Search This Blog

Tuesday, January 11, 2011

Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir

Selasa Januari 11, 2011
Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir 


Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25. - Foto AZHAR MAHFOF
KUALA LUMPUR: Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.
Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.
“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.
Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.
Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.
Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).
Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.
Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).
Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.

Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.
Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.

Bersifat jujur - M.Nasir
Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.
“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.
“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.
Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.
“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.
“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.
“Semua kena tanya M.Nasir," katanya



petikan dari mStar...mcm2 kan..tapi mmg dah agak dah isu ni......

3 comments:

  1. AJL 25 yang membosankan terutama pengacara 3 stooges yang lawak tak pernah nak grow up, cliche dan dah rasa nak termuntah. Program terlalu panjang dengan lawak bodoh yang sama asyik pendek, hitam even my young kids pun tahu boring. Lagu ana tu not bad orang tak suka coz perangai dia tu yang bad, kononnya tak lih pisah dgn gitar tp boleh nyanyi tanpa gitar plak. orang marah coz prangai dia tu. Lagi satu perembahan artis plk except for Yuna n black and Bunkface yg lain terlebih drama...patut masuk pilih kasih!...drama...drama..drama...macam tengok wayang cina plk...overall AJL25 ..Hameh n Hancus..

    ReplyDelete
  2. hmm..bab lawak tu mmg la..lawak yg sma tiap2 thn kan? tapi bule la jugak dr diorg skema je kan..persembahan artis ada yg bagus n ada yg kelaut..keputusan juara tu pun ramai yg xpuas hati..tapi apa nak buat, keputusan di tangan juri

    ReplyDelete
  3. Azmeer diri sendiri pun banyak tak betul nak bertelagah dengan orang. Orang kahwin dua dia kahwin dua tapi bini nombor dua dia tinggal-tinggalkan. Rupanya takutkan bini nombor satu............Isteri kedua tersiksa tertipu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...