Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, April 26, 2019

Istiqamah itu tidak mudah..

Assalamualaikum..

sembang kosong.
tak berani sebenarnya nak menulis benda2 mcm ni.
silap kata, lain fahamannya.
but, aku just share pendapat aku.
umum, tak merujuk kepada mana2 pihak.

lately ni ada 2-3 kisah yg hangat diperkatakan.
isu buka tudung selepas beberapa tahun berhijab.
rasanya ramai yg tahu.
terbaru sehari dua ni pun ada.
benda mcm ni cepat tersebar. tau jelah kuasa media sosial.
kena pulak yg buat tu selebriti. sekali klik, seantero dunia tahu.
benarnya yg bukan artis pun ada je yg mcm ni.
on off bertudung, but dah org tak kenal dia, so senyap jelah kan
but, being a celebrity, ko akan jadi perhatian dan kecaman ramai..

when someone decided tu berhijab, it was good.
ramai yg akan say tahniah, and so on.
dari seorang yg free hair, then bertudung, its not easy.
kena pulak, sekeliling ko tu takda yg bertudung.
org lain siap2 nak keluar kejap je. ko duk belit tudung tak habis2 sebab belum biasa kan?
klau kawan2 support, ok lah.
klau ada yg kata lambat sebab tunggu belit tudung, tak ke sentap jadiknya..

bila kita berniat utk berubah dari kelaziman, faktor sekeliling sgt mainkan peranan penting.
nak berubah, tak susah.
sekelip mata blh berubah.
nak istiqamah selepas berubah tu yg ramai susah nak kekalkan.
kalau istirehat, itu perkara mudah ye dok? hehe




ok, taknak cerita pasal org.
meh aku cerita pasal aku jelah senang.
rasanya aku pernah share sebelum ni, tapi entry 2 thn lepas kut.
malas nak carik dah.
aku cerita hal sekarang jelah.

masa berpantang Aniq, aku ada tanamkan hasrat nak berstokin.
dlm pantang kan pakai stokin, so hasrat tu nak teruskan pakai.
tak niat apa2 ye, hasrat saja. sebab takut tak tercapai.
then aku cuba. so far mcm ok.
habis cuti bersalin, masuk keja. berstokin.
ada aje yg pandang lain. ada je yg panggil ustazah terus. huhu..
tapi tak la perli ke apa, mcm gurau2. so aku tak ambik hati pun.
then, bila dah ko berstokin, cubalah labuhkan tudung.
shawl ke , bawal ke, tudung instant ke, aku labuhkan.
bnyk tudung instant masa tu saiz M. masa aku pregnant pun aku dah tak pakai.
sebab masa tu badan naik, gemok.
bila tgk cermin, badan gemok, nmpk perut, nampak tetek, badan terbonjol2 dan bertudung singkat.
Allahu, buruknya. so labuhkan sikit.
mula2 sebab rasa buruk je tapi lama2 aku mcm tersedar.
ko gemok ke kurus ke, mmg kena labuhkan tudung.
so, slow2 tukar. tudung yg pendek2 kita simpan.
lepas dah beranak pun, rasa tak selesa if tudung pendek (sebab masih gemok). 
mungkin Tuhan jentik hati aku mcm tu kut.
tapi takdelah aku pakai yg XL terus. untill now pun masih saiz L.
masih ada lagi hasutan tu hihi..

perempuan ni, memang dlm hati dia nak nmpk cantik, nak nmpk bergaya dlm berfesyen.
tak dinafikan.
ko ingat senang nak pakai bertudung labuh, baju gobos while org lain kemain bergaya sakan kebaya ramping nau?
badan pulak ramping dah kenapa nak pakai baju gobos kan? huhu
tudung pulak mcm2 fesyen sekarang ni. harga pun mampu milik.
aku ni terbabas tu ada jugak.
BUT..
kena selalu beringat apa sebenarnya yg Allah nak.

now, Alhamdulillah dah tahun ke 5 aku berstokin.
handsock pun dah masuk thn ke 3.
stokin tu lekat. bila keluar, mmg pakai.
kalau tak pakai rasa togel, rasa tak lengkap rasa berdosa.
handsock tu kadang2 tak juga bila mmg dah pakai tshirt long sleeve.
kalau pakai baju kurung or blouse, mmg pakai sebab mudah terangkat kan?
tudung, now pakai bawal je and kadang2 pakai tudung instant.
shawl dah lama tak pakai sebab malas nak belit2.
tudung bawal pun now aku tak silang ke atas dah. mmg labuh ke bawah je.
tudung instant pun size L la. takda la labuh mana, tapi menutup dada bukan atas dada.
tak mudah.
sekeling kita semuanya kemain bergaya.
tapi aku cuba kurangkan pandangan aku dan tetapkan had aku.
aku masih lagi tgk fesyen2 terkini. tapi takda niat nak beli.
sekadar tengok. thats mean aku kurangkan pandangan.
then tgk harga. baju tu mmg lawa, tapi harganya luar kemampuan aku.
thats y aku tetapkan had. rasa tak perlu kut nak spend ratusan ringgit kat sehelai baju yg belum tentu ko selesa pakai dan tak patuh syarie. sekadar nak bergaya, nak up to date beli baju berjenama.
tak perlu.
beli jelah yg biasa2, yg murah tapi selesa pakai dan labuh menutup aurat elok.



paling penting dlm hal ni is kekuatan iman kau tu.
now, aku selalu doa pada Tuhan minta ditetapkan iman aku.
tak dibolak balikkan iman dan pendirian aku ni.
namun, kita hanya manusia. kadang2 ada juga gagalnya.
aku mengaku, kadang2 ada jugak aku pakai baju pendek like tshirt lah.
tapi tgk kepada keadaan. slow2 ubah.
kadang nak pegi hantar anak mengaji pastu nak ke pasar.
pakai seluar jeans and tshirt long sleeve biasa.
sebolehnya aku cuba menjaga aurat ni.
ikut apa yg Tuhan suruh. jgn mudah sgt terpedaya dgn hasutan.
blh nak bergaya, ada caranya.
aku pun belumlah berjubah all the time. ko nak patuh syarie tak semestinya berjubah sentiasa.
yg penting kita faham tuntutan tutup aurat tu mcm mana.
aku masih berbaju kurung moden, pakai seluar jeans.
tapi jgn lah ketat mengikut badan. jgnlah bertudung singkat walau pakai bawal.
choice is on you.

aku hantar anak aku ke Pasti, ke sekolah agama.
tapi takkan anak ke sekolah agama, maknya masih ntah apa2.
aku jadi malu dgn diri sendiri.
tu antara faktor aku mula berstokin.
lepas beranakkan Aniq, Amni mula masuk Pasti.
malu dgn ustazah di Pasti Amni, makanya aku mula berubah sikit2.
aku mengharapkan yg terbaik bila hantar anak ke sekolah agama, makanya aku pun kena berubah seiring dgn perkembangan mereka.
ada juga yg aku tgk, hantar anak ke Pasti tapi maknya masih berbaju pendek, berseluar legging.
takpelah, moga ada hidayah utknya.

aku kagum sgt dgn beberapa org artis wanita yg berubah terus.
cth Abby Abadi, Mizz Nina, Norkhiriah and ramai lagilah.
dulu, diorg seksi, now tgklah dimana mereka.
Allahu. kagum aku dgn cara and semangat diorg.
kita yg dari kecik bertudung, sampai sekarang masih begitu takda perubahan.
sorang lagi yg aku suka is FynnJamal.
kagum sgt. mmg lama aku follow dia. aku suka tgk IG Stories dia sebab dia share mcm2 persoalan yg ada dlm benak fikiran kita.
slowly aku ikut apa dia kata. walau tak 100% sebab hati masih belum kukuh namun aku cuba.
baiki solat, baiki aurat, baiki amalan.
minta pada Allah utk bantu, utk bagi jalan.
mohon dipermudahkan. itu yg penting.
bila kita tetapkan niat, Insyallah Allah akan bantu.
bila rasa buntu, buka Al-Quran, mengaji. solat sunat, solat tahajud.
minta dan minta dgn Allah..
bukan dgn manusia. bukan bercerita kepada kawan2 yg belum tentu faham.
tak mudah, tapi kena cuba dan kena terus kuat.
aku tak kata aku bagus.
tak.
aku jauh dari sempurna.
azam nak bgn awal, bertahajud.
seminggu tu kadang sekali je. huhu.
kadang dpt la 3-4 kali.
sayang nak tinggal bantal hehe.
tapi takpe, cuba dan cuba. lawan.
takpelah kadang2 pun asalkan ko ada niat nak buat dan teruskan buat.
syaiton tu keja dia menghasut je. bila kita ikut dia menang lah.
so, kena lawan dia. kuatkan hati.
aku ni kadang dah terjaga. dah niat seblm tidor, pagi ni na bgn awal nak tahajud.
dah jaga dah pkul 5, tapi malas la hai nak bangun. melekat je rasa kat tilam tu.
pastu kadang mcm tersedar. klau bgn solat ni, syaiton semua kalah. ahahaha
bila dah mula buat, dah dapat rentak tu, dah rasa kemanisan tu, ko tak rasa malas dah nak buat.
pahala ni mmg kita tak nampak tapi kita blh rasa.

bukan hanya pada jaga aurat, bnyk lagi amalan lain yg kita kena jaga.
nak jadi umat yg baik, muslimah yg baik tak mudah.
tapi akan jadi mudah kalau kita pkir ianya mudah.
jgn jadikan semua tu beban.
yg penting jgn berhenti mencuba, jgn henti meminta pada Dia.
niat yg dah kita sematkan dlm hati tu jgn pernah kita lupa.
cuba tukar suasana sekeliling kita.
nak berubah tapi masih di tempat yg sama, tak menjamin apa2.
bila org sekeliling kita sama niat dgn kita, kerja kita akan jadi mudah.
saling menyokong dan mendokong niat ke arah kebaikkan.
sama2 ingat mengingati.
Alhamdulillah, aku ada kawan2 yg sama2 mau berubah jadi lebih baik.
faktor memilih kawan ni pun benda yg besar.
kalau kita bukan jenis yg mudah terpengaruh, takpelah.
silap pilih kawan, punahlah kita.
kawann yg baik adalah kawan yg sama2 mengingatkan kita kearah kebaikkan, yg sama2 mengajak berbuat baik.

berubah itu tak susah..
istiqamah itu yg tak mudah..

Thursday, July 27, 2017

Bicara Dakwah : HARGAILAH PEKERJAAN KITA SAAT INI

Tajuk: “ HARGAILAH PEKERJAAN KITA SAAT INI “

Zaman ini merupakan sebuah zaman yang amat mencabar kepada kita terutamanya daripada segi kewangan dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kita patut bersyukur kerana Allah kerana diberikan peluang memilih kita dan takdirkan kita mencari rezeki di dalam bidang yang kita ceburi kini yang mana setiap bulan kita akan menerima gaji seperti mana yang kita harapkan.

Saat kita merasa bosan dan mengeluh kerana merasa terbeban dengan pekerjaan yang kita geluti maka renungkanlah sejenak bahawa  masih ramai orang diluar sana yang sibuk mencari pekerjaan dan rezeki yang halal.

Marilah sama-sama kita memberikan komitmen dan fokus kepada pekerjaan kita sekarang dan berilah yang terbaik untuk tempat kita bekerja supaya sesuatu yang berharga hadir disana yang akan memberi manfaat kepada orang lain.
 
HARGAILAH PEKERJAAN SAAT INI KERANA IA MENGHASILKAN GAJI YANG HALAL.

Pekerjaan kita miliki sekarang adalah pekerjaan yang baik dan benar, dan yang paling penting ia merupakan rezeki yang halal di sisi Allah. Sebahagian manusia masih belum cukup dengan apa yang diperolehi.Sehinggakan ada di antara mereka  yang sudah melencong dalam mencari rezeki iaitu jauh daripada sumber yang halal asalkan mereka mendapat wang. Mereka lupa akan hadis daripada Rasullullah SAW yang bermaksud “setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah tempat yang sesuai baginya”

Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan Qada dan Qadar Allah, kita harus menghargai pekerjaan kita sekarang dengan segala kerendahan hati kepada Allah yang masih memberi kita kemudahan dalam mencari rezeki yang halal.

HARGAILAH PEKERJAAN KITA INI DENGAN BEKERJALAH SEPENUH HATI.

Besungguh-sungguhlah  dalam mengerjakan pekerjaan kita dan hargailah ia, walaupun kadang-kadang hasil usaha kita tidak diperhitungkan sama sekali. Ingatlah bahawa disisi kanan dan kiri kita terdapat Malaikat yang sentiasa mencatat segala amalan baik dan buruk kita. Kita bekerja bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi kita bekerja untuk menghalalkan sumber rezeki yang kita perolehi setiap bulan.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua warga UniMAP. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga amalan harian kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.

------------------------------------------------------------------------------------

yg dah ada kerja, kerjalah sebaiknya..
buat kerja betul2, jangan menipu, jgn mengelat, jgn membongak.
jgn buat org menyampah dengan kita sebab tak buat kerja, tapi bulan2 dapat gaji.
bos tak marah pun sebab pandai membodek.
alasan mcm2 nak senangkan diri sendiri.
pastu org lain lak kena kaver kita, buat kerja kita.
tak baik sangat tauuuuuuuuuuuuuuu..

ehh termeroyan pulak. hahaha 😁😁😁😁

Friday, December 02, 2016

BICARA DAKWAH - BERKATKAH GAJI KITA?

BICARA DAKWAH - BERKATKAH GAJI KITA?

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya. Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu. Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu? Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:

جمع الحرام على الحلال ليكثره

دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
"Mencarik Adat, Melarik Hasrat"

PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
 
Laman Web Pusat Islam:- http://pusatislam.unimap.edu.my
Email Pusat Islam: pusatislam@unimap.edu.my



*************************************************************************

aku copy dr email ofis aku.
now tiap2 minggu ada bicara dakwah dari Pusat Islam.
aku share bicara dakwah yg ke 6 ni sebab deep sangat ayat2 tu.
yelah, kita ni keja makan gaji kan?
kalau bos lain pulak bicaranya... hehe

kadang2 tu jadik la jugak mcm ni, terasa gaji mcm tak cukup.
kadang2 tu cukup2, kadang2 tu lebih.
tak cukup tu kadang tu sebab terover budget.. hihi..

tapi kadang kita tak sedar, keberkatan gaji kita.
betul ke kerja kita?
halal ke rezki kita?
susah nak ditafsirkan semua tu.
kadang kita fikir, kita mkn gaji ni dah cukup halal dah duit gaji yg kita dapat.
persoalannya, betul ke tidak kerja yg kita buat walau kita kerja mkn gaji.
bukan buat kerja kotor pun kan?

nak tulis panjang2 pun aku ni tak pandai sangat.
cumanya kena beringat, tahu niat kita.
kerja itu ibadah.
kalau kita jujur, ikhlas, insyallah berkatlah gaji yg kita terima tu.

Friday, February 13, 2015

Tazkirah : Hati


yg pertama,
kadang buat kadang tak buat. masa pregnant thn lepas, tiap2 minggu memang baca a-quran. kadang2 dapat tiap2 mlm, kadang2 selang jugak. baca al-quran tapi tak tau apa maknanya, rugi lah kan? so, beli tafsir and baca sikit2. tahun  ni jaraaaaaaaaaaaaaaaaang sgt dpt buat sebab dikejar kesibukan bila kat rumah. lepas ni kena curi2 masa nak mengaji balik. kalau tinggal lama sangat nnt jadi malas.

yg kedua,
sama mcm di atas. thn lepas dapat jugak bangun tahajud. thn ni bgn jugak. tapi sembahyang isyak pkul 5 pagi pastu tdor balik. haishhhhh.

yg ketiga,
tak da. teringin nak pegi usrah, nak pegi dengar ceramah agama. tapi tak peluang lagi. masa adalah alasannya. klise.. uhuk uhuk..

yg keempat,
nak mula puasa Insyallah. puasa ganti je ada 10 hari. pastu nak puasa sunat. nak cuba jadikan amalan. paling kurang seminggu sehari. mula2 mcm susah, lama2 ok. duk terpikir, klau puasa takut susu makin kurang. harap2 tu tidak.. berserah padaNya.

yg kelima,
sedang cuba. paling kurang selepas solat. and buat pahala tanpa sedar. iaitu berzikir masa nak tidorkan anak. Amni pun dah pandai, ada yg dia boleh ikut dah sekarang.


jom kawan2..
kita cuba ubat hati kita. jgn biar hati menjadi keras dan hitam.
tak bnyk, sikit pun jadilah. sebab sikit2 lama2 jadi bukit.
Insyallah...

Friday, August 15, 2014

Tips mengurus perasaan marah


aku dapat ni dari 1 buku kat opis aku.
tajuknya, Rasulullah Tak Pernah Sakit klau tak silap.
dlm buku tu ada mcm2 cerita pasal Rasulullah.
amalan2 baginda, yg membuatkan beliau tak pernah sakit teruk.
aku tak sempat baca semua, selak2 je.
sebab terserempak ngan buku ni sambil lalu je.
terjumpa page ni, terasa menarik utk dikongsi.
sebab?
aku seorang yg pemarah...
ya, mudah nak marah..
dengar benda yg tak suka dengan hati, terus rasa nak marah nak melenting.
dlu2 lagi teruk kut.
sekarang ni dapat kawal sket la..
huhu..
kena banyak istigfar..
kena ingat Tuhan..
kena belajar kawal perasaan.
syaitonirojim tu smua.

dah semakin dewasa ni, aku sedang belajar utk mengawal marah.
anak tertumpahkan air, dan2 nak melenting.
padahal dia tak sengaja.
kadang2 terjerit kat dia yg tak tau apa.
astagfirullahalazim..
bawak kreta, ada yg mencilok mcm har sket, dah menjerit2 dlm kreta maki hamun org.
padahal, kadang2 pun kita buat gak mcm tu kan?
so, org lain pun maki hamun kita jugak.
kan dah kena balik.
tengah cuba, bila terkejut, tak keluarkan perkataan yg pelik2.
baiknya sebut astagfirullah ke, bismillah ke kan?
kadang2 keluar yg tak elok dlu, pastu baru nak astagfirullahalazimmmmmmmmmmmmm..
hahahaha. itu selalu jadik.
lagi 1, dah ada toodler kat umah yg mudah nau mengikut, percakapan kena jaga.
hari tu, selamba je dia cakap " ishh menatang niiii"..
grrr, nak pitam aku dgr..
hahahaha..
apa benda menatang pun dia tak tau, main sebut je sebab dengar org cakap kan?


kena sentiasa ingat, tak boleh ikut hati semata2.
ikut hati, mati...
ikut rasa, binasa...

Friday, February 21, 2014

Aurat

kita pakai macam mana?
ada macam diatas tak?


ditahap mana kita sekarang?
paling bawah atau paling atas?


kepada siapa aurat kita boleh didehkan?
kepada siapa aurat kita tidak boleh didedahkan?


sekarang mari kita audit diri kita bersama2.
mari kita sama2 istiqomah..
Allah..

untuk gambar paling atas, aku pernah ada dlm situasi tersebut.
mungkin semua, dari A hingga F.. cara berpakaian yg sebegitu.
pakai tudung, baju pun semua lengkap, tapi masih ada yg tak kena.. hmmmmmmmmm..

utk gambar kedua, pernah berada di tahap 5 dan 6.
sekarang berusaha utk berada di tahap 7.
dan berusaha utk berada di tahap 8.
errr.. pernah juga di tahap 3, tapi kadang2 je..
dulu2 laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. zaman awal 20 an tu.
zaman ilmu tak berapa cukup di dada..
zaman sebok kejar ilmu lain, ilmu akhirat buat2 lupa.




dulu, mungkin tak pernah ambil kisah.
bukan tak tau, tau, tapi buat tak tau je..
umor makin meningkat, takkan kita nak terus berada di takuk yg sama.
klau dari segi kerjaya, dari segi pendidikan dah tak blh ubah, kita ubah dari segi amalan agama.
yg mana, semua org blh buat.

perlahan2, kita ubah.
biar lambat dari langsung tak nak.
benda wajib, nak tak nak kena buat.
jgn kata nak tunggu hidayah. tu smua mmg dah tertulis.

yaa,
aku sedang cuba utk jadi lebih baik.
bila kita bersama org baik2, org yg tinggi ilmu agamanya, kita terasa banyaknya kekurangan kita.
terasa kerdil sangat.
bila kenangkan masa lepas, rasa malunya dengan Tuhan, malunya dengan diri sendiri.
malu sebab tak belajar betul2 pasal agama.
pakai tudung, tapi pakai baju tgn pendek.
sembahyang, tapi di akhir waktu, disaat waktu lain dah makin hampir.
baca al-quran tapi tak tau apa maksudnya.
betapa kurangnya ilmu kan?
kasihannya kepada abah, abang, adik2 lelaki, bapa saudara yg nanti turut diheret sama dengan dosa2 aku..
ya Allah.. ampunkan mereka.. 

seronok tgk artis2 kita yg dulu seksi, sekarang dah bertudung.
menutup aurat dengan baik.
kita yg sedari dulu bertudung, tapi hingga kini, macam tu jugak.
takda peningkatan, takda penambahbaikan.
mereka yg dulunya seksi, jahil, sekarang lebih baik dari kita.
malu kan?





"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]




mari kita mula dengan aurat.
kemudian dengan perkara2 lain.
sedang cuba dan berjanji dengan diri sendiri.

nak menjaga aurat dengan lebih baik.
baju2 pendek, dah tak pakai. pakai kat rumah je, utk suami.
tudung cuba utk dilabuhkan, menutupi dada dengan betul.
bukan atas dada.
stokin jeeeeeeeeeeeee, belum tercapai lagi.
macam susah sgt ni.

baca al-quran tu selalu. dulu, paling kurang sekali seminggu.
sekarang nak lebihkan baca al-quran dan baca tafsir sekali. insyallah..

nak solat di awal waktu.
klau isyak tu selalu terbabas. aduhhhhhhhhhhhhhh..
tunggu Amni tidor, mak pun tidor sekali, pastu tak sedar sampai subuh.
klau sedar, bgn kencing, tapi lupa nak solat.
syaitonnirrojim betoi!

nak banyakkan solat sunat.
insyallah boleh!

nak banyakkan amalan sunat.
tak susahkan?
yg penting niat..
kalau kita jaga aurat, insyallah yg lain juga akan terjaga.
kena ingat, aurat bukan setakat bertudung sahaja.
bukan membalut aurat, tapi menutup aurat.
bukan berfesyen, tapi kewajipan.
mati tak kenal usia..

insyallah..
niat kerana Allah...



** sumber gambar

Tuesday, November 26, 2013

Sabar itu indah..







Pics from google


nahhhhh..
motivasi untuk diri sendiri di hari selasa..
dah lama bersabar.
sabarrrrrrrrrrr.. bak kata org, mungkin ada hikmahnya nanti.
ada sebab, bila sabar nanti penyelesaiannya indah.
tapi kes aku ni, tak ada maknanya hikmah bagai.
kes aku ni namanya sabar yg tak ada faedah.
gituuuuuu.
haishhh.
susah nak cakap.
nak becerita dengan incik belog ni pun, tak jadi apa.
kang tersalah bicara, mampus haku.
takpelah..
setakat ni aku mampu bersabar.
cuma tak tau sampai bila sebab dah lama aku bersabar.
aku ja yg sabar, terima dan telan.
sebelah pihak saja, tapi pihak yg lain langsung takda apa2 perubahan.
tak ada maknanya.

so, marilah kita terus bersabar sampai aku hilang sabar..
grrrrrrrrrrr..
bila rasa mcm tak sabar, marilah kita istigfar banyak2.
mintak dijauhkan syaitonnirrajim tu smua.
syuh syuh syuhhhhhhhhhhhhh..

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus bersabar. Jauhkan aku dari hasad dan amarah. Amin!

Wednesday, October 30, 2013

Rezeki Allah itu pelbagai bentuk...

Tazkirah oleh : Ustaz Don Daniyal
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
 
 
copy dari sini

Tuesday, October 29, 2013

Daripada Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali..

pic from Google

Jumaat lepas, nenek suami iaitu nenek mentua aku dah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah..

beliau meninggal di usia 90++. tak pasti. dlm ic 85 camtu, tapi katanya more than that. seminggu sebelum raya, tetiba gula dlm badan tok drop. esoknya masih mcm tu, so decide call ambulans sebelum it become worse. takut hypo kan? actually dia pun mmg dah berapa sihat. buah pinggang pun dah lama tak stabil. mcm2 penyakit lain lagi ada. jln pun kena pakai tongkat and mcm2 ubat kena mkn. due to age, biasalah, org tua

warded lebih kurang 2 minggu. makin lama dia makin lemah. masa raya haji ayah mentua minta utk bwk balik beraya tapi tak dibenarkan. aku pegi tgk ptg tu kat hospital. dia dah tak blh duduk tanpa support. so, just baring. makan pun sikit sgt. sometimes dia mcm tak berapa ingat. bercakap pun ada yg betul ada yg tak.

masa kat wad, maid yg jaga. mujurlah juga ada maid sebab tok ada 4 anak and semua lelaki. dan semuanya tak berapa sihat. umor memasing pun dah over 50. ayah anak ke 2, one and only yg ada kat perlis. lain2 kat KL. ada yg blk tgk masa dia kat wad. ada sedara mara, anak2 sedara tok sometimes tolong jaga dia and berganti dgn maid tu. diorg kata sometimes tok mcm meracau, panggil2 and nampak org yg dah tak ada lama dahh. katanya diorg dtg tgk dia. seram jugak kami smua..

rabu lepas, tok dah blh discaj. aku mcm kelam kabut sket, so tak sempat pegi tgk dia sejak dia blk dr hospital. kena pulak, hari rabu tu sedara mara aku datang dr thailand. diorg stay umah abah. khamis lepas keja blk umah abah kejap. dinner smua kat sana sbb nak jumpa sedara smua. hari jumaat pegi keja mcm biasa. husband aku cuti. pkul 11.30 dia call kata tok mcm teruk. tak sedar. menggigil badan aku. mintak izin nak blk sebab tak sedap hati sgt. bwk kreta pun ketar2 badan.

sampai umah dlm pkul 12.30tghr. tgk tok dah tak sedar. ayah duk ajar dia mengucap. aku tak tau nak buat apa. panik. yg ada cuma aku nd husband, mak pak mentua and maid. then dtg anak sedara tok yg duk blakang umah kami. nak call ambulans or panggil doc dtg tgk tok. but uncle say, no. sekarang ni kita jgn tinggal dia, ajar dia mengucap and mengaji. aku call mak sedara aku. diorg pun ckp benda yg sama. mengaji then doa semoga semuanya dipermudahkan. aku ambik air sembahyang, then baca yassin kat sebelah dia. yg lelaki smua g solat jumaat. tinggal aku sorang tgg dia. auntie sampai, tgg tok kejap then dia ajak maid g kemas dapur and rumah tok. maybe dia dah blh rasa. actually anak2 tok buat rumah bersambung dgn umah ayah mentua aku utk tok. tak besar tapi selesa and complete utk tok tinggal. klau tinggal kat umah dia tak sapa nak tgk, so better stay with ayah. sepanjang tgg tok dlm 2 jam mcm tu aku xbenti baca yassin. 3 kali aku sempat baca. kadang2 berhenti bl tgk dia mcm tenat. ajar dia mengucap and keep saying Allah kat telinga dia. nafas dia mcm tersekat2. mak sedara aku kata tulah org panggil hujung nyawa. pkul 2.30 aku blk umah sekejap, nak mandi, solat and mkn. time tu akak ipar pun dah sampai and jagakan sekejap. dah setel kat umah, tgh siap nak dtg umah tok, husband dtg bgtau tok dah tak da....




no words...




sekejap je aku blk, tak sempat bersama di saat akhir. di akhir nyawa dia, ayah ada. mujurlah. kalau aku ada mungkin aku tak kuat. yaa.. aku sgt tak kuat utk hadapi detik kematian. mengingatkan aku pada org yg aku sayang yg telah pergi. arwah tok kiyai (ayah tiri emak aku). sgt terkesan walaupun aku masa tu hanya 12thn kerana kami rapat. then, parents abah aku. tok chaq and tok bah. then anak sulung aku sendiri. Al-Fatihah utk semua.

jenazah tok dikebumi esoknya, on saturday. sebab menunggu semua anak cucunya pulang. alhamdulillah, semua balik. ada yg sampai lewat pagi. ramai sgt yg datang umah. tak putus2 dr hari jumaat sampai hari sabtu. sedara mara aku pun ramai yg datang. tok dulu cikgu, ayah pun cikgu, paklong pun somebody jugak, so ramai kenalan yg mengunjung. sedara mara yg aku aku tak kenal pun ramai.
mandi, kapan, sembahyang semua buat dirumah. dah semuanya agak mudah. alhamdulillah semuanya selesai dgn baik. pkul 12tgh++ jenazah tok dah selamat disemadikan. semua sedara mara pergi ke kubur kecuali aku, amni, mama (mentua) dan maid. aku sempat membantu masa proses kapan arwah tok. subhanallah..... badan tok lembut, muka tok bersih, nampak mcm tok senyum dlm tdor. Allah hu Akbar..

kehidupan mesti diteruskan. kita yg hidup perlu sentiasa mengingati mati kerna mati itu pasti. berdoa kepadaNya semoga diberi kesihatan yg baik hingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas tok dan arwah tok ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.

Monday, February 25, 2013

Tazkirah : Rambut


Allah hu akbar! kadang2 kita ambil remeh hal hukum hakam. kerana balasannya tidak nampak di dunia. moga2 lepas ni aku dan kaum wanita sekalian lebih peka dalam menjaga aurat. sama2 kita berusaha utk menjadi lebih baik. Amin

Kredit to http://apakehei.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...