Wednesday, April 21, 2010

Sejarah Joomla


Sejarah

Joomla! bermula apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereka juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Nama joomla! diambil daripada perkataan ‘Swahili‘ iaitu jumla yang bermaksud ‘mari bersama-sama’ atau ’secara keseluruhannya’. Keluaran pertama Joomla ialah versi 1.0.0 telah diumumkan pada 16 September 2005. Sehingga kini, Joomla! telah keluarkan version terbaru mereka itu Joomla 1.5 untuk menggantikan Joomla 1.0.0 . Dianggarkan sehingga hari ini,ramai webmaster memilih Joomla! sebagai platform untuk membina laman web sama ada web personal, e – commerse atau sebagainya. Pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai “MasterChief “, menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.

Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka – 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran “Sumber Terbuka”. Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan2 mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

Kandungan Joomla!


Pakej Joomla mengandungi kepelbagaian bahagian berbeza yang dibina untuk menjadi sebagai sebuah modular jika boleh.Hal ini akan membolehkan peralatan tambahan dan integrasi dijalankan dengan senang dan mudah. Satu contoh berkenaan ialah sejenis benda yang dipanggil “Bot”. Bots ini adalah sebuah modul yang jika diaktifkan boleh menambahkan fungsi Joomla.

WikiBot, sebagai contoh, membolehkan pengarang kandungan Joomla menggunakan “Wikitags” dalam artikel-artikel Joomla, yang akan membina secara automatik pautan-pautan ke artikel-artikel Wikipedia apabila artikel ini diterbitkan. Beratus-ratus peralatan tambahan untuk Joomla juga dapat diperolehi melalui Direktori Peralatan Tambahan (plugin).

Komuniti

Joomla! mengekalkan komuniti aktif yang rasmi dan tidak rasmi. Terdapat lebih 100,000 tajuk forum, 500,000 pos daripada 60,000 ahli dalam 40 buah bahasa.Laman-laman tidak rasmi diterbitkan dalam bahasa-bahasa berbeza terutamanya dengan peralatan tambahan Joomla! yang spesifik kepada sesetengah kawasan. Sebagai contoh, teks-teks sampingan yang menyokong penggunaan Abjad Ibrani dan Abjad Arab dapat ditemui di laman komuniti pihak ketiga. Pemaju web tidak rasmi juga membina peralatan tambahan serta reka bentuk web yang dijual secara komersial. Rekaan bentuk oleh pereka web persendirian juga wujud.

Sejarah Pengeluaran

- 16 September 2005: Joomla! 1.0.0 [Sunrise] dikeluarkan (penjenamaan semula keluaran Mambo 4.5.2.3 yang
digabungkan dengan pembaikan keselamatan dan masalah pepijat)
- 21 September 2005: Joomla! 1.0.1 [Sunburst] dikeluarkan (Keluaran stabil)
- 2 Oktober 2005: Joomla! 1.0.2 [Sunset] dikeluarkan (Keluaran stabil)
- 14 Oktober 2005: Joomla! 1.0.3 [Sunlight] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 21 November 2005: Joomla! 1.0.4 [Sundial] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 21 Disember 2005: Joomla! 1.0.5 [Sunspot] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.6 [Sunscreen] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.7 [Sunbolt] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 26 Februari 2006: Joomla! 1.0.8 [Sunshade] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 5 Jun 2006: Joomla! 1.0.9 [Sunshine] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 25 Jun 2006: Joomla! 1.0.10 [Sundown] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 29 Ogos 2006: Joomla! 1.0.11 [Sunbow] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 25 Disember 2006: Joomla! 1.0.12 [Sunfire] dikeluarkan (Keluaran stabil – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 12 Oktober 2006: Joomla! 1.5 [BETA] dikeluarkan.
- 5 Mei 2007: Joomla! 1.5 [BETA-2] dikeluarkan.
- 21 Julai 2007: Joomla! 1.0.13 [Sunglow] dikeluarkan (Keluaran stabil – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 21 Julai 2007: Joomla! 1.5 [Release Candidate] dikeluarkan.
- 22 Mac 2008: Joomla! 1.5.2 [Stable] dikeluarkan.
- 23 April 2008: Joomla 1.5.3 [Vahi] dikeluarkan. Pembetulan masaalah nama pengkalan data dengan versi sebelumnya.
Atas tujuan memberi peningkatan berterusan dan pembetulan pepijat serta peringkat kecil kepada pengguna jommla.
- 07 Julai 2008: Joomla 1.5.4 [Naiki] telah dikeluarkan.
- 28 Julai 2008: Joomla 1.5.5 [Manmi] telah dikeluarkan.Menyelesaikan masaalah penerbitan paparan tajuk dua kali pada versi yang sebelumnya.
- 12 Ogos 2008: Joomla 1.5.6 [Vusani] telah dikeluarkan.
Versi ini mengandungi peningkatan dan pembetulan kepada URLSEF bagi com_content yang penting untuk pembetulan pepijat.
- 10 November 2008: Joomla 1.5.8 [Wohnaiki] telah dikeluarkan.
- 01 Julai 2009: Joomla 1.5.12 [Wojmamni ama woi] dikeluarkan.
- 30 julai 2009: Joomla 1.5.14 [Wojmamni ama naiki] telah dikeluarkan

Joomla versi terkini adalah Joomla 1.5.15 [Wojmamni ama mamni] dikeluarkan pada 04 November 2009 dan versi akan datang Joomla 1.6 (dalam peringkat Alpha2 sewaktu tulisan ini dibuat)



** duk guna ja joomla nih..tapi xtau sejarah..bagus jugak ada insan yg sudi sharing this info yg sgt berguna..

agak ketinggalan jugak sebenarnya dlm penggunaan joomla ni..

thn 2007 aku ngan bos start build page utk opis using joomla...godek la p balik p balik...dha buat separuh jalan,tersalah click sket je,hilang smua...buat balik dr mula..hehe...but, learn from mistake,pastu xsalah dah..trus terre!perasan!!!

2008 br publish..n until now,masih banyak yg perlu dipelajari...huhu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...