Search This Blog

Loading...

Monday, May 21, 2012

weekend yg ditunggu2 oleh para ibu

sejak 2 menjak jadi mak ni, asal hari jumaat jek, hooyeh hooyeh.. jumaat dah. bila dah masuk sabtu dabel hooyeh.. lompat bintang siap.

sronok sebab bule cuti? nehi nehi...

cuti dari keja opis jek.. tapi bermula lah episod never ending works seorang ibu yg vogue the vass kepada seorang anak dara yg comey dan isteri kepada seorang suami yg boroi ensem...
skang ni toksah mimpi nak bgn lambat klau weekend. bgn smayang subuh, nak sambung tdor balik adalah sesuatu yg mustahil. anakanda aku yg sorang tu bangsa bgn awal. tdor la lewat cemana pun, pkul 7 pagi tatap celik mata. xkiralah hari apa pun. klau weekend, aku bgn smayang subuh tu, slow2 je pergerakan. buka tutup pintu toilet tu sgt berhemah. sebab klau xberapa nak berhemah, dia ada bunyik sket. slalu bunyik pintu tu lah yg buatkan dia bgn. pas smayang, naik atas tilam pun slow2 jugak. so, blh la kau nak pejam mata barang setengah jam. bila laki aku plak yg bgn, hmmm.. jgn harap nak slow2 apa dah. ditolaknya pintu toilet tu, dan2 tu celik mata budak kecik tu. tapi dia bl bgn tdor, xnangis. duk la merepek meraban sorang2. dah jemu, meh panjat2 aku yg tgh beradu plak. dah lama sket, boring, di gigitnya aku. nak ajak main la teww.. so, cena nak tdor pagi2?
lagipun xelok kan tdor pas subuh mama kannn? yolah2... mama bgn wahai anakku...

sementara laki aku duk siap2 nak g opis, aku mandi sesiap. kang xdak sapa nak nengok amni. pas laki aku pegi keja, maka bermulah episod supermak aku tuh..
start 8.30 pagi tuh, sampai mlm, non stop la.. kasik amni makan, then main2 jap, pastu kasik mandi. pas mandi, kasik dia minum susu ke main2 ke. dlm masa tu aku g masuk baju2 dlm washing machine. pastu sapu sampah and mop lantai. time jugak duk menjerit2 and berkejaran ngan amni. dia melasak kemain skang ni. baru merangkak tapi laju giler. kejap2 eh, kat bawah meja, kejap2 eh kat pintu, kat almari tv. dah pandai menunggah plak skang ni...


see.. sasaran dikenal pasti.. jom cari apa ada dlm ni...

pastu smua nak masuk mulut. mainan yg ada smua dah jemu. xmencabar langsung, so cuba yg baru ni plak. terjerit2 la aku tgk keja dia. buat muka xbersalah and sambung balik. pfff.. sabar jelah..

pkul 10.30 paksa amni tdor.. hahah.. masuk dia dlm buaian, nyanyi2 sket, lelap dah.. pastu berkejaran la aku g sidai baju yg 2,3 bakul tu. pas sidai baju, kemas dapur, kluarkan segala binatang and tumbuhan yg hendak dimasak. tapi buat keja jgn kasik bunyik2, kang mengganggu tuan puteri beradu. dia bgn kang, apa pun xbulehhh.. nasib baik, dia tdor lama, nasib xbaik, sejam jek tdor.. nasib la. sambil masak sambil berlari tgk amni. dlu mula2 buat rumah rasa mcm eh, kecik jek umah ni. skang ni, aduiiii... besar ek rumah kita papa. mama xlarat nak kutip amni.. bahaha

tghr, kasik amni mkn, main2 ngan dia jap, aku pun makan sama. pastu angkat kain baju  yg sidai pg td and sesi lipat kain pun bermula.. mek kecik tu pun tlg lipat sama. silap2 ngan dia2 skali aku lipat.. ok, xkelakar. xtahan,paksa amni tdor pulak. budak tu klau xpaksa, mmg nak main jek keja. bl dah ngantuk, ha ngamuk la. sblm ada amukan, baik aku paksa dia tdor sesiap. ha, time dia tdor ptg, bula la nak lelap mata sama sbb slalu ptg dia tdor lama. time tu, bule tdor siang rasa mcm heaven oi. tapi jarang2 la.. sebab masih ada kerja yg menunggu. cuci kat luar rumah pulak.. sapu lantai depan pintu and kat tepi2 tu. sbln skali kena basuh sket sbb kotor. biar lama2 kang xtanggal kotor tu smua lagik la hodoh. jadi cinderella kejap..smayang zohor and asar hujung2 waktu la klau weekend. tv? jgn harap la..

klau aku nak berehat dgn haibat sket, aku balik umah mak aku. kasik tok ngan tokwan jaga cucu diorg ni, aku bley tdorrr.. heheh.. tapi slalunya aku blk sana pas aku setel smua keja umah..klau x, hati xtenang pikir kain baju yg menimbun tu.

mak2 lain pun sama jek mcm aku ni kan? lain la yg ada maid.. mmg goyang punggong kaki la. apakan daya, kami laki bini xmampu.. wahahah.. klau x, dah lama ambik 3 org maid buat keja umah.. mampu? xmampu, diam sudeyy.. yg tinggal ngan mak bapak pun maybe untung jugak kan.. at least ada gak org tlg2 sket. ko kemas umah, mak masak hari ni.. heavennn..

tapi, smua tu kecik punya hal la.. aku xdak masalah nak buat tu smua. sapa suka nak tgk rumah berselerak kan? penat kemas umah, pastu masak lagi, jaga anak lagi.. tapi bl laki balik, makan, cakap sedap, makan sampai licin.. rasa dihargai.. ptuiiii.. bnyk la dihargai kak yah oii.. penat nak mamps okeh.. laki aku tu blh la bantu sket. takat pas mkn, then tlg basuh pinggan, pastu minta tlg masukkan kain dlm mesin basuh, sidai baju anak, sket2 tu bole la.. nak suruh bnyk2 pun kang org xnak buat, baru padan muka. so,tlg yg simple2 pun cukup la dari xada..

klau cakap letih, mmg la letih. tapi nak xnak kena buat. dah nama isteri, gitulah. tu blm hari kerja. klau smua keja umah nak tgg weekend, mmg masak la. blk keja, baju kena basuh jugak. kang melimpah2 plak. habis stok spender nnt. cuma lipat jek kdg2 malas. klau lipat pun, duk dlm raga tu jek. nak simpan dlm almari asik la lupa.. heheh..

eh, panjang pulak aku membebel nih.. tetiba ada masa ye dok... aku membebel ni subuh2 tau tak? aku bgn sahur, malas nak tdor balik.. so, bule la merepek kejap.. ai puasa hari ni uolls.. puasa ganti.... huahuahua.. banyak laaagii..

dah, nak g smayang subuh.. ok,bai...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...