Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 29, 2011

NASIHAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)

NASIHAT HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)

i) Dikeluarkan pada 9.11 pagi 29/03/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Kuala Muda) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.


ii) Ditingkatkan pada 7.50 pagi 29/03/2011 

Amaran Ribut petir dan Hujan lebat yang dikeluarkan pada 4.30 pagi; 27/03/2011 ditingkatkan kepada Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning). Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.


Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 10.00 pagi
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
(MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
http://www.met.gov.my





vavava..harap2 brenti la hujan tu hari ni...since petang semlm ni, xbenti2 lagi..lebat bule tahan la jugak..baca plak berita cenggini, lagi la haku cemasss..dah la mak baru beli lemari..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
balik keja semlm mmg lebat gila hujan sebab angin kuat. basah la jugak kami laki bini. alang2 dah basah, ada niat gak nak main hujan..kekeke..klau xkerana keadaan badan xmengizinkan, harus ku mandi hujan dlu semlm..syok oo main hujan ni..
skali bila dah masuk umah, p tgk dapur...wahhhh, dapur aku sudah banjir!! hujan lebat+angin kuat..tempias air hujan sampai basah abih lantai dapur. masuk ikut bawah pintu dapur tu..klau angin xkuat maybe xteruk sgt basahnya..nasib la..laki aku la tlg setelkan..mak duk berbungkus dlm selimut jek, giler sejuk semlm..

moh le pakat2 doa bg hujan benti..risau kut banjir pulak..baru je lagi nih.. mmg la aku suka klau hujan, sejuk je, tidor pun best..tapi klau sampai nak banjir ni,,takut weiiii...risau ni risauuuuuu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...