Search This Blog

Friday, May 03, 2013

Ini kalilahhh.... hai laaa politik Malaysia

ahad ni kita mengundi. kawan2 sekalian, jgn lupa keluar undi. korang undi sapa tu korang punya hak. yg penting keluar mengundi yehh..  5 thn sekali baru jumpa. klau xmengundi ahad ni, belum tentu korang leh mengundi lagi 5 tahun. kut2 tahun depan dah padam, kan dah kempunan.. hehe



seluruh malaysia sekarang ni duk berperang. perang bendera dan perang poster. perang mulut pun satu hal jugak. segenap ceruk nak ditampal poster, nak di ikat bendera. kau punya bendera tinggi, aku pacak tinggi lagi. kau punya poster besar, aku tempek lagi besarrrr.. kau buat replika kapal terbang, aku buat replika bom. kebabomm terus. mungkin ini 1 drpd kempen untuk memancing undi. pasang bendera bnyk2, tapi jgnlah sampai menyusahkan org. sampai terlindung lampu isyarat, sampai tutup papan tanda. sakit hati jugak la kan? mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. tu tak kira buluh bendera patah dan menghala ke jalan. sapa nak g betulkan? klau terkena org, cedera, sapa nak jawab? nak salahkan parti? buluh tu salah? pastu kata sabatoj..

meriah sgt skang ni. siang mlm kut. mlm2 ceramah sana sini. bnyk pondok2 panas, pusat2 tempat berhimpun. kalau ceramah agama, alhamdulillah. ini ceramah memancing undi. memancing undi ok lagi la. tapi xperlulah sampai caci maki, hina, fitnah sana sini. aku xkata parti mana2, pada aku smua sama ja.

rasanya, sejak bubar parlimen, sejak penamaan calon, dah berapa lama aku tak tgk berita and baca surat khabar. berita sejam tu, asyik la pasal politik. klau yg baik2 xpe jugak. lepas habis berita, debat la mandat la, politik lagi. iklan pun sama. naik menyampah dah! meluat! asyik la crita pasal politik gitu gini berjanji. tegang urat klau bercakap masing2. bl dah terlalu ekstrem, hilang keperibadian seorang pemimpin. xkisah lah parti mana pon, kesimpulannya sama! yg konon berpaksi kepada islam, boleh pulak berpaling kepada bukan islam. yg konon memperjuang hak rakyat, diri sendri pun terumbang ambing. entahlah. xtau apa nak jadi dengan politik malaysia.

rakyat yg nak mengundi aku rasa now smua dlm dilema. ini apa yg aku rasa lah. keja dengan kerajaan, dpt gaji, dapat mcm2 imbuhan. keluarga pun ada yg keja dgn kerajaan, dpt subsidi itu ini. bila pilihanraya, nak undi siapa? nak undi parti pro kerajaan la kan? tapi bila parti pro kerajaan pun ada yg xbetul, mcm mana? kita sebagai org islam harus memilih pemimpin yg kita tahu asal usulnya, tahu akhlaknya. nak mengundi calon parti lain, sama jugak tak benarnya. ada jugak salah silap. sama saja. dua2 akan kata nak memperjuangkan nasib rakyat. tapi bagaimana?

entah.. susah nak jawab. jadi menyampah dah. pemimpin2 besar pun bl musim berkempen ni dah terserlah sifat yg elok dan tak elok masing2. yg selama ni dijaga, now dah nampak dah. jagalah mulut lidah, xperlu hina org, caci org, tuduh org lain supaya rakyat memilih dia. aku xkata pada mana2 parti, semuanya sama saja. paling memalukan, mereka ialah islam! org bukan islam pun tak begitu.. berbaliklah pada paksi asal. dalami cara pemerintahan rasul kita, pemerintahan islam kita. itu yg sepatutnya. tak perlu melaung kesana sini..

apa pun, kita tunggu 5hb 5 ni. harap2 smuanya berjalan lancar. tiada pergaduhan atau perkara2 yg tidak elok. keluar mengundi utk masa depan kita, masa depan malaysia. nilai dan timbang sebaiknya. dah habis pilihanraya, jangan ada ada yg bergaduh kalau tidak menang. silaturrahim bukan pada parti. jgn kerna undi, sampai berpecah belah sesama umat. biar siapa pun kita, kita semua rakyat malaysia. bersatu hati itu perlu utk keamaan negara yg kita cinta.


Pics from Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...