dari tupperware.
taktau nak isi apa, aku letak cabai kering dlm tu.
lagi 1, xtau g nak letak apa.
tengah pikir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...