Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 22, 2012

1st day raya

moh citer pasal raya pulok.. citer puasa dah habisss

semangat nak raya berkobar2 sebab 1st time raya dgn anak kan. thn lepas 1syawal, aku tgk jelah org mkn, telan air  liuq jelah.. amni duk dlm spital time tu. org meh tgk aku jelah. walau amni xda, tetap dpt duit raya jugak. thn ni bule kutip duit raya secara live ye nakkk.. heheh

1st day, laki haku kejeeeee.. aku beraya 2 batang kara ngan amni jelah. pepagi dah bgn, laki aku kena masuk awal hari tu. amni pun bgn sama. pas dia g keja, aku kemas2 umah sket. amni duk ek ek napa ntah. tgk semacam jek, aku masuk dia dlm buai.. ngantuk rupanya.. gegas buat keja, kemas umah, masak makanan dia n aku siap2 dlu. pkul 10 br dia bgn. siap2 dia plak. then, g lepak umah pak mentua aku. diorg dah blk smayang raya dah.. lepak situ dlu pg raya, ater umah sebelah jek pung.


baju raya amni yg pertama.. hehe.. baju kurung, tok xsempat jahit.. dia mcm pelik bl pakai gaun cenggini. duk belek2 ja baju dia.. pagi raya, bg sopan sket ye nak oiii. aku xpenah kut beli. ada la 3 helai yg duk pakai hari2. tu pun mak2 sedara kasik. skang ni dia duk merangkak, cam susah dia nak bergerak bl pakai gaun.. so, pakai seluar jelah


 
jenuh nak ambik gambar budak nih.. ni jek gambar 1st day raya.. sedihhhhhh. merata pusing. xpadan ngan akai gaun, lasak tu tatap adoooo.

kakak hana dgn baju bling2.. memula sopan jek, dah lama sket, melasak, habis dah keayuan pagi raya..

memula tu amni behave. br bgn tdor kan. duk main2, sambil aku suap mkn. dah lama sket, perut dah kenyang, mula nak buat perangai. 1st sebab dia rimas ngan baju tu. baju tu buat dia susah nak bergerak. duk ek ek jek. sampai mkn pun aku kena riba..
lepak umah pak mentua aku sampai tghr sbb sedara mara pakat nak tgk amni. bl org ramai, lagi syiok dia buat perangai.. org tegur sket, org cuit pp sket, meraung trus. nak ambik pegang, jauh panggang dr api. langsung xleh berenggang.. kelek la aku kehulu kehilir. bagus la wahai anak... tgk dia mcm xsedap badan pun ye jugak. dgn duk berhingusnya..
dah smua balik, aku bwk dia blk, basuh2, minum, kasik tdor. tp tdor xlama sbb xselesa kut. bgn, minum susu, then muntah.. terbaek.. habis baju raya mama amni wehh.. dgn aku2 skali kena mandi pastu. badan dia pun mcm suam2 kuku dah.

ptg tu aku bwk dia g umah pengasuh dia. dan2 muka ceria. amboihhhh.. pastu g umah pak sedara aku jap. duk situ mood ok sket, tapi bule main kut jauh je. klau sesapa ambik, cam biasa, meraung secara heibat. ptg sket, kazen2 aku yg lain sampai. pastu diorg nak gerak g umah mak pak aku. aku tumpang sekaki ikut. tgg laki aku lambat lg. kang dia balik keja, g sana terus. balik kemas2, lambung blk umah mak pak aku.

mlm tu penuh kejap umah mak pak aku.. riuh gak la. masing2 nak bercakap.. amni asik ek ek.. dia skang cam rimas klau rg ramai. aku nak g kencing pun susah, asik nak melekat jek.. hadoihhh


 
masak nasik, mkn ramai2.. xdak lauk apa pun. goreng telur, tumis ikan sardin, goreng ikan kering and buat air asam.. licinnnnn.. sedap wei, lama xjumpa ikan kering.. aku sebulan bulan posa xpenah tambah nasik, kali ni bertambah2 mkn.. xtahan godaannnnnn...


anak2 menakan. budak 2 orang ni kelakar sungguh time mkn. ko ambik nasi aku, aku ambik nasi ko. kejap2 capai lauk kwn ni, kejap2 ambik nasi pinggan tu.. hadoihhh.. yg mak asik mkn, xtgk. pastu duk heran apa hal la xhabis2 lagi nasik anak.. rupanya duk ambik nasi org sebelah masuk dlm pinggan dia.. lawok2.


budak ni duk mkn jugak.. tapi duk jauh pada org. jgn sapa carik pasal nak tegur. pas mkn, main2 sorang dia. skali tekejut bunyik mercun, menangis beriya. tetiba badan panas. riso dah aku. duk lap dgn air daun bunga raya. seb baik mlm tu sejuk. dah tgh mlm, dah surut panas dia, cergas balik. terjaga, pkul 1 br tdor.. layankan jelah..

tu jelah citer raya aku thn ni. nak beraya sakan sbb ada anak, tapi xdapek.. takpe, tunggu amni besau sket thn depan la pulok.






gambar raya tuan tanah xdak pung.. baju 1st, habis kena muntah amni.. selendang halfmoon konon tempah bagai, rosak sket sbb amni tarik.. sabau jelahh. dah ada anak kecik, toksah mimpi la nak bergaya sakan.. moral, baju raya kena ada 3,4 pasang. standby utk saat2 kecemasan.. bule gitu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...