Sunday, July 25, 2010

demi masa...

Nota ini dilakar pada hari Rabu, 14 July 2010

Assalamualaikum…

Lama betul xdak sebarang update kan? Hmm…bukan menghilang kemana..ada..

Cepat sungguh masa berlalu. Hari nih sedar xsedar dah masuk 45 hari aku berpantang.bermakna sudah 43 hari dia pergi..

Ya tuhan…sesungguhnya aku amat merinduinya!walaupun dia dipinjamkan cuma seketika.. moga dia ditempatkan dikalangan para sahabatMu.

Akan aku kongsi semua apa yg telah berlaku dalam masa yg sungguh singkat ini..

30.5.2010

kami ke kenduri sepupu aku, wardah.pagi tu ke hari keluarga UniMAP..

petang tu, aku mula sakit2.sakit yg aku xtau kenapa rupanya pra-contraction.sakit sejak pkul 4 petang dan hampir jam 6, makin sakit.mujur jugak sepupu aku, dek on, seorang nurse.bila dia check, terus diajak kami ke hospital.hubby. dek on dgn umi ikut sekali. sakit sungguh!kala itu aku terbayangkan umi..patutlah syurga dibawah tapak kaki ibu!

sampai hospital pkul 7,hubby xbawak laju sgt,risau aku terhentak kuat nnt..trus doc check,dah terbuka 6cm..meaning mmg kena bersalin!trus masuk labour room dah buat preparation utk deliver bby.tgk diorg cemas jugak sbb aku blm cukup bulan,blm masuk 7 bulan pun.baru 26 mgg.

contraction datang lagi!sakit yg xdapat nk dibayangkan..yg aku ingat cuma mengucap dan istigfar pada tuhan sebanyak mungkin..pkul 8.45 mlm, aku selamat melahirkan..it's a boy!seperti yg dijangkakan.alhamdulillah prosesnya tidak sesukar mana..smuanya berjalan lancar.

aku xsempat pun tgk bby..doc trus bwk ke NICU sbb bby xcukup bulan.lepas smua selesai.2 3 org doc datang utk menerangkan kepada aku situasi bby..tika tu aku hanya mampu mendengar dan mendengar..tiada sebarang respon yg mampu aku berikan.semuanya bagaikan berhenti berfungsi..bila aku dipindahkan ke wad,(dan darah aku naik mendadak!)aku hanya mampu menangis dan berdoa pada tuhan agar semuanya baik2 saja.

esok aku dipindahkan ke wad lepas bersalin.pkul 10 hubby datang.kami naik tgk bby.saat itu aku rasa xmampu berdiri.rasa xpercaya yg kami sudah jadi mama n papa.rasa kagum dgn kebesaran tuhan dan rasa yg sangat sedih mengatasi semua bila lihat badannya yg sangat kecil dan dipenuhi dengan wayar2..utk sokongan kepadanya utk terus hidup..saat itu juga kami hanya mampu berdoa...bertahanlah anakku!

sokongan dari keluarga dan rakan sedikit sebanyak menguatkan semangat aku..dan kami terus berdoa...

nyata ianya xseperti yg kita inginkan..selasa, 1 Julai 2010...dia kembali dijemput penciptaNYA..bila hubby kata doc panggil kami utk tgk bby,aku dah mula rasa xsedap hati.dan nyata firasat seorang ibu xpernah salah.kondisi bby makin menurun sejak mlm tu berbanding hari isnin.doc dah bagi semaksimum mungkin sokongan utk dia..namun,keadaan dia yg terlalu kecil ditambah dgn tidak cukup bulan, membuatkan dia xmampu utk terima smua tu..bila doc terangkan keadaan dia pg tu,dia masih lagi bernyawa..saat aku mula menyentuh kulit mulusnya...aku masih xputus harap utk terus berdoa pada tuhan...tapi..smua itu telah tertulis..belum sempat hubby nk pegang bby,kondisi dia makin memburuk..dan akhirnya,9.55 pagi..dia telah pergi...seakan nyawa aku mahu melayang bersamanya..

kami cuma mampu menjadi penjaganya tidak sampai 48jam..cuma 6bln didlm kandungan dan tidak sampai 2 hari didunia ni,dia telah diambil kembali..

dan sesungguhnya aku sangat terkesan dgn semua tu.anak yg aku kandung,yg kemana pun aku bawa kemanapun aku pergi telah tiada.seakan terkenang saat aku dan hubby sama2 menangis bila tau wujudnya satu nyawa dalam rahim aku..hasil kasih sayang dan cinta antara kami..bila melihatkan hubby yg nampak sgt tenang berbanding aku..buat aku jadi sedih.dia yg lebih teruja berbanding aku bilamana kami mula merancang kehidupan kami selepas punya anak..dan...dia juga xsempat memeluk anaknya sendiri,tapi hanya mampu untuk mengusung jenazah anaknya!

berpantang tanpa anak disisi adalah sesuatu yg sgt sukar bagi aku.zahirnya mungkin nmpk aku gembira,senyum,ketawa2 bila ada yg menziarah...tapi hati aku hanya tuhan yg tahu..alhamdulillah,dengan sokongan teman2,keluarga dan suami...aku menjadi tabah dan redha.

mungkin ini yg lebih baik utk dia.klau dia terus hidup pun mungkin xsesempurna yg lain.dan kami harus redha dgn semua yg telah direncanakan oleh tuhan..dan siapa tahu,ada hikmah yg tersembunyi utk semua ini...tuhan itu menguji umatnya kena dgn kemampuannya.itu yg dipesan oleh puan pada aku berulang kali..dan ada yg telah menunggu aku sana nanti..

jika itu yg terbaik dariMu untuk kami,aku tau...aku perlu redha dan menerimanya dengan hati yg tenang.walau sesekali aku mengungkit hukum tuhan kepada aku..Astagfirullah hal azim!ampunkan aku ya tuhan..

Ya Allah, dariMu dia datang,kepadaMu jua dia kembali....tempatkan anakku di kalangan para sahabatmu ya Tuhan....AMIN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...