Showing posts with label homescholling. Show all posts
Showing posts with label homescholling. Show all posts

Friday, January 08, 2016

Homescholling : mengenal huruf kecil dan huruf besar

aktiviti masa cuti skolah.
time mak rajin.
huhu.
Amni tu lagi suka kalau aku buat aktiviti dengan dia daripada suruh dia tulis or kaler kat buku.
dah jemu kut kaler2 tu.
kalau buat apa2 aktiviti yg aku buat sendri, haaa dia nak layan.
kalau suruh tulis2 je, sambung titik2 ke apa, memang 2 minit ja dia buat.
buku latihan yg beli bnyk2 tu kadang2 tak bersentuh pun.
sabar  jelah..

hari tu aku jumpa kat google aktiviti ni.
so, meh la buat kat anak.
senang je pun.
aku edit kat microsoft power point je.
guna power point lagi senang nak edit dari guna microsoft word.
lukis kon aiskrim, pastu google gambar ais.
kat bahagian kon aku letak huruf kecik, kat bahagian ais, aku letak huruf besar.
pastu gunting.
yg ni leceh sket la..



utk huruf besar, aku suruh dia kaler dlu.
dah comel2 mcm tu, dia layan la.
sambil kaler sambil kenal huruf.
Amni dah bnyk kenal huruf.
cuma huruf kecik tu bnyk yg dia tak kenal.
tu yg aku buat aktiviti ni.



aktiviti mewarna.
dapat kaler baru, maknjang belikan.
maknjang beli brand Swan lagi.
mak kau ni beli kat kedai 2 hengget je.
malas nak beli yg elok sebab dia asyik la nak mengasah.
tumpul sket, nak asah. lama2 pendek kaler tu.



dah siap kaler, jom kita tampal pulak.
ni mmg aktiviti feberet dia la.
cari padanan huruf kecil dan huruf besar, pastu tampal.
masa dia tampal aku kena pantau.
kang ditenyehnya gam tu bnyk2.
mujur la beli jenis stick ja, kalau yg jenis cair tu mau basah lencun kertas tu nanti.



dah siap aiskrim abjad Amni.
yay!
aktiviti simple je kan?
diorg belajar at the same time.
ada lagi 1 set aiskrim ni, waktu rajin nnt aku nak gunting and bg dia buat lagi.
nak lagi cun, utk bahagian kon tu guna kertas kaler brown kan?
nnt kita carik..

korang pun boleh try buat ni ngan anak2.
mesti diorg enjoy.
kalau ada yg nak soft copy, meh bgtau aku.
aku emailkan nnt..
sharing is sexy yawww...

Tuesday, December 08, 2015

Homescholling : aktiviti kolaj

walaupun Amni dah setahun pergi skolah, and dah nampak banyak sgt perkembangan dia, as a mother kita takleh serah bulat2 pada cikgu saja utuk urusan mengajar anak kita.
kat rumah boleh tahan sebok, tapi aku cuba jugak cari masa utk buat aktiviti dengan Amni.
tak payah buat yg susah2, mengajar mcm cikgu2 dia, simple2 pun ok.

bila dia buat apa2 kat skolah and sometimes bawak balik rumah hasil kerja tangan dia, aku tgk dia suka and excited sangat.
so, kita cuba buat dia bertambah2 excited.
hehehe.

budak besar ni kalau asyik suruh baca a b c je, memang diorg taknak.
kita kena kreatif utk buatkan diorg suka belajar.
play and learn.
gituuuu.

salah 1 aktiviti yg Amni suka ialah kolaj.
aktiviti menampal.
tak susah pun nak buat kat rumah.
korang cuma kena ada :
glue stick (kalau guna gam yg cair tu kang comot).
kertas warna warni
gunting
and kreativiti.

aku bantai edit je gambar apa2.
utk kali ni aku buat gambar bunga.
guna mic office jeeeeee.
pastu print.
then aku beli kertas warna warni.
beli gunting yg lekuk2 tu.
gunting bulat2 pastu suruh dia pelekat.
simple, tu pun dia happy sangat.



kesilapan :
aku terlupa utk buat border saja pada gambar bunga tu.
aku print gambar bunga yg ada warna.
masalahnya aku print hitam putih je, so gambar bunga tu jadi kelabu, tak lawa.
patut buat kosog je.
lepas tu aku edit and print semula.
ni dah berjanji dengan dia, so buat jugak la.
takda hal pun, boleh je tampal.


guna gunting yg ada lekuk2 tu.
so, bila gunting lawa la sket.
alah, senang je pun nak buat ni.
korang pun boleh buat kat rumah ngan anak2.
mmg budak baya2 ni suka la ngan aktiviti kolaj ni.
kat skolah maybe cikgu dah ada jadual aktiviti kan?
so bila bule buat kat rumah, mmg syok la dia.
bnyk lagi gambar yg aku buat utk dia.
yg renyah masa nak menggungting tu la.
but sokay, buat slow2.
bila dia syok, mak pun syok.
ada gambar love, gambar rumah, mcm2 la..
ni je yg aku sempat snap sebab adik pun sebok lahai nak membantu.

Tuesday, July 15, 2014

Homescholling | Mengenal alif ba ta

waktu aku rajin, free, adalah sedikit aktiviti homescholling dengan Amni.
tapi tak lama, sebab budak tu cepat boring.
kena pandai tackle utk buat dia nak belajar.
takpa, mama tak paksa.
dia baru 3 tahun kan?
sekadar kenal huruf, sket2 pun ok.
alif ba ta tu smua dia dah bule baca.
aku baca, dia ikut.
semua huruf lancar je dia baca.
cuma tak kenal lagi alif yg mana, ba yg mana.
hari tu adik aku ada belikan flash card alif ba ta ni.
so, jomlah kita baca nak..


memula, kemain exsited nak baca.
keluar semua kad, susun penuh tilam..
nak buat dlm bilik sebab sejukkkkkkkkkkkkkkkk katanya.
kecik2 dah demand.
haishh..

dah lama sket....







































buat drama lah apa lagi kenit ni.
grrrrrrrrrrr..
guling sana, guling sini.
tungging buyung smua ada.
baca 10 minit, lebihnya main.
sabau jelah mak kau nak oi..
alif ba ta je yg dia kenal.
lain2 tak.
sebab takmo baca dah
pastu semua huruf alib ba ta je.

takpelah, mama tak paksa.
sukati awaklah nak oi.
nnt dah p school, belajar betul2 eh.
klau aku baca alif ba ta, ada part dia sambung.
dia dah ingat huruf2 tu smua, cuma tak kenal.
bila nampak ada tulisan jawi org bahasa arab kat mana2, lajuuu je, "mama alif ba ta ni mama"..
means, dia dah kenal itu apa..
Alhamdulillah..


baca poster ni pun ikut mood.
so far, semua kat poster tu dia dah ingat apa benda.
kenderaan ada yg tak tau, sebab susah nak sebut.
takpe, slow2.
tu pun mama dah bangga dah dgn awak nak.

Wednesday, April 02, 2014

Homeschooling : Susun abjad

Amni sekarang 2tahun 7bulan dah.
dah pandai macam2..
dah kenal macam2.
Alhamdulillah, cik kuntum ni senang ingat apa yg kita bagitau dia.
ada yg dia nampak, apa yg dia dengar, dia akan ingat.
sometimes, kami laki bini mcm terkejut tgk perkembangan dia yg mcm budak dah umo 4-5 tahun.
padahal baru nak masuk 3 tahun.
dari segi percakapan dan perbuatan tu, menunjukkan dia sangat cepat belajar.

dia ada sebut nak pegi school.
sebab tgk kazen dia pegi school kut.
cadangnya, tahun depan nak masukkan dia ke taska.
sedang mencari2 taska yg sesuai.
sesuai means, dekat dgn rumah, bagus dan murah.
ada ke taska yg murah skang ni? hahahaha
paling penting, kalau boleh aku nak taska islamic.
aku nak dia lebih ke arah tu.
Insyallah..
kalau belajar al-Quran, semua benda kita akan belajar kan?
now, kat umah pun ada jugak aku ajar dia sket2.
Alhamdulillah sangat, dia cepat belajar.
tapi ada kala tu jemu jugak and nak main je.
tak pe, mak ok je nak.
mak pun bukan hari2 dapat ajar awak.
tengok kepada situasi anak beranak ni jugak.
now dah boleh hafal doa makan. syukurrrrrrrrrrrrrrrr sangat!
takda pelat langsung and lancar.
cuma laju kemain. paling laju and kuat haruslah kat part amin tu.. hahaha
dah boleh mengucap cuma pelat sket.
ada zikir yg dia dah boleh sambung bila aku baca tapi still pelat.
but sokay, janji ada bunyi and mama faham.
dia pun slalu suh aku nyanyi bila dia nak minum susu or tidor.
nyanyi tu means, berzikir yeh.
dah boleh follow aku baca alif ba ta sampai habis.
lancar and tak pelat.
abc pun sama, one two three pun sama..
ada yg dia ingat dia baca, yg dia tak ingat kita kena sebut and dia sambung.

aku ni kadang2 rajin tu ajar la dia, klau tak sempat tu takda jugak.
now nak praktik motorskill dia.
dia dah kenal benda, warna, binatang and some more..
ada yg dia ingat and ada jugak yg dia lupa.
kena selalu praktis.
practice make perfect kan?

okes..
mari kita susun abjad..
sambil2 kenal abjad dan warna.
tapi kena tgk mood jugak, klau waktu tak nak tu tak payah la nak suruh, mmg tak layan.
klau dia ok je, haaaaaaaaaa, jom nak oi, kita belajar.

ada aku tgk kat blog2, mcm2 cara nak praktis motorskill anak ni.
ada mak yg rajin, siap DIY lagi bahan2 utk ajar anak.
syabas lah!!
aku ni guna apa yg ada jelah..
janji awak belajar someting walaupun tgh main kan?


kaler takda hal, dah kenal.
kaler yg basic la like biru, merah, hijau, kuning camtu.
jangan p tanya kaler maroon, soft krim bagai harusla tak tau.
ini aku kena tunjuk huruf tu nak letak kat mana.
klau tak, dia main tonyoh je suka2 hati dia.
dah tak masuk kang merajuk, tak nak buat dah.
a kat sini, b kat sini, c kat sini.
takpe. praktis utk dia masukkan abjad tu kat tempatnya sambil baca abc.



almost done.
kena slow2, takleh garang and takleh paksa..
kang anak murid lari, padan muka cikgu..


muka happy sebab dah siap pasang semua.
yay!!
tu ada yg kosong, sebab ada yg dia dah hilangkan pun.
biasa la kannn..

hi!!
yg ni dlm seminggu ada la sekali 2 camtu aku ajak dia buat.
dah siap pasang, baca abc pulak.
mood ok, mmg dia ikut je.
mood tak ok, pasang separuh jalan, lari ntah ke mana2.

pasni kita buat aktiviti lain pulak yeh..
bonding time mama and doter.. hihi..

Friday, November 15, 2013

Riadah petang

aktiviti baru riadah petangAmni.
semejak mak dia sebok nak menanam hobi baru tulah.. aku kena umpan dia jugak supaya tak kacau aku buat keja kan?
basikal ni asalnya main dlm rumah la. now dia dah besar sket, kita bawak main kat luar. ada sket keja dia klau duk kat luar.
mak sebok belek bunga, dia duk la main beskal ni. bukannya pandai mengayuh pun lagi. baru belajar2. tolak dgn kaki lagi laju kut. hahaha
seronok sgt bl dah petang, bgtau blh main beskal. nak main pusing2 katanya. kat porch tu seronok la kayuh sebab simen smua, laju jeeeee


ada geng, double seronok. hehehe
pegi sampai ke umah wan tu haaaa..
3 beradik duk mengayuh petang2 skang ni. org dah kemana2 pegi, dia duk terkedek2 tolak ngan kaki. tu pun sebok laaaaaaaa nak main pusing2 dgn kak hana and abg haziq. sabaq jelah...

now, klau weekend, tghr pun tanya, mama siram pokok tak? sebab dia nak kluar main beskal..petang je yehhhhhhhhhh..

Thursday, October 10, 2013

Ajar anak menulis.. eh conteng..

aku tak ingat bila aku mula belikan amni pencil kaler dgn buku mewarna tu smua. beli buku bergambar utk dia, dulu aku ada buatkan entry. beli guna BB1M lagik. haha..

rasanya aku beli pencil kaler tu smua lepas g follow up Amni kat HTF awal thn hari tu. tu pun sebab doc tanya amni dah pandai pegang pencil and tulis2 tak. terus aku haaaaaaa? belum kasik lagi. hehehe.. klau tak silap umo dia setahun 6 bulan kut. ke kurang, ke lebih. gasak.

oh ye, amni masih kena g follow up ke HTF(Hospitak Tuanku Fauziah) Kangar. dia kan born on 35w camtu and kena duk dlm incubator. so doc consider dia pre-mature baby. then kena follow up untill now. pffffffffff.. aku dah bosan dah nak g follow up. sebab aku tak nmpk amni ni mcm pre-mature pun. mcm terlebih matang lg adaaa.. nnt aku buat entry lain pasal tu.

back to topic. bila aku dah start belikan pensil warna and buku mewarna tu, maka terserlahlah amni ni kidal! kalau masa main tu, kadang2 aku tgk dia capai ngan tgn kanan and tgn kiri. nmpk kiri lebih tapi tak ketara. bila dah start pegang pensil, ketara kidalnya. nak halang pun susah, so bior lah. now duk perang bila nak mkn sbb lajunya tgn kiri jugak. nak mkn not good dgn tgn kiri ye anak. dia pun paham bl aku jerit tgn manaaaaaaaaaaa. otomatik tukar ke tgn kanan. tapi bl ku pusing, eh dah tgn kiri balik.. tak pe, slow2..


koleksi colouring books amni. buku hello kitty tu yg paling latest. mak jumpa, zass beli. mahal sket la, rm3.50. hahaha. yg lain2 tu rm2-rm3 je pung. nak beli mahal, anak nak conteng je pun, pastu ronyok2, koyak pun ada. so carik yg paling murah sudeyyyy.. tunggu besar sket, dah pandai, baru kita up sket yg elok. yg ni kertas pun nipis je. padan la ngang pricenya ye dok?


kotak pensil anmi.

yg pooh tu aku beli. yg hijo tu apaknya beli. dia ingat pencil case, padahal bekas buh chopstik. dia nampak ada gambar hello kitty, laju2 beli kat anak. hantam sajalahhhh.. tapi tu hello jasmin lah papa oi.. ingatkan hello kitty katanya. ater, made in thailanddddddddddddddd.. hahaha

pensil warna ada 2 set. 1 pendek, 1 panjang. smua taruk dlm pencil case tu. klau biar duk dlm kotak asal pensil warna tu, jangka hayat maybe tak sampai sehari dah barai. so, mama beli pencil case biar nampak sopan sket.
kaler aku beli yg murah kat kedai 2 hengget je. yg set kecik tu rm1.50 je. smua nak murah je mak ko ni amni kan?
ada sebab eh aku beli yg murah tu. bila beli kaler yg murah ni kaler dia tak terang sgt. klau yg brand like stabilo, swan tu smua terang, cantik, tahan lasak sket la kan? yg murah ni, cap ayam ni kaler pun malap je, tak terang, tak cantik sgt. kaler merah pun nampak mcm oren je. but utk toodler mcm amni pada aku better beli yg murah. sebab? kalau dia terrrrrrrrrrrrrrrrrconteng dinding or meja or almari ke tak la nampak sgt and mak pun senang nak cuci. kannnn?? ce klau dia guna yg brand stabilo tu. mau sebatu dah nampak kalau dia conteng dinding. pastu sapa nak  meroyan? mak jugakkkkkkkkkkk.. mak yg beli kannnn? lg pun amni blm sampai tahap mewarna pun lagi. baru menconteng. so, tak da hal la guna kaler murah tu. bukan masuk pertandingan mewarna pun nak guna kaler cun nak bertona bagai.

tu cara and pendapat aku la. lain org, lain caranya. ko bnyk duit, silalah beli kaler yg mahal utk anak. dah beli mahal, dia main campak, pastu hilang. ai is tak kuasa nak membazir..


bekas stationery amni. gitewwwwwwwwwwwww.. kadang2 buku nota aku, pen aku pun masuk dlm ni jugak. nak tulis katanya..


so, nampak dia enjoy dgn aktiviti mewarna menconteng ni. sometime kalau aku takda buat apa, aku layan gak la dia kaler2 kat buku tu. tak pun apak dia jadi mangsa. waktu rajin, sampai ke atas tilam diangkutnya buku2 tu smua. waktu malas, haram tak layan.

aku beli buku2 mewarna yg ada karekter yg dia kenal. like angry bird, spongebob and hello kitty. bl tgk kartun2 tu smua, dia pun suka. yg lain pun ada, gambar pun comey2 je.

nak tgk hasil lakaran amni? artis in the making nihhhh..













nahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

tengok dah renyuk kan buku tu?
mana taknya, kadang2 diperonyok buku tu. pastu sepuk la suka2 hati kat mana dia nak. tu tak tgk naik duduk tidor atas buku tu skali.
sabar jelah..
nak latih artis mmg gini kekdahnya ye dok??





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...