Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, April 07, 2022

How about your Ramadan right now?

 Assalamualaikum..

 

kemain tajuk tulis omputeh. hahaha. 

Salam ramadan everyone. dah masuk 5 ramadan dah hari ni. pejam celik, pejam celik, tau2 nnt dah masuk 30 ramadan. time flies..

so, how about your ramadan right now? everything went well? us, so far ok. Alhamdulillah.

bulan puasa ni, opis bagi balik awal 30 minit. kami kat sini dah apply jadual bekerja anjal sejak 2020. masuk 7.30 pagi, blh balik 4.30 ptg. bila bln puasa ni, blh balik pukul 4.00 ptg. lega lah jugak. bln puasa ni mmg aku pun keluar awal. dah skip masa breakfast anak2, so dptlah sampai awal ke opis. pukul 7++ dah keluar. hantar anak2 sekolah dlm 7.10-7.15 pagi. then, drift laju2 ke opis hahahaha. kejarkan masa nak checkin pagi. setakat minggu ni, dapat check in seawal 7.35pagi. so dapatlah balik pukul 4.05 petang camtu. cukup je 8 jam 30 minit masa bekerja, mmg checkout terus. kejarkan balik awal tu bukan sebab apa. sekolah anak2 balik pukul 4.00 ptg bulan puasa ni. takmolah diorg tunggu lama kat sekolah. puasa kannn.. hehe. jln jem lagi bln puasa ni, pukul 4.30 ptg jugak la sampai skolah. 

berbuka & sahur so far kami semua ahli rumah ni mudah ja. tak bnyk kerenah. dari awal mak malas nak ajar melebih2 hahaha. berbuka pun takda hidang penuh meja. dulu2 hah ye. beli mcm2 lauk, kuih muih segala. tak habis mkn, simpan dlm peti ais berhari2. sudahnya buang. bnyk membazir je makanan. sedih bila pikir, duk buang makanan tu. kalau duk kg, ada bela ayam ke apa, blh bagi ayam makan kan? kadang berbuka tu, 1 menu lauk, 1 jenis kuih. then air & buah. simple. tapi lauk tu setel habeh hehe.. lauk yg semua suka. paling mudah, ayam goreng kunyit, daging kicap, ha menu2 simple. family lain aku taktau lah, tapi kami so far simple and mudah. dulu2 aku masak lauk, sayur bagai. sudahnya tak habes, buang je. bazir kan? bila tgk tu, bulan puasa ni, kami kurang mkn. Amni tu lagilah. takda nya nak mkn bnyk. jenuh paksa. tak lalu dia kata. pegi bazar pun kdg tak beli bnyk sgt dia pun. yg nak dimakannya benda merepek2, coklat, aiskrim, keropok. sesekali bagi jugaklah, tapi bukan rutin.

selalunya laki akulah yg beli mcm2 utk berbuka. dia kalau pegi bazar, balik tu mmg aku istigfar. tgk itu nak, tgk ini nak. aku ni kdg dpt lah jugak kawal nafsu beli tu. walau ada anak2 yg berpuasa, kita kena ajar jugak, beli yg betul2 nak mkn je. kdg kesian ke anak, sbb puasa nak beli mcm2 bila pegi bazar ramadan. tapi kena pikir panjanggg hehehe. so, cara paling mudah nak kawal nafsu membeli tu, jgn pergi bazar hahaha. eh aku mmg tak kuasa sgt nak ke bazar. bukan musim covid ni pun, dulu2 aku  dah kurangkan. seminggu sekali 2 tu bawaklah anak nak beli apa makanan dia suka kat bazar. tapi aku akan pesan beli 2 jenis je. kadang air oren, sirap biasa tu pun nak beli. sebab puasa kan? semua teringin. kuih pun beli ntah apa2, pastu berbuka minum air bnyk, kenyang tak mkn dah kuih tu. Amni dia faham dah. aku mmg tak biar sgt dia main sauk ja. bila dah selalu jadi, dia pun dah alert, soon lepas berbuka dia tak mkn sgt pun hehe. kadang aku singgah gerai2 tepi jln ja klau nak beli kuih. takda la bnyk sgt pembaziran. kalau ke bazar, hmmmm kiri kanan mengusungnya. utk air, beli siap2 kordial yg anak2 suka, air kotak bagai buat stok. beli air bancuh kat bazar ni, bila waktu berbuka tu, dah tawar heber. bazirrrrrrr.. nak beli lauk pauk kat bazar, mmg tak la aku ni. kalau lauk aku akan pegi ke kedai @ restoran yg biasa duk mkn sblm puasa. yg kita dah tau rasa mcm mana. supaya nnt takda lah kau duk maki hamun ja masa berbuka hehehe.

thn ni, yg ke 2 utk Aniq berpuasa. so cabaran bnyk utk dia la. kakaknya takpa, dah 11 thn, dah tak bnyk kerenah. last year Aniq 7 thn, rasanya dpt full day 7 hari je kut. tak ingat dah aku pun. thn ni pun sama, dia masih lagi sahur pukul 6.30 pagi. takpelah budak lagi kan? ikut tu kesian nak paksa puasa full. so selang seli. dlm seminggu tu, tak full pun. 2-3 hari puasa, then tak puasa. ni pun, hari ke 3 dah tuang. blk skolah dia ckp dia dahaga, letih. pagi tu kat sekolah dia senak perut, cirit. muka pun mcm sayu sket. so, pkul 4.30 ptg tu aku kasik lah minum.

 

so far dah masuk 5 hari puasa ni, dia nmpk steady ja compare last year. takda la merengek lapar all the time. cumanya mcm2 la dia tanya dan ko kena sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr hahaha. kejap2 tanya pukul berapa. pastu soalan2 mengundang padah dia la. telan air lior batal tak? kentut batal puasa tak? perut Aniq cakap dia lapar itu, lapar ini. mcm2 la kerenah dia. tapi selagi aku tgk dia aktif mcm biasa, so teruskan puasa. kalau nmpk muka sayu je, melepek teruk tu, bagi bukaklah. alah baru 8 thn, belum akil baligh lagi. slow2 kita ajar. nak paksa anak puasa penuh, dgn usia gitu dapat apa ja. ajar solat dulu.

sahur pun so far semua mudah ja. anak2 bgn takda hal. Amni ok, kadang mkn nasi kadang tak. Aniq pun sama. aku malas paksa sgt kang depa moody. so mkn lah apa yg depa rasa depa nak mkn. aku pun kdg tak mkn nasi pun. minum ja. apaknya pun sama, kdg tak bgn langsung sbb dah mkn lewat pkul 2-3 pagi camtu. lantaklah. malas nak berhujah bagai. senang keja mak ni, hah setel hahaha. bnyk lagi keja lain nak buat kan?

panjang lagi perjalanan ramadan kita. tapi jgn kita siakan masa yg berbaki ni. tambah amalan sebanyak mungkin. kejarkan pahala berganda. thn ni dah blh terawih kat masjid. Allahu seronoknya.. tgk masjid penuh, seronoknya. lama dah tak rasa nikmat ni. mlm tu aku pegi dgn Amni. dia pun suka nak join. tapi tak selalu pegi. sbb kaki aku sakit lagi bila berdiri lama. nak duduk atas kerusi ehhh malu hahaha.  kalau tak pegi masjid, aku akan pulun ngaji. lepas maghrib ngaji, lepas isyak pun ngaji lagi. targetnya nak khatam quran puasa kali ni. moga dpt lah hendaknya Insyallah. then tambahlah amalan2 sunat yg lain. paling mudah, sedekah. beli makanan, dan beri pada org lain. besar ganjaran beri makanan utk org berbuka ni..

so, jom kita tingkat amalan dan nikmati ramadan ini sebaiknya...



 

Friday, August 13, 2021

Amalan di bulan Muharram

 Assalamualaikum..

 

hari ni dah 4 Muharram. dah masuk thn baru Islam dah. aku dah niat nak share benda ni, tapi semlm lupa. blh pulak pegi up entry lain dulu. hehe..

bulan Muharram ni, kita di anjurkan berpuasa. puasa Muharram ni adalah puasa terbaik selepas Ramadhan.

 

SINDOgrafis: Keutamaan dan Bacaan Niat Puasa Asyura di 10 Muharram


niat puasa asyura 

yg dianjurkan berpuasa, 9 dan 10 Muharram bersamaan dgn 18 dan 19hb Ogos depan. hari rabu dan khamis. so, jomlah tanda kalender masing2, atau buat reminder. besar ganjaran kalau kita berpuasa Tasu'a dan Asyura ni. 

 

 

utk yg rajin berpuasa sunat, blh follow list ni jugak. puasa isnin dan khamis di bulan Muharram. semlm aku terlepas sbb uzur. Insyallah, minggu depan nak start puasa sunat semula. lama sgt ni tinggal sejak duk rumah. now dah masuk opis, blh sambung balik. duk rumah tu, besar dugaan kalau nak puasa hehe. 

di hari 10 Muharram tu jugak, kita dianjurkan memberi makanan istimewa kepada keluarga. tadi aku baru dengar ceramah pasal ni.

 

 

jadiknya, jomlah kita tambah amalan kita. takkan miskin pun kita kalau kita rajin bersedekah @ memberi.

Friday, May 28, 2021

Selesai Puasa Syawal (puasa 6)

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selesai puasa Syawal @ puasa 6. start agak lambat, sebab uzur masa raya tu. jarang sgt nak jadi benda mcm ni kat aku. kali ni, hari pertama puasa aku tak puasa pun. ada lagi saki baki tu. hari ke 2 baru start puasa. dan as expected, 2 hari sebelum raya, ia menjelma kembali. dan total ponteng puasa kali ni cuma 3 hari kohkohkoh. huntungkan heee.. tapi aku qada 4 hari. sbb yg a day before tu mcm was2. 

tapi, what ever pun, tetaplah kena puasa 6 hari sbb nak puasa 6 kan? aku sekali harung saja puasa ganti dan puasa 6. dlu buat asing2, dan dengar mcm2 pendapat. but now, pegang pada 1 amalan saja dan yakin. itu yg aku dgr ceramah la. Islam ni mudah, tak payah susah2.

ada yg kata kena buat puasa qada dlu sbb yg tu wajib. ada yg kata blh buat puasa 6 dulu sebab tempoh masa yg singkat iaitu sebulan saja. aku niat puasa ganti. dan sebab masih di bulan Syawal, kita akan dapat pahala puasa sunat Syawal tu. itu yg aku pegang. so, kali ni puasa qada 4 hari. baki lagi 2 hari aku niat puasa sunat Syawal. dah setel. tapi, aku mmg dah selalu puasa sunat Isnin Khamis pun sebelum ni. cadangnya nnt nak terus puasa Isnin Khamis utk tambah lagi 4 baki puasa sunat Syawal saja. Insyallah kalau diizinkan. tau jelah, kalau duduk rumah ni ( masih PKP ), berat sket la nak puasa dgn anak2 ada tu hahaha. kalau mai keja ha ok. sbb kita duduk je kan hadap pc hehe.

aku start Isnin, 17hb pada Syawal yg ke 5. jalan terus 6 hari. dannnn, kali ni best sebab anak dara nan seorang pun join sama. saja ajak dia, cerita dgn dia elok2 apa ganjaran puasa 6 ni. dan aku pun saja la cakap, kalau kakak puasa penuh 6 hari, nnt mama beli komik. dia mmg hantu komik. dah lebih sebulan takda komik baru. menggedik la bila mama offer mcm tu terus nak puasa haha. sokay la, dia baru 10 thn kan? belum baligh pun. 

Alhamdulillah, dia ok ja sepanjang 6 hari puasa tu. lagipun duduk rumah je kan? kalau dah skolah maybe aku pun pikir jugak la. nak komik punya pasal, hadap la dia 6 hari tu tanpa rungutan. bangun sahur pun ok ja. bagus anak! mom so proud of you!


seperti yg dijanjikan.. hehe

petang tu aku keluar jap, ada urusan. so alang2 tu belikan je terus. plan tu nak bawak dia pilih sendiri, tapi takmolah bawak budak2 ni keluar musim2 ni. lagipun kang si adik pun haru nak ikut sama. dia dah bgtau tajuk komik yg dia nak, siri Young Aisyah tu. aku beli 2 buah, krenyeh meleret. kemain syok. apa sajalah anak oi. asal awak happy. mujurlah anak2 aku ni bukan jenis demand tak tentu hala. mmg dari awal takdanya aku nak ajar gitu. sorry, mak cengei hehe. waktu lain, kalau dia nak komik pun, kena ada sebab nak dapat tu. takpun dia kumpul sendiri duit dia, yg sesapa sedekahkan ke dia, dia simpan. nak beli komik. dan aku ikut je, ambik duit dia tu. tapi aku simpan ke tabung diorg yg aku pegang tu. so, dia ingat dia beli komik dgn duit dia la, padahal duit mama. bagi dia belajar tak mudah nak dapat sesuatu benda and learn to appreciate something.

 

sampai gini la dia punya seronok hehehe. sweet dak budak ni? heheh.. 2-3 kali say tq kat mama, sebab beli 2 komik. peluk2 mama ni haa. hehe. anak2 aku mmg gini. kalau dapat hadiah apa2 dari mama mmg dia punya seronok tu lain mcm. sebab tak selalu bagi. walau cuma nak ke kedai beli coklat, mama akan tanya, kenapa kena beli. diorg akan cakap, sebab jadi baik, so blh dapat hadiah hahaha.


next day, gigih aku merendang. sangat jarang terjadi yeh hahaha. dah nama raya kan? so nak makan sedap2 utk raikan kejayaan puasa 6. gittuhhh. minta pak incik beli ayam. dia beli seekor, suku dari ayam tu aku masak utk lunch. baki, semua buat rendang. sebab nak masaknya lama, so kita buat bnyk sket la. dan plan nak bwk balik sket ke umi abah. 

Alhamdulillah, menjadi rendang aku. cumanya tak masukkan hirisan daun kunyit. konpius betul ke tak laki aku petik ni daun kunyit hahaha. sbb takda bau. mula2 tu rasa mcm pedas sket. cili kering yg pak incik beli tu, pedas betholll. edjas sket, tambah gula melaka, garam, air sket, then, perfect!  yg gigih ni bukan apa, sebab stock kerisik bnyk nauuu. beli utk buat gulai masa raya hari tu la. takda bekas kecik, dah kena beli bekas besar. nak buat apa kerisik bnyk2 kan? ni silap2 aku merendang lagi minggu ni hahaha. tak puas mkn weii.


petang tu kejan pak incik pegi beli lemang. raya kannnnnnnnnnn. 2 kali dia pegi. 1st tu sbb awal sangat, pkul 3++, diorg baru duk bakar. pkul 5.30 dia pegi lagi skali, tinggal lagi 2-3 batang je. mujurrrrrrrrrr.. klau tak mau amuk bininya nihh. aku mkn 3 -4 hiris jew hahaha. mcm tak best sgt la. sudahnya meratah ja rendang tu. hantar ke jiran sket. diorg cakap sedap. wowww suka hahaha. pak incik pun sama, mula2 ckp pedas la apa la. tapi dia yg mkn bnyk dari aku. coiiii.. tapi aku pun puas hati makan. tumis pun lama, so masak elok la bahan tumisan. dah masuk ayam pun lama jugak aku masak, nak kasik isi ayam tu relai2 sket baru best makan. klau duk seketul isi ayam, tak best. tak berapa rendang hehe. dan, tak sempat bawak balik ke umi abah pun. licin hihi. nnt masak lain lah.

now dah teringat pulak bila duk karang entry ni. rasa mcm nak repeat lah hihi..


Wednesday, May 05, 2021

Yang terpaling teruk puasa

 Assalamualaikum..

 

tahun ni 1st Aniq belajar puasa. dia dah 7 tahun. aku taknak la paksa sgt, budak lagi. lagipun dia tak sama mcm kakaknya. dulu kakaknya umor 6 thn dah puasa, 10 hari camtu la kut dpt full day. dia mmg berkobar2 nak berpuasa. Aniq ni, belum apa2 lagi dah bagitau taknak puasa, nnt dia pengsan. adoii haha. aku pun tak harap sgt tgk ke perangai dia tu. anak bongsu kannnnn..

1st day puasa, tak gerak pun dia bgn sahur. sebelum ke sekolah, breakfast mcm biasa. then aku  kasik dia bekal. leftover sahur kami, nasi + ayam kunyit, biskut & air masak sebotol. cikgu dah maklum dlm group kelas, yg tak puasa nnt cikgu bwk pegi mkn. so mak prepared la apa patut utk anak bujang nan seorang haha. blk petang tu, masa ambik diorg kat skolah dia cakap dia makan biskut ja masa rehat pukul 10. aku tanya kenapa tak mkn nasi masa lunch break tghr tu, dia cakap cikgu tak bagi. eh?

next day, dia tak nak bawak bekal dah. nak bawak roti @ biskut ja. dgn air. aku paksa, dia nangis. katanya cikgu tak bagi makan bekal. eh lagiii. so malas nak argue, sukati kau la nak oi. ptg tu masa aku sampai sekolah, diorg tgh solat asar. so aku lepak tunggu kat wakaf tepi ruang solat. kebetulan cikgu kelas dia lalu, so saja la tegur. cikgunya cakap Aniq tak bgtau pun bawak bekal. blh ja nak mkn, saya blh bwkkan dia ke bilik guru. rupanya anak2 yg tak puasa, cikgu bawak ke bilik guru wanita utk mkn masa rehat pukul 10. masa lunch break tghr tu cikgu tak tanya dah. so, dia assume cikgu tak bagi makan hahaha. adoi la Aniq. dan, ramai kwn2 kelas dia yg puasa, so dia malu la nak keluarkan bekal. lepas tu, dia cakap dia puasa. bawak bekal roti & air tu tak minum pun. blk rumah dan2 lapar lapar lapar hahaha.

sehingga hari ni, dia berjaya dpt full day 6 hari. semuanya masa hari sekolah. hari2 aku bagi bekal biskut @ roti, tapi dia tak makan. mak tekejut jugak la kan, sbb dia blh tahan lapar tu. tapi pukul 5 sampai rumah tu, dia punya drama aku mcm nak lepuk kepala. ada hari aku bagi ia buka ( mostly buka la ), yg bertahan tu 6 hari ja hahaha. sayang la, kalau dah pukul 5 ++ nak buka kan? tapi aku teruk la nak melayan kerenah dia. biar dia mandi lama, main air so lupa la kejap. dah pukul 6 nak ke waktu berbuka tu, aku layannn ja kerenah dia. buka tv tgk kartun, bagi main phone utk dia lupakan lapar tu kejap.


ni ha, kelaku balik sekolah. masuk je rumah dan2 lembik takleh jalan dah. pastu zikir la lapar lapar laparrrrrr. selalunya aku suruh mandi dulu. dan dia mandi main air ha bule tahan lama. lantak lah. aku biar je. dah sudah mandi tu segar la sket kan. pastu kasik layan tv @ phone.


over. duk ulang ayat, takda ke makanan utk Aniq. hahahaha. ada nak, tapi tunggu azan  maghrib. kebanyakkan kwn2 aku anak diorg puasa full kalau weekend. tp anak bujang aku ni sehari pun tak dapat full masa weekend. lagi penat aku nak ngadap. sbb duk rumah. kalau gi sekolah diorg main dgn kwn2, so lupa bab lapar. kat rumah, selang 10 minit bagitau lapar lapar lapar. eh nyampah pulak aku dgr. weekend paling jauh blh pegi pukul 4. aku dah penat nak dgr rintihan dia, ha pegi lah makan. dia akan ckp nak minum ja, bukan makan. dia belajar puasa makanan dulu, nnt dah kuat dia puasa semua. ha yeeee


mcmkan dia sorang puasa. drama kuat hahaha. aku pun tak nak la berkeras sgt. patutnya umor ni kena tekankan solat, baru puasa. so kita slow2 ajar dia. dan aku pun tak sampai hati nak berkeras. sbb dia tak mcm kakaknya. Amni dulu tak merintih sgt. lagipun budak perempuan ni beza kan?


ni peel dia tidor. sejak bulan puasa, dia yg paling awal tidor. kadang sama sudah solat magrib, terus tidor. walau puasa separuh hari haha. letih menda la. lepas magrib selalu aku ngaji quran. dia nnt datang lepas tepi aku takpun tidor kat bilik aku dulu. nnt baru aku alihkan ke blk sebelah. pernah dia tidor kat sejadah lepas solat tu. sabar jelah.


ni petang nunggu berbuka. dah setel hal kat dapor, lepak depan tv. makanya tak pegi jauh la dari maknya ni. layankan jelah manja nak seorang. makin kurus dah. berat turun 1kg setakat la ni hehe. ada hari dia ok, ada hari nmpk letih. kadang dia mkn bnyk  masa berbuka, kadang tu ala kadar ja. sama mcm kakaknya. utk sahur, dia punya special case, sahur pukul 7. nasi taknak. so kita ikut je apa dia nak mkn. malas aku nak paksa nnt bebai.

lepas dia dpt 5 hari full puasa aku reward la, bawak ke kedai Eco, kasik shopping toys. kemain seronok. lepas tu dia tuntut lagi. aku ckp boleh, kena puasa lagi 5 hari. kita tgk la last2 ni nak dapat ke tak. kakaknya so far penuh lagi puasa. muka dah nmpk kecik sket sejak puasa ni. sahur langsung tak nak nasik. berbuka pun tak mkn bnyk. ni lepas raya nak kena duk rumah sebulan. risau gak aku  kang montel balik badannya hehe

so hari dah 23 Ramadan. masih berbaki 7 hari. macam mana puasa korang? persiapan raya dah setel ke? masalahnya, nak raya kemana ja kiterrrr.. mujurlah Perlis PKPP, blh la meraya lagi. tapi takleh seronok sgt, SOP kena patuh. kena aware sebab Covid masih ada. stay safe gais.



Tuesday, April 27, 2021

Ramadan kali ini : 2021

 Assalamualaikum..

hari ni dah 15 Ramadan. dan separuh dah perjalanan kita. lagi 15 hari, akan bertemu Syawal. kejap je masa berlalu kan? 

so mcm mana dgn puasa korang? persiapan raya dah ready ke belum? aku ni bab raya, entah la. mcm takda mood nak raya pun kan. takda menda pun. duluuuu tu, kuih raya dah mcm2 jenis order dgn kawan2. thn ni, nan hadoooo hahaha. baju raya pun sendu. ada la beli bulan lepas, sebab kerap sgt melintas kat wall FB tu. beli sedondon dgn Amni sorang sepasang. tu je pun. pastu utk Amni ada aku beli blouse + seluar nak pakai kenduri. tapi sampainya lewat. so aku simpan pakai raya jelah. utk Aniq, takda baju melayu lagi. sama apaknya. tema masih belum muncul hahah. hari tu dapat ke Alor Star, ada urusan. masuk mall, ada la belikan Aniq seluar 1 + tshirt 2-3 helai. ha tu jelah. nak shopping sakan pun, ntah dapat raya ke tak kan hahaha. hari tu ada Aniq tanya, bila kita nak raya mcm selalu tu. duluuu, kalau raya, dari day 1 sampai day 3 Syawal, mana nak lekat kat rumah kami ni. tutup pintu ha pegi beraya. thn lepas, tutup pintu, tidoq! hehe

ok, back to cerita puasa. pak incik jarang bangun sahur. dia tidor lewat so dia mkn siap2. kadang2 dia bangun,kadang tak. malas lah aku nak bacakan hadis bab sahur blablabla ni. dah tua, pandailah pikir sendiri hahah. life is easy, takyah serabutkan pikir benda simple tu. Amni tak da masalah, thn lepas dah puasa penuh. thn ni pun dia azam mcm tu. so far ok je dia. nmpk susut sket dah, sbb tak lalu mkn sgt. sahur tu kadang tak mkn nasi pun. tak lalu dia kata. ikutlah, malas aku nak paksa. kdg dia mkn cereal ja & susu. aku mmg tak mkn berat masa sahur. kang lebih kenyang, mengantuk pagi2 tu.  utk puasa kali ni, teruk aku kena serangan angin. entah la silap kat mana. lepas sahur, muntah. kerap jugak jadi. pegi doc, dia cakap angin blablabla sbb aku ada minum kopi, and tak bagus la sebab perut kosong. padahal aku dah mkn ubat angin masa sahur tu. masih lagi muntah. dia tukar ubat biji ke ubat air. tambah skali ubat gastrik haha. tapi, masih sama walau dah berenti kopi. ada la sekali 2 je kut aku mkn nasi. tapi nnt aku sengkak perut pulak + mengantuk. aku mkn yg lain, roti ke, susu and kurma camtu. tak kena gaya muntahhh. adoihhh. latest, semlm aku mkn kurma sebiji, air kosong and ubat2 tu lah. punnn muntah. maybe aku tak leh mkn sahur hahaha. masa Rejab & Syabaan lepas aku duk puasa Isnin Khamis, aku tak sahur pun. just bgn minum air, haaa ok takda muntah2 pun. makanya maybe aku takleh mkn sahur la kut. minum je. perut prg lain maybe ok melantak mcm2 masa sahur. aku ni, angin bnyk huhu. muntah ni perit wei. pagi2 tu pedih la perut. dah tghr sket, ha ok.

utk Aniq ni tahun pertama aku ajar dia puasa. sehingga hari ni baru 2 hari dapat full day. kagum jugaklah sbb dia berjaya bertahan walaupun maknya yg azab mengadap peel dia hahah. hari sekolah pulak tu. cikgu tusyen dia cakap, kalau diorg bizi ha ok, lupa la bab lapar tu. betul jugak kan? mula2 tu mmg aku kasik bekal ke dia, tapi tak mkn. malu sbb kwn2 ramai yg puasa. dasyat eh, darjah 1 dah puasa. tengok ke Aniq ni, mmg aku tak yakin pun, so tak paksa dari awal. tapi bila dia sendiri bagitau dia tak mkn apa2 kat sekolah (ada bekal roti, biskut & air), aku ikut jelah. dah balik sekolah, kat rumah sementara nak tunggu berbuka, dari pukul 5 nak ke pukul 7 tu jenuh la nak sabarkan dia hahaha. masa weekend, mmg payah aaa. Sabtu lepas dapatla sampai pukul 4. aku dah malas layan rengekan dia, ha silalah buka. menyampah mak dengar duk merengek lapar lapar laparrrr. 

berbuka, ada hari masak, ada hari beli. mcm bnyk beli setakat la haha. tapi, beli yg betul2 nak makan bukan sekadar teringin. takmo membazir walau kadang2 jadik jugak. huhu. sayang wei buang makanan kan? mcm tahun2 sebelum jugak, nak beli makanan @ lauk, beli kat tempat yg biasa beli. sesaja nak beli lauk kat bazar ramadan, ha jangan. kang blk mmg tersadai sepi la. kuih pun sama. beli yg mmg nak mkn je, bukan teringin semata2. ada la jugak, kadang2 terbeli sbb kesian ke penjual, sudahnya tak mkn. tak pun anak2 minta masa lapar gedik2 tu. blk rumah, mkn masa berbuka, hmmm.. frust jugak la. jual makanan utk berbuka kan, biarlah senonoh sket rasanya. taulah puasa pun, tak leh rasa. jgn la sedih sgt masakan tu. kadang ada spesis, bulan ramadan baru mula berniaga sbb tau mmg laku. sudahnya rasa ntah apa2. kalau yg mg meniaga makanan dari awal, puasa ke tak ke rasa tu tak lari dah sbb hari2 masak.

nak share menu berbuka kami yg ala kadar. mmg tak fancy lauk2 kami. entahlah, bulan puasa sama kut aku selalu jadi buntu bab makan haha. pak incik bila bulan puasa ni, pun tak berapa mkn. hadap air je.

 

ni menu day 1. blk rumah tgk ada bekas plastik tersangkut kat pintu. mak sedara pak incik sebelah rumah kasik. gulai ayam + rebung. dah terpaksa mkn nasi hahaha. 1st day puasa bwk Amni Aniq pegi param. sajalah sbb Amni puasa kan. diorg nak beli chicken chop sorang 1. utk apaknya beli nasi kerabu. aku beli ayam bakar. blk lawankan dgn lauk ni lah. pastu, seminggu pulak baru pegi param tu walau cuma depan rumah. sebab ramai nau manusia. lepas geram kut tahun lepas takda param.


yg ni masak. ayam goreng ala mamak + sayur lobak tumis pecah telur. ayam tu perap guna tepung yg pak incik beli. memula blendkan bawang putih + halia + telur. pastu gaul dgn tepung and perap ayam tu. sedap weii. rangup. bau dia mengancam ohh. tu ada beli kuih kuachi ibunda. sedappp! sebiji tu ha besar penumbuk Aniq. kenyang mkn.


tak masak. roti john opismate kasik. balik rumah beli ayam golek tempat biasa yg dah bertahun2 beli, then beli kuih lopes utk mak + takoyaki Amni nak. tapi dia mkn tak habes sebab tak sedap katanya. lepas tu aku tak beli dah. dia suka takoyaki, dan aku beli kat tempat yg selalu beli ja. yg tu beli kat param, dia la nak. learn form mistake ye.


kurma apak mentua kasik. cucur jagung mak sedara pak incik kasik. buah tembikai stok sedia ada. buah melaka + seri muka beli. mujurlah ada rasa. kuih tu aku kadang2 buntu nak beli, tapi beli tu kadang sebab kesian ke peniaga. sedap, Alhamdulillah rezeki. tak sedap, hmmm tak repeat dah.


masak. sebab teringin sardin. kalau sardin aku suka goreng dan lebih sedap. lawan dgn telor dadar and ikan bilis garing. Amni punyalah suka. masa berbuka dia mkn dah, pukul 10 bagitau nak makan nasi lagi hahaha.. sahur pun nasi ngan sardin lagi. suka benar. dan aku pun buat tak pedas la demi anak hehe. kuih pun masak. eh tak, goreng satar frozen made in Kelantan. sedappp.


semua beli haha. eh tak, tu ada aku masak ayam masak lemak utk anak2. pak incik la ni, dia kalau terlepas mmg jenis suka memborong ikut nafsu. sudahnya tak habeh. lauk tu beli kat kedai mak sedara aku. aku mkn daging blackpepper tu ja. ada pajeri, feveret jugak tu. tapi bila puasa, tak minat nak makan. 


kuih muih. now aku cuba kurangkan berbuka dgn bnyk sgt kuih. kalori oi hahaha. susah tau sbb aku dari dulu sejenis yg berbuka dgn kuih. wajib ada. mula2 mkn kuih, pastu nasik. pastu kuih lagi. pastu gemok haha. tu donut utk anak2. kegemaran depa. popia basah & buah melaka tu sedap. dan mmg itu ja yg aku beli selang sehari heheh. tak jemu lagi takat la. sagu tu ada pakcik duk sebelah gerai donut tu jual. kesian, so aku beli 3. mujur habis.


konsep hari ni, sorang 1 lauk hahah. malas masak. so terjah restoren kegemaran. tp dah petang pegi pun, lauk bnyk dah habis. belikan ikan keli kegemaran anak dara, beli sup ayam utk anak bujang. utk mak pak beli daging bakar danok sorang sebekas. kenyang mkn sebekas tu. bnyk jugak la. manisan ada buah harum manissss yg manis. semua habis, Alhamdulillah. tak masa takpa, beli pun ok. tapi jgn membazir kan?


paling latest masak ni. Sabtu lepas. Amni sebut nak udang, dah lama tak mkn. bulan lepas ada pegi tindik telinga dia, so tak bagi la makan yg gatal2 ni. baru ni dia sebut nak udang, so mak turutkan. udang masak lemak + ikan kembung goreng + telur masin + sambal belacan. kalau lunch ni confirm menambah, tapi berbuka, tak leh mkn bnyk. maybe kenyang air hehe.


see, tak fancy kan menu kami. simple saja. matlamatnya ialah kenyang dan tak membazir. bulan puasa aku tak berani masak mcm2 sbb takleh rasa hahaha. kalau aku cuti, ha aku buatlah menu like sup ke apa, sbb blh rasa. gambar pun takda la hari2 ambiknya. mana yg sempat je. kadang siap masak, eh azan. kelam kabut jugak petang. kalau hari beli lauk tu, relax la sket. bulan puasa ni anak2 balik sekolah pukul 4. mak pun sama, dapat balik awal 30 minit dgn waktu bekerja fleksi. Alhamdulillah, Allah permudah. awal2 hari tu runsing jugak bab nak ambik anak sekolah tu. 

hari ni berbuka menu apa pulak kitaaa...




Tuesday, May 12, 2020

My simple sahur + Kopi Juna

Assalamualaikum..

hari ni dah 19 ramadhan eh..
kejap ja masa berlalu.
duk rumah, puasa ehh dah nak masuk fasa terakhir puasa.
Alhamdulillah..
dan hari ni 1st day WFH.
eh, lama dah Work From Home ni kan since start PKP.
tapi dah masuk PKPB ni, mostly bnyk sektor dah dibenarkan bekerja.
tak terkecuali kami dlm bidang pendidikan.
sblm ni mmg auto semua WFH.
tapi utk PKPB ni, ada yg kena ke opis, ada yg dapat pengecualian utk WFH.
ada fews term yg kena follow utk mohon WFH.
kerja2 yg tak perlu berada di opis, blh mohon WFH.
tapi manfaatkan sebaiknya, jgn tak buat keja.
ketua unit aku dah beri list keja, so kena follow.

ok, bukan nak cerita pasal tu.
as for now, mostly dah blh adapt situasai PKP, duduk di rumah.
walau PKPB, tapi bukan bererti blh keluar sesuka hati.
keluar bila perlu, jaga jarak, jaga kebersihan diri.

ok, nak share bab sahur.
aku ni dah masuk fasa tak lalu makan.
baru terasa baju longgar, rasa kurus haha.
awal2 puasa, ehh lalu mkn.
tak nmpk gaya nak kurus pun walau puasa.
berbuka nasi, sahur pun nasik. moreh tu kuih2 bagai.
ehhhh lalu makan yeh.
dah 10 hari puasa, haa dah mai fasa tak lalu mkn.
selalu pun mcm tu. bukan aku ja, pak incik ngan Amni pun sama.
kami semua bukan jenis makan beriya.
ala kadar je.
utk berbuka, kadang 1 lauk ja. semua ok ja pun.
masak bnyk2, sudahnya tak habis, membazir.
aku kadang mkn kuih je masa berbuka. minum air, ha dah kenyang
Amni takleh, dia jenis makan nasi. kuih2 tak layan.
sahur pun sama. now dah tak lalu mkn.
Amni ja makan nasi, kami tak pun.
apaknya, bangun pun tak. awal2 je bangun sahur sama2.
now dia tidor lewat, dia mkn siap2. malas dah aku nak kejut sbb tau dah dia taknak bgn pun.
mak aku bising la jugak. kena bgn sahur, ada keberkatan kat situ.
ye2 tau, tapi malas ahh nak serabut2. lantak dialah. dah gerak, taknak bgn, sukahatilahhh.
bnyk lagi keja aku nak buat hahah.
kalau bnyk masa lagi and aku sedikit rajin, aku pegilah gerak and hulur air ke dia.
mostly tu tak rajin la hahaha
Amni pun mudah bgn sahur. tapi dah tak berapa lalu mkn. nasi sejemput ja.
so far, utk thn ni dia ok saja. tak mcm tahun sebelum ni.
merengek lapar  bagai. tahun ni dah 9 thn, ok dah.
cuma dia bilang jam jelah hehe.. tapi takda merengek taknak puasa ke, lapar ke apa.
cumanya kalau adik dtg mkn depan dia, ha siap la kena petir haha..
now dah 3 mlm Amni takda, tidor rumah mak aku.
dah pegi jemput ptg semlm, taknak balik pulakkk.
seronok duk sana, adik aku yg lelaki, dah balik.
dia praktikal cikgu kat Melaka. baru sampai blk Sabtu lepas.
yg tu rajin melayan, sronok la Amni kat sana.
dah taknak balik, ha biarlah dia duk sana.
kat rumah  ni pun asyik main, tgk tv, pastu gaduh dgn adik ja.
masa dia takda, aku uzur. so teman dia sahur ja.
dah dia kat rumah mak aku, tak bgn sahur lah jawabnya haha.
now dah blh puasa, so sambung sahur.
ikut hati malas aih bgn sahur... tapi takleh, kena bangun jugak.
rutin aku, bgn tu terus keluarkan lauk dari peti ais if ada nak panaskan, then panaskan nasik dlu.
pastu masuk solat tahajud dulu pastu siapkan mkn.
gerak Amni, makan then kemas2 tunggu subuh terus
pas solat kadang mengaji quran dlu. kalau ngantuk sgt, ha tidor kejap hihi.
tapi jarang la.

nak share menu sahur aku.
awal2 puasa dlu aku mkn nasik if ada lebih.
sayang ke lauk kan?
kalau takda, gorenglah nugget ke apa.
roti + kopi ke.
dah 10 puasa tu, aku order kopi juna from Fynn Jamal.
lama dah duk tgk and nak order, tapi asyik lupa hehe
aku order from Shopee.
seller laju betul. dah buat payment hari ni, esoknya terus pos.
tak bnyk hari pun delay walau PKP.
gud job J&T


mula2 ngap kurma dulu.
aku bukan penggemar kurma. sekali makan sebijik ja blh.
sebab manis tu aku tak berapa blh terima. tak kisah lah kurma jenis apa pun.
laki aku skali mkn 3-4 bijik.
then kopi juna, roti 2 keping, Vit C Shaklee and of coz air masak.
lepas 10 hari berpuasa, nilah menu sahur aku.
awal2 ja makan nasik.



menu semlm.
aku beli peanut butter nak mkn dgn roti tu. carik brand yg biasa aku beli yg no sugar added tu, nan hado. so lantaklah brand apa pun. pejam mata jalah ada gula ke apa..
dah 10 hari camtu menu ni, tak jemu lagi la hehe.
another 10 days to go.

ada aku beli oat habuan sahur. belum sentuh lagi hahaha.
sebab sayang ke roti. kut nnt expired cenggitu je pulak.
dah puasa ni, roti tak laju sgt.

ada ja kwn2 aku yg sahurnya mkn nasik berlauk meriah mcm berbuka.
yg masak masa sahur pun ada.
aku tak rajin tu. serius.
mujurlah pak incik jenis tak mkn sahur. sejak kawen mcm tu. awal2 ja sahur, pas 5 hr camtu takda dah.
Amni pun mujurlah mudah. sahur nak nasi + telur je kadang2 tu.
nak masak masa sahur, mmg tak la aku haha. paling hebat pun goreng telur and panaskan lauk.
dlu masa Amni blm puasa lagi mudah keja aku. sorang2 je nak sahur kan?
aku bukan sejenis yg fussy..




kita dah masuk fasa terakhir Ramadhan.
so, jgn lepaskan peluang ni utk terus lipat gandakan ibadah kita.
moga ada rezeki Allah temukan kita dgn Laitatul Qadar.


Wednesday, June 13, 2018

28 Ramadhan

Assalamualaikum

dah 28 Rahamdhan. Insyallah esok last kita berpuasa utk tahun ini.
adakah sempat bertemu Ramadhan tahun depan..
wallahuallam..

mula2 rasa mcm lambatnya masa berlalu
now, esok lusa dah nak raya..
cemana persiapan puasa korang?
dah setel?
cemana pulak amal ibadat utk Ramadhan kali ni?
bertambah dr tahun lepas ke or sebaliknya..
huhu..

tahun ni lain sket utk kami sekeluarga sebab Amni dah mula puasa.
banyak hari jugak dia dapat puasa penuh.
almost 20 days aku rasa. nnt kena kira balik.
so far dia ok, mudah bangun sahur and makan pun selera ja.
hari sekolah ok, cuma petang tu letih la bila dah balik rumah.
hari cuti pun ok, tapi menyampah jugak sebab asyik tanya bila nak boleh berbuka..
kalau kat skolah, bizi dgn kawan2, main2 smua so tak terasa sgt lapar dahaga tu.
kat rumah, haaa menjawab laaa
suruh tidor, tak nak. mengadap je phone or tv tu.
sokay la, mak bagi can main phone lama sket sbb nak elak dia dari boring.
tau tak berapa bagus, tapi budak lagi.. biarlah dulu.
ada masa aku tak bagi pun main phone..

berbuka pun ala kadar je kami
klau masak tu, 1 lauk je kadang2
malas aku nak beriya + tak sempat sgt
masak bnyk2 pun makan tak habis pun. kami laki bini bila posa ni mkn xberiya pun.
so tak perlu lah masak beriya. makan pun 4 beranak je.
thn ni kerap ke bazar sbb Amni. hahah
layan jelah budak puasa tu. pegi bazar sbb nak beli air jagung ais je budak tu
air je yg dia tuju dulu kalau puasa. pastu makanan.
aku ikut apa dia nak makan, tapi ada had jugak la
tgk jenis makanan. tengok semua benda dia nak beli. biasalah nafsu kan?
sudahnya, balik tak mkn mana pun.
membaziorrrr
belanja laju ok bulan puasa ni.. so kena slow2 sket.
ada hari masak, ada hari beli lauk.
so far takda la membazir teruk.
tak habis tu ada jugak la kadang2..
weekend blk berbuka umah mak aku. tapi tak la every weekend.
susah sbb laki aku tu sampai rumah dah berapa minit nak azan.
klau aku blk dlu, kang dia berbuka sorang. ada la jugak skali 2. hihi..
dengan izin la.. tapi dia p berbuka umah mak pak dia la.
sebelah je punnnnnnnnn..

eosk pun aku masih keja.
malas nak ambik cuti. rasa mcm takda nak buat menda pun.
sbb bukan nak raya rumah sendiri kan. hehe
balik menyemak umah mak bapak aku la..
pagi raya kat umah mentua dlu, tghr kang blk umah mak pak aku pulak.
sana meriah sket. sini kureng.. pagi raya ja ada org. lepas tu, takdo

seminggu lepas raya, kenduri pulak. kazen kawen.
yg terdekat jugak ni..
so, berkumpul sekali lagi.
tak sabarrrrr..
raya best, kenduri pun best
seronok ramai2 ni..

di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya utk korang yg masih membaca blog aku ni.
ampun maaf dipinta if ada coretan aku ni mengguris hati korang tanpa aku sedar... yg balik kg, hati2 memandu.. semoga selamat hendaknya..
Image result for aidilfitri 2018
pic from Google.

Tuesday, June 07, 2016

Salam Ramadhan


Salam ramadhan..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Thursday, July 23, 2015

Puasa 6 vs puasa ganti di bulan syawal

Alhamdulillah...
hari ni dah masuk 3 hari aku puasa ganti.
start keja hari selasa 5 syawal.
hari isnin opismate yg dah keja duk update kat group wa opis kata kedai mkn tak buka.
jauh nau g cari mkn utk lunch tu.
kebetulan isnin mlm tu g umah mak aku nak ambik amni.
adik aku kebetulan dtg umah hari isnin tu, bwk balik amni sbb papa nak g kl, bapa saudara dia meninggal.
klau dia ada kut dia nangis tgk papa dia keluar nnt.
yg kami pergi tgk masa cuti raya cina tu.
klik sini. Alfatihah utk arwah. beliau pun dah lama koma.
tapi tak jadi pegi sebab ayah tak berapa sihat.
ptg tu g ambik amni, dinner kat sana terus.
dah lama kut tak mkn nasi bertambah2, mlm tu 2 kali tambah.
adoiyaii.
dah alang2 mkn bnyk, makanya aku niat puasa ganti teruslah.
klau tak puasa kang menggagau nak cari kedai mkn.
lagipun masih terbiasa dgn puasa sbb aku tak mkn dgn jayanya lagi..
so, puasa jelah.
sampai hari ni dah 3 hari.
ada lagi 4 hari utk ganti puasa.
kebetulan aku ada dgr pasal puasa ganti di bulan syawal dan puasa 6 kat radio kelmarin.
so, meh aku share dengan korang.

bab ni para ulama ada yg bercanggah pendapat.
khilaf katanya..

pendapat 1.
dalam Islam dianjurkan utk mendahulukan yg wajib.
antara puasa 6 dan puasa ganti, yg wajib ialah puasa ganti.
puasa ganti wajib sebab kita dah tinggal puasa masa bulan ramadhan.
puasa ramadhan hukumnya wajib, maka utk menggantikannya juga wajib.
puasa 6 cuma sunat.
tapi oleh kerna kelebihan puasa 6 di bulan syawal tu, ramai yg berlumba2 nak puasa 6.
kalau ada puasa ramadhan yg perlu diganti, perlulah diganti terlebih dahulu.
dah setel ganti puasa, barulah disusuli dengan puasa 6.

pendapat 2.
puasa 6 ni sifatnya sempit.
puasa ganti sifatnya luas.
iaitu.. puasa 6 cuma dapat dilakukan di dlm bulan syawal.
puasa ganti boleh dilakukan bila2 masa sahaja selagi tidak bertemu dengan ramadhan tahun akan datang.
jadi ada ulama yg berpendapat boleh puasa 6 dahulu.
niat puasa 6.
puasa ganti boleh dilakukan selepas tu.

pendapat 3.
puasa 6 dan puasa syawal tidak boleh digabungkan.
ada yg menggabungkan dengan niat 2 kali pada mlm hari.
mula2 niat puasa ganti lepas tu niat puasa 6.
yg ni tak boleh ye.
sebab sunat tak boleh disekalikan dengan yg wajib.
ustaz tu bagi contoh sembahyang.
niat sembahyang sunat sekalikan dengan niat sembahyang wajib seperti subuh atau asar.
tak boleh ye.
sama mcm puasa.
buat asing2..

so, korang buat mcm mana?
dulu2 aku niat posa 6 pastu niat posa ganti.
sebab pernah dengar ceramah kata dapat 2 pahala.
taktaulah mana 1 yg diterima.
hahaha..
masa tu tak berapa  nak cerdik lagi.
lepas tu niat posa 6 je.
hujung2 nak masuk ramadhan baru buat posa ganti.
now niat puasa ganti.
dah habis puasa ganti kalau rajin buat puasa 6 pulak.
kalau rajin..
hihi..
hujung2 kan bnyk gak open house, kenduri kawen bagai.
bhahahaha..

oh ye..
kalau puasa sunat, dapat jemputan walimatul urus.
macam mana?
ada ustaz kata, kena buka puasa dan pergi kenduri.
sebab hukum pergi kenduri adalah wajib ye.
puasa tu dah nama pun sunat..

dan puasa 6 tak perlu dilakukan berturut2 6 hari.
boleh dijarakkan.
tapi mak2 kita dah biasa raya ke 2 dah start puasa.
puasa terus 6 hari tak selang.
so, syawal ke 8 dah raya 6.
sesetengah org tua siap buat ketupat lagi sekali sebab nak rai raya puasa 6.
yg puasa baru 2 -3 hari pun bedal sama ketupat.
aku la tu..
hehehe..


sekian perkongsian dari ustajah pilihan.
kalau tak betul, sila betulkan.
aku bgtau apa yg aku dengar, apa yg aku tau.
berkongsi ilmu..
wallah hu taala a'lam...

Tuesday, July 07, 2015

20 Ramadhan

perghhhhhhh..
dah 20 ramadhan yeh..
lagi 10 hari nak raya dah..
cepatnya masa berlalu..
pejam celik pejam celik, pejam tak celik2.. haaaaaa...
moga terus dipanjangkan umur. Amin!

entry pasal puasa 1 pun takdak!
syabas betul.
tak pernah aku pemalas lipas mcm ni.
masa tu ada, sempat je blogwalking.
tapi nak buat entry, bapaknya malas.
napa entahhh..

jadi moh le update sket.
sendu sangat dah ni.
iklan ada je.. rugi woh..
banyak sangat benda nak cerita, nak membebel nak share.
tapi malas.
hai la kak yah...
teruk benar dah ni..

sronok tgk blog masing duk share makanan berbuka.
yg masak, yg beli yg berbuka kat kedai.
macam2.
takat hari ni kami tak da g berbuka kat kedai lagi.
dan memang takkan pergi la.
dengan nak handle kiri kanan, budak 2 org tu.
tak sanggup la aku.
kakak dgn cara dia, adik dgn cara dia.
kakak waktu ok, takda hal.
klau dia merajuk ka sentap ka apa, haru jugak.
adik toksah cakap la.
budak kembong tu lasak bule tahan.
huru hara sket la puasa kali ni.
nak memasak hari2 mmg tak la.
ada hari beli lauk, ada hari masak.
lagi banyak beli la kannnnnnnnnnnnnn..
kalau masak pun, masak simple2 je pun.
2 lauk je lah.
nak lebih2, mau azan isyak baru makan.
sebelah tangan masak, sebelah tangan dukung budak tu..
+___+



antara koleksi yg ada.
nak ambik gambar hari2 mmg tak la..
ikut jam, gambar 1st, semua lauk beli.
lauk ayam bakar and pajeri nenas.
beli kat param kat rumah mak aku.
org kg masak, insyallah sedap, blh makan and tak mahal.
kami tak biasa beli lauk kat luar.
kadang jadi tak reti nak beli, sebab tak tau sedap ke tak.
kalau nak beli, make sure beli lauk yg dah biasa makan.
jgn la p duk beli kat kedai yg ntah apa2, sapa2 jual tu.
mmg sah2 tak makan.
lalu kat gerai yg jual lauk, mmg tak singgah pun.
klau nak beli, ayam bakar atau ayam golek ke apa je.
kuih2 mmg beli.
donut tu utk Amni.
lagi sepinggan tu popia and kuih wantan papa beli kat padang besar.
mmg sedap and selalu beli.
bnyk mana pun beli, confirm habis.

2nd, semua lauk masak.
hoih bangga.. hahahaha..
ikan kembong goreng, masak lemak kubis cina and kerabu telur masin.
itu pun berlari2 aku kat dapur.
kejap kat dapur, kejap tgk Aniq.
elok setel masak, hidang, buat air, azan dah.. heheheh

3rd, masak jugak.
ayam masak kicap and kerabu telur masin lagi.
sedappppppp ooo.
aku ratah je.
senang je nak buat kerabu tu.
later aku share ehh.

4th, ayam black pepper, ikan goreng and telur masin.
takda kerabu dah.
tak cukup bahan.
kuih, beli.

tu semua, selang2 la.
bukan menu hari2 pun.
masak, beli, masak, beli.
mana yg sempat je aku ambik gambar.
lain2 tu malas and tak sempat pun.
klau beli pun, seminimum mungkin.
yg betul2 nak makan je, bukan ikut hati.
pernah 1 hari tak sempat masak and letih sgt.
papa g beli lauk kat gerai depan umah.
keli bakar, kurma ayam, tomyam.
kurma ayam je yg mkn, yg lain ke tong sampah.
membazir.
sekali tu je.
sebelum dan selepas tu takda dah.
laki aku senang je.
kalau tak masak, beli je ayam golek kegemaran dia.
setel.
1 lauk pun cukup dah.
Amni suka sangat, mcm papa dia la.
mkn bertambah2.
aku pun sokay je, ratah ayam je.
cuma kadang2 tu jemu jugak la..

bulan puasa ni, hari jumaat blk buka puasa kat rumah mak aku.
sebab nak hantar adik skali.
dia blk asrama hr jumaat, so hantar dia and berbuka kat sana.
hari lain tak sempat.
papa pkul 7 baru sampai rumah, nak blk sana lambat dah.
berbuka kat rumah sendri la.
kadang2 kat umah ayah (mentua).
bnyk nya kat rumah sendri. 
thn ni ayah berbuka kat masjid.
dia join program kat masjid.
berbuka pastu terus dgn tarawikh.
mama tak puasa, tak sihat.
sekali 2 je ayah berbuka kat rumah, waktu dia tak larat nak ke masjid.
dia pun tak kuat sgt.

berbaki lagi 9 hari ni..
niat hati mmg nak masak.
tapi apa kan daya.
kalau laki blk awal, dia tengokkan Aniq, blh la aku masak.
kalau tak, mmg kirim salam la.
dia tengah memantapkan skills memanjat dia ke level 4 skang ni.
mmg tak leh leka la.
anak jantan kannnnnnnnnnnnnnnn..



Thursday, July 24, 2014

Day 17 Ramadhan | Nasi ayam

day 17, cuti nuzul al-quran.
suami ada kat umah.
pastu memasing duk kemas2 umah, dah letih kan?
tanya suami nak makan apa..
isteri nak masak ikut selera suami.
sebab suami tolong kemas umah kannnnnnnnnnnn?
kita bagi ganjaran sket..
ececeh..
suami kata ikut suka, so isteri suggest nasi ayam.
lamaaaaaaaaaaaa kut tak buat.
suami on je..
so, berbuka ngan nasi ayam kita hari tu..


presentation kena mantop.
rasa belakang kira.
hahahah..
puasa kannnn?
lama tak buat nasi ayam, bukan susah pun.
cuma malas je.
mendapat sambutan anak beranak hari tu.
seronok isteri, hilang letih masak bila apa yg dimasak setellll.....

aku masak nasi ayam, simple je pun.
share jugak lah, walau simple tahap budak darjah 3.

memula aku buat sup ayam dulu.
aku pakai bunjut je, buat sup mcm biasa.
bunjut, halia, bawang putih, ayam = rebus.
pastu perasakan dgn garam dan gula sket.
then taruk daun sup ngan daun bawang part batang yg bawah tu.
dah setel sup aku.

ayam klau boleh jgn potong kecik2 sgt.
dah sup masak, toskan ayam.
sebab nnt nak perap utk goreng pulak.
aku buat bnyk jugak ayam sebab nak hantar ke jiran aka mentua.
muahaha...

sup dah sejuk, kita nak masak nasi pulak.
basuh beras, pastu tos.
ada org tumis terus dlm periuk nasik letrik tu.
tapi aku tak berani.
so, aku tumis dlm periuk lain.
tumis pakai butter dlm 3 sudu, campur minyak sket.
tumis bawang merah+bawang putih yg diblend.
masuk skali kulit kayu manis, buah pelaga dgn bunga lawang.
pastu masuk sup ayam tadi.
godak2 bagi serasi dgn bahan tumisan.
pastu tuang masuk dlm periuk nasi tadi.
agak2 sukatan sup tu, klau kurang, tambah lagi kuah sup tu.
pastu on suis, masak la nasik tu.
kena tgk2 jugak nasi tu, gaul2 sket supaya sekata masaknya.

utk ayam, aku perap dgn kicap+madu+sos tiram.
gaul2, masuk peti ais dlu.
dekat nak berbuka baru goreng.
goreng kejap je sebab ayam dah masak kan?
tapi kami suka garing, so goreng lama sket.
agak hitam, tapi sodapp..

utk sos, guna cili merah + bawang putih + garam + gula + cuka + sos cili.
agak2 la kuantiti ikut tahap kepedasan masing.
blend smua tu kecuali sos, pastu masak kejap atas dapur.
masa masak tu baru tambah sos.
dah mendidih, tutup api.

utk kicap, aku pakai kicap kipas udang tu je campur sup sket.
malas dah nak buat sebab tak da sapa nak makan pun kecuali aku sorang.


ada sedikit kerajinan, buat agar2 sirap bandung+lengkong.
manis2, sedap!
Amni makan bnyk sebab lembut je aku buat.
terlembut benornya, lebih air sket, tapi takda sampai lembik.
cuma klau keras sket, lagi sedap.
Amni suka lembik2 mcm ni, so bnyk dia makan.
nasi pun banyak jugak dia makan.
dah mcm dia pulak yg letih puasa and buat keja umah bnyk hari tu..


blanja lagi 1 gambar lauk.
gambar nasi takda pulak.
mentua tanya nasi ayam ke nasi minyak sebab nasi nampak putih je.
muahaha...
selalu nasi ayam kuning kan?
iolls lupa taruk kunyit sket.
tapi tatap sedapppp and wangi nasi kak yah.
heheheh..

sup tu aku taruk bawang goreng, daun sup ngan daun bawang sket.
kentang pun ada.
utk cik kuntum.
itu yg bertambah2 dia makan.
dia suka sup2 ni .

sahur pun makan yg ni.
ayam perap ada lebih 3-4 ketol, cukup la utk laki bini.
siap tapau nasi ayam dgn sup utk Amni g umah pengasuh esok tu.
agar2 pun sama, tapau jugak.
and sampai hari ni ada lagi sket agar2 tu dlm esbok.
makan sejuk2, sodap wohh..


Wednesday, July 23, 2014

Day 16 Ramadhan | Tomyan seafood + telur dadar

otw balik keja, hari2 mesti pikir nak masak apa hari ni utk berbuka..
kadang tepu otak nak pikir.
bawak kreta pun tergagau2 sebab duk pikir menu.
bengong btoi...
tapi smua mak2 mcm tu kan?
hahahaha..
mengaku jelah..
tanya laki, langsung tak membantu.
bila tanya nak masak pe hari ni berbuka, jawabnya, masak la apa2, tak kisah.
bila kita masak, tak kena selera dia, muncunggggggggggggggg je.
cemuihhh..
tapi jarang sgt la dia nak muncung2..
berani muncung2, kang bini boikot tak masak baru tauuu..
laki aku benornya senang je makannya, janji ada ayam or daging.
tapi aku la cemuih klau hari2 asyik makan ayam kan?
kena tukar2 la jugak ye dok?
hari tu terpikir nak buat tomyam sebab dah lama kut tak buat.
kita buat tomyam seafood sebab ada udang ngan sotong dlm esbok.
memula laki taknak sebab nnt pedas katanya.
amboi, manja angattttttttt..
so, kita kurang pedas sket utk mu suami terchentaaa..


tomyam seafood versi kak yah.
ada sotong and udang.
tapi aku taruk sket ayam, utk lakiiiiiiiiiiii.. eheh
sayur yg ada hari tu cuma carrot ngan tomato.
jadikla dari takda.
bawang holland takda, pakai bawang besar je..
pun boleh.

bahan2:
binatang yg nak digunakan : udang, sotong, ayam dll
pes tomyam
sayur2 : carrot, tomato, bawang holland, dll.
bawang putih
lengkuas
serai
daun limau purut
cili merah
air
garam
gula

cara2:
bawang putih aku guna dlm 5 ulas.
serai 2 batang
lengkuas besar ibu jari.
cili 2 batang je
semua tu ketuk je.
masukkan segala binatang yg ada, serai, lengkuas,cili, bawang putih and sayur yg keras.
tomato ngan bawang jgn masuk lagi.
masuk air ngan pes tomyam
agak la sukatan pes tomyam tu ikut jenis yg korang guna.
nak pedas ke tak.
pastu jerang api sederhana.
agak mendidih, masuk garam gula, tomato and bawang serta daun limau purut.
dah masak tutup api.
senang kan?
menu sihat sebab rebus je..
aku agak2 je rasa ni, puasa kan mana bule rasa.
dah azan, tak cedok lagi..
rasa dlu, haaa ok, baru masuk dlm mangkuk.
kut terpedas ke tawar ke apa ke..
bila puasa ni, masak tu tawakal jelah..
alhamdulillah, menjadi je walau takleh rasa.
masak campak2 laki aku kata..


lawan dgn tomyam, haruslah telur dadar dan sambal belacan.
memula angkat, kembang semangkok telur ni.
pastu srettttttttttt, kuncup.
apa2 jelah, janji sodapppp.
bertambah2 nasi laki bini makan hari tu.
Amni ratah telur dadar je, feberet dia.


kuih dari param.
laki g beli pkul 7 dah, ni je yg ada.
bolehla dari takda sebab bini nak muncung2 dah sebab takda kuih.
tepung pelita tu, 1 Amni dah rodok.
nak makan sendri, sudahnya rosak gitu je kuih tu.
sabau jelahhh..


air spesel sket hari tu.
sirap bandung cincau..
sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppnya!

Tuesday, July 22, 2014

Day 14 Ramadhan | Rendang daging+daun kunyit

weekend, mari kita masak meriah sket.
perut terasa nak makan rendang daging taruk daun kunyit.
ermm, dap2.
aku tak pernah ok masak rendang.
umo dah 30++ tapi tak reti buat rendang... muahaha
tetiba nak makan, nak masak sendri.
gigih tanya opismate cemana, maklumla 1st time.
blk umah mak hari jumaat tu ambik daun kunyit and kerisik sket.
hairan mak aku, sebab dia tak suka masak taruk daun kunyit.
tapi aku suka, wangiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

hari sabtu, pepagi dah pegi pasar tani.
pkul 12 dah start masak.
pkul 10++ mula masuk dapur.
gigih dok?
hahahaha.
sebab aku takmo masuk peti ais smua tu, pastu petang nak masak keluarkan pulak.
takmo, nak fresh2, baru best masak and makan nnt.
lagipun aku beli daging, ayam, santan bagai.
bahan basah nak kena basuh.
yg nak masak hari tu, masak terus lah.


masak sendri, nak hidang ke laki, presentation mantop sket kononnya...
hari tu ada rendang daging+daun kunyit, tempe goreng kunyit, sambal petai ikan bilis.
call laki suh beli kuih je, lauk tak payah.


meleleh ailior kakyah tgk ni..
1st time buat, tak leh dibangga kan sangat.
maybe pas buat 2,3 kali baru betul2 mabeles.
buat pulak time posa, so, takleh rasa and taktau tahap kesedapan.
tu pun jangan, level of confident tu tinggi, siap hantar kat mentua.
muahahha..
skali bila berbuka, rasa, mcm kurang kerisik and tawar sket.
tapi masih boleh diterima.
ehek ehek ehek..
tak susah sgt pun nak buat.
malu2 kak yah nak share resipi.. hihi..

bahan2:
daging
santan
kerisik
bawang merah *
bawang putih *
serbuk kari daging
air
garam
gula
minyak
daun kunyit

cara2:
bawang merah+bawang putih tu kisar.
kuantiti jgn ditanya, hantam sajalah. ikut kuantiti daging.
pastu tumis.
dah naik bau, masuk kerisik ngan serbuk kari daging.
godak2, sampai garing and naik bau.
pastu masukkan daging yg dah dipotong nipis.
agak daging masak, masuk santan, garam dan gula.
aku pakai pati santan, tambah air sket.
nak kuah bnyk, ke sket ke terpulang.
tapi rendang, kena pekat2 kan kuah dia?
sebelum tutup api, mayang halus daun kunyit, campak  masuk dlm periuk.
pastu tutup api.
klau yg tak suka daun kunyit, toksah masuk.
bau dia alahaiiii, sedapnya.
pastu azan zohor tanya laki bule berbuka takkkk? hahaha.
tu je cara aku buat.
bila google, mcm2 cara ada, mcm2 bahan ada.
next time kita try lagi, nak makan dgn lemang pulak.


next menu petang tu is sambal petai ikan bilis.
tengok petai gemok2 kat pasar tani pagi tu, geram pulak.
tapi tak buat sambal mcm selalu.
tengok kat blog kak elly, dia buat mcm ni, so jom kita try gini pulak.
sekali sekala ubah selera.

bahan2 :
bawang merah + bawang putih + cili merah = tumbuk.
petai
ikan bilis
minyak.

cara2:
kupas petai ikut suka cemana nak.
pastu goreng kejap and ketepikan.
lagi best klau buang kulit yeh.
pastu goreng ikan bilis, ketepikan .
tumis bahan tumbuk.
agak garing, masukkan ikan bilis and petai.
godak2 sket, dah tutup api.
simple, and sedappp.
klau bawang ngan cili tu banyak, lagi sedapppp..
aku buat hari tu tak banyak sgt, so mcm kering sket.
next time kita taruk banyak sket bawang2 tu.



tempe goreng kunyit.
potong tempe nipis2, gaul garam kunyit pastu goreng.
dah agak garing, masuk bawang merah sket..
makan saja pun sodapppp..


minta laki beli samosa ni dari awal puasa, hari tu baru dapat.
sebab, makcik ni katanya pkul 5 lebih baru dia start goreng.
dia malas nak tunggu sebab lambat and sampai umah pun lambat nnt.
tapi dah bini asyik menyanyi nak samosa, bertabahlah laki g beli.
ehek ehek ehek..
samosa ni puasa je ada, nun kat belah siam sana.
kena la dia pinjam moto opismate dia, masuk siam g beli kejap.
klau ngan kreta tak sanggup nak masuk siam petang2, kang jammed!
dapat samosa ni hari tu, rasanya 5-6 ketol aku sorang kut belasah.
sedappppp..
isi dlm sket tapi sedap.
kulit luar rangup.
sambal dia pun sedapp, pedas2 manis2.

suka suka suka.
pastu lusa dia beli lagi.
yay!

err, puasa kali ni baru 2 kali aku buat kuih utk berbuka.
memula puasa buat puding roti, pastu hari tu buat agar2.
tu je. tak larat oih, masak lauk nak masak kuih lagi.. beli jelahhh..
padahal aku klau buka posa, wajib ada kuih.
kena makan kuih dlu, baru leh makan nasik.
tapi nak buat malasssssssssssss..

Day 13 Ramadhan | Pulut sekaya and buah melaka mak yg terpaling maveles

bila bulan puasa, jumaat aku blk buka posa umah mak.
pastu kadang2 sabtu @ ahad berbuka umah mentua pulak.
sepppp..
hehehehe..
weekdays kat umah sendri, masak or beli.
blk umah mak hari jumaat sebab nak hantar adik aku yg duk asrama tu skali.
lagipun jumaat kan laki aku off day.
pkul 4, dia g ambik adik.
ptg, dia ambik aku  kat opis, cargas blk umah mak terus
kadang tdor sana, sahur, pagi2 pkul 7 baru blk umah aku sebab sabtu laki keja.
kadang, pas berbuka, pkul 10 mlm blk.
gitulah rutinnya.
hari lain, payah sket nak blk berbuka umah mak sebab laki aku blk keja pkul 6, pkul 7 baru sampai umah.
nak gerak g umah mak aku 30mnt.
lewat, and kesian dia nak rushing pulak.
letih kan?
plus aku bawak kreta waktu mlm adalah sedikit goyah.
mak pun tak kasik.
so, begitulah jalah rutin puasa kami sejak 2-3 tahun ni.
unless, sesapa cuti, so blh ubah plan.


bila berbuka umah mak, harus over.
petang sebelum blk dah kol dah..
riki2 mak masak apeee..
hehehehe..
mak pun, anak2 blk berbuka, layan jelah..
shayiang mak lebihhh.. hihhii



air tangan mak yg menjadi kegemaran dan kegilan semua anak6.
6 beradik suka.
tak jumpa kat tempat lain, sebab tak kan sama.
sesapa yg pernah makan, tau la apa beza.
pulut sekaya mak aku ni, memang kaya.
hahahhaha..
sesapa duk area kelantan, terengganu or pernah mkn yg belah2 thai punya pulut sekaya, tau la.
tapi klau belah thai, kepala tu kaler koko sebab diorg gula gerek and tak pakai pandan.
mcm gula melaka tu, tapi lain bentuk dan rasanya.
aih, susah nak cerita.
kat tempat kita ni, org panggil seri muka kan, sama je ngan pulut sekaya.
tapi, kepala atas tu tak sama.
versi mak aku, versi ala thai ni, pulut atas tu tak pakai tepung.
pukul telur ngan gula and taruk air daun pandan ori.
bukan perasa pandan.
sepelengat mak aku biasa buat tu, telur mau 8 bijik or more.
kembang elok je naik kepala tu.
manis elok, lemak berkrim  baq ang.
serius sedap!
pulut pun berminyak2, sebab taruk santan sesedap rasa.
masak pulut dlu@kukus. pulut masak, baru taruk kepala tu then masak lagi.

arghhhhhhhhhhhhh.. meleleh ailior duk imagine pulut sekaya mak..
damn!
klau yg kat sini, beli kat param tu, kepala tu slalunya diorg letak telur 2,3 bijik je pastu campur tepung.
rasa dia lain. tak best sgt.
tapi ada la yg sedap, yg letak telur bnyk sket, walau campur telur. boleh la diterima.
minggu ni maybe mak buat lagi sebab adik aku yg duk banting tu balik.
klau dia blk, mak aku buat sebekas tu, separuh tu dia telan.
kadang2 bule bawak gaduh sebab aku baru mkn sepotong, dia dah belasah separuh bekas.
ada jin kut dlm perut, padahal kurus je.
eh, skang dah booolat dah.

next is buah melaka.
gula dlm tu, beli kat padang besar.
manisssssssssssssss..
pastu abah aku pantang klau potong kecik2 je gula.
bila rebus, gula smua cair sebab kecik.
dia suh  potong besar2, biar buah tu besar tak pe.
baru puas mkn.
klau beli, buah besar, gula dlm dah  hancur pastu sikit nau taruknya.
tawar heber katanya and tak puas.
buat sendri, harus mkn biar puas.
utk kelapa luar tu, takmo kelapa tua, ambik yg muda nak tua.
uiiiiiiiiiiiiiiii, sedappppp.
berebut2 makan adik beradik.
ha, dap dap...
harap2 sebelum raya mak buat lagi.
ada tukang gentel, cepat sket keja, bule buat bnyk.
harap mak aku sorang, jenuh gak la kan?
oh mak ailebiu..


Wednesday, July 16, 2014

Day 12 Ramadhan | Spaghetti

suami request spaghetti pulak.
baeklahhh..
western pulak hari ni kita.
lagipun dah lama tak buat kut.
menu yg senang nak buat dan sedap.. hihih.
hari khamis dia keja halfday.
so, sebelum aku balik, minta dia keluarkan daging sesiap, balik kang cepat sket keja aku.
asalnya nak buat hari rabu lagi, sebab aku cuti ada appointment kat klinik kesihatan.
tapi, hari tu kena cocok kat bahu, lenguh tangan, so tak dapek.
muncung2 laki iolls buka puasa hari tu sebab takda spaghetti..
oloh oloh...
yelah2, hari kamis, jomla kita berwestern pulak.

aku sukaaaaaaaaaaaaa spaghetti ni.
takat dok makan kat restoren ke, piza hut ke, kenny rogers, tak jumpa yg betul2 sedap lagi.
yg org buat, rasanya terpaling sedap is kazen aku.
dia siap buat meatball lagi.
1st trial dia buat pun sedap kuah tu.
tak ingat pulak mana dia dpt resipi.
raya thn lepas dia buat, hope raya thn ni dia buat lagi.. muahaha..

spaghetti cara aku mudah je.
laki suka, anak suka, sokay la..
boleh gitu.. heheh...
testimoni tu penting oih..

aku guna prego. dah try sos lain, tak bule ar.
tak sedap mcm prego.
lagi 1 , prego ni ada bau sedappppp.
daging kena ramly, lain tak best.
jgn guna ayam eh, melekat2 kuali sbb dia tak kluar air mcm daging.
pernah try guna daging burger sebab takda daging cincang.
boleh la, cumanya berketul sket la sebab dia keping2 kan?
klau daging cincang tu berketul jugak, tapi kecik2 je, daging burger kena  cincang btoi2 la.
nak share cara buat spaghetti pun mcm malas je sebab senang nauu..
takpelah, share jugak..
kut ada yg nak try.
ehek ehek hek..

bahan2 :
sos spaghetti prego - ambik yg utk spaghetti sebab ada mcm2 jenis. aku guna yg dlm bekas kaca tu.
cendawan - bli yg dlm tin je
sos cili
sos tomato/tomato puree
bawang putih
butter
minyak
garam
gula
daging cincang ramly
tomato
bawang holland
spaghetti

cara2:
utk spaghetti, rebus air dlm periuk.
dah mendidih, masuk butter or minyak sket sebelum masuk spaghetti.
tujuan, supaya spaghetti tak melekat nnt and berkilat elok.
dah masak, toskan.
bab ni laki aku terrer, dia yg slalu buat.

utk kuah..
memula tumis bawang putih guna butter. klau seketul daging saiz kecil and sos prego bekas kecil tu, aku guna bawang putih dlm 4 ulas.
panaskan butter, then masuk minyak sket.
tumis bawang putih sampai bau wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
pastu masuk daging.
aku selalu cairkan daging awal, bila masak, daging jadi lembut.
tos air daging dlu ye. aku siap basuh ok daging tu sebab nnt air jadi merah.
me dont like.
tumis sampai daging masak lah ye. agak kering air daging tu.
pastu baru masuk sos prego.
pastu masuk sos cili and sos tomato/tomato puree.
mana2 yg korang suka.
kadang2 aku guna sos tomato, kadang2 tomato puree.
kuantiti tu agak2 la. aku guna sos cili tak banyak sgt sbb nnt Amni nak makan kan?
klau pedas, dia takleh makan pulak.
klau aku nak pedas, masa mkn nnt aku tambah sos cili pulak.
pastu masuk la cendawan yg dah dipotong nipis
jgn masuk seketol2 eh, tak lawa kut.
pastu masuk tomato and bawang holland yg dipotong dadu.
aku suka letak bawang holland tu last sebab nnt bila makan rasa krup krap krup krap. rapuh.
hehehe...
last, perasakan dgn garam dan gula.
klau nak kuah cair sket and banyak, masuk la air sket.
laki aku suka kuah cair sket and banyak, so masuk la air.
aku suka pekat2..
then, kita buat sedang2 saja..
berbuka hari tu, 2 pinggan dia makan.
mcm kurang masam sket hari tu.
puasa kan? tak leh rasa.
tapi dia kata ok je.. tu yg sampai 2 pinggan..





my happy and satisfied customer.
makan spaghetti pakai tangan..
ko mampu?
dia mmg suka spesis2 mee, bihun, spaghetti nih.
lama dah tak buat, so bertambah2 dia makan.
padahal dia makan spaghetti dgn kuah je pun.
daging tu aku bg sket je sebab tak elok sgt nak bg toodler mcm Amni mkn daging segera mcm tu kan?
tetiba hari tu nak makan cendawan pulak.
2,3 ketoi jugak dia makan. sebelom ni tak pernah makan pun.
sambil makan sambil cakap "sedapnya mamaaaaaaaaaaaaaaaaa".
kembang vontot mama..
letih puasa, letih masak hilang bila tgk diorg mkn dgn seleranya.

dah habis mkn, Amni cakap " kesian Amni, lapaqqqqqqqqqqq".
siap buat muka kesian.
drama queen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...