hari ke 2, dah boleh mandi pagi dengan air panas. wahahaha.. masing2 mandi pun lama je. klau tak, mandi2 kerbau je sebab sejukkk..
plan hari ke 2 asalnya nak ke tangkuban perahu,, pastu ke jakarta. oevernite sana langsung blk malaysia. sebab tiket balik ke malaysia dari jakarta. saja nak jalan2 jakarta. tapi plannya berubah. bukan sekali ubahnya ye, 2,3 kali jugak.. hahaha.. kena ambik kira hal2 lain. yelah, bajet ciput kan.. hihi..
plan tetap, pegi pasar baru dlu pagi tu sebab ada barang xbeli lagi, pastu baru ke tangkuban perahu. tak jadi pegi jakarta sebab dr tangkuban perahu, balik bandung then ke jakarta adalah jauh. sebab dia bukan sejalan. sib baik supir bg idea jugak. klau nak pakai plan asal tu boleh, tapi kena tambah duit. lagipun hotel jakarta mahalllllllll.. 3 bintang pun cecah 300 semlm utk family room. memula risau jugak sbb kawan abang aku yg booking. takut dia dah bayar. seb baik dia blm bayar lagi, so cancel jelah and tambah lagi semlm kat unik hotel bandung..
## err, entry ni banyak gambar yeh, sila jgn muntahh
sementara nunggu supir, kita shopping dlu kat kartika sari. besok dah nak balik, sokay beli hari ni. pg besok takut terkejar2 sebab nak gerak awal ke jakarta. aku tak beli bnyk sgt, pikir ke nak bawak balik tu nnt leceh.. brownies kukus dia adalah sedapppppp.. dah beli, simpan balik kat hotel dlu. xpayah la usung sekali g tangkuban perahu ye dok?
pagi tu repeat ke pasar baru. ada benda nak carik lagi. tapi tersampai awal, pasar baru belum buka. so jln2 dlu kat bawah2 tu. pun bnyk org jual. pandai tawar, murah la ko dapat. aku beli legging 2 helai, sweater and baju tdor utk amni. ada kedai2 mcm pasaraya hari2 tu, murah2 je barang dia. tp kena tgk kualiti la jugak. takdelah murah sgt klau nak compare dgn kedah perlis ni..
naik ke pasar baru, aku nak beli beg. masa dtg bandung hari tu aku bawak bag pack je sebab tak ambik luggage. kak ieja ambik luggage jugak sebab bwk beg dlm beg. baju masing2 bawak tak banyak pun. klau beli barang pagi2 kat pasar baru ni, untung sket. nak2 klau kita 1st customer. ko bule tawar bnyk sket. aku beli luggage besau, dapat murah jugaklah. merayu2 dpt la diskaun yg puas hati lah jugak.. mmg niat nak beli beg sebab beg roda kat umah aku dah rosak. lgpun kat mana nak campak barang2 yg aku beli melambak2 tuh? pastu kak ipar aku beli handbag, dengan aku terjebak sama. puiiii.. hari ni bnyk gak shopping. duit pun dah susut. esok g jakarta, mmg tgk jelah aku, xbeli apa2...
selesai memperabih duit, kami mkn kat food court kat pasar baru. tingkat atas skali. pak andris cakap bakso kat situ sedap. so, jom kita cuba. akak kat kedai beg tu cakap suh cuba mee ya mie ke apa nama ntah. aku trylah. dia mcm mamee tu, manis2 pastu mkn dgn kuah sup. bakso tu mcm sup tu. pastu order alpukat jus. murah jugak la kat situ and sedap jugak. pastu bersih je. yg xbest, pengudaraan tak bagus sgt. asappp..
setel mkn, kol pak andris, jom kita gerak ke tangkuban perahu. dr bandung, agak jauh jugak la. sejam lebih jugak la kut. sempat la tdor kejap sbb dah pkul 3 camtu.
pemandangan sekitar bandung. sana mmg sesak. motor melambak2. org pun ramai. kotor bule tahan.. hehe.. klau ikutkan negara indon ni takdalah susah mana, ada je pendapatan masuk. tapi korupsi tu berleluasa. so, org miskin gitu jelah. susah nak naik. tapi sekarang dah bagus dr 5,6 tahun dlu. bnyk jugak yg pak andris tu crita. kami pun oooo, gituuu.. kesimpulannya, bersyukurlah kita tinggal kat malaysia yg aman sentosa ni..
dah sampai tangkuban perahu. kat entrance bawah dah kena bayar yeh. sorang 50k rupiah. dlm rm16 camtu. tapi disebabkan pelancong luar, kena tambah lagi 125k rupiah utk 3 org. biasalah tu kan? kat malaysia caj lagi bnyk kut utk pelancong luar.
subhanallah.. cantik sgt tempat ni! tak sangka kita boleh datang ke kawah gunung berapi kan dan ianya masih aktif..
masa kami datang ni sejuk tu tak tau nak cakap. angin punya kuat. seb baik aku pakai baju tebal jugak. abang aku menjawab la pakai sluar pendek je. berdiri bulu roma hoih..
mujur jugak kami pegi hari isnin. klau pegi masa weekend, huiii, penuh manusia. dgn pelancongnya, dgn org yg meniaganya. rimasss. hari tu pun rasanya mau dekat 100 org duk meniaga. pelancongtak sampai seratus kut. yg rimasnya, diorg ikut je mana korang pegi. nak tgk tempat pun jadik rimas. duk paksa2 suh beli. aku dah standby dah. buat je muka kering. kesian tu kesian lah sebab tau diorg susah and carik rezki kan? tapi klau korang dah mula layan, haaaa, dia ikut jee sampai kita beli. dah la mahal, paksa2 pulak. abang aku buat ramah g sembang2 ngan peniaga2 tu.. mmg dia ikut jelah sampai kita beli. siap turun harga sampai setengah harga kut punya nak suruh kita beli. dah ikut je bontot, nak tak nak abang aku kena beli la kan? nasib laaa.. aku? mmg aku buat muka poyo jelah. ikut jelah selagi korang nak. aku buat dek je. lama2 dia blah. bosan la kut sebab aku kebal kan? hahahahha
sini ada 3 kawah. kawah domas, kawah ratu pastu kawah apa ntahhh.. lupa. yg dlm gambar tu tak boleh turun. geologist je kut yg turun. tu pun kena pakai pakaian khas sebab belerang kat bawah tu panass. kami kat atas pun leh bau belerang tu. cuaca kat situ tak menentu. 2,3 hari sebelum tu panas katanya. tapi hari kami pegi tu sejuk masya allah. mcm ko buka aircond 2 hp suhu 16, pastu duk berdiri depan tu.. haaaaa, gitu lah lebih kurang sejuknya.
sebelum tu pak andris dah bg tips, tapi kami xpaham sgt. ni masa kat dlm opis. katanya, utk informasi blh tanya kat dlm opis. tapi klau nak turun ke kawah, ambik instructor utk iring. yg tu blh je ambik kat luar opis, lagi murah katanya. dah tak paham, kami ambik kat dlm opis jugak. dia caj per head. sorang 30 hengget. 3 org, dah rm 90. eh, rm30 tu utk sejam je tau. klau lebih sejam kang dia caj. katanya utk sampai ke kawah tu dlm 4km. so sempatlah sejam kan?
kami turun ke kawah domas. tu je yg dibuka utk org ramai. mujur jugak hari tu takda org, so selesalah sket nak berjalan.
ehem2.. pakai sluar baru beli kat toko 3, levis. beg baru beli kat pasar baru. baju pun baru jugak. ehem2 lagi... kikiki
abang aku pakai topi baru beli kat tangkuban perahu. kena beli sebab dah terjebak. katanya bulu arnab asli. puiiiiiiiiiiii
ok, memula kita ambik gambar kat sekitar dlu. ni masa kat atas lagi. ambik sesiap sebab japg dah tak naik sini dah. turun ke kawah domas, pastu naik blk dlm 2km++ je. tu jln lain. supir nnt tunggu kat sana katanya.
laluan nak ke kawah domas. cantik sgt tempat ni. buat wedding photoshoot sure gempak nih. laluan ni dulu laluan lahar gunung berapi katanya. ada lagilah kesan2 tinggalan tu and ada yg dibaik pulih oleh kerajaan. pokok2 yg masih hidup pun ada. batu2 tu ada dr lahar gunung berapi yg lama2 mengeras dari lahar jadi batu.
kami menggedik ambik gambar sebab tempat tu cantik sangat. instructor kami tu, pak yayan nama dia, layankan je. siap offer ambik gambar. pastu bgtau kat mana cantik nak pose. sambil2 jln tu dia duk crita2 jugak lah. takdalah boring sangat kan?
jln tu teruk jugak sebab berbatu2 and ada tangga. cuma sebab turun tangga takdalah rasa penat. cuaca pun sejuk je. dah separuh perjalanan tak berpeluh pun.
tu pokok yg kena lahar gunung berapi. terbelah 2, tapi kukuh lagi. hidup lagi tu. kat atas2 tu ada lagi pucuk2nya. kuasa tuhan tu smua kan?
sini mcm tgh2 perjalanan. dr sini ko buleh nampak kawah kat bawah. aku masa sampai sini menggigil sket lutut. lenguh berjalan and gayat. tinggi oi.. so, take rest kejap. ada sorang makcik duk berniaga kat situ duk pujuk2 suh beli tasbih dr batu gunung berapi. dengar harga, tercekik rasa. mahal!
ini penanda dr geologist. penanda klau ada gegaran. diorg tanam besi apa ke nama ntah dlm tu. berapa dlm tu xtau. klau ada gegaran, dia akan hantar signal. 2,3 hari sebelum ni, tempat ni tutup sebab ada gegaran kecil. tapi tak bahaya.
masing2 dah nak pancit dah. 4km tu jauh ok!! hujung2 tu banyak pulak tangganya. tangga pulak besar2, memang sakit kaki...
yay!!!!!!!!!!!!!! sampai dah.. sampai pintu gerbang je baru.. pfffffffffff.. tak nampak kawah pun lagi, tapi bau belerang dah kuat dah kat sini. sket je lagi yeh..
terpancar cahaya lah sangatttt...
smua kaki bergambar kan? nasib lah pak yayan tu layan kami. seb baik dia pun sporting.. err, sporting ada makna...
dah sampai!!! yay!!!!! gambar bawah belah kiri tu, klau tgk atas, tulah tempat yg kami singgah tu. yg ada makcik duk meniaga tu. bl tgk balik, uiiiiiiii, tingginya..
pak yayan tgh demo. tu lubang2 asap tu smua, dr gunung berapi lah. kat bawah ni ada kolam air panas. tapi tak semua boleh try sebab ada yg panas menggelegak. yg lite2, boleh la nak rendam2 kaki. jln2 kat sini, tgk2 ada lubang kluar asap. tanjat kak yah. asap panas tu yeh..
belakang tu kolam air panas. air duk memercik2 kluar yeh. ni panas btul2 punya panas. aku kecut perut nak ambik gambar kat sini. pak yayan suh duk situ amik gambar. takuit la aku, skali percikan tu kuat, mau melecur kulit. pas ambik gambar, terjun laju2... takuittt
pak yayan ambik selut kat kolam air panas utk buat masker kat kaki and tangan. dia siap tlg urut lagi. best sebab rasa suam2 gitu. pastu rendam kat kolam tu kejap. bau selut tu busukkkkk. ada jugak yg diorg jual selut tu. blh beli and bawak balik. yg tu dah siap tapis and bule pakai kat muka. xkuasa la aku. kang xpasal2 muka jadi mcm kawah gunung berapi. dah la mahal. besar botol mineral kecik tu dlm rm30 kut klau tak silap..xpelah, aku tempek bedak sejuk sudah lah..
dah tak da keja. tu kak ipar aku tgh diurut oleh pak yayan. dia xsedar aku ambik gambar. klau tak harus pusing nak pose. masing2 camera alert katakannnn..
dah basuh2 smua, jomlah kita balik. takuit nak duk lama2 kat situ. kang terpercik air panas ke, ada gegaran ke. uiii.. ngeri uolls..
depa ada laki bule la jln2 pegang tangan.. mencikkkk.... huahua...
nak blk, kena jln dlm 1.5km camtu. mendaki jugak la sket. masing2 jln slow2 jelah.penat oiii.. nak ambik gambar pun xkuasa dah.
sampai sini supir dah tunggu. budak yg pakai cap tu kata, boleh je nak turun dr sini. sini pun ada instrustor jugak. bayaran sama mcm atas, tapi dekat sket. xdalah teruk sgt nak berjalan. mula2 naik atas dlu, tgk2 pemandangan, pastu turun sini dgn kreta, then baru jln turun bawah g kawah domas tu. pastu naik blk ikut sini jugak. hoiiiiiiiiiii, kenapa tak ada yg bgtau dr awal. klau tak, xdalah sakit habis kaki aku.. haiyaaa..
klau turun ikut sini, rasanya sejam mmg cukup sebab dekat. turun dr atas, lepak kat kawah, kami dah spend 2 jam. sooooooooooo, pak yayan kata kena bayar tambah sebab lebih masa. kena tambah sorang rm30 lagi kat dia. hmm, nak cakap pe kan? patutlah ko layan je kami ambik gambar tak benti, urut kaki bagai, nak bg lebih masa. seb baik pak yayan ni baik la jugak orgnya, tak ralat sgt nak bayar tambah tu. redho jelahhhhhhhhhhhh.. pak andris kata, klau ambik instructor luar opis, murah lagi. silap2 dia caj rm30 tu utk 3 org.. hmmmm, redhooooo lagiii.
tapi, ok la jugak kan? klau tak takda pengalaman tu pulak. mana nak dapat pengalaman and tgk pemandangan cantik tu smua klau tak lalu dr atas.
kluar dr tangkuban perahu, pak andris nak bawak g air terjun ke apa ntah. kami dah malas dah. letihhh + lapaq! waktu tu dlm pkul 6 kut. plan nak mkn kat kg daun. nak kesana jauh jugak katanya. plannya mlm tu nak ke f.o lagi. takut tak sempat, so kita zass terus ke bandung. mkn jelah kat sana. kg daun tu rasanya smua org malaysia klau pegi tangkuban perahu mesti singgah. tempatnya cantik and makannya haruslah agak mahal. heh... menurut pak andris, dlu masa mula2 owner kg daun tu nak start bisnes, org gelakkan dia. yelah buka kedai mkn dlm hutan katanya. now? smua org nak pegi sana and owner tu dah kaya raya dah.. siapa yg gelak tuuu?
mlm tu kami dinner di Restoran sangkuriang. highly recommended sgt! sedappp dap dap. tgk gambar rasanya dah menceritakan apa yg tersirat ye dok? bukan sebab lapar je, tapi mmg sedap. kami mkn 4 org mlm tu, siap ada nasi tambah, dlm rm 80 camtu. berbaloilah sebab ada ikan gurami bakar, ayam, telur. yg penting sedap!!
dah kenyang, dah solat, jom kita jalannnnnnnnnnn..
pegi f.o lagi.. mlm ni kak ipar aku borong sakan. dia tu beli punya banyak tapi utk org lain. utk adik2, utk anak buah, utk adik ipar, utk dia xda benda sgt pun. seb baik utk org kg tak beli skali.. hehe.. abang aku lepak kat kerusi tu je, biar je bini dia shopping. duduk situ sampai kedai nak tutup. seb baik xkena halau.. huahua
aku takda beli apa pun. dah pegi rumah mode tu, rembat jugak selai blouse. baju banyak, tapi xda yg berkenan. tgn pendek, pastu jenis jarang. tak pun kain nipis. mahal pulak tu.. hihi.. murah la jugak, kata branded kan?? nak cari baju utk laki jgn harap la. size xl tapi kecik.. sana klau nak cari yg big size, susah sket lah..
mlm tu jln bnyk jugaklah. menyusur jalan, kluar masuk f.o.. pak andris lepak mana ntah. dah setel kang kami call je dia..
sebelum blk hotel. dibawaknya kami kat jln cihampleas. situ ada shopping complex. nmpk mcm gah sket la. pegilah round2 kejap. kita late supper sket. lepak kat roppan. roppan tu ringkasan dr 3 patah perkataan. kat sana biasa dah. klau jumpa perkataan pelik2 tu, adalah diorg ringkaskan dr 2,3 patah perkataan. like roppan ni, asalnya roti + lagi 2 perkataan aku lupa. lepak situ, minum kopi and makan roti. mcm2 roti ada.. pusing2 kat dlm tu, xda apa sgt + malas nak jln. aku singgah kedai apa ntah beli sepit rambut utk amni. pkul 12 camtu baru gerak blk hotel.
sampai hotel, masing2 dah xlarat nak jalan dah. cekang habis kaki. kat hotel tu ada servis urut. laju je kak ipar aku panggil minta urut. dia urut 1 badan. aku urut kaki je. menjerit2 kami dia urut. sakit oiiii.. ater, panjat gunung berapi kannn??
mlm tu packing bag siap2.. esok nak gerak ke jakarta.. balik malaysia.. rindu amni!!
No comments:
Post a Comment