Search This Blog

Wednesday, May 08, 2013

Siblings are forever.. ecewah

adik beradik aku ramai jugak. 6 org tu ramai la kan? best ramai2 ni. baru happening kan? dah besar2 ni mmg happening la. masa kecik2 dlu, mak bapak pening. hehehe

aku kalau blh nak jugak anak ramai. paling kurang klau blh nak 4. lebih pun bagus, tapi mcm2 nak kena pikir. now dah umo 31. dah 2 kali beranak. amni anak kedua yeh, abangnya dah kembali kepada penciptaNYA.  al-fatihah :-)

klau keja gomen, cuti bersalin 300 hari. aku dah guna 150 hari, so masih berbaki 150 hari. plannya lagi 2 kali beranak. tapi dah xblh ambik cuti 90 hari dah. kang anak ketiga tak cukup cuti, kena ambik cuti tahunan pulak. tapi kita hanya merancang kan? xtaulah sempat ke tak nak beranak lagi 2 kali nih. blh je sebenarnya. pregnant rapat2 la kan? anak setahun, pregnant pulak. sempat la lagi 2 anak sebelum umo 35. mampu? kang dah tua2 nak pregnant, xlarat pulak ye dok?

tapiiiii.. aku ni nak pregnant rapat2, lagi xlarat kut. dah 2 kali pregnant, sama jek alahannya. sampai ke beranak duk muntah. dlu xpa lah, alah pun xdak anak lg kan? suami pandai2 la jaga diri sendri.. kikiki.. now, mak dah la boyot, alah lagi, pastu nak tgk anak kecik lagi. keja rumah, keja opis..  kang ada yg pengsan tgh jalan kut.. org lain aku xtau la.. aku ni, ermmmmmmm... tak la kut..

kan dah rugi kawin lambat.. eh, xdak la lambat sgt. aku kawen umo 27. sedang elok la kan? ada kawan aku kawin umo 21. now dah 32, anak dah darjah 2. syokkan dah ada ank dara.. blh buat gang.

xpalah, bersyukurlah dgn apa yg dah tuhan bg pada kita. klau xcapai target aku pun nak buat cemana ye dok. pada aku, kualiti tu lg penting kut dr kuantiti. ramai, klau xterjaga rugi jugak kan? tambah2 pulak, kos hidup semakin meningkat. xmolah sampai xcukup pakai pulak anak aku nnt. now, taska pun dah charge 400 sebulan ok klau hantar full day. pitam aku dgr. lagi 3,4 thn mau sampai 600, 700 kut sebulan. klau 3 anak, dah 1k++ utk bayar taska jek. pitam mak bapak



okes, back to topic. kisahnya siblings aku yg 6 beradik nih. mak aku dlu kawin muda. umor belasan tahun camtu. dlu2 mmg kawin muda kan? tulah untungnya. now mak aku umo 50 ke 52 ntah, anak2 dah besar.

gambar tu dah ikut susunan dah. mana sulung, mana bongsu. pandai tak mak pak aku edjas. kami 6 beradik jadi kalung bunga. lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan. dapat 3 pasang anak. hehe.. nak tau rahsia? kena datang jumpa abah aku laaaaa..

napa ntah, dlm ramai2 ni aku sorang je yg melebar. yg lain smua melonjong. cissss sungguh! diorg kata aku ikut mak. lain2 smua ikut abah. abah aku tinggi mcm adik aku, yg no 3 tu. mak aku mcm aku. tapi rasanya skang ni aku lagi lebar dr mak aku. matiklaaaa.. adik aku yg 2nd last tu, azrie dlu bulat jugak. dah remaja ni, xbulat dah, makin taff katanya. piirah.. taff la sangat. masih bulat jugak sket2. dlu masa dia skolah rendah, comey sket la badan tu. masa kecik2 lagi la bulat ngan bambamnya. mak aku kata mcm aku kecik2. kami 2 org dr kecik sampai besar bulat. coii sungguh.. amni now, ada iras2 aku masa kecik. perangai bnyk mcm adik aku tu. mak aku pun kata gitu. dlu masa dia umo setahun, ada part sebijik mcm adik aku tuh. dekwan aku, yg no 3 tu, dlu kecik2 mak aku kata dia bambam jugak. branak dia paling besar. 4kg ok! aku dlu dlm 3.6kg++ camtu. xingat dah. now, tgk, kurus dah. eh, dekwan aku tu la. bukan aku yg kurus tuuu. dlu zaman dia blajar lagi kurus keding. tu nampak mcm berisi sket. dlu, siap ada gitar kat badan. blk mengundi, kena main dgn kami sebab perut ada sket berlapis. dah pandai simpan lemak.. hahahahah. abang aku, biasalah la kan? lelaki dah kawen mesti boroi kan? dlu xdak la chubby gitu. now, terserlah chubby ngan boroi tu. tapi seb baik dia tinggi. masa bujang dlu, kurus jugak. abah aku, maintain kurus sampai skang. xdak nak boroi2 apa pun. keja kampung kann?

yg sulung, abang aku, now umo 36. then aku umo 31. next, adik aku, umo 27, then adik perempuan umo 23, pastu adik lelaki umo 17. last skali, adik bongsu umo 12thn. cun dak mak aku edjas? mak aku xdak pendidikan tinggi pun. tapi dia tau cara utk menjarakkan anak. slalu kan kita tgk, klau org susah, xskolah, anak ramai pastu berderet2 ja. selang setahun. my mum is clever u know.. bangga aku sekejap dgn dia. rapat2 sgt dia kata xsempat tgk pulak nnt.


gambar ni ambik petang, lepas semua dah selesai mengundi. tu yg pakat beriya pakai baju BN tu. sokongan padu katanya.. abah yg tlg ambikkan ok.. bapak ambik gambar anak2.. sweetnya abah.. hihi..

sronok bl sesekali berhimpun ramai mcm ni. abang aku dgn adik aku (no 3) duk kl nun. jarang2 la balik kan? adik aku yg 3 org tu smua stay dgn mak bapak aku. pizah (no 4) keja kat kodiang, 15mnt je dr rumah. lg 2 org, masih skolah. abang (no 5) stay kat hostel. thn ni spm. the youngest thn ni upsr. thn depan harus dk hostel. kami smua duk hostel ok. blajar berdikari lah kononnya.. rumah jauh dgn skolah noks..so, thn depan sunyi la rumah. aku weekend baru balik lepak umah abah.

berhimpun masa pilihanraya hari tu, sronok sgt. usik2, gelak2, makan ramai2, mkn mempelan dgn garam blacan, guling2, merapu meraban, jalan2.. smua dah besar2, leh share2 apa yg patut dah. ntah bila nak gini pulak. tgg raya nnt la kut..

harapan aku, kami adik beradik kekal bahagia sampai mati. amin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...