Showing posts with label borderpass. Show all posts
Showing posts with label borderpass. Show all posts

Friday, September 28, 2018

Buat Borderpass di UTC Kangar

Assalamualaikum..
bulan Ogos cuti bnyk kan.
aku pulak apply cuti 3 hari, so dapat cuti panjang 10 hari
wohooooo..
tapi, anak sekolah
makanya mereput jugak la. ahaha

tapi ada la jugak discuss ngan apaknya, nak pegi jenjalan.
bosan la kan duk rumah saja.
kami kat opis ada main kutu sehari RM2.
nmpk kecik kan, tapi boleh la. hehe
ramai main, pastu bila total up tu lepas la jugak nak g jenjalan bajet dekat2 je.
cukup 10 hari, ha dapat. so, sebulan 3 org la dapat.
jadik la kan. suka2 ngan dak2 opis ni.
semua blh bagi komitmen, so kita onz.
aku pulak edjas ambik 10hb 8.
so, kena dgn cuti tu, ha jomlah kita pegi mana2.
plannya nak ke Hatyai. tau, mesti meriah sbb cuti.
tapi kalau kat dlm Msia, lagi azab.
papa ajak pegi Cameron Higland.
nasib laaaa tak pegi. tgk diorg update giler punya jem kat atas tu.
tak sanggup.

bila dah plan nak pegi Hatyai, kena la buat borderpass.
papa now dah blh buat, dah tak black list dah. hahaha
now dah ada UTC, so balik keja, mlm pun blh buat lagi.
senang gak keja. kalau tak, kena pegi siang, celah mana nak pegi tah.
so, seminggu sebelum, ha jomm kita ke UTC.
kami ke UTC Kangar, dlm 3-4 km je dari rumah.
lepas maghrib, siap laju2 pegi sana.

utk buat borderpass, yg kena bawak is Kad Pengenalan, Surat Beranak anak2 yg asal dan 2 keping gambar (background putih). 
again, sebab banyak yg bertanya kat entry borderpass aku yg dulu.
Borderpass hanya dikeluarkan di negeri2 sempadan Thai.
dan yg beralamat negeri2 tersebut sahaja yg blh buat borderpass.
ic KL, Melaka semua tu tak boleh.
dan, hanya di negeri2 sempadan saja blh buat borderpass. 
Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan
nak buat kat Imigresen lain tak blh.
tempoh sah laku is 1 tahun dari tarikh borderpass dikeluarkan.
bayaran dikenakan RM10
borderpass hanya blh digunakan di sesetengah wilayah Thai saja ( Satun, Songkla, Yala, Pattani, Narathiwat)
other than that, kena guna passport. nak g Bangkok, Krabi, Koh Samui and others, kena guna pasport sebab borderpass ni ada jaraknya. jauh mana blh pergi
** correct me if I am wrong

a day before aku pegi ambik gambar budak2 tu dulu.
bgtau siap2 kat kedai gambar, nak buat borderpass. so dia edjas background putih.
kang dia letak background biru, sesia kena reject nnt masa nak buat borderpass.
kat UTC pun ada sedia booth ambik gambar tu.
boleh je ambik kat situ tapi takda cd la nnt. gambar pun tak lawa sgt.
alah, booth ambik gambar yg kita snap sendiri tu.
takmo ahhh..
aku ambik kat kedai sebab nak ambik gambar Aniq sesiap utk skolah thn depan.
RM13, dapat gambar 4 keping siap cd. pasni blh print balik.



sampai UTC, pegi kaunter, bgtau nak buat border pass.
diorg bagi borang ni, and isi.
utk 1 borderpass, blh kepilkan 5 org.
mak @ bapak, then anak 4 org
tapi ada had umur anak.
kalau tak silap, bawah 15 tahun.
lepas 15 tahun, borderpass asing, tapi masih kena penjaga sain kebenaran.
kalau dulu, nak lintas sempadan, kena bersama2 dgn penjaga, tak blh alone.
oh, utk anak2 bawah 15 tahun, kena bawak surat beranak asli.
if dah lebih 15, bawa IC sahaja.

dulu pun mcm ni, anak2 kepilkan dgn aku.
kang kalau aku nak balik rumah Tok Mek kat Pattani sana, nak bawak diorg, senang.
kalau kepil dgn apak, nak bwk diorg, apak kena pegi skali.

saja tak buat skali semua anak beranak.
entah, xda sebab.
kalau tak silap aku.. if buat sekali mak bapak dgn anak2, nnt bila nak lintas sempadan, kena declare berapa yg pergi if semua tak pegi.
kalau semua pegi takda hal. if bapak pegi sorang, kena maklum masa nak cop tu.
if mak nak pegi with anak2 without bapak, tak blh.
sebab ada bapak as ketua.
ha gitu la lebih kurang.
heheh.
now strict sikit kat checkpoint. belah Msia ok lagi la if diorg tanya.
kalau belah Thai, haa masak nak menjawab. sebab tak semuanya yg keja situ blh speak english.
klau ada pun, berterabor. susah kang, dia buat muka kering, kau jadi sakit hati
kalau semua cukup syarat elok, takda hal..

dah siap isi borang, pegi kaunter balik.
nnt dia check semua dokumen dah complete, dia bagi nombor and sila tunggu.



papa tgh isi borang. dia pegi ambik gambar dulu kat bangunan sebelah.
dekat UTC Kangar, kat bahagian ni, ada 3 jabatan.
Jabatan Pendaftaran, Jabatan Imigresen & Jabatan Pengangkutan Jalan.
nombor diorg bagi ikut urusan kita.
org mmg meremut, ramai sebab 3 jabatan kan?
tunggu dlm 35 minit camtu jugak la.
nnt diorg panggil, utk collect borderpass.
check dlu maklumat dlm tu betul ke tak, if ada salah ke apa.
pastu tandatangan depan pegawai bertugas tu, then, siap!



lama kut tak buat border pass ni.
sethn lebih camtu tak balik sana.
now tgh tunggu mak aku punya passport setel.
Insyallah takda aral nak balik Pattani jenguk sedara sana.
soon.
and, nnt aku cerita pasal passport mak aku pulak.
tu cerita stress and meleret + sakit jiwa nak layan. hahah




ruangan  belakang yg ada maklumat anak2.
bule masuk lagi 2 anak.
tapi takat la ada 2 ketoi ni jelah..
soon, ada 3 ke 4 mana tau kan.. hehe

ok
setel borderpass. yahuu..
leh p siam. hahaha


kat luar, dinding bangunan sebelah.
meriah jugak UTC Kangar ni mlm2.
ramai yg ambik peluang setelkan urusan berkaitan. mlm pun blh setel.
ada Klinik Kesihatan, ada futsal, ada gym, apa lagi tah, tak explore habis lagi.
kadang2 ada carboot sale, ada erobik, mcm2 la..
bagus jugak UTC ni kan?

next, ke Hatyai kita...

Thursday, September 03, 2015

Buat border pass / pas sempadan

lepas raya puasa hari tu aku balik siam.
entry tu tak keluar lagi sebab bnyk gambar..
hahaha..
sebelum balik sana, 2-3 hari sebelum tu kut, aku g buat border pass.
aku dah ada buku merah @ passport dah, tapi dah expired.
tak kuasa nak renew sebab bukan selalu g oversea pun.
lagipun nak buat skali utk budak 2 orang tu.
klau buat passport, makan modai.
untuk penduduk negeri yg tinggal bersempadan dengan negara jiran like perlis, kedah, kelantan and perak, kalau nak pergi ke Thailand, boleh buat border pass.
tak perlu passport antarabangsa.
kena ic alamat sini yeh...
kos pun jauh lebih murah.
1 border pass cuma RM10.
kalau passport dah berapa kan?
lagipun border pass bule buat sekali mak dgn anak2.
means, 1 border pass utk 3 org.
jimat bnyk.
passport kena buat asing2 kan?
dulu, border pass tu kertas sehelai je.
now dah buat buku mcm passport antarabangsa.
cuma kaler biru.
aku ada border pass sejak aku lahir lagi.
tiap2 tahun buat sebab tiap2 tahun mesti balik sana paling kurang setahun sekali.
yelah, tok,mak pak sedara aku semua ada lagi kan?
border pass ni tahan 6 bulan je utk sekali buat.
kalau selalu lintas sempadan, untung la.
lunyai kertas tu kena cop pegi balik.
hahah..



nilah dia rupa border pass baru.
macam pasport antarabangsa, beza kaler je.



page belakang.
anak2 kepil sekali dengan maknya.
kat page depan gambar and maklumat aku.
sama mcm pasport jugak.
bezanya, yg ni bule kepil dgn anak2 sekali.
tapi utk 16 tahun kebawah saja yeh.
lebih umur, kena buat asing.
suami isteri pun bule kepil sekali.
kalau tak silap dlm 1 border pas bule kepil dgn 4 org.
ke 3.. tak ingat pulak.

nak buat border pass ni korang cuma kena bawa kad pengenalan yg sebenar, surat beranak anak2 yg sebenar and gambar sorang sekeping.
mykid tak boleh.
masa nak ambil gambar kena bgtau nak buat border pass.
sekarang gambar utk border pass pun guna background putih.
dulu background biru.
silap background kena reject.
bayaran utk border pass RM10.
buat dekat Jabatan Imegresen negeri masing2.
kat Perlis, kat depan gua sami sana, kat Bangunan KDN sekali dengan Jabatan Pendaftaran and ada lagi jabatan lain.
dulu dekat Bangunan Persekutuan kat Jubli Emas, now dah pindah.

aku pegi buat pagi2.
bgtau kat ketua unit nak pegi kejap.
pkul 8.15 aku dah terpacak kat situ.
lepas serah semua dokumen berkaitan, isi borang, tulis maklumat diri and anak2, kena tunggu kejap.
dlm setengah jam, dah siap.
cepat.
lagipun org takda lagi kan?
dah setel zass g opis.
dah bnyk improve dah bab border pass ni.
dulu2, mcm2 kerenah.
pastu berubah2 plak syarat tu setiap kali pegi buat.
pegi thn ni mcm ni, pegi thn depan mcm ni pulak.
memula nak yg ni, pastu nak yg tu.
bertengkar pun pernah dgn pegawai kat kaunter tu.
syarat and polisi tak sama dgn cawangan lain padahal 1 negeri.
sini nak mcm ni, sana nak mcm ni pulak.
pening kepala.
tiap2 thn duk buat kan, so bule ingat bila ada perubahan.
tak paham btoi.
mujur la sekarang ni dah makin mudah.
kalau duk bnyk kerenah lagi, harus ada yg kena maki.
hehehe..
kata nak senangkan rakyat ye dok?
nak bnyk sgt kerenah birokrasi tu kenapa...



kena bawa anak2 yeh kalau buat skali.
Aniq tak mandi pun.
basuh muka, tukar diapers, tukar baju je.
Amni pas setel baru hantar g skolah.
papa and mama pastu g opis lah.
papa takleh buat border pass or passprt, kena blacklist sebab tak bayar hutang..
hahahha.
so, duduk la tunggu umah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...