Search This Blog

Loading...

Friday, April 26, 2013

Catur

now kat tempat keja aku tgh brlangsung sukan interzone. start 24hb sampai hari. mcm sukan antara jabatan gitu. tapi digabungkan beberapa jabatan menjadi 1 pasukan. klau tak, mau sebulan xhabis sebab banyak sgt deparmentnya. tu blm tgk pusat pengajian lagi. so, gabungkan, then cari player utk satu2 game. department aku bawah rumah kuning dgn lagi 2 department lain. ada rumah biru, hijau dan merah.

mcm2 game ada. bola sepak, bola jaring, badminton and dll. utk indoor ada dart, karom dan catur. sronok jugak sekali sekala cenggini. tapi aku nak join bola jaring bagai memang  tak la... hahaha. dlu, zaman tgh gedik tu boleh la. masa umo 19 - 20 tu kan? heheh..

eh, aku dlu atlet tau!! wakil perlis lagi. ko ada? haha, berlagak kemain. dlu aku main softball utk MSSM. wakil perlis lagi. sebelum tu wakil skolah la. ko ingat senang nak main softball? aku penah kena bola tu kat pp tau! lebam seminggu. rasa mcm pp aku herot dah time tu. tertungging tergolek toksah crita la. muka belengas, kulit pun silau semacam jek. syok sgt masa tu. tgh tunggu SPM time tu. Perlis jadi tuan rumah, meriah!

tapi lepas eksiden thn 2000, ianya telah mengubah segala2. aku xleh aktif sgt dah. iolls dah cacat kekal.. huhu. eksiden masa kat taiping, siku aku pecah. ada kesan sampai sekarang. so, no more outdoor. indoor sokay...


gaya kena ada. kalah menang belakang crita.. hahahaha.. xbley blah btoi gambar ni. aku cilok dr FB Azam, arbiter utk game hr tu. kemain kak yah kan? siap sinsing lengan baju. main catur ke nak g bersiang bawang daaaaa... klau kalah teruk, silap2 leh sinsing kain. huahua

diorg ajak turun, so, kita turun bg sokongan. 2 team ja hantar wakil. skali aku sorang ja perempuan yg turun hr tu. team lain kemanakahhhh? kira boleh menang tanpa bertanding dah. pingat emas dlm genggaman dah niii.. hahahaha..

arbiter tukar game, kita main round robin. pheww.. lap peluh dlu. ada 8 peserta, so main 7 game. pitam! sampai pkul 11 mlm baru habis. main setengah jam jek sorang. xsempat weiii.. tapi main jelah. sronok2. sekali sekal kan? total tu, aku idok le jadi champion pun. ater, lawan dengan jantan2 blaka. diorg smua terrer2.. aku ni amatur je pung..

sronok jugak sebenarnya main catur ni. aku blajar ni masa skolah rendah. pada aku sronok la. menguji minda and kesabaran. mmg kena sabar banyak. yelah, ko nak kena susun strategi betul2. nak attack and nak defend at the same time. klau korang bukan jenis suka pikir, sabar, pikir, sabar, pikir lagi, then tungguuuuuuuuuuuuuu.. tak payah main la. aku mgg gini. game2 gini aku suka. catur, crossword, puzzle. permainan yg menguji minda and berpaedah nih. kat hp aku, game puzzle yg banyak. match words, susun gambar, jigsaw.. mcm saidina tu smua lah. haa, sudoku lagi 1. duk xlepas2. haishhhh..
masa peknenkan amni, aku suka main crossword selain tiba2 ketagih angry bird. beli buku, main masa tunggu check up kat KK.. kan lamaaaaa.. +_____+

kalah menang, adat lah. tapi catur ni ko kena pandai susun strategi. klau buah dah tinggal 2,3 ketoi pun, klau ko pandai ko bule menang. kena alert. tu yg penting. aku slalu careless. sibuk nak attack org, terlepas pandang nak defend. tgk2 org dah attack baik punya. raja tua dah xleh buat apa. permaisuri sibuk g ngorat raja sana, tinggal raja sini. dah terkapai2 nak defend. nak lindung sini, nak jaga sana. pastu kalah dgn tidak bermaruah.. ptuiiii..

korang2, blajar main catur yeh. best!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...