Sunday, July 25, 2010

untuk anakanda Muhammad Aqil bin Shahrizal

Assalamualaikum..
Saat ini sudah 44 hari Aqil pergi meninggalkan mama.. walau Aqil tiada, ingatan mama kepada Aqil xpernah padam.. Walau tiada foto Aqil utk mama tatap, namun bayangan Aqil xpernah hilang. Setiap hari mama akan tetap merindui dan mengingati Aqil.. bagi mama, Aqil adalah anugerah yg xternilai utk mama dan papa.. namun apakan daya Aqil Cuma dipinjamkan utk sementara.. xdapat mama gambarkan kebahagiaan hidup kita seandainya Aqil terus ada dlm hidup mama dan papa… persiapan untuk menanti kehadiran Aqil dalam hidup mama dan papa sudah separuh kami sediakan.. Ingatkah Aqil pada patung Sin Chan yang papa belikan untuk Aqil ? Untuk jadi peneman mama dan nanti untuk mainan Aqil.. dan ia menjadi tanda kenangan bahawa Aqil pernah menjadi sesuatu yg sangat indah dalam hidup kami.
Aqil lahir dari rahim mama pada 8.45 mlm, Ahad, 30 Jun 2010. dan Aqil pergi pada 9.58 pagi, Selasa, 1 Julai 2010.. cukup singkat tempoh Aqil bernafas di dunia ni. Kalau diberi pilihan, mama mau Aqil terus berada dalam kandungan mama kalau itu boleh membuatkan Aqil terus bernafas dan tidak diambil dari mama. Sekurang2nya mama tau Aqil ada dekat dengan mama. Dan mama dapat terus merasa gerakan2 halus Aqil, tindak balas dari Aqil bila mama menyentuh perut mama..
Walau mama Cuma mengandungkan Aqil selama 6 bulan, ia adalah satu saat yg sangat indah dalam hidup mama.. mengandungkan Aqil banyak mengajar mama erti sabar. Mama alami alahan yg boleh tahan teruknya bila mengandungkan Aqil.. hilang selera makan, muntah2 dan alahan pada kulit mama.. namun itu smua tak menjadi masalah utk mama.. tempoh trimester pertama mmg memeritkan. Untuk menunggu Aqil membesar. Mama jadi malas dan cepat letih.. namun demi Aqil, mama kuatkan semangat… Alhamdulillah.. semua itu berjaya mama atasi.. bila usia Aqil dlm kandungan mama menjengah 5 bulan… ia menjadi semakin baik.. Selera makan mama pun semakin baik dan Aqil semakin membesar. Ingatkah Aqil bila tengah2 mlm mama gesa papa belikan mama Slurpee sampai mama merajuk dengan papa ? Hmm.. nasib baik Seven-E tu dekat je dgn rumah kita kan ? dan hampir setiap malam papa akan belikan mama Slurpee sedangkan dulu mama xminat sgt dengan minuman berais dan manis tu…
Aqil anak mama…
Ia sesuatu yg sangat indah dan tidak dapat diungkapkan dengan kata2 apabila mama mendapat respon dari Aqil bila mama mengusap perut mama yg membawa Aqil kemana pun mama pergi. Gerakan2 halus dr Aqil sgt mengujakan mama! Dan papa sangat cemburu dengan itu. Aqil baik2 saja dlm kandungan mama.. bila mama sibuk bekerja, berfikir utk menyelesaikan kerja2 mama.. Aqil diam saja.. Aqil beri mama ruang.. dan bila mama rehat, Aqil akan bergerak aktif.. Ke kiri dan kanan Aqil di dalam perut mama. Itu dapat mama rasakan sayang.. dalam masa itu juga, dengan adanya Aqil, mama boleh berfikir lebih dr jangkauan mama sebelum ni.. mama dapat mencari punca utk menyelesaikan kerja mama yg selama ni tertunggak.. Aqil memberi mama inspirasi.
Bila Aqil semakin besar, Aqil tidak mendatangkan bnyk masalah pada mama.. Aqil buat mama jadi suka berjalan2.. sampai ke Cameron Highland mama pergi bawak Aqil.. berjalan berdua dengan papa dan bertiga bersama Aqil sangat menggembirakan mama… dapat rehatkan fikiran dan luang masa bersama dengan papa Aqil.. dan mama langsung tidak letih, sakit2 badan, kejang kaki dan tidak langsung rasa tidak enak badan sepanjang 3 hari 2 malam bercuti walaupun agak jauh berjalan..
Alhamdulillah.. Aqil tak meminta yg tidak2 kepada mama.. mama xmengidam yg bukan2. klau tak,mesti papa teruk kan sayang? Mama makan apa yg terlintas di fikiran mama je.. lagipun mama xmkn bnyk sgt kan? Walau selera mama xcukup baik, tapi mama tetap kuatkan hati, makan utk kesihatan Aqil.. mama cuba utk hindari makanan yg tidak elok untuk tumbesaran Aqil. Syukur juga bila rakan mama menyediakan juadah utk mama bila mama punya kepingin utk makan sesuatu.. indah sungguh pengalaman itu anakku!
Melahirkan Aqil juga sangat mudah.. Alhamdulillah, Mama tidak perlu menahan sakit dalam jangka yang lama.. Walau Aqil lahir dalam keadaan songsang, itu tidak menyulitkan proses kelahiran Aqil. Mungkin kerana saiz Aqil yg kecil turut membantu. Di saat sakit melahirkan Aqil, mama jadi sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.. Hilang semua sakit mama bila Aqil selamat dilahirkan.. Ramai yg melihat Aqil mengatakan Aqil sangat comel. Hidung yang mancung persis mama dan papa. Kening Aqil yg cantik terbentuk dan rambut Aqil yg lebat. Aqil juga waktu itu sudah sempurna sifatnya. Jari2 Aqil yg cantik dan kulit Aqil yg begitu mulus menjadikan Aqil begitu sempurna di mata mama.
Anakku sayang, walau mama terkejut dan belum bersedia untuk menerima kelahiran Aqil yg lebih awal dari jangkaan, namun mama tau mama perlu kuat untuk Aqil. Doa mama xputus untuk Aqil, supaya Aqil selamat.. Supaya mama dapat curahkan sepenuh kasih sayang mama pada Aqil, anak mama… Aqil tau, mama dan papa sampai saat Aqil dilahirkan masih belum henti bergaduh. Berebut untuk buat kenduri akikah Aqil, di rumah papa di Kangar atau di rumah mama di kampung. Bila diingat kembali ianya sangat lucu bila papa Aqil bertegas nak buat di Kangar dan mama yg xmahu mengalah. Asal Aqil tau, tokwan Aqil, masa mama mengandungkan Aqil 3 bulan sudah berkira2 harga kambing untuk akikah Aqil nanti. Dan dia telah melunaskan niatnya dengan tetap membuat kenduri akikah Aqil walaupun Aqil telah tiada disisi kami. Dan mama juga punya niat untuk buat majlis berendoi untuk Aqil nanti.. Tapi apakan daya.. mama xberpeluang sayang.. mama xberpeluang untuk lakukan semua itu untuk putera mama. Memeluk Aqil pun mama xmampu.. dan Aqil jugak xsempat merasa susu dari badan mama…
Tentu Aqil ingat papa kan? Sejak usia Aqil menjengah 3 bulan dalam perut mama.. tiap mlm papa akan bercakap dengan Aqil dan kacau Aqil dr tidur kan? Tiap2 mlm papa akan sapukan losyen kat perut mama.. papa xnak nnt bila Aqil terus membesar, dan perut mama jugak akan turut membesar dan bila Aqil dilahirkan, akan meninggalkan parut di perut mama. Dan kesempatan itu papa ambil utk bercakap dgn Aqil, dan semestinya Aqil dapat rasa belaian papa kan? Klau Aqil nak tahu..papa mmg xsabar tunggu Aqil dan dia sgt teruja bila tau wujudnya satu nyawa dlm rahim mama! Dan mama xakan lupa bila dia menitiskan airmata pada saat kami berkongsi berita gembira tu.
Papa Aqil sgt menjaga mama bila dia tau mama mengandung.. dia xpernah tinggalkan mama keseorangan di rumah tanpa sebab. Dia sentiasa ada disisi mama. Dia jugak setia menggosok belakang mama bila mama muntah2. Setiap mlm dia akan mengisi bekas air utk diletakkan di sisi mama kerana dia tahu mama akan terjaga waktu mlm utk minum air. Dan dia xpenah lupa utk mengingatkan mama utk mkn ubat.. Dia jugak akan bangun di tengah2 malam bila kaki mama kejang dan akan terus mengurut kaki mama sampai baik walau matanya masih lagi pejam.. sedangkan sebelum ini papa Aqil susah utk dikejutkan dari tidur. Alhamdulillah, bila mama mengandung, smua tu jadi mudah. Dan papa jugak akan temankan mama ke bilik air bila mama terjaga di tengah2 mlm, bimbang katanya. papa xpernah lupa utk menyapu losyen di perut mama walaupun dia pulang lewat dan waktu tu mama sudah pun tidur.. dan akhirnya Aqil yg sudah tertidur akan terjaga bila diusik papa kan? Bila Aqil bangun, mama pulak yg xboleh tidur..hehe.. Indah sungguh saat itu.. Dan sepatutnya, saat ini Aqil masih lagi berada dalam kandungan mama, masih lagi dapat merasa belaian mama dan papa..
Anakku Muhammad Aqil,
Walau detik itu Cuma sementara dan telah berlalu, namun mama bersyukur kerna diberi kesempatan utk menikmatinya.. akan mama ceritakan pada adik2 Aqil suatu hari nanti.. Insyallah..
Aqil adalah bukti cinta antara mama dan papa… bukti kasih sayang kami dan ia adalah anugerah yg sangat ternilai dr tuhan.
Namun mama tau, mama harus redha.. ini ketentuan yg telah tertulis utk kita. Mungkin ini yg lebih baik utk kita semua. Tuhan itu maha mengetahui.. setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya yg tersendiri.. tiada siapa yg dapat menjangka apa yg akan berlaku di masa depan.. mama sendiri xtahu bagaimana keadaan Aqil sekiranya Aqil terus hidup.. mama akan lebih menderita utk melihat hidup Aqil sengsara. Mama xcukup kuat utk berdepan dgn semua tu. Mama mau yg terbaik utk anak mama. Melihatkan Aqil yg sangat kecil dan badan Aqil yang dipenuhi wayar pun mama xmampu.. apatah lagi untuk berdepan dengan kemungkinan lain bila Aqil besar nnt..Dan mungkin ini yg lebih baik utk Aqil.. saat ini mama semakin dapat menerima hakikat yg telah ditentukan tuhan. Mama janji mama akan lebih kuat di masa hadapan.. tapi ini bukan bermakna mama akan lupakan Aqil. Tidak! Sampai bila pun Aqil akan terus berada di hati mama dan papa. Cuma hidup mesti diteruskan.
Dan mama berharap kasih sayang papa Aqil untuk mama xpernah putus.. dan kasih sayang dan ingatan mama dan papa untuk Aqil akan terus utk selamanya. Doa mama sentiasa mengiringi Aqil. Moga Aqil tenang di sana.. Dan sesungguhnya mama dan papa sangat merindui Aqil!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...