Showing posts with label Aniq. Show all posts
Showing posts with label Aniq. Show all posts

Thursday, October 07, 2021

Aniq Mirzaa turn 7

 Assalamualaikum..

23 Oktober lepas, anak bujang nan seorang dah cukup 7 tahun. sejak dari besday kakak, dia punya huru hara bab besday dia, tiada kesudahan. penat aku nak melayan. bila dia tgk ada party utk kakak dia, walau cuma kecil kecilan, makanya dia pun demand utk besday dia nnt haha.

cerita besday kakak kat sini. 

soalan yg paling aku penat nak jawab, kenapa mama beranak kakak dulu? sebab besday kakak dulu kan, so dia tanya camtu la. kalau besday dia sblm bln 8, maybe dia takdak hal haha. budak2 tu gitulah.taktaulah sampai umur berapa dia nak excited bab besday ni. layan jelah. tapi aku takdalah ikut je semua yg anak nak, ikut je semua yg anak komplen. never! aku bukan jenis manjakan anak tak tentu hala. dan diorg pun tau, mama mcm mana hehe.

ok, back to the topic. besday dia jatuh hari Khamis. aku diamkan je, aku bgtau dia besday dia hari Sabtu. sekali masa kat transit ada budak sebut hari ni 23hb. kantoi haha. blk dari transit aku bwklah ke kedai depan rumah belanja aiskrim cornetto 1 + bagi dia beli toys 1. ala, harga rm3.90 je. tu pun dah seronok. cuma dia tanya, kenapa tak kek, takda hadiah. aku bgtau dia, tunggu hari Sabtu. nnt ada party mcm kakak. dia tak puas hati guys! kenapa besday kakak hari tu, terus buat je, kenapa besday dia kena tangguh. adehhhh. mak kau keja nak, sabajap. so, dari Khamis sampai Sabtu pagi, mak kau bernanah telinga la dengar dia punya rungutan segala mcm tu. hadoihhh.

pagi Sabtu tu aku masak soto. dia tgk mcm takda apa2. dia ckp dia tak gembira hahah. pastu adik aku yg bongsu dtg tolong masak. pukul 3 camtu kami mula pam belon segala. so muka dia ada ceria sket la. tghr tu opismate dtg hantar kek. aku pesan kek cheese kegemaran dia. mmg dia dah request nak kek tu utk besday. dah kek sampai, dia kalut nak potong, nak makan. sabaaaar. dia request kek coklat mama jugak. oi mama malas. kebetulan opismate ada agent mamasab, dan ada offer, so aku beli yg tu lah. bila mkn ptg tu, dia ckp ni bukan kek coklat mama. pffff..

lepas Asar, tetamu mula sampai. ala, adik aku 2 org. pastu adik aku yg duk jaga budak2 ni, bawak adik ipar dia sorang. pastu sepupu aku dtg 3 org. tu je pun haha. lewat petang sket, kak ipar & anak buah 2 org dtg. rumah sebelah2 je pun. so, meriah la rumah kecil kami. perempuan yg ramai. lelaki cuma, apak diorg, Aniq & anak buah aku sorang. 

 

 

kali ni dpt setup kat laman. lama tunggu haha. masa besday kakak hari tu, hujan so tak leh nak buat. kali ni cuaca elok, so gantung props smua kat laman. tapi takleh mkn kat luar jugak, sebab pastu ada jugak hujan renyai2. takpelah, dapat bergambar pun kira ok dah. tu pun laju2. Aniq siap merajuk nangis2 nak mkn kek, lapar. aku syak dia gelabah sbb tgk preparation besday dia hahaha.


belon kat tgn tu aku yg belikan. saja la buat props. sebab mula2 pegi cari belon nom 7 takda. pastu makcik jumpa, dia belikan pulak. ala kadar je pun semuanya. tapi dah nama budak2 kan.. seronok tu tak tau habaq dah hehehe.. bila anak2 happy, mak pak ni hilang semua penat kan?


keluarga kecil kami. Alhamdulillah. terima kasih Allah utk rezeki anak2 ini. kami makpak ni tumpang je. anak2 sihat, cukup makan pakai walau sederhana, tu semua rezeki dariNya.


kemain kek besday sampai 3. kalah kakak hang naaa.. dan semua sedap. tak habis makan pun. tetamu tak ramai kan. adik aku siap tapau bwk balik rumah dia lagi.

 

close up kek. cheese tart  tu, sepupu aku bawakkan. sebab Aniq request nak yg tu. kemain ehhhh. siap request nak apa. sabaq jalah anak aku. btw, sepupu aku ni duk mengajar anak2 aku tuisyen sekarang. so, selalu jumpa dah kemain ramah tamah, tu yg dia berani request kat makteh dia tu. siap request hadiah. aiyaaaaaa.

his happy face. Alhamdulillah. Doa mama sentiasa ada utk awak. moga Allah melindungi awak, merahmati awak utk selamanya. moga awak membesar jadi anak yg baik, berguna pada keluarga agama dan negara. moga awak sihat selamanya utk sentiasa ada dgn mama sampai bila2.


tetamu yg hadir. maaf la, tak ubah setting apa tak tau, org belakang semua blur. yg cerah elok mak hang ja hahaha...

menu yg ada, soto ayam. pastu aku minta adik aku belikan mee goreng mamak 4 bungkus buat top up. risau jugak kut tak cukup hehe. sebab aku jemput juga sepupu lain & mak sedara. yg dekat jelah. risau jugak nak ramai2 musim ni kan? kut nnt tak cukup makanan. tapi diorg tak dpt datang sbb ada urusan. so yg ada yg muda2 ni jelah hehehe.. utk apak mentua, dah tapawkan utk dia. tok sedara sebelah rumah ada hal kat luar tak dpt dtg jugak. 

dah ramai2 tu duk lepak kat meja, makan sembang makan sembang. ptg sket kak ipar aku sampai, ha sambung makan sembang sampai maghrib. riuh rendah padahal ada dlm 12org je pun. biasalah, perempuan kalau sembang kann hehe.

Alhamdulillah, selesai majlis kecil utk anak bujang nan seorang. semua kenyang mkn, siap bungkus lagi. berkongsi rezeki.


masa yg dia tunggu2. mama pesan, sabarrr, tunggu jap. nnt org dah balik ha bukak la. mana dia kesahnyaaa. dia punya seronok tu, hoihhh aku tgk pun penat hehe. budak2, dpt hadiah mcm ni, mana tak seronoknya.

mama beli set anak panah. sbb dia mmg duk sebut2 nak yg tu. beli kat shopee awal bulan lagi. dah sampai, letak dlm bonet kereta. balut pun kat opis takmau dia nampak. adik aku (maknjang) belikan baju tidor + pencilcase yg ada nama dia tu. sama mcm kakak. dia punya hadiah tu sebulan dah duk dlm kreta aku hahaha. dia bawak masa besday kakaknya, tapi tak kasik lagi. adik bongsu (makcik) beli lego kecik2 tu 5 set. letak dlm paperbag, balut semua. seronok la dia tgk makcik bagi hadiah bnyk. budak2 ni bukan faham harga pun, janji ada hadiah kan? Makcik Dilah bagi baju tshirt. Makteh and makndak (cousin) bagi pencil box, pen and toys. toys tu dia bgtau suruh makteh beli kat kedai depan rumah ahahaha. adoi la budak ni. maklong (kak ipar aku) bagi stationary set, botol air & buku kaler. bnyk kan? seronok dia masa buka tu. siap ckp, bnyknya hadiah Aniq sampai taktau nak bilang hahaha.. lawak betul tgk reaction dia mlm tu. dia ulang2 ckp, Aniq suka sgt besday Aniq kali ni. yg paling best katanyaaaa. Alhamdulillah, rezeki awak semua tu nak..


kakak pun dpt hadiah belated besday. dari makteh, maklong and makcik. dpt pencilcase lagi. comey2 pulak tu. 1 dari makteh, 1 dari maklong. dpt skali set faber castell tu dari maklong. suka sgtlah dia. makcik bagi komik. mlm tu belek tu jelah. kegemaran dia kan hehe..

Alhamdulillah, rezeki anak2. aku selalu bagitau diorg, kena bersyukur selalu. ramai sedara mara, ramai org sayang. kena jaga perangai supaya org suka dan sayang kita. 

once again, terima kasih semua yg hadir dan, bawak makanan, kasik hadiah ke anak2. terima kasih Allah..


Tuesday, April 20, 2021

Aniq dah Darjah 1!

 Assalamualaikum...

anak bujang nan seorang manja kepommmm dah masuk darjah 1 gais! how time flies. aku mcm tak caya budak tu dah masuk sekolah. rasa mcm dia kecik lagi hahaha...

aku daftarkan dia sama sekolah dgn kakaknya. senang keja. lepas daftar tunggu panggilan temuduga. sebab ramai yg mohon, so kena ada pemilihan. sekolah tu tak ramai pun murid, kelas pun tak bnyk. risau gak la kut tak dapat kan, dah 1 hal nak ulang alik 2 sekolah. nearby rumah kami tu, ada 3 sekolah yg berhampiran. sekolah paling dekat, jarak +- 1km je. anak2 buah aku sekolah situ la. anak2 aku pun dpt sekolah tu, tapi aku tolak sbb nak hantar ke sekolah sekarang. sekolah kedua, dlm 1.5km. sekolah ke tiga dlm 2.5km camtu. dekat je kan? pilih ja mana yg mau. keluar rumah aku, belok kiri ada roundbout besar. kanan ke sekolah pertama, kiri ke sekolah ke 2. lajak sket ke sekolah ke 3. nikmat betholll. 2 sekolah tu adalah sekolah kluster.

bln 12, dpt mesej, Aniq berjaya ke sekolah sama dgn kakak. Alhamdulillah. dah hujung2 baru aku beli baju sekolah segala. utk kakak beli awal sbb baju dia minta tok umi jahitkan. walau taktau sekolah nak buka bila masa tu, beli jelah. 

penghujung bln 12, ada orientasi 2 hari. seronok kemain dia. sebab dah lama tak pegi sekolah kan?


day 1 orientation day for Standard 1 SRIAF. ceria kemain. seronok pun ya. kejap je pun kelasnya, pukul 8 pagi - 12.30 kalau tak silap. nak kenal2 cikgu, kelas, kawan2 semua tu je pun. 


day 2. muka tak berapa ceria benarnya. sebab ngantuk hahah. tapi kejap je lah. dah sampai sekolah ha ok. blk awal jugak. hari ke 2 ni kemain cerita mcm2. sebab hari ni cikgu buat sukaneka sket. blk tu dapat belon, lolipop, so budak2 semua happy la. dia siap ckp, best la sekolah ni sebab tak payah belajar. hah yeeee, ni baru orientasi nak, nnt dah start sekolah betul, belajar mcm biasa la. terus dia ckp, Aniq tarik balik kata2 tadi hahaha.

dan lepas tu, sekolah tak jadi bukak hahaha. kembali PKP dan belajar online. hoihh mak stress weh bab ni. kita keja kan, nak tgk kelas diorg lagi. tu nnt aku share bab tu. 

pungpangpungpang, haaa ada announcement sekolah buka. legaaaaaaaaaaa hahaha.. seronok la budak2 ni nak2 si kakaknya. hari2 tanya bila sekolah nak buka, rindu kawan2, rindu nak mkn kat kantin 😂😂. makan je lah yg kau ingat anak oiii.

utk minggu pertama sekolah, pra sekolah, darjah 1 dan darjah 2 je yg buka dulu. dah 1 hal aku nak menjawab ngan budak ni kenapa dia je kena sekolah dulu, kakak sekolah dlm telepon lagi. aiyaaa. ada hari ok, ada hari moody. day 1 ok. day 2, sampai depan pagar, merenggah keryau. hahaha. cikgu pun tekejut dah kenapa tiba2 keryau nih. lupa kelas kat mana katanya. aiyaaaa.

 

amboi sengeh. penghibur hati mama, penaik darah pun ye jugak kadang2. takda dia, sunyi sepi hidup mama.

 


anak manja emak dah darjah 1. tapi masih lagi tidoq bawah ketiak mak, masik lagi duduk atas riba emak, masih lagi mkn bersuap, masih lagi suka meleserrrr dgn emak, takleh jau dari emak. manja ya ampunnnnn.










 

balik sekolah. nmpk mama depan pagar, tgk mama hala handphone ke dia, dan2 dia pose. hahah. tau dah mama nak ambik gambar. ni masa day 1 balik sekolah. muka ceria, mak legaaa hehe.











pagi2 moody, nangis la apa la, petang ko tengok. baju seluar dah mcm2 corak adanya. belengaihhhhh. hadoihhhh. kena terima, anak jantan kannn.

sebab gudboy, mama belanja lolipop. sebelah skolah ada kedai runcit. untung benar la kannn haha. tapi budak2 ni aku tak ajar ke kedai hari2. kedai tu pun jual jajan je bnyk. seminggu sekali je mama kasik beli. hari lain, noooo.

 

 

 

 

 

 

 

pagi2 kemain ensem, bedak selepung mak pakaikan. balik skolah, masyam baunya. belengaihhhh. hahah. hari rabu pakai baju sukan. dan kopiah dia lekat elok atas kepala sampai petang. dulu dia tak suka pakai kopiah. now dah sekolah, semua kawan2 pakai so dia pun ok.











halah halah halahhhhhhhhhhh.. cair hati mak tgk awak masa 1st day pakai jubah hijau ni. ensemnya anak emak. hari jumaat pakai jubah hijau. dia tak biasa pakai, dia cakap baju ni besar nak masukkan dlm seluar haha. mana blh nak oi. belajar2 biasakan diri ye. now dah ok pakai jubah. 2 kali pakai jubah, zip terkoyak. sabaq jelah. mujur tok umi ada, zasss kita hantar minta repair. sebelum tu, sekolah 2 minggu, tapak roda beg patah.mujur apak mcgyver, blh betulkan. 

dah 2 bulan sekolah in real, dia pun dah ok. bnyk sgt beza dgn sekolah dlm telepon dlu tu. tu dia la yg ckp, sekolah dalam telepon. haha. membaca masih belum lancar lagi. takpe lah, tak push sgt pun aku. biarlah dulu. bagi dia adapt dgn sekolah ni dulu. dia happy, aku ok dah. pagi2 slalu moody sbb ngantuk. dah sampai skolah ha ok dah. blk petang lagilah ok. now kawan2 dah ramai kemain aktif dia. petang2 tu jenuh gak mencari tah kemana peginya main dgn kawan2. siap pesan mama ambik lewat sket, nak main. kakak tu keja berleter ke adik jelah. bertabah la kakak weh.


Tuesday, December 17, 2019

Hari Kecemerlangan Pasti Al-Hikmah 2019

Assalamualaikum..

kisah bulan November lepas.
Hari Kecemerlangan Pasti A-Hikmah..
Aniq punya turn.
since dia baru 5 thn so takda majlis konvokesyen. yg ada utk 6 thn saja bagi Pasti kawasan Arau.
a week after, diorg buat hari kecemerlangan utk semua anak2 pasti situ.
adalah dia blk duk bagitau duk berlatih buat persembahan.
bila tanya, persembahan apa, dia jawab taktau.
cikgu2 pun pesan jgn bagitau, so semua nak rahsia.
bagus betul, simpan rahsia sampai dia tak tau hahah
dia asyik cakap dia korea.
mak ni jenuh nak hadam apalah persembahan hang esok nih.

hari tu, aku ni terlibat dgn majlis konvokesyen jugak kat opis.
so, hari sabtu, 16hb 1st day istiadat konvo, aku tak pegi.
minta excuse sebab nak pegi tgk mat aniq.
next day, sampai hari ke 3 berkampung kat opis sejak subuh sepi jadi sekreteriat konvo.

pendaftaran anak2 pukul 8.30 pagi.
mak bizi siapkan anak2, tak tgk phone.
pkul 8.45 pagi baru sampai.
mujurlah buat dekat Pasti tu jugak. tak jauh dari rumah nak pegi pun.
Pasti diorg ni 1 kawasan dgn sekolah MADI.
luas, mudah utk semua pengunjung.
sekolah kakak dia pun sebelah tu ja.



kami sampai, buat pendaftaran and pass Aniq ke cikgu.
diorg tgh buat persediaan utk persembahan nnt.
mak masuk dewan.
masa kami sampai, ada anak Pasti sedang baca al-quran.


next is ucapan wakil ibu bapa.
aku tak kenal sgt, selisih masa hantar ambil anak ja
tak sempat berkenalan hehe
then ucapan dari yg merasmikan majlis.
Allahu lupa dah sapa, lama dah majlis pun hahah
wakil Pas Perlis, bahagian mana aku tak ingat dah.
ada 2 org. yg perempuan tu panjang jugak cakapnya but tak membosankan.
cerita sejarah penubuhan Pasti, apa yg diorg buat utk pendidikan anak2 sejak kecil.
now Pasti dah bnyk, merata negeri dah ada.
dah ramai makbapak nak hantar anak ke Pasti.
anak2 aku pun both di Pasti.
moga niat murni mak ni Allah perkenankan.



penyokong utk mat aniq. hehe
Amni ponteng mengaji quran pagi ni. takut tak sempat ambik sebab taktau majlis Aniq habis pukul berapa.
ajak sekali adik aku @ maknjang budak2 ni.
dia la yg jadi babysitter kalau aku takda pegi memana or masa cuti skolah.

dah selesai ucapan semua, mulalah persembahan anak2.
aku sampai lambat, dapat tempat depan skali.
hahah.
untung. bebetul depan pentas.
dah belakang penuh, diorg kasik kerusi suruh ke depan.
line ke 2, depan pentas, so pandangan aku clear.



persembahan pertama.
anak2 4 tahun, tapi campur dgn 5 thn jugak rasanya.
lagu apa tah, diorg pasang then budak2 ni ikut.
comel2 smua.


next persembahan 5 tahun
dikir barat.
tapi diorg buat gaya ja tak nyanyi pun.
tu pun tak mudah ye.. anak besar ni ingat senang ke nak ingat step tu smua.
cikgu takda kat depan pun nak tunjuk ajar ke apa.
diorg ingat sendiri ja.
welldone!


next is persembahan Aniq.
from anak2 5 tahun jugak
kemain kreyeh dia nampak mama kakak and maknjang ada depan pentas.
aku risau jugak kut dia keras situ tak leh buat apa.
but, dia buat semua step ok!
wow sangat. kakak dia dulu, nmpk mama dan2 keras hahah
rupanya diorg buat persembahan boria. hahahaha
adoilah aniq, hang punya konfiden tu sebut korea.
dah mak ingat hang nak menari gangnam style.
dah tak syncronise dgn Pasti pulak.
lagu boria suka2 from upin ipin, then diorg buat gaya.
kemain menggedik lah semua.
Aniq pun, tah kemana2 peginya. suka2 hati ja kedepan belakang sailang kawan dia hahah
aku duk rakam video, gegar2 duk gelak tgk kelaku dia.
tapi syabas sangat sebab berjaya dengan jayanya!
dia sempat babai mama masa tgh nyanyi tu. sabaq jalah anak aku.



yg ni 6 tahun.
diorg nyanyi..


ini pun dari 6 tahun.
berlakon cerita arnab dan kura2.
terbaik semua anak2.
kita nampak mudah tapi tak utk diorg kan?

dah setel persembahan, time to penyampaian hadiah.
cikgu panggil sorang2 naik terima hadiah atas pentas.
sijil Pasti dan cenderahati utk semua anak2.
dan diselang selikan dgn penyampaian cabutan bertuah utk makpak.
dan mama tak berapa bertuah tak dapat apa2 hehe


Muhammad Aniq Mirzaa b Shahrizal
tah mana2 pandangnya..
tak tgk mama pun..

lepas tu aku keluar cari dia.
kemain berlari sana sini dgn kwn2.
ramai betul org. jenuh nak mencari dia.
makpak, anak2 penuh kawasan tu.
ada jugak penyampaian hadiah utk pelajar cemerlang dia situ.
tapi aku tak tgk dah.
kami lepak luar ja.
lapar haha
ada makanan pihak Pasti sediakan, then potluck dari parents.
meriah nau makanan. kenyang makan.


my one and only bebiboi.
anak yg menyenangkan mama.
mudah dijaga tak bnyk kerenah Alhamdulillah.
dah habis setahun di Pasti.
6 bulan jugak menangis bila gerak bangun pagi2 hahah.
tapi ok la nak compare dgn kakak sebab dia cuma bebai masa gerak bangun.
dah siap, makan, nak keluar pegi skolah dia dah ok.
sampai skolah muka mmg cemberut, tapi cikgu kata pastu ok sampai balik.
blk petang kemain happy. akai ja pagi2 tu.
pandai mcm2 dah sejak masuk Pasti. mama bangga sangat!
dah kenal mcm2, blh baca surah, doa2 pendek.
tq cikgu2 yg sabar dgn dia.
ada lagi setahun kat sana. moga awak terus cemerlang



big supporter dia hahaha
sepasang ni lah anak aku buat masa ni.
anak2 Pasti dua2 pun.

jumpa kawan Amni.
berkepit ja 2 org tu kemana2 hari tu.
kawan Amni tu pun sama naik layan Aniq,  tak pegi pulak kat adik dia hahah
tengoklah gaya Aniq bila bergambar. ada saja akai dia.
pastu kena marah dgn kakak sebab tak serius. aiyoo



cikgu kelas dan cikgu kesayangan dia
tq sangat cikgu layan Aniq baik.
dia buat cikgu ni mcm mak dia, suka2 nak peluk nak duduk atas riba.
cikgu pun pasrah layan haha

jumpa lagi tahun depan.
setahun lagi then dah masuk skolah darjah 1.
tahun depan mak pun kena pulun sket kena pastikan dia blh membaca dah.
thn ni biar je dia main, biar dia seronok pegi skolah dlu.
kat rumah ajak dia belajar, adalah 10 minit je pastu tah mana2 peginya
cikgu pun cakap camtu. dia cepat bosan buat satu2 kerja kalau lama.
pastu mula nak ngelat.
akai bnyk hang dik.

Wednesday, September 25, 2019

Aniq Mirzaa Turn 5

Assalamualaikum..

23hb 9, Aniq is turning 5.
haishhh cepatnya awak besar wahai anak..


anak bujang nan seorang ni sangatlah manja dgn aku.
takleh kalau mama takda.
actually takdalah sampai berkepit 24jam.
bangun tidor cari mama dulu. nak tidor nak duk bawah ketiak mama. tu waktu yg mmg dia nak mama lah. waktu lain, tu ok ja.
biasalah peel anak bongsu kan? hehe
sometimes dia kepit ngan papa, tapi selalunya ngan mama lah.
sejenis yg sensitif, hati tisu dan mudah merajuk.
tapi terkawal. takda la sampai merajuk guling2 tak boleh pujuk.
Alhamdulillah anak2 aku takda yg perangai gitu.

3-4 hari sebelum besday dia aku bagitau la, nnt nak besday Aniq.
dia tanya berapa kali tidor lagi nak sampai besday dia hahaha
ni apaknya la ngajar kira mcm ni. sabaq jelah.
dia bgtau dah nak hadiah kereta control. amboi demand sgt ni.
kakak nak komik ja, dia kemain up kreta control.



anak yg mudah diurus dan mendengar kata.
now sejak masuk Pasti, blk skolah mandi siap semua dah blh buat sendiri.
mandi, shampoo, sabun gosok gigi semua lulus dah.
pastu siap pakai baju, sikat rambut buh bedak.
tapi tgk la cemana dia sepuk bedak kat muka dia. hahaha
asal boleh.
kalau tak pakai bedak mama takmo sayang, so kena pakai la kan..
dia mmg suka mama peluk2 gomol2 dia.
dia layan je. kalau tgk tv kadang lepak kat atas riba mama, tak pun menempel tidor celah ketiak mama.
mmg takleh jauh.
aku pun takleh kalau takda dia, sebab sunyi weh..
dia ni sejenis yg murai tercabut ekor. aku rasa murai pun blh lari kalau duduk dekat dgn dia.
hahaha.
serius weh, dia ni petah cakap. anak2 aku umor 2 tahun dah blh cakap.
pastu lancar takda nak pelat teruk2.
now dua2 cakap slang KL. mampooo?

tahun ni on his birthday, kami kat KL.
kemain ko eh...
sambut besday kat KL.
bgn pagi tu, aku nyanyi2 kat dia. malu2 je mukanya. heheh
23hb tu kami dah nak gerak balik dah dr KL.
so, aku plan nnt blk sinilah pegi mkn2 ke apa.
tapi otw balik tu ada lah singgah kedai mainan nak belikan dia hadiah.
3 hari duk situ, hari2 lalu kedai tu dia duk usha je.
bagusnya anak2 aku ni depa bukan jenis yg meminta2.
bagitau nak apa2, tapi kalau aku bgtau no and why no, diorg ok.
adalah muncung sket tapi takda nak mengamok ke apa.

so, sblm keluar dr KL aku kata ke apaknya, jomlah singgah.
belikan apa dia nak.
Tok umi siap top up bagi duit utk Aniq sebab besday.
so, jomlah..
biar dia pilih sendiri end up mama yg kena decide sebab dia tak tentu arah duk dlm kedai tu hahaha
aku jarang2 biar dia ambik apa dia nak. taknak ajar sangat sebab budak2 ni bukan dia faham nilai benda lagi.
so, aku pilih mana yg mampu, sesuai dgn dia and tunjuk ke dia ok ke tak..
dan dia pun ok, siap cakap ikut mamalah mcm mana.
gud boy sangat!


pusing sini toys, sana toys, dia jadi tak tentu arah hahaha
biasa masuk kedai tak pernah jumpa sebanyak ni kan?
mula2 nak robot iron man, tapi bila pusing sini nampak kereta.
dah berbelah bahagi kehendaknya.
takpe, mak tunggu ja tengok kelaku dia.



dah garu kepala tak tau nak pilih.
sudahnya aku lah pilihkan.
then tunjuk ke dia.
asalkan kereta control dia ok dah.
ikut dia mula2 nak yg harga 100++. aiyooooo
pitam mak hang.
kita ambik yg mampu milik ye dik.
tak murah, tak mahal.
beli mahal pun kang awak dah bosan, tak main dah.



eh eh, kakak pun ada ehhhhhhhhhh
kalut ja yg tu. aku cakap tak blh, utk adik ja, dan2 la mata tu merah
hahahah
so, kakak punya murah dari adik sebab on her birthday last month dah dapat hadiah dah.



muka ada sinyiummmmm
dah dpt apa dia nak, pegang jelah kotak tu tak letak2 hahah
mama dah pesan, jgn buka, balik main kat rumah nnt.
so dia pun belek jelah. ada lah buka keluarkan kejap, pastu simpan balik.
happy sgt tgk dia tu dapat apa nak.
sesekali mama belanja sebab besday.. bagi dia syok.
anak2 aku jenis yg tak meminta2, sesekali dapat apa yg diorg hajatkan mmg dia punya happy tu lain mcm.
setakat yg mama mampu, ada rezeki lebih ada kudrat mama buat apa saja utk anak2.

utk anak manja mama nak seorang, Happy 5th Birthday!
doa mama sentiasa ada utk Aniq. Semoga yg baik2 saja utk awak. Semoga Allah mudahkan perjalanan hidup awak, murahkan rezeki awak, sihatkan tubuh badan awak, cerdaskan minda awak dan awak sentiasa di bawah lindungan Nya.

Monday, August 19, 2019

Anak anak....

Assalamualaikum..

saja nak berkongsi kisah.
takda niat apa2..
takda apa yg nak dibanggakan pun.
ada lagi yg lebih hebat kat luar sana berbanding aku.
dan cerita ini, rezeki aku dari Allah.
bahagian kami.
utk hari ni dan yg sebelumnya.
selepas kita tak tau mcm mana pulak kejadiannya.

semua mak bapak nak yg terbaik utk anak2 kan?
dan semua mak bapak berusaha utk jadi yg terbaik demi anak2.
aku pun tak terlepas dari tu semua.
bila dah mengandung tu, mcm2 ada dlm kepala.
nak buat itu ini utk anak. plan mcm2.
as for now, laki aku tak bnyk take part sgt bab uruskan anak.
aku suka jugak tgk family yg si bapak yg handle semua bab anak.
laki aku kureng. but bukan tu kelemahan dia.
mungkin sebab dia anak bongsu, so dia tak terdedah utk semua tu.
aku ni anak perempuan sulung, bawah aku ada 4 adik2 lagi.
dan jarak aku dgn yg bongsu almost 20 tahun.
adik bongsu aku now umor 18 thn, dan kakak sulung is 37.
masa dia kecik, aku bnyk jaga dia dan juga yg 2nd last.
kencing berak diorg aku lah yg uruskan.

bila ada anak sendiri, mmg aku uruskan semua.
apaknya bab jaga blh la diharapkan juga.
tapi masa baby tu dia tak berapa sgt sebab tak berani nak pegang.
dah masuk 3-4 bulan baru dia berani handle. haha
masuk anak ke 2, ha terror sket dah.
but aku ok je sebab aku pun tak harap sgt ke dia. hahaha
dan seterusnya urusan sekolah diorg.
mmg almost semua aku yg tentukan.
nak masuk skolah, pun semua aku.
apaknya mmg ikut je apa yg aku buat.
kalau nak tunggu dia, hmmmm kat situ jelah anak2 aku.
tapi2 bukanlah dia tak peduli sampai tak ambik bab semua.
cumanya dia mmg serah ke aku semua dan of coz la aku bgtau dia begitu begini.
bila tanya dia blh tak mcm ni mcm gitu, hujung2 dia cakap, ikutlah mana baik.
hadoihhh. nikah ngan anak bongsu, gitulah jadinya.
aku ok je sebab dah terbiasa buat keputusan sendiri dari dulu.

bab asuhan anak2 pun bnyk aku yg tentukan.
contoh mcm peraturan dlm rumah tu mmg aku yg buat.
so, semua ahli  kena setuju.
without compromi coz mom know best.
hahahahaha

bab parenting..
ilmu keibubapaan ni luas korang tau tak.
mmg bagus kalau kita pergi kelas parenting ni.
blh belajar how to handle our kids yg begitu begini.
tapi..
tak semua tu kita blh apply kat anak2 kita sebab every kids are different.
blh belajar and apply jika sesuai.
dan jgn terikut dgn satu2 ajaran kena begitu kena begini dgn anak.
ada anak yg can't say no.
ada anak yg ko say no lagi dia berontak.
ada anak yg say no dia faham.
ada anak kena lembut lemah gemalai pujuknya.
ada anak ko jeling je dah faham apa maksudnya.
ada anak ko kena cakap dgn jelas tak leh mukadimah bagai.
mcm2..
aku yg 2 org ni pun dah berbeza, inikan pulak yg anak 3-4 org.
tapi tak bermaksud ko pergi kelas parenting tu salah.
tak salah malah bagus utk luaskan ilmu dlm mendidik anak2.
tapi, ko tak blh paksa org utk ikut cara ko.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku, anak2 aku mudah di handle.
sedari kecil.
maybe sebab aku dah biasa menjaga adik2 dulu, dan biasa dgn persekitaran yg family nya meriah.
jenis sedara mara ramai, anak2 sedara ramai.
anak sedara betul ada 4 org je, tapi anak2 sepupu aku ramai.
so dah biasa dgn budak2.
bila dapat anak sendiri takda la kekok nak menjaganya.
dan melihat kepada cara mak bapak aku dlu, aku apply ke anak2.
tapi takla semua.
mak bapak aku dlu garang jugak and tak la mesra sgt dgn anak2.
org dulu2 kan, rasanya ramai yg begitu. lagipun abah kerja and mak busy urus anak2 yg ramai and urusan rumahtangga

aku mula2 lepas Aniq lahir tu, huru hara jugak hidup.
Amni dlm 3 tahun dah dapat adik and of coz tumpuan lebih ke adik sebab masih baby.
dan aku tak nak dia rasa terpinggir sebab layanan lebih ke adik.
Amni pulak manja sebab anak sulung kan?
dgn apak dia, lagilahhhhhh.
dan kadang2 dia ada perangai menyentap dia, merajuk, pastu menangis takda sebab.
aku pulak jenis rimas la hai duk nangis2 ni.
bingit je rasa. mujurlah masa diorg kecik2 bukan jenis kena sawan tangis.
kalau tak maybe mak pun sawan sama. ahahaha
bila Amni buat perangai, aku cuba calm kan diri.
takmau marah dia sgt. walau kadang2 tu ada lah jugak.
cubit tu kadang2 ada jugak lah. hihi.
tapi takda la pukul sampai lebam, tak pernah.
cubit je or pukk kat bontot tu.
bila Aniq besar, dia makin aktif suka kacau kakak sudahnya gaduh.
nak marah yg mana 1 pun kadang tak tau sebab dua2 salah.
aku cuba sehabis baik utk tak marah keterlaluan.
sebab apa yg berlaku hari tu takkan ada ulangan dah esok.
kalau aku habiskan hari tu dgn marah anak2, esok mcm mana pulak diorg.
aku cuba utk tak marah keterlaluan.
anak2 sedang membesar, mmg la mcm2 kerenahnya
mak kena bnyk sabar utk handle the situation.
marah akan buat anak terus memberontak.

aku tegas dgn anak2.
apaknya pun now dah ikut sket cara aku. dulu dia ikutttttttttttttt je apa anak2 nak.
bukan tak boleh manjakan anak. tapi biar kena tempatnya.
cara aku, bila anak2 being good, aku reward.
dan anak2 aku, dapat reward aiskrim pun dah happy sengih kemain.
sebab aku tak ajar beri apa saja yg diorg minta.
tak.
sebab aku bukan org senang.
dan aku nak diorg tau bukan semua yg korang mintak tu akan dapat dgn mudahnya.
semua kena ada usaha.
bila ke kedai, aku akan bgtau what do and dont.
Alhamdulillah sampai sekarang diorg ingat dan dgr walau kadang kala ada jugak rajuk tu.
mama dont care..

Amni lebih mendengar kata compare to Aniq.
maybe sebab girl and anak sulung and dah 8 thn.
Aniq, si bongsu yg manja and boys ni taulah mcm mana kan? hehehe
kadang2 datang merajuk merempan dia, tak blh bwk bincang jugak.
tapi knowing me yg tak mudah cair dgn drama dia, so, lantak situ.
dulu jarang sgt dia nak buat perangai kat luar. now ada dah.
tapi kena bijak handle the situation
mujurlah dia bukanlah tahap tantrum yg tak blh bwk bincang berguling2 sakan tu.
ada masa aku marah, so tertinggi suara.
lepas tu semua dah calmdown, aku akan cakap baik2 why.
bagitau and cakap elok2. selalunya Amni lebih mudah and ingat compare to Aniq.
sokay, smua tu takes time kan?

anak2 ni rezeki makbapak.
bawak rezeki pun ya jugak.
aku mmg selalu doa minta Allah murahkan rezeki anak2 aku.
Alhamdulillah, walau sederhana hidup kami, rezeki diorg murah.
rezeki kasih sayang, rezeki makanan, rezeki mainan eh mcm2.
sedara mara ramai yg sayang and ingat dgn diorg, ramai yg suka bagi duit ke diorg, bagi makanan.
Alhamdulillah..
tak kisah lah bagi rm1 ke, bagi biskut sebungkus rm2 ke, bagi mainan kedai eco ke, semua tu rezeki.
ada ke sesaja org nak bagi anak kita barang kan?
pada aku bukan nilai yg anak2 harapkan tapi ingatan tu lebih penting.
dan anak2 akan lebih hargai sebab pemberian org.



ladang syurga mama..
penyejuk hati mama..
penaik darah mama juga hahaha..

kadang2 diorg bising, tak dengar cakap, rasa hoihh marah nak lari rimasss..
tapi hakikatnya, I cant live without them.
biarlah bising mana pun, biarlah ada depan mata.
budak2, mmglah bising kan?
dah penat bising tu, ha diamlah.
mcm mana pun ragam diorg, tetaplah anak kita.
kita yg membentuk diorg.
ni amanah Allah utk kami laki bini.
moga aku terus sihat utk terus hidup sama dengan 2 ketoi ni.
moga Allah permudahkan urusan hidup kami dan yg baik2 saja utk kami.
Insyallah...



Friday, March 22, 2019

Otromen terbang

Assalamualaikum..

kisah anak jantan nan seorang.

bila ko dah ada sepasang anak, ko boleh nmpk perbezaannya.
beza sgt la 2 beradik ni..
kakak tu cara perempuan la tapi dia tak girlish sgt.
sbb maknya tak begitu.
dia garang and kasar jugak, takda lemah gemalai.
suara pun kuat. hahah

si adik, hero haruslah cergas.
adoih urut dada aku.
dah umur cecah setahun camtu terserlah kelasakan.
kemain ligat. tak reti duk diam.
standard la budak lelaki kan? tapi takda la sampai tahap hyperaktive tu.
tu penyakit lain.

dah masuk umor 4-5 tahun ni, dia dah cerdik, bercakap kemain pandai.
anak2 aku semua sama, pandai bercakap dulu.
kemain dua beradik ni menjoyah.
kadang tak terlayan sebab dua2 cakap bnyk.
mengikut mak gaya ni hahaha

then budak lelaki kan?
of course la suka yg lasak2
Aniq ni kalau kami tgk movie yg cerita lasak2, mmg dia suka.
cerita super hero pun dia suka.
Avengers tu rilex je dia layan sama naik dgn kami.
semua superhero dia tau lah sebab mak pak nyer duk layan.
tapi takda la dia jadi ganas ke apa.
cumanya dia ada la tiru aksi superhero tu like spiderman tu.
pastu kalau dapat apa benda kat dia kadang dia buat lah mcm duk berlawan lawan duk hiyakkk hiyakk tuu
kadang jadi otromen, kadang jadi spiderman, mcm2 lah
ikut suka dia..
yg selalu otromen lah sebab selalu layan kat channel 611



baju otromen.
nak salahkan anak pun mak yg belikan. hahaha
dia suka sgt lah kalau dapat pakai baju mcm ni.
dan2 perasan jadi otromen meloncat sakan.
makanya aku jarang bagi pakai sebab nnt mama jadi mangsa dia. hahaha
tapi mcm aku cakap tadi la, takda ganas pun.
ada 3-4 pasang jugak baju superhero dia.
kalau aku bagi pakai tu, suka sangatlah.
mujurlah jugak dia bukan jenis memilih..
takda la sampai nak pakai baju tu all the time.

dan baru2 ni..
otromen pun beraksi sakan.



otromen terbang kut atas kerusi.
sudahnya tak lepas, gedebukkk jatuh ke lantai.
pecah la sket mulut tu.
tumpas la sang hero.
tersedu2 menangis. hahahaha
aku ni nak gelak ngan nak kesian sama bnyk.
dia punya keriau tu, adoihhhhhh..
sakit tu yelah, mengada tu pun ye jugak.
2 minggu lepas mcm tu wan dia jatuh bilik air, mulut pecah mcm ni jugak.
dia takut la kut dia kena mcm wan dia, kena bawak pegi hospital
tu yg keyau sakan. hahaha.
sambil keyau, mulut tu duk merepek mcm2.
mujurlah tak bnyk sgt darah tu.
pastu bgtau dia tak blh p skolah kena cuti 2 minggu.
amboiiii engkauuu.
sehari je mama bagi cuti tak pegi skolah.
sikit je pun kenanya..

now dah lega dah.
serik la kejap nak melompat tak tentu pasal tu.
selamba dia je terbang kut atas kerusi tu
bajet lepas, skali tak. hahaha
sakit mulut, nak ambil botol air pun tak leh dah.
berlakon kuat ni.


Thursday, January 17, 2019

Aniq masuk Pasti

Assalamualaikum..


anak bujang dah besaq..
thn ni dah masuk 5 tahun. sooooo, kena daftar masuk skolah jugak la kan?
cadang nak hantar thn lepas masa dia 4 tahun, sama mcm kakak..
tapi tak jadi sbb rasa mcm dia kecik lagi hahaha
padahal kakak dlu masuk 4 thn. propa mak pun.
eh lain ok anak perempuan n anak lelaki..
Aniq pulak manja ya ampun, then aku duk rasa dia mcm kecik lagi.
Amni dia cepat matang..
masuk Pasti masa 4 tahun tu ok je. awal2 tu ada la drama, keriau pagi2..
tapi so far ok.

mula2 plan nak hantar Aniq ke pasti kakak dia dulu. sebab dah biasa kan?
tapi pikirkan tak sejalan tu, rasa renyah.
pagi ok la, mak hantar sorang, pak hantar sorang.
petang la haru sket. aku yg nak kena ambik dua2 tu.
Amni aku ambik otw balik keja, sebab sejalan je.
pastu kena lajak ambik Aniq pulak, pastu pusing balik nak balik rumah.
malas, renyah and buang masa n minyak kreta.
hahaha
so, aku daftarkan Aniq ke pasti yg berdekatan sekolah Amni.
so, sejln ja pagi2 blh hantar dua2 sekali harung.
pasti Aniq ngan skolah Amni 1 kawasan ja, sekentut je pun.
dlm 1 kawasan, blh je nak jln kaki tapi peluk keti gak ar..


1st day, kemain excited.
sebab nak bawak beg skolah baru gambaq otromen.
selipar pun baru,otromen.
dan cuma 1st day ja kau blh tgk muka kreyeh mcm ni. hahahah
hari lain, ermmmmmmmmmmmmmm..

sampai hari ni, masih keriau nak p skolah.
hahahah
bgn pagi, ada hari yg ok, ada hari yg tak.
mostly tak. hahahaha
kadang dia jaga sendiri sebab dgr bising2 aku ngan kakak dia pagi2 tu.
kadang kena kejutkan.
kadang mood dia ok, mandi siap semua senang.
kadang mood xok, mandi xnak sabun, xnak gosok gg.
layan jelah malas nak bising kang lagi melarat.
dia punya keriau mengada mmg rasa nak tunjal.
blh hilang mood mak pagi2.
Amni dlu mkn saman jugak.
klau duk mengamuk tu, kita hepppppp, kadang dia diam gak.
yg ni, tak mkn saman sgt. hahah
lagi mak marah, lagi kuat dia menjerit.
mak kena pujuk peluk, haaaa baru ok.
manjaaaaaaaaaaaaaaa
sabaq jelah.
walau mood kat rumah elok, sampai je pagaq skolah, haaaaaaaaaa mula la drama dia.
hahahaha
adoihhh
2nd day, dia tidor dlm kreta, sampai skolah meronta2 la takmo lepas mama.
aku hantar ke cikgu, pastu blah laju2.
kekekek..
haari2 lepas tu, dia nangis ja, tapi jalan je pegi cikgu.
tapi muka tu tak maneh laaaaa
mcm2 dia repekkan sepanjang jln tu..
nak mama tunggu Aniq, nak mama teman..
nak tgk mama kut tingkap, nak balik awai, takmau p skolah lama2.
adoihh
tapi tapi..
bila petang, mak sampai skolah, kemain kau happy lari sana sini.
puiii
drama.
cikgu kata ok ja dia, nangis tak lama pun.
dah start blajar tu, ok dah dia.
sajaaaaaaaaaaa..
cumanya, tak nak tidor kat skolah.
tghr patut lepas mkn tu tidor.
dia tak tidor.
duk main sorang2.. tapi tak kacau org la.
tahan mata tu.. hehe
alasan, nak tunggu mama, nnt mama mai ambik Aniq tak nmpk.
sabar jelah.
cikgu pujuk pun takmau lena.
sokay la, janji tak kacau org.
rasanya dia tak reti nak join org lain tidor.
ramai2 kan, dia tak biasa.
soon ok la kut



pagi2.
hahahha
marah nau mak ambik gambar dia.
nak sangat nangis kan..
mak up kat socmed. padan mukeeeeeeeeeeeeeeeee
esok2 awak besar, ha tgk niii
akai jenuhh sgt

aku lajak hantar kakak dia dulu, pastu pusing hantar dia pulak.
sebab kakak takleh lewat.
dia sokay la masuk lewat sket
plus nak tgk drama lagi kan. hahaha
sabaq jalah mak hang ni dik..
takpa la, baru2 kan..
kita kasik peluang la ke dia..
sementara nak biasa dgn senario baru kan.
dlu bgn lewat, p rumah pengasuh kemain bahagia hidup dia.
hahaha..
tapi, dia enjoy ja pegi skolah.
balik tu cerita mcm2.
dah nyanyi lagu, baca doa bagai dah.
pagi je drama sket
alah, budak...
lex lex aaaa. hehe



ni day 2.
tidor. pastu sakan keriau peluk mak takmo lepas.
hahaha
lepas tu ok dah..
tak meronta sgt. nangis tapi jln masuk kelas ok ja.



hari tu dia minta hadiah sempena p skolah
amboi sgt perangai
aku kata, kalau keriau pagi2, takda hadiah.
so dia diam. hahaha
weekend lepas, ada pegi padang besar.
saja pegi mkn kat sana..
masuk kedai, aku beli mainan polis tu.
tapi tak tunjuk ke dia pun.
balik rumah baru tunjuk.
kemain melompat seronok.
100 baht je pun.
nak main, ehhhhhhhhhhh tak semudah tu yee
mak bagi syarat.
kalau pagi2 tak nangis p skolah, baru blh main.
sekarang ni dia duk kat atas para ni dulu.
dan dia pun ok.
now dah masuk minggu ke 2, masih di atas rak.
hahahahhah
maknanya apaaa..
mlm tu kemain janji manis, begitu begini.
esok pagi, hancur semua.
drama king sangat hang dik.
mak2 sedara hari2 tanya bila mainan polis nak turun bawah.
dia jawab, mainan tu duk atas selamanya.
kahkahkahkah.
tau pulak ehh.
dan dia, tak berani pun nak minta main sbb tau dia tak penuhi syarat lagi.
gud boy sgt awak.
mak ni mcm nak bagi dah, tapi biar dlu.
bagi dia ada rasa tanggungjawab.
gittewwww..

minggu ni nak pegi papa pulak.
so kita layankan saja.
tapi dramanya masih sama bila sampai skolah.
cuma pagi2 kat rumah je ok.
mandi siap smua ok.
sampai pagar skolah haaaaa mula la.
balik rumah kemain baca hadis bagai.
pui sgt.

apa pun, mama enjoy je memori ni.
sebab setiap anak berbeza2.
Aniq ni manja, mulut pulak murai ya ampun.
so, seronok la layan dia bercakap.
cerita pasal sekolah tu mcmkan dia ketua kelas.
padahal pagi2 keriau. hahahah
sokay, asal awak nak pegi sekolah.
kenal dlu persekitaran baru, and take your time ye.
mama tunggu. hahahah

Tuesday, January 08, 2019

Selamat kembali ke sekolah

Assalamualaikum..

minggu ni dah minggu ke 2 anak2 kembali ke sekolah
hari ke 5 dah.
so, how para ibu sekelian?
hehehe
kembali menjadi naga jadian di pagi hari?
kehkehkehkeh..

new experience utk aku..
sebab tahun ni anak bujang nan seorang dah masuk ke alam persekolahan.
walau baru 5 tahun, walau cuma masuk ke Pasti, tetaplah perkara baru.
sebab dlu, kakak dia dan anak perempuan.
ni anak lelaki yg manja mengada gatai merelaaaa. hahaha

aku daftarkan Aniq of course kat Pasti juga.
sama mcm kakak dia.
cuma tukar Pasti, bukan yg sama dgn kakak dia dulu.
kali ni daftar kat Pasti yg berhampiran dgn sekolah kakak dia.
senang petang2 nak ambik balik tu sejalan je.
nak hantar pun sejalan jugak.
sebelah2 je pun..
jln kaki pun boleh tapi semput gak la..
around 300m++ rasanya jarak tu.

since tahun lepas aku dah selalu sebut2 cakap dgn Aniq thn ni dia nak masuk skolah.
brainwash la kiranya.
tapi, takda sekali pun yg dia mengiyakan cakap mak dia ni ha..
nak setuju pegi sekolah tu mmg payah benar nak dgr.
ada ja alasan dia takmau pegi sekolah.
adoilaaa..
kakak dia dlu, sebut sekolah tak sabar2 nak pegi.
yg ni, hmmmmm..

pasrah jelah kami laki bini. hahaha

persiapan sekolah, sejak bulan 11 dah mula buat dah.
takda apa pun, cuma beli kain utk buat baju skolah kakak.
tak beli yg dah siap, sebab tok umi ada, dia blh jahitkan.
tapi kena beli awal sebab now tok umi tak aktif sgt dah menjahit.
baju dia pun kadang hantar tailor lain,
hahaha..
ni baju skolah cucu, nak taknak kena jahit jugak la..
masuk bulan 12, bila dapat bonus tu barulah g cari yg lain2.
aku takda la semua beli baru.
Amni jenis yg sederhana mcm mak dia hehe
dia bukan jenis meminta2..
Alhamdulillah..

kasut sekolah kena beli baru jugak sbb yg lama dah kusam sgt.
skolah dia pakai kasut hitam. sama je kotornya pun..
dlu masa nak masuk darjah 1, beriya mak ni beli cap Bata.
thn ni beli kat pasaraya Hari - Hari je.
hahahah...
tapi kualiti pun ok, takda la cikai sgt.
plus design comey, Amni suka.
harga dlm RM28 camtu. jenis lekat tu.
beli sepasang je dlu.
Aniq tgk kakak dia dpt kasut skolah, dia pun nak.
muncung je dlm kedai membebel2 tak puas hati kakak je dapat kasut skolah.
sabaq jelah budak ni.
so beli lah jugak sepasang kat dia kasut putih.
diorg lelong sepasang serendah RM12.
nak habiskan stock, so boleh la..
balik tu kemain menciwi hari2 pakai kasut skolah.
esok2 tak p skolah, siap hang...

beg skolah beli yg biasa ja sebab Amni nak pakai beg lama.
yg darjah 1 dulu beli beg tarik, kondisi masih elok.
ada la calar sket2, but ok je.
aku beli 1 beg galas belakang utk bawak pegi ngaji quran, tapi digunanya bwk pegi skolah.
murah je beli kat kedai kawan aku, RM15.
taktau la berapa lama nak tahan tu.
baju skolah, kain, tudung, kasut tu je yg bli baru.
lain2 takda..
pakai je yg tahun lepas. mostly elok lagi.
kang tgh2 tahun klau ada yg rosak baru kita ganti.
stokin thn lepas ada 5 pasang + 2 yg baru. so blh pakai.
yg aku tambah minggu lepas, singlet n scarf je selai.

utk Aniq, bnyk juga kena beli.
beli sluar panjang. hahaha
sebab dah nak masuk Pasti. dia tak bnyk sluar panjang, bnyk baju sepasang yg seluar pendek.
so kena tambah.
yg aku beli baru dlm 4 helai seluar panjang and 2 pasang baju lengan pendek+seluar panjang.
tshirt tak beli sbb banyak dah.
hari tu maklong dia bawak balik baju Amierul, banyak helai jugak.
elok2 je lagi tshirtnya so blh pakai buat ganti kat skolah nnt.
beg skolah kena beli nak letak baju2 smua.
beli beg otromen, kemain sronok

Amni skolah swasta.
Aniq masuk Pasti sebab dah 5 tahun.
bayar yuran pendaftaran + yuran bulan Januari 2019, habis RM1k.
fuhhh lap peluh. hahahha
tak masuk beli keperluan sekolah.
takpe, duit mak pak usaha cari.
tak mampu, kita sederhana saja.
beli barang ikut kemampuan kita.
ada lebih beli lebih. ada sikit, beli sikit mana yg perlu.
tak perlu ikut org ikut trend nak Smiggle bagai.
mujurlah anak2 aku ni ok je, tak pernah meminta2 nak yg mahal sesaja.
diorg beli kat kedai Eco takpun kat Mr DIY pun dah seoronok dah.
asalkan elok,baru,  diorong suka, ok dah.


and the, the day is cominggggggggggg..



haishhh sebak tgk anak2 dah makin besar.
mom getting older 😜😜😜

day 1, semangat je dua beradik ni.
mama papa dedua cuti hari ni.
ada urusan lain sama.
nnt aku share pasal tu.
Aniq so far, day 1 mudah je bangun. mood ceria sebab excited.



kakak dah darjah 2..
hantar dia dulu. mama yg hantar masuk.
nak tgk kelas baru.
dah letak beg, nak pegi perhimpunan, dia suruh mama balik dah.
hahaha.
big gurl sangat awak!
dia pun dah besar, dah pandai bawak diri.
jumpa kawan, ha ok dah..
minggu pertama ni sekolah dia balik tghr dlu.
start minggu ke 2 baru balik petang.

then hantar Aniq pulak.
kena pusing balik sket je.
masih dlm kawasan yg sama.
kawasan situ tak luas, so pagi2 sesak sket la.



Aniq tak dapat lagi uniform.
ni pakai baju lama kakak dia.
kusam la sket, but ok je.
muka seronok tgk skolah.
aku pass dia ke cikgu kelas.
dr awal dlu cikgu dah pesan, mak bapak takleh tunggu.
lepas cikgu bawak dia masuk kelas 5 tahun, aku pusing2 kat luar tu.
lepas 10 minit camtu, saja la jenguk kut tingkap tgk dia.
duk keriau dahhhhhhhhhhhhhh..
hahahhaha
maybe sebab tak kenai sesapa lagi kan?
nak biasakan diri tu..
aku pun apa lagi, cabut balik terus.
sebelum dia nampak mak dia ni ha.
yg apaknya suruh tunggu, pegi tengok anak.
ishhh kang lain pulak jadinya.
nnt cikgu kata mak tak dengar kata pulak.
so kita baliklah ye..

ambik Amni pkul 2, ambik skali Aniq.
kasik can balik awal 1st day.
lepas ni blk petang sama mcm kakak.
cerita beriya, best la apa la..
esok nak pegi skolah lagi.
nangis kejap je cikgu kata.
gud boy...

next day?
tungguuuuuuuuuuuu..

Wednesday, September 26, 2018

Aniq Mirzaa turn 4

Assalamualaikum..

Ahad lepas, 23hb 9, Aniq dah turn 4.
yay!
big boy mama..

bangun pagi, mama kacau dia, nyanyi lagu sebeday.
krenyehhhhhhhhhhhh ja suka.
hehe
dia dah paham besday tu apa.
sebab bulan lepas kan besday kakak, so hari2 dia tanya bila besday dia. haha
tengok pulak kakak dapat hadiah kan, mula la buat ayat sedih..
"Aniq sedih la mama.. awat Aniq tak dapat hadiah pun?"
kau ghaseee? hahaha
sabaqqq, tunggu besday na..
mama dah bagi dah hadiah kat dia.
maknjang n tok umi pun dah bagi hadiah dah.
suka kemain.
hari2 duk main tu ja. benda baru kan..

budak ni, mulut dia, ya Allah, muraiiiiiiii sangat
aku pun xtau la dari mana anak2 aku ni petah sgt. bercakap mcm org dewasa.
pastu cakap tak brenti. kadang kena suruh diam sebab mama nak ketenangan. hahaha

eh, syukurrrr anak mulut ringan dari diam kan?
kalau takda, oi sunyi.


dapat kek, muka ada sinyiummm..
bangun tido petang tu, dia tanya kat mama " kata hari ni besday Aniq, mana kek Aniq?"
haaa sudahhh.
mujoq la mama pantas bertindak.
masa dia tidoq tu, mama dah bersilat buat kek coklat feveret ahli rumah.
sejak dapat resipi kek minyak sedap dan mudah tu, eh ehh senang keja mak. hehe
pastu mama suruh dia pejam mata, and tadaaaaa..
nak kek seketoi.
terus dia " wow, mama magic aaa, hebat aaa mama ni!"
gitu anak aku..
pastu suruh pose dulu sebelum makan, kemain seronok dia.
dah makan kek " sedap la kek mama ni, paling sedap di dunia"..
sweet talker sangat kau nak. hahaha

dia kan sejenis murai. pastu ayat2 dia pun blh tahan
kadang2 mak pak ni wondering jugak la, mana la ko dapat ayat2 cenggini.
tapi biasalah budak2 ni diorg cepat mengikut kan..
tgk tv, tgk kartun, haa dapat la ayat2 kartun tu.
pastu dia pulak duduk dgn pengasuh yg ramah tamah..
memang menjadi la. pengasuh pun kemain sayang, takleh kalau Aniq tak pegi, sunyi.
mmg sunyi kalau dgn budak ni.
masa nak buat kenduri besday kakak dia tu, adik aku ambik Aniq bawak tidor sana.
mlm tu rasa mcm takda kehidupan bila dia takda.
sumpah sunyi. rasa lain mcm takda org nak kacau mama nak itu ini, nak berguling bagai.
hehe



dia ni blh kata bayang2 mama pun ye jugak.
sebab dia takleh kalau mama bergerak sket.
mengikut ja.
sabtu ahad kakak mengaji. so, tinggal kami 2 beranak.
memang kena bawak lah dia kan kalau nak pegi mana2.
pastu kalau ada apa2, kadang aku bawak dia, papa bawak kakak.
jadiknya dia mmg lagi close dgn aku.
melekat ja.
pastu dengki blh tahan. papa or kakak takleh nak menempek ngan mama.
nnt blh tgk la dia punya keriau menejerit tu.
kakak tu takleh langsung nak meh tempek2 ke mama. kang dia meh stunt skali.
dengki nau...



gedik blh tahan.
tengok la pose angkat kaki sebelah.
kemain.
kalau nak ambik gambar, ha pandai pose. baguihhh
takyah ajaq.
dengan kakak sometime takleh jauh. kalau adik aku dtg nak ambik kakak, kena masa dia takda.
kang meraung2 keriau tak bagi kakak ikut. kalau dia tak nampak, ha takpe.
tapi kalau kakak ada, asyik carik pasal.
dia suka usik kakak. kadang  tu saja, dia tau kakak tak suka, lagi dia nak kacau.
kita marah dia, kang dia jawab " eleh, Aniq tgk je, tu pun tak yeh keeee...."
menjawabbb..
tapi waktu baik, main elok. waktu bergumpal, mama jadik hijau..




bukti dengki.
ni sket je, lepas tu dia duduk kelupoq atas lantai tu.
dengki mama peluk2 ngan papa nak ambik gambaq. hahahah
adoi budak ni..
kakak p peluk papa, dia tak heran. lantok
tapi jgn sapa2 peluk mama, noooo!
kadang bgtau dia kena share. bukan mama Aniq sorang.
ada aku kesah kekdahnya.. hahaha
tapi aku takda la layan sgt kehendak dia.
kang betul2 dia tak bagi mama kawan dgn kakak n papa, ha mampus.
pastu kalau nak usik dia tu, kadang2 je. aku pun rimas duk menangis menjerit tu.
bising.



so far, Aniq budak yg mudah dijaga.
Alhamdulillah sihat tubuh badan sampai hari ni.
cerdik pada pandangan aku. mulut petah, pandai bawak diri, dengar cakap and arahan.
mama dah ajar sket2 keja yg sesuai dgn umor dia.
blk dari rumah pengasuh, buka beg baju, then masukkan baju kotor dlm bakul.
and hari2 dia buat.
towel, lepas mandi pegi sangkut.
bakul bedak, lepas siap2 simpan kat tempat dia.
botol susu lepas minum, letak kat dapor.
yg ni smua mama tak yah ulang2 pesan. so far dia ingat.
mainan pun dah ajar kemas. tak kemas kalu, mama himbau keluar. hahaha

utk Aniq, anak teruna mama nan seorang dan si bongsu buat masa ni, mama doa semuaaaaaaaaaaaaaaaaa yg baik2 utk awak.
mama sayang awak sepenuh hati.
moga awak terus membesar jadi anak yg baik, berguna pada keluarga dan agama nnt.
soon kita makan2 sempena besday eh...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...