Search This Blog

Tuesday, June 11, 2013

3 tahun

Kalau masih ada,
Mungkin dia kini sudah pantas berlari. Mungkin juga sudah pandai menyepak bola.

Kalau masih ada,
Mungkin dia kini sudah petah berbicara. Mungkin juga sudah pandai mengaji..

Kalau masih ada,
Mungkin dia kini sudah pandai makan sendiri. Mungkin juga sudah punya makanan kegemaran hasil air tangan mama..

Kalau dia kini masih ada,
Mungkin sedang tersenyum, ketawa riang.. Mungkin juga irasnya seperti papa yg dulu menjadi igauan mama..

Namun sebenarnya dia tiada. Walau sudah 3 tahun, mana mungkin mama dpt lupakan kamu. Walau hadirmu cuma utk seketika..
Moga kamu terus tenang disana. Dan kamu akan terus ada dlm ingatan mama dan papa..

Al-fatihah utk anak mama, arwah Muhammad Aqil b Shahrizal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...