Showing posts with label abang. Show all posts
Showing posts with label abang. Show all posts

Wednesday, September 07, 2016

Ke UPSI kita

rentetan entry 1st experience with ETS tu..
ke KL kita.. hehe
hantar adik aku @ Azrie @ abang @ pakndak ke UPSI.
tu semua nama panggilan dia..

Alhamdulillah dia dpt tempat di UPSI.
sebelum ni, dia dapat panggilan interview kat USM.
lepas tu interview kat UPSI pulak.
dia target UPSI la sbb tgk ke cara interview kat USM mcm tak dpt ja katanya.
USM pun dia ambik pendidikan jugak.
tak kisah la mana2 pun asal dapat kan?
bila kat news kata dah blh check result UPU, laju2 aku kol dia.
masa tu aku kat Usim, ada sukan staf. * soon aku update yeh.
bila dia bgtau dia dapat Upsi, i is sebak..
hahaha..
seronok sebab dia dapat masuk universiti.
dah selangkah ke cita2 dia kan?
dulu2 masa dia kecik, aku la yg banyak jaga dia.
beza umor aku dgn dia err 15 thn kut. hahaha..
kecik2 dulu dia ni chubby and comel sgt.
now pun chubby jugak. hahaha.
dia mmg quite close dgn aku.
apa2 hal mmg kakak ni yg dia cari selepas mak.
dgn mak pun dia close sbb manja jugak kecik2 dlu.
ingatkan dia yg last dah dlu, sekali eh terkeluar sorang lagi.
lama juga la nak tukar panggilan adik kepada abg dlu.
beza dia dgn adik yg last tu 5 tahun.
mungkin sebab dulu  kecik2 aku bnyk jaga dia, so kami rapat.
so, bila dia dpt masuk Upsi tu, haruslah aku pegi hantar skali.
dia kalau nak buat apa2, mmg dia refer aku.
nak isi borang ke, nak beli apa, nak minta apa2, mmg ke aku lah.
ke abg lagi 2 org tu or kakak dia sorang lagi, dia jarang.
adik2 aku semuaaaaaaaaaaaaaa mcm tu.
yelah, aku kakak sulung kan?
hehehe
dgn abg aku maybe sebab dia tak duduk sini, so agak kurang rapat.
aku mmg kat sini, duk tgk depa hari2 kan?

pendaftaran Upsi 29hb 8, hari Isnin.
cuti la aku 2 hari nak pegi sana.
dia kena sesi ke 2, pkul 10.30 pagi.
dari umah abg aku, pkul 8.30 mcm tu baru kami keluar.
dia drive pun rilex2 ja.
sampai sana dlm 9.40 camtu, singgah Yik Mun dlu minum2.
kat rumah dah break1st, sini nak  minum jelah dulu sebab awal lagi.
pakat nak merasa pau Yik Mun.
tapi mak aku tak mkn..
tak lalu dek tekak katanya sebab kedai cina.
hahah...



koi pau Yik Mun.
rasanya mcm dah kecik sket la size dia dr dulu.
dulu, tahun 2005 aku pernah datang sekali.
besarrr lg dari ni. now sepinggan muat 3 bijik dah ha..
heheh...

selesai minum jom kita masuk.
ingat kut ok sebab sesi ke 2, skali kau haaaaaaaaaaaaaaaaaa, jem berderet.
tapi dah nama pun pendaftaran pelajar baru, so biasalah jem tu kan?
tapi smua run smoothly la.
jem sebab pakat nak cari parking.
pastu ada yg park ikut sedap hati, haaaa jem la.
haishhh..
bila kat tempat mcm ni, jgn la pikir diri sendri ja yeh..
ramai lagi org kat blakang, parking tu jgn sampai menyusahkan org.
tak baik tauuuu..

utk pendaftaran, buat terus kat kolej kediaman.
senang begitu je kan?
kami drop abang, dia je pegi beratur daftar semua.
yg lain tunggu dlm kreta jelah.
toksah la nak bersesak2 sekali kat situ.
biar yg nak belajar je pegi. haha
abah je pegi jln2 tgk kawasan dgn Amni.
tapi tak lama sbb Amni bebai tak larat jalan.
hahah.. adeh la budak tu.
sejam camtu, setel daftar, pegi ke hostel dia.
kena tingkat 4.. naseb kau la bang.
mak kata pasni kuruih laaaaa.
hahah..



selfie seketoi dalam bilik dia.
rumah, ada 3 bilik 2 bilik air.
ok la.. standard hostel.
1 bilik 2 org.
katil bawah semua tu yg penting. hahah.
kalau jenis dabel deck, jem sket la.. jenuh berebut berebut katil bawah.
lepak kejap berkenalan dgn roomate dia.
org kelantan, suka la abah.. hihi..
tak dapat la nak tolong kemas ke apa sbb pkul 12.30 diorg kena berkumpul sebab ada taklimat nnt.
dah nak mula orientasi pelajar baru.



sebelum balik, ambik gambar dulu.
sedih gak la masa ni.
macam2 la pesan.
mula2 abah, pastu mak pastu kakak.
dia dah buat muka boring. hahah
ish la abg oiii...
biasalah nak tinggal anak jauh2 kan?



mestilah mak paling terkesan..
lama dah abg duk lepak rumah kan?
dari habis stpm tahun lepas.
depa 2 ni geng baik.
kadang2 keluar jln2 dua org, g minum la g shopping la.
pegi tepi pantai la. amboiii sangat.
abg ni senang ja dia.
dia mkn nasi ja, lauk takat telor goreng pun dia boleh bedal sampai 2 pinggan nasi.
mak kalau abg ada, mmg hari2 kena masak nasi.
lauk pun tak susah, pastu tau dah kalau abg ada, takda la pembaziran berlaku sbb kang dia setel semua.
bila abg takda ni, mak terkesan la. hehe
dlu duk asrama sekolah, tiap2 minggu balik.
ni duk u, jarang2 la balik.
takpa mak, 4 tahun ja. hehe..

doa kakak, moga abg dapat sesuaikan diri, belajar elok2.
now dah selangkah menuju cita2 abang.
semoga abg dapat buat yg terbaik.
pasni jadi Cikgu Azrie..
yay!!

Thursday, March 20, 2014

Result SPM 2013

seperti yang dah tau, result SPM 2013 dah keluar.
semlm result STPM.
nak check result online, boleh klik sini..
pantas je result tu keluar, cuma tak detail la..
dia papar dapat berapa and apa je.
detail kena tgk slip jugak utk tau subjek tu dapat apa..

kenapa iolls buat entry nih?
haruslah kak yah cemas sebab adik aku salah sorang calonnya..
dari pagi lagi aku dah cemas.
mcm aku yg nak ambik result.. hahahah
pastu meroyan sensorang apahal la tak boleh check.
now kan dah canggih, tak mcm dlu, hari keputusan keluar pakat tercongok kat skolah.
tunggu cikgu edar slip, pastu blh tgk result kawan2 yg lain.
now dah tak perlu..
boleh check via sms or online je.
aku duk sms, pas sudah tak reply.
coi sungguh..
semak online kat  sapsnkra.moe.gov pun tak keluar..
last, jumpa yg official ni.
hilang neves aku..

alhamdulillah..
walau tak cemerlang sangat, aku tetap bangga dengan adik aku ni.
budak lelaki kan, what to expect?
dia pun bukan la kaki study punya org.
tengok result trial spm, hancur.
aku pun tak duk umah mak bapak aku, dia plak duk asrama.
so, takleh nak pantau sangat.
yg boleh buat cuma selalu bagi dia ingatan and warning..
muahahaha..
aku kan kakak yg garang.
harus ku warning adik2 aku.
aku anak no 2, bawah aku ada lagi 4 adik.
tanggungjawab aku kat diorg tak kan pernah habis.
nasihat dah bagi, peringatan dah bagi, warning pun aku bagi.
as a sister, haruslah nak tgk adik2 aku berjaya.
tak sehebat mana pun, paling kurang ada sesuatu yg blh dibanggakan.
kalau dapat lebih dari aku, lagi aku suka.
kakak hampa ni ada diploma je, ijazah tak tau bila nak habis.
harap2 adik2 aku ni dapat la sampai ke ijazah..
amin!

nilah dia adik bujang aku.
beza umo aku dgn dia bnyk jugak.
14 thn tu..
dlu masa dia kecik2, aku yg slalu kena jaga dia.
sayang sangat aku kat dia dulu sebab ingat adik yg bongsu dah..
skali keluar lagi sorang.
tu pun aku sayang.
both adik aku 2 org ni, memang rapat ngan aku.
maybe sebab beza umo tu, then aku yg slalu jaga diorg masa kecik2.
azrie ni dulu kecik2 tembam la hai.
geram ok.
comel gila.
badan ketak2, semangat sungguh.
untill now pun dia tak da la kurus sgt mcm adik laki aku yg lagi sorang.
dia ni manja.
dengan mak aku sampai sekarang kut.
ada tabiat dia yg tersendiri yg dari kecik sampai sekarang ni tak boleh buang.
kecik2 dlu aku suka gomol2 dia, gigit2 badan dia sbb dia montel.
dah besar, masuk skolah menengah, dia tak berapa gemar dah aku duk gomol2 dia.
yelah, dah jadi anak teruna kan?
dah ada gepren kut...
dia duk asrama, aku la yg duk ulang hantar dia.
belikan apa dia nak, keperluan skolah atau peribadi.
apa aku beli, dia on je..
klau org lain, ada je tak kena..
dia tak bnyk songeh.
kuat makan, tapi nasi je.
peel makan dia aku hafal sangat.
pendek kata senang jaga..

Amni pun suka je dgn pakndak.
Amierah pun sama.
klau anak2 sedara balik kg, mmg kena buli la pakndak ni..

now dah besar panjang.
pasni nak isi borang upu pulak.
klau dapat masuk universiti, maybe akan berjauhan..
haishhhh...

apa pun kakak bangga dengan abang.
walau result abang tak secemerlang mcm org lain,  kakak tau abang dah usaha yang terbaik.
moga2 abang dapat sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
dan abang boleh capai cita2 abang..
kakak doakan abang akan lebih berjaya nanti..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...