Saturday, February 05, 2011

Doakan mereka selamat...

semua sudah tau keadaan di Mesir sana.. kucar kacir n kacau bilau. tgk berita, itulah yg jadi tajuk utama. kat newspaper pun 2,3 helai cerita tu saja..
keadaan disana khabarnya bukan makin berkurang, malah makin teruk..rusuhan makin merebak ke kawasan2 lain. kereta kebal di mana2. penduduk nak kuar rumah pun takut. bekalan makanan makin susut, nak kuar beli, bimbangkan keselamatan diri, klau dapat kluar pun, harga barang melambung2 mahalnya. talian komunikasi pun ada yg disekat. perintah berkurung pun ada yg xpatuh...pelancong2 asing ramai yg terkandas...
bila tgk semua tu, apa yg buleh aku katakan adalah....dasyat!

syabas kepada kerajaan Malaysia atas usaha gigih utk membawa pulang rakyat kita disana..itulah yg sebaiknya. mula2 dlu ada jugak yg mengecam kedutaan Malaysia di sana dan kerajaan kita sendri sebab lewat hantar bantuan. mustahil la kerajaan akan tengok saja tanpa ada sebarang tindakan. sebelum sesuatu tindakan diambil, mesti diambil kira pelbagai aspek. bukan bule main redah je..keadaan disana tgh kucar kacir ..negara2 lain pun tentunya mcm kita jugak, risaukan keselamatan rakyatnya disana. rakyat kita disana buleh tahan ramainya..yg ramainya pelajar la, yg bekerja disana pun ramai.
alhamdulillah, semua rancangan dipermudahkan..sedikit2 rakyat kita sudah dipindahkan ke Jeddah. khabarnya lepas ni akan terus dibawa pulang ke Malaysia. misi sekarang ialah membawa keluar dr Mesir dahulu..


sedih sangat tgk keadaan di Mesir..keadaan rusuhan itu memusnahkan bandarnya..rata2 penduduk adalah beragama Islam..hairan, kenapa mesti merusuh..kenapa mesti singkat begitu pemikiran kita. kesian kepada yg xbersalah, yg terbunuh, yg cedera..anak2 kecil...merusuh, tapi keadaan masih tetap sama, tiada perubahan, malah makin teruk...
kalau di Mesir, negara Islam sendiri begitulah keadaanya...bagaimana agaknya di negara lain ...subahanallah...lebih baik duduk di negara kita sendiri, belajar di negara sendiri..Malaysia sudah cukup aman pada aku...

Ya Allah...berilah mereka yg tidak bersalah itu perlindungan...lindungilah semuanya dari bencana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...