Search This Blog

Loading...

Thursday, September 05, 2013

Amni's 2nd birthday

mari menghupdate cerita basi. huhu.. about amni's 2nd birthday. esok dah cukup seminggu oihh..

on that day, kami laki bini dedua cuti. bukan sebab besday amni yeh, pengasuh tak da. laki aku dah mmg half day hari tu, so cuti terus. memula plan asal nak buat besday celebration tu on friday, 30 august. sekali kan dgn open house raya. tapi hari tu ada open house opis aku pulak. thn lepas dah miss open house opis, so thn ni takkan nak cuti lagi pulok ye dok? harus lah iolls nak mkn sedapppp. pastu pulak ada kekangan lain yg nak kena pikio. so, tak jadilah nak buat open house thn ni. thn lepas dah buat agak besar, so thn depan pulok kita buat. buat tiap2 thn kalu, berlubang poket aku nnt.

muka besday girl di pagi hari. bgn pagi tu mood elok je. tau kut hari ni dia dah genap 2 tahun... hehe..
nampak tudung mama, ambik nak pakai. lepas mama amik gambar laju2 masuk bilik nak tunjuk kat papa. perasan comel la tuu..

pungpangpungpang plan laki bini, siap dgn mak abah aku pun terlibat sama. last decide nak buat mkn2 sket kat umah mak aku. memula nak buat kat umah aku. ptg kang halo halo la kawan2 opis suh dtg makan and panggil sedara mana yg ada. tapi bila plan ad hoc cenggitu, laki aku agak kurang gemar. aku pun sama. mana nak kemas umah, mana nak masak, mana nak beli barang. pastu assistant pun takda. mak aku pun maleh nak dtg angkut barang ke umah aku, pastu angkut balik umah dia. yelah2, kita buat kat sana lah. kebetulan tu ada kuah laksa lebihan jamuan raya kat skolah adik aku kat umah. now, abah dah join PIBG skolah, bl ada kenduri kendara, dia terlibat and pakai barang2 like periuk belanga pinggan cawan kat umah. so bl ada lebih, nak tak nak kena bwk balik. umi sayang nak buang, so blh buat mkn utk besday amni. lgpun kuah tu masih elok. umi edjas sket, tambah lagi isi ikan, cili bawang bagai. mavelesss. sebelum tu tak sedap mana pun. pastu umi ada buat kuah kacang utk mkn dgn nasi impit sket. then aku decide nak buat soto sket. so, kira jadi la..


kluar nak g beli ayam and bahan2 nak buat soto. muka budak happy pagi2 dapat naik kreta. pastu mama and papa pun ada. syok sungguh dia.

balik umah, laju2 basuh ayam nak buat soto. plan asal, beli bahan2 then balik masak umah mak aku terus. sana periuk besar ada, tenaga kerja pun ada. jiran2 mak aku, skali halo je, datang le diorg. tapiiii, disebabkan tersekat dlm jammed dekat sejam kat spital, terpaksalah aku masak siap2 kat umah.

sebelum g pasar, singgah spital jap sebab nak ambik ubat mak mentua aku. plannya, ambik nombor dlu, pegi pasar pastu dtg balik ambik ubat. biasanya lama la nak nunggu ambik ubat tu sbb ramai org. skali bila pegi spital, jalan bnyk tutup, pastu kreta banyak nak mamps. jln tutup sbb ada raptai utk hari kebangsaan. masak la laki aku pusing2 kat situ. bule je parking then jln ke spital, tapi jauhhhhhh.

pusing2 dpt la parking kat depan umah mayat. hahahah. tu pun parking haram, gasaklah. laki aku g ambik ubat, kami anak beranak nunggu dlm kreta ja. seb baik takda org, so dia ambik ubat terus. slalu ramai and lama nak nunggu. gamaknya org tgk jln smua tutup nak ke spital, malas la kut nak pegi.


 comolot anak beranak dlm kreta sementara nunggu bapaknya..

setel kat spital, laju2 g pasar beli barang. blk umah gegas la masak. amni pun hairan tgk papa dia duk kupas bawang. sakit hati tgk laki aku kupas bawang tapi redho jelah. nak buat kuah soto seperiuk besar dgn ayam 2 ekor, bawang serai halia kena banyak. aku kupas kang terkemut2 so biar laki kupas cepat sket walaupun pastu aku kena sapu kulit bawang yg berterabur kat lantai tu.

dah didihkan kuah soto, gegas pulak buat kek coklat. bahan dah ada, so jommm. laju gila aku buat keja hari tu. kebas kaki tapi ku gagahkan jugak demimu anak.. :-)

siap masak pkul 2, siap2 blk kg pulak. seperiuk kuah soto aku bwk balik. bahan2 lain blk umah mak aku la buat. tak sempat dah. sana ada dapur besar, cepat sket. yg penting tenaga kerja. hehe.. yg tinggal nak goreng suhun kering, goreng kacang, potong daun sup ngan daun bawang, pastu relaikan isi ayam. nasi himpit mak aku dah rebus dah.


otw balik kg. mak ngan anak duk menggedik kat belakang. bapak bwk kreta diam2 yehhh..


kek coklat yg aku buat. sedap yayyyyy..
dek kerna kalut kat umah mak aku, ni je sekeping gambar yg sempat ambik. suasana kenduri langsung takda. kalut oi sbb aku sorang je yg ada. adik aku, pizah keja. ada la jiran2 yg tolong tapi takkan ko nak goyang bontot je kan?

amni la paling sronok hari tu. kawan2 makcik dia ramai smua pakat duk melayan. aku paksa tdor 2,3 kali haram tak nak. nak main jeeeeeeeeeeee. yelah2, mlm kang awak mengamuk siap!!


happy birthday anak. mama and papa love u so much!! muah muah muahhh

gerak blk dr umah mak aku pkul 6++. kena cepat sbb mlm tu panggil family in law pulak dtg  umah aku makan. dasat oih amni, thn ni 2 kali celeb besday kau nak oi.
mlm tu mkn soto jugak and wan sponsor sate. cucu yg sorang ni suka sgt mkn sate. tapiii, bl nak g beli, 1 kangar dah pusing 1 kedai sate pun tak bukak. ptuiii.. last beli pizza jelah.


kek besday ke 2. menggedik sronok tgk kek ada gambar hello kitty.. budak kenit ni skang suka hello kitty. nampak je hello kitty, menggedik sronok. anak perempuan kannn..


potong kek time. yayyyyy...
kak na pun ada, abg haziq pun ada. sronok amni menggedik mlm tu.

sebelum tu ada sket mengamuk. otw blk dr umah mak aku, dia tdor. pkul 8 baru jaga. so, haruslah ada amukan. mcm biasa la h dia klau tak tdor siang, ginilah jadinya. so, mama papa kena ikuttttttttttttt je apa dia nak to make sure dia tak mengamuk. kang rosak majlis. hihi. nak pakai baju hello kitty, ikuttt jelah. nak pakai jam hello kitty, pun kak na ikut. nak susu, pastu nak air, pastu nak susu balik, mama sabar jeeeeeeeeeeeeee. awak besday girl klau idok, mmg ada yg kena cubit. lepas wan, tok, maklong paklong, kak hana and abg haziq sampai pun duk cenggitu jugak. asyik la ek ek. dah panas sket, kak na ajak main, haaa, baru ok.





sronok sgt dia. 1st time potong kek. thn lepas masa birthday setahun tak tau apa lagi kan? maklong pulak nyanyi2 hepy besday, kak na pun nyanyi, papa pasang lilin, menjerit sronok. mama pun happy tgk amni sronok. best sgt! tak perlu majlis besar2 just family members pun dah ok kan?


last jadi gini pulok.. sronok sgt dia potong kek kan? makannya idok, main je lebih. budak ni mana makan kek2 ni smua. takat jamah secubit  camtu je pun.

okes, setel besday party amni. walau kecil-kecilan, mama puas hati sbb awak happy. nnt thn depan kita buat besar sket yeh?

dah besar anak mama, be a gud girl okehh? muahhhh

## hadiah besday tak sampai lagi!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...