Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Thursday, August 05, 2021

Menodak beg Rizalman

 Assalamualaikum..

 

minggu lepas, sempat menodak beg Tok Ri @ Rizalman. hahaha.

sapa yg follow IG dia tau lah cemana pakat pulun nak beli. dia ni apa ja yg dia jual tak soldout. laris betholll. kadang ada ja yg miss. kali ni dia keluarkan beg ritote. ada 2 biji, means come in 1 set. 1 beg besar, 1 beg kecik. dia kemain menayang dlm IG buat org smua tak keruan. bagus betul dia punya marketing strategy. sendiri design, sendiri jadi model utk promote. jimat hehe

aku dah pesan dgn PS, kut nnt tak sempat menodak, base on pengalaman sebelum hahah. hari kejadian, 30hb tu aku kena masuk opis. so bertenang la sikit compare duk rumah. pukul 11 camtu aku buka web, try beli. eh lepassss.. so aku beli jelah nnt jual balik. ramai ja yg nak.

hari jumaat beli, isnin dah in hand. laju betholll. ailike. pastu yg lebih tu iklan kan. ada yg tanya, tau harga, diam. sokayy, faham. ada lebih 2 set, dah setel pun jualnya. 

yg aku order dgn PS pun dapat. tgh tunggu sampai ni, ptg2 nnt la kut sampainya. mmg dia dah bgtau, rabu baru start pos. 

aku order dgn PS kaler merah. aku beli kat web kaler hitam. tapi aku ambik yg kecik ja, yg besar jual ke kawan aku. dia ada yg kecik, dapat free Tok Ri bagi ke frontliner ( ke suaminya, tapi dia rembat ). pastu dia kenan yg besar, ha silaaaa.

 

yg hitam. kaler beige, line hitam. material jenis kain, bukan plastik ke apa. design simple tapi wow.


ni yg besar. dah pass ke tuannya. yg kecik and besar sama ja design nya. aku dah melaram guna semlm haha. bangga sebab dapat beli, sebab last time hoihhhh web tu mcm apa. susah nak lepas. sebab ramai nau yg masuknya.


merah ang2. yg ni kalau yg besar, kaler beige, line merah. yg kecik, line beige. lain sket. yg ni aku ambik 1set. nak buat apa ntah bnyk2 beg haha. 


aku ni bukanlah diehardfan dia. tapi aku suka lah jugak part yg elok dari dia. cth, tazkirah dia, amalan2 baik dia. ada part yg tak berkenan. tapi tu hal dia lah, biarkan. tak yah lebih2 nak komen pasal org. masing2 ada cara sendiri kan? tak suka tak perlu mencaci, suka tak perlu sampai mengagungkan berlebihan. ala kadar. kita pun tak sesempurna mana, kenapa nak pertikai org lain..

Monday, January 11, 2016

Shopping di Zalora

2 bulan lepas ada dapt voucher free dari Zalora.
seronotttt oi.
hahaha.
ada buat iklan sket pasal Zalora, then dapat la voucher RM100.
jadi la kan?
sapa ja nak bg ko benda free ye dok?
tu pun dah syok sangat dah.
kalau dapat 1k, taktau lah syoknya mcm mana..
heheh.

best woh Zalora ni.
barang branded tapi murah.
Mango ada, Topshop ada, Aldo ada. produk kita pun ada like Jovian, Rizman Ruzaini, Naelofar eh macam2 lah.
rambang mata tengok sebab bnyk kut.
macam2 ado.. korang pegi la tengok sendri.
tudung ada, blouse ada, jubah, kasut...
aku selalu tengok tapi belinya idok.
hahaha.
dah dapt voucher ni lagi kerap tengok, pilih2 nak beli apa.
voucher valid sampai 31 Dec 2015.
sebelum expired moh la kita membeli.
cadangnya nak beli macam2, lebih takpelah kita top up sket.
tapi pikir2 bnyk nak pakai duit, nak bayar yuran tadika Amni lagi, nak repair kreta sket, so, kita berpada2 sudah lah ye..

pilih2 sampai tak tau nak pilih.
cadang nak beli blouse je.
tengok model pakai nampak lawa.
aku pakai kang entah lawa entah tidak.
hahahah.
model tu kurus nauuuu..
pastu seriau gak sebab keliru dgn size tu kalau brand luar.
nak2 blouse sebab tgk model pakai nmpk pendek je.
tak berani nak take risk.
so, aku pilih je baju muslimah.
senang.. dah sah2 labuh lepas punggung.
beli tshirt jelah .

beli hari ni, petang dpt mesej dah.
esok barang dah sampai.
wohooo, terbaik la Zalora.
pasni sure beli lagi.



parcel tersebut.
sebok ja laki tanya beli apa.
aku cakap Zalora bagi, dia tak caya.. hahaha


aku beli baju ni.
ada 2 kaler, aku pilih dark blue.


lawa jugak tapi kain nipis sket.
tapi tak la jarang.



next beli instant shawl.
beli yg branded sket, biasa beli shawl pasar malam je.
hehehe..



jenis kain cotton tebal tu, best.
besar dan labuh.
cuma kat part soft awning tu, soft sgt la pulak.
duk terkelepek kat dahi tu ha.
jenuh nak edjas.
ke aku tak pandai pakai?
hahaha..

smua ni dah rasmi, dah pakai dah.
once again tq Zalora!

Thursday, January 29, 2015

My Dear Stroller

masa mengandongkan Aniq, dah plan nak bli stroller.
masa Amni dlu, pas beranak cadang nak beli.
tapi pas sudah tak beli.
masa plan nak beli, kawan aku pinjamkan anak dia punya.
sebab anak dia takmo naik katanya.
pinjam kejap jelah.
pastu nak beli, tapi pas sudah tak beli. hahahah.
maybe sebab kami jarang ke mana2 kut.

so, bila anak dah masuk 2, rasa mcm nak beli.
dulu sorang je nak tgk, klau kluar kejap2 pun takpelah boleh dokong je.
dah 2 ni, tak mampu dah kut.
plan ngan papanya, jomlah kita beli.
rasa mcm kena ada jugaklah seketoi stroller.

plan, tapi taktau bila nak beli.
tunggu nak g memana kut baru nak beli.
lagipun kami ni jarang keluar kan?
sesambil tu usha2 je dlu.
sekali ternampak kat lazada.
masa lazada buat sale on 12.12.14 tu.
sesaja buka page lazada, ternampak stroller dan ternampak sale.
muahaha..
klik2, belek2, diskus ngan papa, maka jomlah kita beli.
nak kluar beli ntah bila, makanya marilah kita beli online saja.
sebab lazada, so aku ok lah, boleh beli online.
tu pun google merata sebab nak tau cemana halnya si stroller yg berkenan di hati tu.
tak leh tengok live kan?
harus buat pilihan bijak.
ikutkan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk lahai jenis stroller.
tapi bajet aku ciput je.
idok le mampu nak beli quinny, mc laren bagai.
kita beli ikut kemampuan jelah ye..

then, aku pilih My Dear stroller.



ini rupa stroller yg aku beli.
tapi aku tak ambik kaler biru.
nmpk sgt boy kan klau biru nih.
aku pilih kaler hijau.
harga stroller ni kat lazada is RM300.
after diskaun tinggal RM145 je.
laju2 beli. hahahaha..
sebab bila tgk kat page MyDear sendri, harga around RM299.
kalau nak g usha kat kedai, kat Perlis ni manalah ada sgt pun.
ada la 1,2 kedai yg aku pegi.
tak bnyk pilihan and mahal jugak.

kenapa aku ambik yg ini?
ada lagi yg best and harga after discount below RM200.
pikir2, aku pilih yg ni.



paling aku suka sebab pemegang tu boleh facing ke depan.
so, maknya blh tolak stroller sambil tgk anak.
recline pun blh sampai bawah, so baby blh tdor selesa.
pastu stroller ni ringan.
ye 8kg, tapi tak berat sangat and tak bulky bila lipat.
klau nak yg ciput, kena beli buggy stroller.
haaa, yg tu mmg ciput je.
tp tak sesuai utk baby la.
nak stroller buggy utk baby, ada, tapi mahai oi.
tengok yg ni, sokay la.
lagi 1, boleh menampung berat hingga 18kg.
so Amni pun blh naik sebab skang berat dia around 14kg.
ciri keselamatan pun ok.
kenalah dgn harga ye dok?
sekali lagi, ikut kemampuan sendri...

oh, aku beli ni skali dgn beli si olaf tu.
dapat mesej dari lazada utk shipping pun sekali.
cumanya dari currier yg berbeza je.
mcm biasa, aku guna alamat umah pak mentua sebab kang barang sampai dia blh tlg terima.
klau guna alamat umah aku, kang 1 hal pulak nak collect sebab takda org.
masa olaf sampai, ayah ada.
masa stroller sampai, dia keluar.
so aku kena collect kat ofis skynet jugak.
sokay, dekat je pun.



kotak beliau.
err, tak berbalut pun.
seb baik kondisi dlm elok je takda rosak apa2.
tau jelah klau shipping ni kan?
teruja Amni tgk kotak apa lah besar sgt ni.
masa g collect ni, dia ikut skali.
blk keja, ambik dia dlu kat skolah, pastu g collect stroller ni.
pastu baru g ambik adik.



dah kata teruja kan, gigih lah maknya ni keluarkan nak pasang.
kononnya lah..
last tersadai gini jelah.
tunggu my mr. everything pasang kan.
hahaha..
papa bab2 gini serah ke dia.
dia sabar sket.
mlm tu gigih la dia pusing sana sini pasang benda alah ni.
ada yg salah pasang, cabut balik.
manual dia alahai, simple sgt.
kena tgk betul2.
tulis cina plak tu. hahaha..
made in china ye my dear ni.
klau beli trus kat kedai, ko dapat seketol stroller yg dah siap pasang kan?
beli online, ginilah.
takkan diorg nak pos yg dah siap tu.
besar kuttt..

takda pulak gambar masa tgh pasang.
kelam kabut sebab aku kena tgk dua2 anak while papa buat keja.
si kakak duk main tayar la, apa la..
haishhh..



 yeahhh..
adik enjoy je duk dlm ni.
sekarang stroller ni masih dlm rumah.
sangat berguna ok!

kalau  dia buat perangai masa aku nak masak ke apa ke, aku taruk je dia dlm ni.
pastu tolak g dapur.
seronok je kenit tu. janji nampak mama.
kadang2 kakak duk sorong dlm rumah.



kakak sambil tgk tv, sambil tolak adik.
suka je diorg.

so far, aku puas hati je dgn stroller ni.
walau murah, pada aku ok.
sepadan dgn harga kan?

Wednesday, January 28, 2015

Little Whiz

nak kenalkan pada mak2 1 online shopping barang2 baby yg beshhh..
iaitu little whiz.
little whiz ada segala maknek barang baby, barang mak baby untuk nursing smua.
stroller, carseat, botol susu, baju, mcm2.
segala jenis brand ada.
ko cakap je. berlambak.
pitam nak pilih.
dari yg murah ke yg mahal.
janji ada duit, smua jadi.. muahaha..

aku slalu jugak beli barang kat little whiz.
sejak dari amni dlu lagi.
sampai skang ni.
dulu page dia lain, now dah update.

tak la selalu sgt sampai tiap2 bulan beli.
kadang2.
sebab aku tak minat sgt online shopping.
tapi dgn little whiz ok, sebab beli benda yg dah tau cemana rupa dan keadaanya.
aku duk beli botol susu, puting.
mcm tu jelah pun.
so, dah tau kondisi, takda hal nak beli.

baru2 ni ada membeli sket.
utk nursing pulak.
kebetulan ada sale, so jimat banyak dari beli di kedai lain.
little whiz ni bagus.
ada system smua.
senang je nak beli, klik2, dah siap.


pembelian aku buat on 8 dec.
pas beli smua, buat online payment, terus dpt email confirmation.
petang sket dah dapat tracking number.
pantas..
10hb, barang dah sampai.
yay!!






inilah dia barang yg aku beli.
smua ni utk adik baby.
aku dah check, mostly barang kat little whiz lagi murah dr kedai lain.
online store and kedai.
kos pos utk smua ni baru rm10.
so, jimat bnyk.
later aku share apa yg aku beli pulak ye..


Friday, August 16, 2013

HiShop

aku syak aku dah addicted dah dgn HiShop ni. masuk kali ni dah 3 kali aku beli dgn diorg. masa pembelian ke 2, aku lupa buat entry sbb kalut sket. yg tu aku beli bnyk jugak.
now aku punya skin care aku guna brand Farmasi. boleh je klau nak beli dgn Farmasi terus, but i love to buy with HiShop.

why?

their services is superb i tell u!!

aku beli on 2nd august, by next tuesday, 6 august, tadaaaaa. dah sampai my parcel. cepat kan?

yes, kena say thanks to pos laju jugak sebab diorg yg deliver, but, proses dr HiShop yg pantas tu, terus buat penghantaran after i make a payment. klau tak, maybe lepas raya la baru dapat.. tak dapat la i nak berseri2 di hari raya.. eceewahh..

apa yg aku beli hari tu?

og course la skin care Farmasi jugak kan?

kotak dia ni yg buat aku suka suka sukaaa. kali ni kotak tu besar sket. pastu kaler mcm nak peach sket, dlu pink.. ailikeee.

dibalut kemas. confirm sampai dgn good condition kan? siap ada invoice and discount voucher lagi. suka lagi!!

beli scrub and firming tonic. actually nak beli facial wash, tapi terbeli toner pulak. dah buka baru perasan yg aku beli salah.. no hal, i beli lagi.. kahkahkah.... pakai  jelah toner tu  kan? apa ada hal.. now tgh tunggu parcel HiShop lagi. :-)

jom korang2, usha HiShop. mcm2 skin care ada, tak payah bazir masa, clik2, dapat.. the best is, servis yg superb!! tq HiShop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...