Search This Blog

Loading...

Monday, August 05, 2013

Kalau dengan bapaknya...

Amni close dgn bapaknya. nak kata very close tu, kadang2 ada masa dia xmau jugak, nak mama. tapi mostly klau papa ada, mmg dia xnak la dgn mama. nak tdor je cari mama. nak peluk. takpun masa nak basuh berak. hahahah..

nih antara yg sempat aku capture. ada bnyk lagi la sebab aku mmg keja amik gambar je. gambar aku dgn amni takda sapa nak ambik. huhu

amni masa branak kan kecik je, so, papa dia tak berani pegang pun. rasanya amni dah 3 bulan kut baru dia brani pegang. tu pun kena aku angkat bg dia. nak harap dia angkat sendri, mmg tak la. nak mandikan jauh skali la. kira2 tu amni badan dia keras jugak. ramai yg kata mcm tu. tapi papa dia tetap tak berani pegang. dah besar, 3-4 bulan tu baru dia berani. tu pun dukung statik gitu je. camna dia ambik amni, camtu jelah pegangnya sampai sudah. nak pusing2, mmg tak.

amni dah 6,7 bulan camtu, haa, berani sket. amni dah bule meniarap, dah merangkak, badan dah keras, ok la dia nak ambik sendri. kelakar bila ingat. tak berani katanya sebab baby ni fragile kan? aku mcm terkasar sket, dah kena marah. kut amni sakit. padahal pakaikan pampers je pun. kang ketat sgt katanya. aku tepok2 bontot amni pun kena marah, nak bg tdor je pun. padahal tepok tu  kat pampers. bg amni pakai legging, pastu mcm ada berbirat sket la sebab peha dia gemuks, dah tak bg pakai dah. kang darah tak jalan sebab ketat. so, skali tu jelah pakai legging tu. over kan ?

amni dah bule berjalan kut, baru dia berani nak bg mandi. sebelum tu mmg tak la. dah terer, ptg2, mmg aku pas ke dia jelah. klau dia ada, dialah yg mandi or basuh berak amni. klau semua mama buat, papa nak buat apa ye dok? dua2 buat eh. buat anak pun sama2 kannnnnnn?

now, amni dah 1tahun 11 bulan. hujung bln ni dah 2 tahun. boleh dikatakan, she very close to her papa. kadang2 sampai aku sakit hati tgk. bukan cemburu, menyampah je. kami cuti kan tak sama. on weekend, papa dia keja. so seharian dgn mama jelah kan? elok je mainnya. kadang2 aku duk masak, dia main je kat depan sorang2. ada masa tu kacau jugaklah. tapi takdanya nak merengek, nak menangis, nak kita layan dia je. main jelah sorang. adalah ek ek tu sket, tapi blh diterima lagilah. elok je papa dia balik, haaaaaaaaaaa, mulalah drama. dengar je bunyi gate, dah tercongok2 dah. buka je pintu umah, kadang2 tu dan2 tu menangis. ntah apa2 ntah. tak tau apa motif. mcm  nak bgtau duk dgn mak tiri ke apa?? pastu bergayut jelah kat papa dia sampaikan pakcik tu nak g mandi, nak smayang smua tak boleh. jenuh pujuk. pastu tunggu je depan pintu bilik air sampai papa sudah mandi. dah papa nak smayang, tunggu la kat tepi sejadah tu. pastu dgn papa jelah. dgn mama ni sebelah mata pun tak pandang. cemuih aku tgk. makan, nak susu, nak air, nak  main, smua papa. mama pegang pun tak mau. klau papa nak kluar, jenuh pusing la. nak tipu pun susah jugak kenit tu. kadang2 kami pakai bahasa isyarat je. klau cakap, dia mcm paham je yg papa nak kluar. so, mmg bergayut jelah tak lepas.

dlu2, masa tgh pregnantkan dia, ada lah aku duk bercakap dgn dia sambil gosok2 perut. " baby, nnt bl baby dah kluar, bila baby tgk papa nak kluar mlm2, baby nangis nak ikut eh? klau tak nnt papa kluar g lepak dgn kawan2 dia, tinggal kita 2 kat umah. mlm2 jelah, siang xpe, sebab papa g keja".
sekali, makbul okeh doa aku!!! doa ibu mengandung gamaknya kannn?
kadang2 aku sronok jugak bl amni duk bergayut je dgn apaknya. lega sket maknya kan? banyak lagi keja nak buat.. hahahah. pastu apaknya tak leh la nak kluar mlm kan? hahahahahahaha lagi!

aku rasa faktor dia close dgn papa dia antaranya sebab papa dia tak penah marah dia. mama ni menyinga selalu kan? hahahaha.. aku kadang2 geram sebab apaknya ikuttttttttt je apa anak dia buat. klau aku marah, dia marah aku balik. kenapa nak marah2 anak, biarlah dia. yelah biar jeeee anak buat apa. anak koyak buku, biarrrr. anak tuang air atas tilam, biarrrr. anak sepah makanan, biarrrr. anak punggah almari, biarrrr. pastu yg nak kemas sapa? maknya jugak lah!! mana aku tak marah ye dok? skang ni, bila anak dia sepah2, aku biar. aku tak kemas. biar apaknya kemas. haaaaaaaaaaaaaa, baru kau tau cemana kan?
ada skali amni main plug lampu. aku tgh mengaji quran time tu. aku marah, dia buat dek je. main lagi. skali apaknya nampak. so, apaknya termarah. haha, bule guna ayat termarah? bukan buat apa pun, papa dia heppp mcm tu je. kuat jugak la suara tu. amni punya terkejut, takut sama kut, menangis sampai teresak2. papa pujuk pun tak mau. sembam muka ke bantal, menangis beriya. aku duk mengaji quran, sampai tak leh baca sebab duk gelakkan amni. lama plak tu menangis. lawak okeh!!! tak pernah kena marah kan, skali papa dia heppp, meraung trus.. hahahahahaha..

laki aku ni over protected jugak kadang2. klau g mana2, jgn harap dia nak lepas amni berjalan. dia rela dukung amni walaupun lama. biar lenguh takpa. tak harap katanya nak biar amni jln kat tepat org ramai. amni mana mau berdukung kan? nasib la hampa 2 beranak. mama tak campur.


nak mandikan, nak basuh berak, now dah takda hal. nak pakaikan baju je dia kureng sket. susah katanya. lagipun dia malas nak merenyah kut. pernah la aku tinggal amni kat dia klau aku kena keja on weekend or mlm. sekali sekala biar apaknya jaga kan? blk tu tgk la, baju lain, sluar lain. pastu atas tilam pun ada senduk, periuk bagai. apa anak nak, ikuttttt je. tu tinggal 2 jam je, klau tinggal sehari, mau ada yg tdor dlm kreta aku rasa.

pastu masa amni dgn papa kan tak bnyk. yelah cuti tak sama kan? so, bila skali papa dia ada, dia over sket lah. dgn mama ni sedia masa duk tgk kan? so, papa dia layan jelahhhhhhhhhhh..

papa pun nampak je mainan best ke apa ke, smua nak beli bg anak. ada je benda amni suka, asyik la nak beli. belon tu taktau brapa jenis dah kat umah. dah budak tu suka, asyik la beli belon. haishhh.kat bini tak sampai gitu pun kan? jeles mama. huhu..

takpelah, mama tak jeles pun. mama suka. sekurang2nya mama tau papa amni leh jaga amni klau mama tak ada kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...