Search This Blog

Monday, August 01, 2011

Berpuasa semasa hamil


Adakah ianya selamat?

Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat.

Berikut adalah perkara yang kami pasti:
• Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
• Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
• Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
• Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
• Kesihatan anda sebelum kehamilan.

Apakah amalan lazim wanita lain?

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa.

Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan.

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka.

Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa?

• Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
• Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

• Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
• Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
• Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
• Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
• Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
• Anda loya atau mula muntah.
• Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
• Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
• Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
• Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
• Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

• Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
• Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
• Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
• Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
• Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
• Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.






hari ni 1 ramadhan..setakat ni aku masih berpuasa...blm ada rasa apa2 lagi..td pagi perut dah berbunyi2 sket..tp kejap jek..tgk kejap lagi, klau rasa pening pelik sket, rasanya buka la kut..xsampai hati noks...kita kat luar ni mmg la rasa mcm xdak apa2, dlm nun xtau cemana..klau dia bleh bgtau, xpa la kan..

klau boleh mmg nak puasa penuh, tapi tu semua hanya perancangan...klau xmampu, xkan nak kuatkan diri jugak..ni pun ada rasa mcm nak menggigil dah sket ni...semlm sahur pun mcm xlalu sgt..maybe sbb 1st day kut..aku dah belasah kurma kaw2 dah semlm..heheh
pasni nak ganti puasa tu kita kira lain..yg penting sekarang ni ha...tapi klau buka pun, nak  makan apa??? mana ada kedai mkn yg buka kan..hehe...

2 comments:

  1. kita merancang, Allah yang tentukan.. moga akak dapat berpuasa tanpa halangan yang sukar..

    ReplyDelete
  2. harap2 tu mcm tu la...moga dipermudahkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...