Search This Blog

Wednesday, October 20, 2010

tanggungjawab...


ini menu dinner kami malam isnin lepas..sotong goreng tepung dan ikan masak kicap..simple je utk dine berdua..mlm semlm nasi goreng.malam ni sotong pakpet dan ikan kering..menu yg mudah dan ringkas tapi sedap..kira sedap la tu sebab ada rasa..untung dr mereka2 diluar sana yg hanya dapat makan sekali sehari..

menu kami tiap2 hari, yg mudah2 saja,sebab aku bukanlah pakar dlm masakan..cukup sekadar ada rasa dan boleh mengenyangkan perut...mujur juga hubby bukan jenis yg memilih..dia akan makan apa saja yg aku masak..klau kena dgn selera, dia makan banyak, klau xkena, dia makan sikit. dan bila dia mkn sikit, so aku paham, klau nk masak camtu jugak, buat sket je..utk aku jelah..alhamdulillah...dr dlu hingga kini, smua yg aku masak akan masuk ke perutnya tanpa sebarang komen yg mengerikan..hehe..hasilnya...lihatlah perut buncit beliau yek...

dan hubby jugak xmemaksa aku utk memasak..cuma kadang2 akan ada request nk makan apa..klau aku tau, aku buat, xpun tanya ngan mama apa yg dia suka..senang kan? klau aku letih, xlarat, dia xbagi masak..depend on me..tapi aku suka masak utk dia sebab dia akan makan dan aku suka tgk dia makan..rasa seronok bila dia habiskan apa yg aku masak utk dia...rasa diri dihargai...-- aku pun xbrapa suka sgt mkn kat kedai, kadang2 xsedap pun...mahal kemain!!

percaya lah wahai sahabat2 ku diluar sana..kita xperlu jadi pakar dlm memasak utk suami..asalkan kita masak utk diorg, layan diorg baik2.insyallah..rumah tangga akan baik2 je..setinggi  mana pun kita, bila dirumah, sang suami yg berkuasa..walaupun suami tu chef terkenal..tapi dia mesti nk isteri dia masakkan utk dia..dan kita pun mesti sronok bila suami makan dengan penuh selera..kadang2 yg simple2 pun akan jadi sedap bila kita masak seikhlas hati masak utk diorg..

kan org tua2 slalu kata..tambat hati suami dengan masakan...aku dlu pun xsuka masak..zaman muda2 dlu jgn harap la..masa duk kolej dlu la..masak  megi tau la..bila dah keja pun, weekend jek masak..tapi bila dah kawen, nak xnak ko kena masak..dr xminat skang dah suka masak..dari xreti skang dah makin reti..smua akan jadik mudah bila hati ikhlas dan suka...percayalah!! -- lainla klau dapat suami yg mmg xtau nk hargai isteri !!

ok..back to the topic..just want to share with all the readers out there..
its about responsibility..

sebulan lagi akan genap setahun kami kawen..alhamdulillah, hidup kami baik2 je..tiada yg kurang tiada yg lebih...sederhana..syukur atas rezku Mu..
dan sepanjang hidup bersama dan setelah bergelar isteri, dari awal lagi aku sudah berjanji utk menjadi seorang isteri yg baik. biarpun tidak terlalu sempurna dimata suami, insyallah aku cuba utk jadi yg terbaik. bukan mudah utk menjadi seorg isteri dan insyallah ibu..bila sudah  berkahwen, tanggungjawab terhadap kita akan berubah kepada suami..dulu pada org tua, mak dan ayah..tapi sekarang tidak lagi..dosa dan pahala sang isteri..sang suami yg akan menanggungnya nnt..dan aku cuba sedaya upaya utk menjaga itu..kerna, isteri cuma menjaga dosa dan pahalanya...tapi suami...perlu menjaga dirinya dan isterinya..bagaimana klau isterinya slalu berbuat dosa ?bagaimana utk dia menjawab di akhirat kelak ?

mula2 kawen dlu, banyak nasihat2 yg aku dapat..dan aku sendri mempersiapkan diri utk menjadi isteri..aku cuba sedaya upaya menjaga kebajikan suami..bukan minta wang ringgit berjuta..cuma kasih sayang.. bukannya aku nk laki yg kaya raya, cukup sekadar yg dia mampu..yg penting kasih sayang dan kepercayaan dlm rumah tangga kan? apa guna klau kaya tapi pompuan keliling pinggang..nak ke laki camtu? biar xda duit yg penting hati baik...kan? so, bila dah dapat laki baik..jaga la baik2..baik ke laki aku? baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat!!!!

kadang2 aku hairan tgk org zaman skang yg kawen muda..xsalah,apa nk buat dah jodoh..dr buat dosa baik kawen kan? xdak masalah nk kawen muda..tapi kadang2, yg muda2 ni cuma pikir sronok.tgk org kawen, kita pun gedik nk kawen sedangkan umo br setahun jagung..bila tgk laki bini yg baru umo 18 19 tahun..aduss ngeri sungguh..bila dapat anak sorang, mula lah..macam2 jadi dan akhirnya bercerai berai..yelah, umo muda, xreti apa lagi..keja pun xtentu  hala..bercinta xsama cam kawen..takat yg aku duk tgk, ada la jugak yg aku kenal..kawen muda then, sethn dua..cerai..baik xpayah kan?nak2 plak yg ada anak..isteri xreti lagi nk menjaga rumah tangga..suami plak dah muda duk pikir nak sronok je...
tapi klau dah jodoh n elak dr buat maksiat mmg elok dikawenkan je..bila tgk muda mudi sekarang neh yg gedik semacam jek aku pun takut..aku ada lagi 2 adik perempuan..jenuh nk duk kepung jugak la..risau..

ok..kat sini nak kongsi sket dr pencarian aku..sama2 la kita manfaatkan..moga rumah tangga kita semua baik2 je..aminn...


Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

** kredit to http://jomkahwin.wordpress.com 

 

2 comments:

  1. isteri kena rajin2 memasak kan..untung kalo dpt suami yg rajin membantu :)

    ReplyDelete
  2. begitulah..sementara duk ber 2 ni,masak lah..pasni dah ada anak, takut xsempat pulak kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...