Search This Blog

Monday, March 08, 2010

Kecik Julang Trofi Juara Raja Lawak 4!

SHAH ALAM, 7 MAC 2010: Kumpulan Kecik dinobatkan sebagai juara Raja Lawak 4 sekali gus mengenepikan 2 saingan mereka, Idlan dan Alex, dalam peringkat akhir yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.Kecik yang dianggotai 2 jejaka dari Sabah - Safuan Madeaming, 20 (Wan), dan Mohd Ilham Rusdy, 19 (Achoe) - membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM14 ribu, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42' dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss. Tempat kedua, dimenangi peserta yang berasal dari Kedah, Khairul Idlan Bin Abd Razak (Idlan), 21, yang terkenal dengan gelaran Abang Kassim. Idlan membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM11 ribu, sebuah kereta Naza Optima, set teater rumah Arezza Hoffman, TV Plasma 42' Haier dan jam tangan Hugo Boss. Alex atau Alexander Ahat, 28, pula memenangi tempat ketiga dan peserta yang berasal dari Papar, Sabah ini memenangi Naza Blade 250R, sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM8 ribu, set teater rumah Arezzo Hoffman, TV Plasma 42' Haier serta jam tangan Hugo Boss. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pelawak veteren Dato' Jamali Shadat. Gelanggang Akhir Raja Lawak 4 itu turut dipancarkan secara langsung menerusi Astro Prima (Saluran 105) bermula jam 9 sehingga 10.30 malam.Malam tadi kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan secara bebas tetapi pada segmen kedua perlu menampilkan persembahan bercorak muzikal. Hadirin nyata terhibur dengan telatah mencuit hati Kecik yang tampil dengan persembahan berciri ala rock 70-an pada pusingan pertama dan aksi Tuah dan Jebat menyampaikan lagu berentak dangdut pada pusingan kedua. Insiden teknikal microphone tidak berfungsi turut menambah jenaka pada persembahan Kecik.Sebelum itu, majlis juga diserikan dengan acara karpet merah bertemakan Karpet Raja Lawak bermula jam 8.30 malam. Juri pada malam tadi adalah Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Din Beramboi manakala Jozan seperti biasa beraksi dengan begitu cemerlang pada malam tersebut sebagai hos rancangan.RL4 turut disokong oleh Sinar FM sebagai radio rasmi, http://www.astro.com,my/ sebagai laman web rasmi dan http://www.murai.com.my/ sebagai portal hiburan rasmi.


xsuka xsuka!!!awat abang kassim pon pon xmenang!!!!!!!!!!!!!!!waaaaaaaaaaaaa...sian abang kassim


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...