30 may 2010 yg lepas, aku selamat melahirkan anak sulung aku. erm, dlm pkul 7 kut. ntah, xingat pkul brapa, yg pasti maghrib.
hari ni dah 30 may 2012. 2 thn dah usia dia.
30 may 2011 pun ada entry utk dia. dan insyallah, selagi aku mampu, tiap2 thn akan begini. tidak mungkin utk aku lupakan kehadiran dia dlm hidup aku walaupun cuma utk 2 hari.
pengalaman mengandungkan dia sgt indah utk dikenang. anak sulung kan? excited tu tuhan saja yg tahun. bukan setakat aku dan suami, teman2 disekeliling, family..
alahan mmg ada, tapi kena menikmatinya. bukan semua org akan ada pengalaman tu.
pengalaman melahirkan juga sgt indah. alhamdulillah, sgt mudah. aku xperlu menahan sakit utk tempoh yg lama.
menatap wajahnya dan memegang tangannya.. ya allah, indah sungguh ciptaan Mu..
selama lamanya, Muhammad Aqil akan sentiasa ada dlm hati mama!
No comments:
Post a Comment