Showing posts with label kotak. Show all posts
Showing posts with label kotak. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

DIY kotak isi plastik

korang simpan plastik kat rumah bnyk2 tu mcm mana?
korang simpan tak plastik yg dpt kalau beli barang?
ke korang buang je semua?
pastu beli plastik khas utk tong sampah, ikut jenis and saiz tong sampah..

aku ni penyimpan plastik.
hahahaha..
beli barang, dapat plastik, mmg aku simpan.
nak2 kalau plastik besar, harus simpan.
tak kira saiz semua simpan sebab nak guna balik nnt.
selain nak guna utk isi barang ke apa ke, the most important is nak guna utk tong sampah.
aku jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarang sgt beli plastik sampah unless plastik sampah hitam besar tu.
kalau yg jenis kecik, beli dulu lama skali, sampai la tak habis.
tak suka beli sbb rasa membazir, sebab blh je recycle plastik yg kita dapat masa beli barang.
paling tak suka sebab plastik sampah tu 4 segi takda hujung nak ikat.
mcm plastik yg dpt beli barang tu la.
kan ada lubang utk pegang, pastu boleh ikat kemas2.
kalau plastik sampah yg kita beli, mana ada kan?
boleh la ikat tapi aku tak suka sgt.

ada je org yg tak simpan plastik barang tu, semua buang.
utk plastik sampah, beli khas pulak.
ehh, tak kuasa aku.
kat rumah aku bnyk guna plastik ni.
dlm masterbedroom ada 1 tong sampah.
dlm bilik air dlm masterbedroom ada gak tongsampah.
siap ada plastik besar isi plastik kecik2 sebab nak isi pampers Aniq.
dlm bilik Amni ada gak tongsampah.
kat dapur ada 1 tongsampah.
atas singki ada 1 tongsampah kecik utk isi sisa makanan.
semua tongsampah size sama kecuali yg atas singki, kecik je.
pastu bila kumpul sampah baru masuk plastik sampah hitam yg besar tu.
kalau yg beli biasa, takda hujung utk ikat jugak.
erghhh tak suka la..
mujur husband duk ambik kat opis dia, plastik besarrrrrrrrrrrrrr tu.
mudah nak ikat sampah sebab mcm plastik biasa tapi besar mcm plastik sampah hitam tu.

so, bila duk simpan plastik bnyk2 tu masalahnya ialah camna nak manage?
dulu guna bekas ikea tu.
ok la jugak and lama guna.
pastu aku DIY kotak buat isi plastik2 tu.
pun ok, siap buat 2 utk 2 saiz plastik.
cuma takda tempat sesuai nak letak.
lama jugak aku guna kotak2 tu.
tapi bila susun atur tak cun, rasa mcm susah pulak nak ambil.
now, bekas plastik ikea tu aku letak kat dlm kabinet dapor.
yg tu utk isi plastik besar utk tong sampah yg ada kat rumah.
kotak2 yg aku buat tu, 1 utk isi plastik cantik, 1 utk isi plastik besarrrrrrr tapi bukan plastik hitam tu.
yg tu letak asing sbb mmg besarrrrrr . hahaha.

baru2 ni aku DIY kotak baru utk isi plastik2 yg saiz kecik and sedang.
yg mmg selalu guna.



mangsa is kotak periuk nasi.
tak besar sgt tak kecik sangat.
ni periuk saiz 1liter.
kotak yg aku buat dulu guna kotak susu S26 Aniq, yg pek dabel.
kecik sket dr ni.
lama dah kotak ni duk simpan sampai dah kemik2.
nak buang sayang sbb kut nak guna.
sayang sbb kotak ni tak besar sgt and ada tali kat tepi.
biasalah mak2 ni mmg suka simpan sampah kan?
hahaha
mula2 kena kemaskan sket kotak tu.
selotep clear tu habis, so bantai jelah guna dabel tape.
pun boleh.
lagipun nnt nak balut.

pastu, buat lubang kat atas utk masukkan plastik.
jgn besar sgt, agak2 muat tgn cukup la.
pastu tebuk.
pastu balut.
aku guna wallpaper senang.
tak payah nak gam2 ke apa dah.
guna wallpaper Mr DIY je.

gambar masa proses balut takda sebab budak kembong tu sebokkkkkkkkkkkkkkkk la hai mengacau.
jenuh aku nak buat keja.
seb baik masa ni kakak dia takda, kalau ada lagi haru.
kena la ngan mak tak sabar nak DIY, tak sempat tunggu anak tidor. hehe




dah setel balut.
siap ada model lagi.
gigih laaaaaaaaaaaaaaaaaa 'membantu'.

tak kemas sgt sebab kotak ni dah kemik2 sket.
tapi ok la jugak..




lokasi kotak tersebut.
just nice dgn almari tu.
yay!!!! suka suka..
nak ambik plastik pun senang.
kotak yg dulu tu letak sini jugak, tapi sebab saiz dia kecik sket, pastu ada 2, mcm susah nak edjas.
yg ni mmg ngam2 je kan?

almari ni dulu kat playarea anak2.
tapi sejak ada Aniq aku ubah dah sbb ada mainan kakak dia takleh letak situ dah.
dia duk punggah, and pindahkan ke meja Amni.
kat almari ni letak barang2 mudah alih je sebab Aniq sukaaaaaaaaaaaaaaa la punggah.
tapi sejak dah besar sket ni, jarang dah la punggah sini.




nak ambik plastik tarik je..
aaa sukaaaa.
hahaha..
cumanya kena tgk dlu la sbb ada mcm2 size plastik dlm ni.
yg pasti, nmpk cun ja kat situ. hehe

Thursday, December 10, 2015

DIY Kotak isi plastik

ini projek terbengkalai.
dah lamaaaaaaaaaaaaa simpan kotak nak buat asyik la tertangguh.
duk kemas2 nak buang mana kotak yg tak guna, sebab dah bnyk sgt simpan kotak.
nak buat apa tak tau lahhh.
kotak kasut la yg bnyk.
so, marilah kita setelkan mana yg terbengkalai tu.
plastik pun makin hari makin bertambah.
merata sumbat dah.
not gud not gud.

utk projek ni aku guna kotak susu formula Aniq.
kotak susu S26.
sebenarnya ada lagi, tapi ada yg dah buang pun.
yg ni je bertahan sampai hari ni.
lebih dari 6 bulan kut simpan kotak ni.
hahahah.

aku guna 2 kotak.
kotak tu besar jugak la.
kotak susu 600gram x 2.



mula2 tebuk lubang dulu.
agak2 muat nak masuk tangan utk ambik plastik nnt.
tapi aku punya lubang ni terbesar sket.
but ok je.
buat lubang tu kat bahagian depan dan atas sket.

dah buat lubang, jom kita balut kotak.
aku guna wallpaper yg beli kat Mr DIY.
dah lama beli tak terguna.
sebab salah beli.
background putih, kalau nak tampal kat mana2 tak berapa cun.
agak jarang.
kat kotak ni pun tak lawa gak, tapi hantam sajalahhhh.



tak brapa lawa kan sebab nmpk corak kotak tu.
corak kat wallpaper dah lawa dah.



then, tebuk kat bahagian lubang tadi tu.
guna pisau je nak toreh wallpaper tu.
pastu lipat masuk ke dalam, tak payah gunting.
kalau guna kertas biasa, kena gunting la kut.
ni dah ada gam sebab wallpaper, senang keja.
cuma masa membalut tu renyah sket la kalau guna wallpaper ni.
dah ada gam, kuat plak tu.
kena hati2 sket la buat keja.



dah siappppp.
aku balut depan ja, belakang tak pun.
jimat.. hahaha

ha, aku buat keja ni sambil berdiri letak kat iron board.
kalau buat kat bawah, silap2 pakai tak jadi.
sebab?
tu nampak ada entiti kat tepi tuuuu?
nampak kepala hitam ja tu.
sebokkkkk la nak menolong.
nak selamat, sebelum aku balut dengan dia skali, baiklah aku buat kat atas.
susah sket tak palahhhhh.



plastik smua aku gulung2 gini ja.
malas nak lipat satu2.


 
satu kotak utk plastik kecik, satu lagi utk plastik besar.
lokasi kotak belum dikenalpasti.
tak tau nak park kat mana lagi.
letak ja dlu kat dapor.
soon kita pikir tapak rumah kotak tu.



dulu plastik smua aku sumbat kat bekas plastik ikea ni.
lama gak dia berkhidmat.
aku lekatkan kat tepi almari dapor aku ni.
now bekas ni duk dlm almari kat pintu kitchen kabinet.
aku letak plastik yg big size saja.
yg saiz s, m dan l smua duk kat kotak tadi.

setel 1 part.
dulu nak beli box yg boleh buka penutup depan tu.
tapi mahal nauuuuu.
sebijik rm20++.
nak simpan plastik je pun.
tak kuasa aku.
buat gini pun ok sangat dah.
janji kemas and senang nak ambil kan?

camna korang simpan plastik?
cer share..

Wednesday, July 23, 2014

Pemenang Cabaran Family Area by Susun Atur Sioca

geng susun atur harus kena Susun Atur Sioca ni.
rajin sangat fizah share pasal kemas2 and susun atur kat blog dia.
dlu aku baca je, now follow dan buat susun atur kat umah.
seronok bila rumah tersusun elok.
bukan hanya deco tapi susun atur.
fizah ni slalu buat contest.
so, aku selalu join.
Alhamdulillah, tetiba bertuah.. hahaha..
sebab tak pernah menang kut klau join contest.
kali ni bertuah pulak walau fizah guna random.org.
rezki.. 

hari tu segmen sempena Cabaran Family Area.
bila keluar entry pengumuman pemenang, tak bajet pun nak menang..
sekali tgk naik nama kak yah hampa utk hadiah ke 2.
seronotttttttttttttt iolls..



then, fizah email minta address utk pos hadiah.
so, kasik and tunggu.
lama dah contest ni actually, bulan mei nun.
pastu hadiah tak sampai2, but tak kisah sgt sebab tak la mengharap kan?
sekali reply komen fizah kat 1 entry, bgtau dia hadiah tak sampai, terkejut makcik tu.
sebab urusan pos hadiah by penaja katanya.
beriya minta maaf, sebab penaja tak dapat dihubungi ke cemana ntah.
dia pulak rasa bersalah and willing to ganti hadiah sebab dia penganjur katanya.
oloh oloh, sweet kamu ni fizah.
benornya aku tak kisah pun, takpe..
join tu seronok2 je, dapat  tukar2 and share idea ngan kawan2 di blog kan?


last 2 weeks camtu, sampai benda alah ni.
hairan gak tetiba ada parcel padahal tak beli apa2, rupanya dari fizah.
diorg ada ikea, untonglaaaaaaaaaaaaaa..
hehehe..
tq banyak2 fizah eh..


ingatkan 1, rupanya 1 set.
just nice saiz and kaler tu, kena ngan rumah aku.
suka sangat. tq again fizah!
minggu lepas, kemas2 umah, baru pasang and susun2 apa yg patut.


1 kotak isi segala benda alah ni.
charger, kabel bagai.
yg jarang2 guna.
kotak henpon pun ada dlm tu, letak setempat utk gadget la lebih kurang.


another box, tak tau nak isi apa lagi.
letak duit2 rupiah ngan duit vietnam yg duk berterabur dlm pasu atas kabinet .
pasni pikir lain nak isi apa.


lokasi kotak2 ni?

kat kabinet tv kat ruang tamu.
suka sgt kotak ni sebab kaler hitam.
kabinet aku kaler hitam dan putih.
matching2 sangat kann?
heheheh..
dlm almari ni takda menda.
ada astro, dvd player ngan connector tv dlm bilik je.
takleh letak apa2 sebab kang Amni main.
kotak tu letak kat row bawah yg kosong.
masa letak, siap pesan ngan Amni, jgn main, jgn punggah ni barang mama.
klau main jugak, mama marahhhhhhhhhhhhhhh..
dia iye kan je..
tengok la pasni, bukan bule percaya sgt kenit tu.
klau senyap je, pastu cakap dia tgh buat keja, cepat2 la g tgk.
kang tau2, berterabur je.

Friday, July 04, 2014

DIY Kotak Diapers

tengok org diy, menggedik hati nak men'diy jugak.
jelesssss..
skang ni slalu bukak blog2 yg share pasal kemas2 umah, susun atur umah, and join kat fb group kami suka susun atur.
seronok tgk org kemas, diy mcm2 utk rumah.
so, baru2 kak yah pun nak diy jugekkkkkkkkkkkk..

selalu aku tgk, ramai mak2 yg susun diapers anak kat dlm drawer or kotak.
aku tak penah kut!
hahahaha..
duk la dlm pastik tu.
nak pakai ambik dari situ je.
bila tgk ramai yg letak diapers dlm drawer atau kotak, eh nak buat jugak laaaaaaaaaaaaa..
jommmmmmm..

tak keluar modal sebab bahan2 semua dah ada.


kotak, kertas pembalut, pisau, gunting, gam, selotep.
semua dah ada, tinggal nak buat je.

aku potong 2 kotak tu sebab tinggi.
pastu selotepkan atas bawah, then dapat 2 kotak.
tapi aku balut 1 jelah dlu.


nilah hasilnya selepas penat terkangkang2 balut kotak.
stress wooooooooooooooooooooooo..
sebab payah nau.
dengan keadaan aku yg boroi ni, duk buat keja sambil bersila, sangat mencabar.
semput kak yah.
pastu kertas tu bergulung kan, nak  mengedjas tu, peluh keti..
tangan semua keras dah nak buat keja yg memerlukan daya kreativiti nih.
padahal zaman skolah dlu semua aku diy je.
kad raya, frame gambar, diy jeeeeeeeeeeeeeeeew.
dlu masa SPM, seni lukis dapat A1 tauuuuuuuuuuuuu..
dah tua, tgn keras sebab tak praktik..
alasannnnn.
nak balut kotak je ponnn.
siap la jugak pas berhempas pulas.
takla kemas sgt sebab aku malas!
janji balut sudah.
ikut ke tension tu, dah jom g beli bakul laaaaaaa.
tapi gigihkan jugak since dah niat nak buat.


ini jugak antara penyumbang ketensionan aku.
kenit ni mengacau laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dari mula sampai habis.
pisau, gunting, selotep, semua nak main.
pantang letak, dia capai.
sabau jelah mak kau nak oiii..



dah siap, jom kita susun diapers cik kuntum.
letak diapers Whoopee ni cun je sebab diapers ni lipat cenggini.
memula susun mcm kiri tu, pastu tukau susun mcm belah kanan tu pulak.
susun mcm yg belah kanan tu lagi praktikal utk ambil kut..
ni diapers pakai siang hari.
mlm pakai Drypers.
lagipun skang ni tgh ajar Amni tak pakai diapers.
kadang2 jelah pun sebab mama tak larat nak ulang alik g toilet layan awak yg asyik la nak terkencing sejam sekali.
padahal tak pun, nak main air je. grrrrrrrrrrrrrrrrrr..


park atas almari Amni.
sebelum ni pun mmg kat sini tempat dia, cuma dlm bekas plastik tu lah..
kena letak tinggi, klau tak cik kuntum tu sepahkan.
takpun asyik la ambik nak pakaikan kat anak dia.
rosak habis diapers.
duit tu nak oi, duitttttttttttttt..
duk dlm kotak ni, nak mengambiknya mudah.
tarik je kotak and capai terus diapers kan?
klau dlm beg plastik dia, susah gak bila diapers dah sampai tingkat bawah.
kena seluk2 sket, silap2 bercamok habis dlm tu bila ambik kalut2.
mcm ni, kemasssssssssssssss je.
kak yah sukaaaaa..
takpelah penat sket tadi.. hihih..


balance diapers tu letak sini.
beg ni dapat free masa beli Drypers.
bagus jugak, cuma kecik je and tak muat nak letak semua.
yg ni gantung kat penyidai tudung aku sebelah almari Amni.


kedudukan mereka...
puas hati setakat ini.
klau dapat bekas tertutup lagi nice kan?
ok, next projek..

Wednesday, November 06, 2013

DIY Kotak...

tengok kat blog orang, pakat2 DIY, kak yah pong gewammmm, nak DIY jugekkk...
hahahaha.. gedik
tak susah pun nak buat, nak dgn tak nak je..
alang2 dah ada 2 kotak kasut baru, so jom kita DIY bersama2...

kotak kasut baaaaaanyak sebab suka beli kasut. then aku tak buang klau kotak tu elok. ada org bg tips dulu, nak jaga kasut, simpan dlm kotak balik lepas pakai. tu maybe utk kasut yg jarang2 pakai la kut. mengkalau yg selalu pakai, hari2 duk lenjan, tak kuasa kah aku nak masuk keluar kotak hari2. kehkehkeh... tapi kasut2 yg lama, yg elok tapi jarang pakai, smua ku masuk kotak. yg slalu pakai, letak dlm lemari kasut lah.

aku guna kotak kasut nautifit. kasut aku bnyk jugak brand ni. sedap pakai. harga pun mampu milik, below 100. tiap2 bulan boleh beli kasut. hihi... klau kotak nautifit ni mmg aku simpan sbb kotak dia elok.
bahan2 utk DIY ni tak banyak pun. kotak kasut, atau apa2 kotak, gam. selotep, kertas pembalut hadiah, gunting/pisau. dah tu je pun. pastu kreativiti dan kesungguhan sikit. hihi...


haaaa.. yg sorang ni memang ada kesungguhan sungguh!
sebokkkkkkkkk je dia nak menolong. eh, bukan tolong buat, tolang susahkan mama lagi duk ada. sabau jelahhh...


akhirnya, selepas berhempas pulas, siap jugak... waaaaaaaaaaaaaaaa.. syiok2
macam susah giler lah nak buat ni memula. padahal sonang yooooooooooo..
aku dulu masa tingkatan 5, ambik seni lukis. kena buat kotak, pastu hias. lagi la susah dari nak membalut kotak ni. pastu seni lukis tu aku ada A ok!!
tapi bila lama tak praktik, mcm keras dah jari jemari iolls ni. haiyaaaa...
aku punya bakat seni yg terpendam tu bukan ke arah melukis yeh, tapi kira cam kreativiti la lebih kurang. nak lukis, orang lidi aku tau. tapi bab nak kemas2, teliti, potong cun2, ukir2 tu haaaaa, baru aku boleh.

close up sket kotak DIY kak yah.. hihihi
aku beli wrapper polka dot. kaler merah, pink and brown. 8 kupang je selai. pastu utk dlm kotak tu aku letak kaler merah, baru ada tone sikit. gitewwww..

buat isi apa kotak ni?
haishhh, tak leh tunjuk, kang kena pelangkung dek laki aku.
sebab?
aku letak kat drawer pakaian kecik... hahahahahah
aku buat 5s drawer tu. mana yg rasa tak nak pakai, nak simpan ke nak buang ke, aku kemas2 kan sket. pastu asingkan, letak dlm kotak2 ni. baju kecik and seluar kecik. pastu singlet, and sedara mara yg berkaitan. dah susun dlm kotak ni, eh eh, kemasnya... suka mak incik!

pastu buat 5s drawer incik suami pulak. tapi kotak dia aku tak balut pun. malasssssssssssssssssssssssss. hahahaha... kecik hati beliau.. kihkihkih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...