Monday, April 01, 2013

Vietnam Day 2 : Chu Chi Tunnel

Dari pusat kraf, kita langsung gerak ke chu chi tunnel. rasanya klau ambik tour agent kat vietnam ni most visit place is this tunnel la. antara kebanggaan rakyat diorg.. jauh jugak la perjalanan ke terowong nih. jln pun lalu kampung2 jek.
mau tau lebih lanjut pasal ini tewowong, sila baca di sini.. kak yah malas nak crita. kang aku merapik2 pulak. si tina tu beriya terang, kami duk bergelak suka ria kat blakang.. hahaha.. bila ada xpaham, tanya dia balik, dikenakan kami balik. " when i tell u in the bus, you chit chat each other.. " muehehehehe


perjalanan dari pusat kraf tu nak ke tunnel ni jauh jugak la. sampai2 je smua pakat serbu masuk toilet. toilet dah la xdak air. menjawab la lap dgn wet tissue sajork.. haiyoooo... itulah 1 kekurangan kat vietnam nih. sabar jelah. so, sila bawak botol air yeh..
tapi toilet diorg bersih.. xdak bau hancing2 pun walau xbasuh... mihmihmih..

gambar campur2 la eh.. klau letak single2, kang panjang lebar entry aku nih.. kat atas tu gambar sekitar tunnel. haa, yg hitam besar2 tu, bom yeh.. bommmmm.. tapi dah xaktif. xmeletop dah. tapi klau dpt kat budak2 kat malaysia ni time dekat2 nak raya, xmustahil bule meletop semula...



then, tina bawak kami smua masuk kawasan tunnel nih. luassss.. pelancong pun ramai. bnyknya mat saleh plak hari tu. pastu jenuh la nak dgr penerangan dr tour agent sebab masing2 cakap kuat benar. duduk pulak dekat2.. sabar jelahhh. eh sebelum tu kita dgr dlu penerangan pasal terbinanya tunnel dan struktur tunnel tu dr org di situ. siap ada video lagik. kagum jugak la dgr dia cerita macam mana survivenya diorg nak hidup and berperang dgn tentera us..
2 gambar di atas tu sekitar tempat diorg buat senjata. smua senjata handmade yeh.. sebab xdak duit, so smua senjata pikir2 la cemana nak buat.kreatif sgt! walau xpakai pistol, bom smua, diorg tetap menang.. cerdik kan?
gambar bawah, kanan, tinggalan kreta kebal dari tentera us. klau kat msia, jual kat keling besi buruk, banyak jugak dapat tu.. besauuuu...heheh
gambar kiri, tina sedang tunjukkan 1 of  their perangkap atau senjata la...


ikut pusingan jam yeh.. atas tu kesan bom yg dilemparkan. dah jadi kawah. dlu xdak pokok pun. rosak habis tanah. now baru pokok2 sudi nak tumbuh.. kanan, antara lubang nak ke tunnel. haluih yo. klau kak yah masuk, mau sangkut xleh kluar. hahaha... lelaki jek yg try, klau pompuan.. ermmm, xsesuai kut. tunnel tu memanjang dan ada bnyk simpang. jumpa jln mati, pusing balik, insyallah jumpa jln kluar. ko xkan mati kat dlm tu. insya allah la.. eheh.. sebab diorg dah siap buat laluan udara dah. nampak la kat luar tu ada benjolan2 mcm busut. ha tu lubang udara la... hujung skali tunnel ni, ko akan jumpa sungai. kira dah jumpa sungai tu maknanya dah habis dah la. jauh tau tunnel ni. aku xinta plak brapa km, tapi yg pasti jauhhh. dasat eh diorg gali tunnel ? so, xhairanlah tunnel ni dijaga dengan baik oleh kerajaan diorg walaupun dah lama dah merdeka.
gambar bawah, kanan, tu pun antara pintu masuk ke tunnel. tapi yg tu besar sket. kak ieja turun masuk sket, hancinggg katanya... ahahahaha.. last, antara perangkap diorg. korek lubang, pacakkan besi tajam kat bawah. pastu buat papan yg ditutup dgn rumput2. jatuh dlm tu kalu, mmg go terus. klau xmati pun percent utk cedera parah tu ada la. besi tajam oi kat bawah tu..
bnyk lagi gambar2 perangkap and senjata2 yg diorg buat sendri. yg xterpikir dek akal pun. klau kena, xmati pun bule cacat la. smuanya besi2 tajam, buluh. bahaya...


gambar atas, kiri, antara salah 1 lubang terowong. yg ni ramai yg masuk. yg xmasuk kami 4 org jek termasuk tina. posing comey2 jek kat depan tu. xkuasa lah aku nak masuk. kecik ye..jln kena tunduk2. kang tersepit kak yah dlm tu sapa susah? dah la lubang dia kecik je.. lepas sebenarnya nak masuk tapi xsanggup la. gelap oiii..
bawah, akak baju hitam tu buat demonstrasi memasak. makanan diorg dlu2 la. beras yg ditumbuk halus pastu salai kut mcm tu. rasa mcm kulit popiah, tapi keras. mcm gambar 1st kat atas nun. dpt la try and rasa makanan tradisi diorg. letak segala isi like sayur and isi ikan, then gulung2, makan..me dont like.. hihi..
gambar  kanan, tempat diorg buat kasut. tayar kreta, potong2 buat kasut. eh selipar.. selipar tu la diorg pakai buat g perang. budak baju putih tu salah satu mangsa perang.. bahahaha

lama jugak kami kat situ.. sebab kawasan tu ko kena pusing 1 round. menapak la beramai2. pastu jumpa 1 kawasan, manusia meramai and dengar bunyi tembakan bertalu2. apakah tentera us menyerang vietnam sekali lagi???
oh.. ada tempat menembak rupanya.. hihihi.. kat situ korang leh menembak menggunakan the real weapon and real bullet! tembak la sepuas hati. tembak ke papan sasaran la, bukan tembak org yehhh.. tapi kena bayar ekk. agak mahal la, tapi berbaloi sebab bukan senang kut nak guna senjata2 api tu smua. aku xduk lelama, sakit telinga dengar bunyi tembakan tu. pung pang pung pang. kuat giler. kang aku pulak g tembak korang kang......

pastu perjalanan diteruskan lagi. hujung2 diorg hidangkan teh hijau dgn ubi kayu. antara makanan diorg time perang la..


snap2 kat sana. klau nak crita, nak share gambar, hui banyak.. sket2 jelah ye. kesimpulannya, xrugi dtg sini. buleh tgk sendri terowong tu cemana. tambah2 bila dgr penerangan tentang zaman perang dlu. i is touching and terpegun you know..
gambar atas, yg bertiga tu nak buat poster. nnt ada movie baru. bini-biniku komunis... boleh??? hahahah..
kak ieja kan keja KLMP, aku tag gambar tu kat FB pastu budak 2opis dia duk komen. movie kami nnt xlaku. caittttt.. komunis ni, baik2 ehhh..

selesai di chu chi tunnel, marilah kita pulang ke pangkal jalan. next destination is lunch! yahuu.. masing2 dah kelaporan. maka gambar makan pun xdak. nampak makanan mcm tentera nampak musuh. dpt makan, trus diam jek masing2.. lapar sgt dah baru balik perang.. hihi..

next... tina bawak pegi tempat untuk ngabihkan duit.. yapadaahhhh..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...