Wednesday, July 31, 2013

Persiapan raya yg belum siap..

seminggu lagi nak rayaaaaaaaaaa.. ohemgeeee...
tak sabar nak raya..
tapi sedihnya nak tinggalkan ramadhan :-(
semlm dgr ceramah agama. ustaz tu cakap, doa doa dan doa.
manalah tau ini ramadhan terakhir kita. :-(
moga2 panjang umur untuk bertemu dengan ramadhan tahun depan. amin!

persiapan raya masih terumbang ambing. aku dr dulu2 kut, utk persiapan raya nih aa kadar jelah. takdanya nak tempah baju vogue2 pun. nak kelip2 sana, berlapis2 kain, manik2 bagai. slalunya baju kurung jelah. cuma yg pasti barulah. baju and tudung baju. tapi biasa2 je. handbag ke, kasut raya ke, nan hadooo. tak kuasalah aku nak perabih duit beli baju tu smua beriya. besederhana sudah.. thn ni aku ada 3 pasang baju utk raya. tak sengaja jadi baju raya. 2 pasang kain yg beli kat vietnam hari tu, hantar tailor, siap pun ngam2 soi bln 7 ni, so kita reserved jadi baju raya lah. tak payah beli lagi dah, pakai itu je. memula kata nak beli la baju readymade utk raya ni, tapi dah ada yg itu, kita pakai yg jelah ye.. tudung je tak cari lagi. laki aku pun sama gak. tempah baju melayu sama dgn boys yg lain. 5 pasang skali tempah campur amierul sorang lagi. harus comey bujang tu pakai baju melayu eh? pastu beli tshirt dgn kemeja je utk jalan masa raya ke 2 ke 3 nanti. dah, tu je. tak payah over smua nak baru. dari membazior, moh le kita sedekah ke org yg kurang mampu ye dok?

dah kawin, dah ada anak, pun sama jugak lah. pas kawen maybe lebih sket. yelah sronok nak beraya dgn laki kannnnn? tapi takat beli baju sedondon jelah. sepasang 2. tapi masih biasa2 jelah.

dah ada anak, haaaa, maybe excited lebih sket. nak beli baju raya, kasut raya utk anak. tapi masih lagi sederhana. takdanya nak beli sampai 7 pasang baju baru utk nak raya seminggu. belilah takat 2,3 pasang. hujung2 kang kita pakai jelah baju jalan mana yg masih baru. tak payah nak membaziorr.. kang lepas raya menggelupor tunggu gaji. hihi

tapi thn ni utk amni over sket. haishh, tadi kata sederhana kak yah nihhh!!
hihihi.. jgn salah sangka yehh.

tahun ni baju amni banyak jugak. tapi secara tak sengaja smua tuh. baju kurung je 3 pasang. amboih, over kau nakkk.. baju raya official, sedondon anak beranak haruslah ada kan? thn ni maklong@kak ipar aku sponsor. dibelinya 24meter kut. habis sedondon smua dr tok, anak, menantu, cucu. tu perkara biasa tiap2 kali raya. pastu maklongnya kasik lg 2 pasang kain utk buat kat amierah dgn amni. 2 beradik tu nnt ada 3 pasang baju sama lah. masa g kl bulan 6 lepas, aku ada belikan dia baju sepasang, tak sempat pakai lagi, so kita reserved jadi baju raya. sebelum puasa hari tu ada belikan baju kembang selai. mmg utk rayalah. pastu masa g alor star minggu lepas, ada beli blouse utk dia. now nak cari sluar jeans kut selai nak pairkan dgn blouse tu. utk anak kecik ni mmg kena ready baju 3,4 pasang. bukan apa, takut kang kotor, susu tumpah ke, jatuh ke, haruslah k ena tukar kan? tapi tak payahlah sampai 7,8 pasang.nnt kita pakai jelah baju jalan mana yg baru lagi tu. aku mudah je. bukan org nak tanya pun tu baju raya ke tak kannn?

tapi ada masalah besar sket skang ni. amni taknak pakai baju kembang! pffffffffffffffff.. mampuslah. tu baju kurung pun tak tau lah dia nak pakai ke tak. susah payah tok buat tu amni oii.. tgklah pagi raya nnt camna, nak pakai ke idok budak tu.

raya tahun lepas. pagi raya pakai baju kembang2 ada reben besau. tahun ni baju lebih kurang camni jugak. harap2 dia nak lah pakai nnt. tapi skang ni tunjuk je baju tu laju2 cakap takmauuuuuuuuuuuu.. matiklaaaaa...

persiapan utk rumah pulak, hmmmmmmmm.. takda apa pun. yg bertambah cuma frame hiasan tu je. tu pun aku beli masa g kl bln 6 hari tu. masa g kursus kat intan dlu tuh. g kg kak ipar aku kat felda pasoh, balik lalu nilai 3. singgah kejap, sempatlah sambar frame tu 2 keping. tapi sampai la ni tak tergantung lg. tak larat nak berzikir dah kat laki aku. by this week kena gantung jugak. bagi ceria sket umah. lain2 takda. tak kuasa ah nak membazir. bukan nak duk  umah sangat pun. kang aku cabut g umah mentua aku, pastu blk lepak umah mak bapak aku. lagi best ramai kan? pastu kita g raya umah org la, kutip duit raya ngan amni.. rumah kita, kita tutup pintu. ngehngehngeh... eh tak tak.. siapa nak datang, dialu alukan.. ada la 2,3 bekas aku bli koi raya. sila lah sila...

oh, lagi 1. duit raya utk anak2 buah. blm siap lagi. tak g tukar pun lagi. jgn habis sudahhhhhhhhhhh..


ikut bulan islam, lagi seminggu amni cukup 2 tahun! yehaaaaaaaaaaaaa



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...