Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

From Taiping with Love | day 2

hari ke 2, pas smayang subuh, masing2 sambung tdor. taiping sejuk oh.. syokkk..

mlm tu tdor dengan tv terpasang sampai ke pagi. sebabnya, amni klau tutup lampu, gelap gelita, melalak mcm nak terkeluar anak tekak. bilik tu xada lampu tdor, kena carik alternatif la. nak pasang lampu bilik air, kena buka pintu. risau gak kut dia bgn g bilik air and mak bapak xsedar. so, yg ada cuma tv. bapaknya xselesa, tapi apa nak buek yoo..

tgg amni bgn, siap2, kita checkout terus lah. mula2 plan nak kluar break1st dlu, then blk hotel, siap2 baru check out. skali nak kluar pun dah pkul 10, so kita sekali harunglah. malas nak pusing balik dah.

budak happy. xduk diam langsung. dr dlm bilik, sampai keluar. sebokkkkkkkkkkkkkkkk je. ada je keja dia. haishhh.. nasib baik awak comel..

lepak kejap depan hotel tunggu papa angkut beg turun bawah. seb baik bilik kami kat 1st floor je, xler teruk sgt nak menapak naik tangga. beg 2,3 bijik jugak dengan bakul susu amni lagi.

tu beg cenonet dia tu isi mainan dia. buat umpan klau duk xdiam. sebok la nak galas beg tu sendri. chip dia tu pun nak pegang sendri.. ikut awaklah hai anak..


kami break1st kat mamak dekat dgn hotel. dlu mamak ni antara feberet aku ngan housemate aku. kat sini je roti canai yg aku blh mkn dgn kuah. klau tak, aku mkn roti canai dgn susu je.. heheh.
kedai mamak ni sederet dgn koteuw doli. sapa pernah datang taiping sure tau koteuw doli. ramai org cari. pada aku idok le sedap mana pun. heheh.. dlu2 pernah la mkn sekali 2, tapi time tu xfemes sgt. takat taiping je. now semelaya dah kenal sebab masuk jjcm kan? masa kami g break1st ni, koteuw doli xbukak lagi. so, kita go to mamak lah.

tu bapak tgh melayan anak dia mkn roti tisu. amni suka roti canai. bapak dia ajar. pffff. bagi jugak lah, tapi xselalu. xbagus sgt utk dia.


org xramai pun, blh la gedik kejap. aku mkn megi goreng. xsedap mcm dlu. rindu nak mkn roti canai kuah banjir ramai2. berebut2 mkn. ada 5 org, order 2 keping. mkn berebut, pastu order lagi. berebut mkn, pastu order lagi.. oh, i miss my bff..

setel makan, kita gerak g umah kawan aku jap. housemate masa duk kat taiping dlu. kawan aku ni, hakimah@kakcik@sepet asalnya org jitra, dah kawen dgn org taiping, now menetap kat taiping. dlu ada lagi sorang, kinah@chaq. but baru2 ni di dah pindah ke sunagi petani. klau dlu, g taiping syok la ada kawan2 rapat aku dlu. dua org antara yg terapat dgn aku dlu. susah senang, ketawa, menangis sama2. best sgt! untill now, masih contact each others, cuma xda lah sekerap zaman bujang dlu..



 
masing2 dah kelek anak dah.. hahaha. dia kata anak aku tembam mcm maknya. elok la, anak dia sepet mcm dia jugak.. hehe.. rindu sgt zaman duduk umah sewa dlu!! singgah kejap umah kakcik. dekat sejam jugak lepak sana. laki aku gebang dgn laki dia. bini2 ngan anak2 duk gosip dlm umah. tak leh lama sebab masing2 ada destinasi tujuan. kakcik tgh siap2 nak gerak balik jitra. tak puas sebenarnya, tak taulah bila dapat kumpul semua balik.

pkul 12 lebih, kami gerak ke zoo taiping.. nnt kita jumpa lagi yek kakcik. rindu sama kamu banget!

1st aku masuk zoo taiping thn 2004. 2nd time masa datang dgn family, skali dgn abang aku. thn 2007 ke 2008 ntah. ni 3rd time datang. dlu 3-4 tahun duk taiping haram xteringin nak masuk zoo. aku tgk ada je kapel masuk dating kat zoo. best ker??? dating depan beruk. bhahaha..








tengok tu budak tak sabar. menggedik je dia. jangan harap la papa nak lepas. laki aku lagi sanggup dukung amni dari lepas biar amni jln sendri sebab dia xlarat nak cekup. amni asyik  nak berlari katanya. bapak gitulah.. lembut hati sangat. klau dgn mama, sory la kan?
eh, tiket dah mahal tau skang. 12 hengget sorang. amni free sebab budak kecik. 3 tahun kut dah kena caj, 10 hengget klau xsilap. dlu2, tiket 4 hengget jek. kakcik kata tiket dah mahal sebab diorg include skali dgn tiket tram. dlu, harga tiket masuk lain, harga tram lain.

oleh kerna begitu, marilah kita naik tram. nak jalan? huii.. zoo taiping ni besar kut. xsanggup la aku, jauh and panassssss..


tunggu tram. kena beratur yeh.. so, papa jaga amni, mama tolong beratur tunggu tram. manusia meramai ya ampun.

see? long que yeh.. sabar jelah. ada yg malas beratur, jln je. iolls malas jln, so kita sabar and beratur lah.. bayar tiket mahal.. hahah
tram ke 4 baru dapat naik..  ada je yg cilok2, ambik kesempatan masa beratur. kuanghaja sangat! ikut hati nak sound je. smua org beratur tgh panas tu, korang suka2, mencelah slow, tetiba dah ke depan. makcik2 pun beratur, mak2 bawak baby, smua sabar je tunggu.. haishhh ... geram aku..


panassss. berselindung di sebalik daun besar kejap. amni menjerit2 panggil ingat mama dia hilang.. hahaha.. oh, ni stesen sementara jek. stesen tram now under construction. diorg besarkan sebab org makin ramaiiii..

akhirnyaaaaaaaaaaaaa.. yay, dapat naik ketapi dahh.. amni duk diam jek. hairan kut. mula2 jelah, pastu menggedik laaaa..

banyak gak gambar papa ambik. dia 1st time la masuk zoo nih. dah ada anak, kita kena biasakan diri kita ke tempat2 cenggini ye papa..

tram pusing  dlm 2.5km klau xsilap. dia cover seluruh zoo la. agak xpuas sebenarnya sebab kita tgk haiwan tu smua dr atas tram. dia xstop pun, lalu je. tapi xla laju sgt tram tu. blh tgk la binatang tu smua. blh je nak turun kat mana2, tapi nak naik balik tak boleh ye.. lagipun org ramai hari tu, school holiday maa...
kesian amni la terpusing2 dia. kejap toleh kanan, kejap toleh kiri. mula mama panggil, amni, tengok bird. sini2.. pastu papa pulak, amniiii, tgk lembu, sini siniiiii.. pastu mama pulak, amni2, tengok tu gajah besarrrrrrrr mcm papa.. pastu papa pulak, amniiiii, tengok sini, badak air, kawan mamaaaaaaa. cisssssssss..

tram berhenti xjauh dr exit, so kita blh turun situ. nak round lagi dlm zoo pun boleh. nak duduk terus dlm zoo je xboleh. klau sanggup duduk kat sangkar harimau, silakan..
kami jln2 kejap kat situ. ada mcm pentas kat tengah2, moh le kita bergambar kejap. boleh jumpa tempat luas gini, amni apa lagi, nak berlari laa. tapi ada papa, jgn harap la kan? klau mama, mama lepas je.. hihih.. org ramai blh tahan kat situ. sebab dekat dengan toilet and ada gerai jual cenderahati kat situ. aku beli fridge magnet kat situ. ada seketoi ja fridge magnet perak, lain2 smua tulis zoo taiping. pastu beli mainan utk amni.

papa kata tunggu amni 4, 5 tahun nnt kita repeat balik. time tu dia dah besar sket, lagi syok kut. skang ni dia kenal 2,3 ketol binatang jek. papa jek yg syok tgk binatang tu smua.. hehehe


pkul 2 lebih camtu, gerak keluar dr zoo. papa jln dlu g ambik kreta parking jauhhhhhh.. mama jln slow dgn amni. boleh la amni jln2 sendri. gedik sgt dengan payung dia. nak payung sndri, nak jln sendri, xmo mama pegang. yelah2, mama ikut kan lah sebab mama pun xlarat nak dukung awak..

kluar dr zoo, cari mc d, then shoot terus ke penang. kita jalan2 penang pulak..
alhamdulillah, jln tak jam pun nak masuk penang. amni tdor sepanjang jalan..
nnt kita sambung crita penang pulak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...