Monday, August 19, 2013

Hari Raya Pertama

yayyyyy! entry raya.. hihihi..
dah dekat 2 mgg baru nak kluar entry raya.. mood kak yah kelautttt..

a story before a days before raya eh?

selasa, abang aku sekeluarga dah sampai. dah plan awal dgn kak eija, nak berbuka kat luar. so, a week before aku dah booking dah kat hotel putra palace. itu je yg ada sebab dah nak raya kan? kali ni smua angkut termasuk umi ngan abah. mak bapak aku tu mana maunya nak mkn kat luar kan? nak2 kat hotel2 ni. dah kena paksa dek anak2, ikut jugaklah. family in law pun join, tapi akak and family je. parents in law tak join. mama malas katanya. susah nak bergerak. yelah, dia bukan sihat sgt. lepas berbuka, smua lepak umah aku kejap. budak2 main bunga api. pkul 10 lebih baru gerak blk umah abah. rabu aku keja lagi yehhh. tapi hari rabu tu masing2 dah takda mood nak buat keja. pikir nak raya je. aku malas cuti sebab every year boleh balik awal. pkul 1 dah blh blk. lagipun takda menda nak buat. cuma thn ni kak eija ajak buat makan2@open house, so hari rabu dah kena prepare apa yg patut. nak buat open house hari jumaat, kang susah nak cari barang. lgpun baru raya ke 2, kedai pun tak buka lagi kan? so, nasiblah sapa yg cuti hari rabu yehh.. hahaha..
mlm tu smua berbuka kat umah abah. pas berbuka, setel sembahyang, apa lagi, perang laaaaaa. masa berbuka pun masing2 dah terketaq juboq geram. kat luar umah dah mcm perang kat israel dah. tak sabar dah haku nak lancar serangan balas. gila btoi. tiap2 thn ginilah. depan umah, kiri kanan umah, blakang umah, smua pulun tembak mercun kaw2. mana la korang dpt stok bnyk2 nihhhhhhhhhhhhhhh.. hahahahah. laki aku pun apa lagi, kluarkan apa yg ada, jom lawan. dgn abah skali join. bergegar umah oihhh.. budak2 main bunga api je yeh.. amni langsung tak takut dgr bunyi mercun kuat2 tu smua. tapi kena peluk jugak la.. hehe. pkul 11 camtu, gerak blk umah aku. mlm tu pkul 2 kut aku br tdor. kemas2 umah sket, lap2 dapur, basuh baju raya.

hari raya...

subuh2 dah bgn. pkul 6 camtu kut. pagi tulah smua benda nak buat. mlm tu buat mana yg mampu je. pagi tu lah nak gosok baju raya, nak mop lantai, nak sidai baju. haiyoo. laki i keje yehhhh.. iolls dah biasa dahhhhhhhh.. pkul 7 dah kluar. public holiday camni slalunya kompleks buka awal. hari tu sale katanya mau cecah 100k katanya. dasat eh?

dah siap2, pkul 10 camtu, jom amni kita g umah wan (family in law). sejak kawin nih, bila raya puasa, slalunya pagi raya aku kat umah mentua dulu. selain dari faktor laki aku keja di hari raya, iolls kan menantu mithali.. hihi.. pagi raya kat umah mentua dulu, tolong2 sket, lepak2 dlu. petang raya, raya kedua, raya ketiga, raya keempat aku kat umah mak bapak aku. ok tak strategi aku? bahahahah....

si cantik manis mama di pagi raya.. aku syak kenit nih dapat lailatul qadar kut hujung2 puasa hari tu. a day before raya, aku pakaikan baju kembang, diam tak cakap pe. takda nak merempan2 tak nak pakai ke apa dah. sebelum ni mana maunya nak pakai baju2 gini.  pagi raya aku pakaikan baju kurung, pun elok je. legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. haha. susah hati oih sebab sebelum ni mana dia nak pakai baju kurung, baju gaun ni smua. cuma dia pelik sket la sebab bertutup je smua kan? pastu siap bgtau amni pakai baju ghaya.. dia tgk mama pakai cun je, dia pun pakai jugak lah. nak cun mcm mama ehhh? haha

ok, jom snap2 sket depan umah sebelum g umah wan. awak comel sgt hari tu pakai baju kurung. mama sukeeeeeeeeeeeeeee..

g umah, kita makan dlu. hahahah.. lantak laksa, lemang, kuih raya. dah kenyang baru beraya.. amni hentam laksa banyak jugak. bagus, nanti g raya, jgn meragam yehhh..

pose kepit2 dengan kakak hana.. elok la korang 2 org. tu kat amni ada kuih tempeyek. duk ulang angkut kuih tu tak tau bnyk mana sampai aku bgtau kak ipar aku suh simpan. mkn bnyk, pastu sepah2. lagipun risau jugak sebab amni tak biasa mkn. kang muntahh..

anak2 di sini. anak sedara belah suami 2 ketol ni je. laki aku 2 beradik je. so, anak buah tak banyak. diorg thn ni tema merah. susah oh nak ambik gambar 3 beradik nih. hana ngan haziq ok, xdak hal nak suh pose. tapi, amni tuuuuuuu.. haiyaaa.. tgk la abg haziq kemain pose bajet hero malaya. kak hana pun dah mcm perempuan melayu terakhir dah, siap kebaya nyonya, sanggul simpul bagai. amni? sibok mkn kuih raya. sabaq jelah.

dah setel mkn, ayah ajak g umah sedara belah dia. sedara mara belah family in law ni ramai la jugak, tapi kat perlis ni takda sangat. mama org penang, haruslah takda sedara mara kat sini kan? ayah mmg org perlis. ayah 4 beradik, tapi ayah sorang je yg stay kat perlis. lain2 smua kat kl nun. yg ada cuma sedara mara tok (emak ayah). kena pulak thn ni tok kat umah paklong (abang ayah). tok ni tinggal kat umah ayah ni jugak, tp thn ni dia kat kl sebab maid blk indon, raya. then paklong and pakcik take turn jaga tok sampai maid balik. bila tok kat kl, haruslah org kl pun tak blk perlis kan? so, takda sapa lah kat umah ayah thn ni. biasanya lepas sembahyang raya, adik2 tok akan dtg umah. tp thn ni dah tok xda, ayah ajak g umah diorg. bajet diorg tak datang la kan sbb tok takda. bl kami sampai umah diorg, umah sunyi sepi. rupanya diorg blk raya kat alor setar dlu. mlm kang baru blk perlis. so, blk umah dengan hampa. hahaha..

pastu mak bapak aku plak dtg umah makpak mentua aku. yay!!


 
mak pak mentua, mak pak sendiri, akak2 ipar. eh, adik aku pun ada tu.. thn ni mcm biasa, tempah kuah laksa kuala perlis, then mama buat daging ros and gulai ayam. mkn dgn nasi putih je. ayah tak kasi buat nasi minyak, sbb dia xleh mkn. hehe. oh, ayah tak sihat sgt tu. baru ni detect lg 1 kes, jantung pulak. maybe kena buat endogram. but now, makan ubat dulu. masih under control  katanya. so, berpantang makan lah sekarang.

makan2, lepak2, gebang2 kejap.

bujang makngah.. hehe. anak teruna abang aku. taknak sgt kat org dia ni. asyik ek ek je. main kejap, pastu ek ek. mood elok, ok la. klau mood kelaut jgn sapa nak tegur. hensem sgt pakai baju raya eh walau tok tak sempat letak poket. hahaha...


anak dara nak seorang. susah sungguh nak ambik gambar dgn dia. asyik nak bergedik je. sronok la dia hari tu. perut dah kenyang, ramai pulak dlm umah. kejap2 g kat wan, kejap2 kat tok abah, kejap2 kat makcik, pastu maknjang, pastu maklong. maklong paklong pulak ada 2 pasang hari tu. berlari jeeee. berpeluh2 dah. nak kawal pun tak boleh. so, standby jelah mlm ni tgg dia mengamuk letih.


 sekeping ni je gambar yg elok. sabar jelahhh..


dah kenyang mkn, jommmm, g raya. singgah umah aku kejap nak ambik bekal amni. moh kita pose2 dulu. ambik gambar cucu dgn tokwan@tokabah.
3 ketol ni la cucu abah aku buat masa sekarang. pasni, tak tau lagi.. hihi

cucu belah kanan, pose kemain ayu. senyum simpul je kaklong. cucu tengah, pose konpius. nak mengamuk pun ada gaya tuh. cucu belah kiri, pose tak bleh blah. haram tak mau duduk. jenuh la abah kepit. kami kat depan menjerit2 suh duk diam2, tak da maknanya..

pastu gerak g umah maklang (adik abah). sana ramai dah. family maktam, family paknjang and family maklang. ada gak 2,3 org sepupu yg tk balik sini thn ni. giliran umah mentua pulak. mcm biasa, lepak2, gebang2, merapu meraban, makan2.. pastu ambik gambar. gambar kat profesional cameraman ntah bila nak kluar pun tak tau la. sepupu aku ada kamera canggih kononya, dia la yg snap. tiap2 th gitu. gambar melambak, tapi tak tau la bl nak upload. sabar jelahhhhhhhhhhhhhhhh.. dah ptg, smua dah nak gerak blk. g umah sedara belah umi kejap. jalan kaki je dr umah maklang aku tuh.pastu smua gerak blk umah.

pkul 6 kut sampai umah aku. lepas abg aku drop aku dgn amni kat umah, diorg blk umah abah. plannya, mlm tu aku pun nak blk tdor sana. tapi tgg laki aku blk japg. raya ke 2 and ke 3 laki aku cuti. pkul 6.30 amni tdor. dah mandi, minum susu, tau2 dah senyap. letih sgt kut. tapiiiiiiiiiiii, pkul 7 dia start dah. sampai pkul 9 ok dia punya meragam. mata pejam, mulut menangis. tau dah. mkn pelik2 sket, main bnyk sket, tak tdor siang, ginilah jadinya. siap muntah bagai. aku blm ajar dia mkn manis2 lagi. bl dia mkn, jadi ginilah. tapi takpe, sebab aku dah prepare dia akan jadi gini. then, aku kena peluk tak leh lepas. pkul 8 dia bg peluang jap kat mama. sempat la aku mkn and solat maghrib. pastu sambung nangis blk. kena pulak mlm tu kemain meriah mercun duk meletop, lagi dasat dia menangis. last2 pkul 9 aku dah tdor skali dgn dia. ada 2 jemputan open house, 1 umah sedara, 1 umah kawan. laki aku lari kejap g umah kawan tu sebab dekat je ngan umah. umah mak aku pun tak jadi blk mlm tu. amni dah tdor, malas dah aku nak angkat dia. kang menangis dlm kreta 1 hal pulak... main bnyk sgt kan?

ok, setel hari raya pertama punya cerita.. next is raya ke 2.. jap eh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...