Search This Blog

Loading...

Thursday, September 26, 2013

Penang short trip

semenjak kawin, mcm dah takda tempat lain nak pegi, asyik la penang, penang, penang.. hahaha.. apa nak buek, mak mentua org penang. so haruslah anak jantan dia, yakni laki aku master jln kat penang. that y dia takda hal klau ajak g penang. selain dekat dgn perlis, bnyk tarikan terutamanya makanannnnnnnnnnnnnn, moh le kita ke penang. thn ni brapa kali dah eh pegi penang?

ni percutian yg dirancang tiba2. tetiba kak ipar aku (akak suami) ajak pegi jln2 masa cuti hari malaysia. aku pun, mcm sronok jugak. dah lama tak pegi sama2 dgn diorg. cadangan utama dan cadangan ditutup adalah penang. bahahahah. dia mmg hantu penang. setahun mau 5-6 kali g penang. tak kan jemu katanya. dlu dia pun penah keja kat penang.

so, kitorg pun usha2 hotel. skali sri malaysia buat promo, standard room rm95+break1st. laju2 booking pakat dua org. blk tu baru pikir cemana nak bgtau laki. hahahahah. dah la pegi tgh bulan. sengkak oihhh..

memandangkan pegi cuma 2d1n, kita buat 1 entry cukuplah..


memasing muka ada sinyummmmmm. nak g holiday kan?

plan nak gerak awal, skali pkul 11.30 baru kluar. gerak lbh kurang sama dgn akak, tapi aku singgah umah abah kejap. pkul 1 baru kluar dr umah abah. pas minum susu, amni tdor bawak sampai ke penang.

terlentok2 kenit nih.. aman dunia kami laki bini nak bermesra dlm kreta. hahaha.. akak tunggu kat kayu nasi kandar. dah nak sampai restoran tu baru amni jaga. dekat pkul 4 camtu. laju2 makan, gerak g hotel nak check in pulak. pas check in, siap2 nak kluar bawak anak2 g jln2 tgk monyet.. hihihi..

pegi waterfall kejap ptg tu. apa ke nama tempat tu tak ingat pulak. ni 1st time pegi. akak dah penah bawak anak2 dia dtg dah dlu katanya. sampai dlm pkul 6. agak hampa sebab dah tutup. klau tak leh la naik train, pusing kawasan tu. besar la. ada waterfall kat dlm, ada sungai, ada pkok2, ada monyet. so, kami jln2 sekitar je. nak jln masuk dlm tak kuasa, jauhhhh..


monyet banyak oih. ada yg jinak ada yg garang. tu biras aku g peewit2 kat anak monyet atas pokok, skali turun mak bapak dia nak serang. garang nak mampoihh. seb baik biras aku tak lari, klau lari mau dikejar dek monyet tu. dia gertak2 balik, lama2 lari la. barangkali monyet tu ingat org nak ambik anak dia. sapa tak sayang anak kan?
budak2 dah mencicit lari, takuit. jgn kata budak2, aku pun lari. kang tak pasal2 dikejarnya kami smua, mampoihhh.

amni panggil nyonyetttt.. hihi

tak ada apa sgt, jalan2 ambik gambar je kat situ. cantik sgt. hijauuuuuu je.
jom layan gambar jelah yeh..


budak2 la yg sronok kan? kemain menggedik hana ngan amni. berkepit je 2 org. seronok bila mereka seronok... tu tgk, amni senyum simpoi kemain. dah hujung2 dpt gak la naik train walau tak jln. hahaha



gambar kami anak beranak. tempat tu luas, so blh lepas amni berlari. tapi apaknya rajin nak berdukung. sukatilahhh


paksu yg rajin melayan. hana ngan haziq klau dgn paksu, haaa, syok membuli. sebab kadang2 paksu yg lebih dari budak2.. pfff...


suami tercinta yg rajin mengambil gambar anak dan isteri. walau tak berapa cun gambar yg diambil, bersyukurlah dari tak ada. sebab laki ku bukan seorang yg rajim amik gambar. ni kena paksa baru ambik.. hahahahhaha..
eh, i dah belanja u mkn nasi kandaq kannn??


family photo.. dgn anak2. kami pusing2 kat depan tu je. ramai jugak org walau dah pkul 6. klau blh jogging sronok nih..

pkul 7 camtu gerak blk. mkn eskrem sedap kat depan tu, pastu gerak kluar terus. akak ajak g padang brown terus. pegi awal senang, org tak ramai sgt. klau tak kat situ, sesak oihhh.. jauh jugak dr situ nak ke sana. jln pun sesak jugak, cuti kan? dekat pkul 8 baru sampai. g holiday ni, bab solat tak risau sgt. blk kang kita jamak yeh? islam itu mudah ye anak2..

mcm biasa, ni lah port feberet bl mai sini. akak kata makan puas2. hahaha.. mai penang, kena makan. tak shopping xpa, janji makan puassssss.

setel mkn, tgk jam baru pkul 9. jom kita g queensbay mall pulok. laki aku malas nak g, tapi kena paksa, jom la kita. lama dah kut tak g sana. last pegi masa amni dlm perut. er, baru 5 bulan kut masa tu. aku tak suka sgt g sana walau shopping adalah heaven. sebab org ramai, tempat pun besar, jadi xtau nak beli. hahaha.. so, jomlah kita pegi mlm ni.

ramai gila org kat queensbay! ada funfair pulak kat tepi laut tu. nak benti situ, tapi hujan renyai2 sket. so, kita masuk parking dlm. nak masuk parking pun 1 hal, lama gak kena nunggu. masuk menuju g aeon je lah. akak nak tgk baju kat budak2. duk situ dekat 2 jam jugak. tapi 1 apa pun aku tak beli. tak leh nak shopping bila anak ngan laki duk ikut pungkoq. last beli kasut keja laki aku ja. tu pun jenuh paksa suh beli. kasut dah koyak pun pakai lagi. zuhud katanya. ptuiiiii.. sale banyak, jom la bang kita beli. dah lama amni ngantuk, ada sket amukan. sebelum 1 queensbay dgr suara kamu, jomla kita balik. beli mainan kat dia seketoi, jom la kita. kami gerak dlu, akak tak habis beli lg. blk hotel, basuh2 sket, tukar baju, moh le tdor wahai anak. mak ada misi nihhh

anak ngan laki dah tdor, mak2 nak tdor jap. kat sebelah kawasan hotel ada uptown oihh.. sampai pkul 2 pagi aku ngan akak kat situ. takda la best sgt uptown tu, jual baju pdg besar jugak, mahal blh tahan. beli gak la blouse selai pas tawar menawar. pastu lepak mkn char koy teow sampai pagi. hehehe. saja gebang2 hal rumahtangga. bukan slalu ye dok.

day 2, anak bgn awal. sebab?

keciwian sebab ada mainan baru, so syok tu lebih sket... homey sgt awak hai anak!! bersungguh tenyeh iron tu.. hahahah


aku pun bgn awal. pas subuh dah xleh nak lelap sgt. badan mcm nak demam. aircond dah habis slow, tapi sejuk la hoih. mau taknya, aircond menghala btul ke muka. mmg carik pasal la kan? aku turun break1st dgn amni ja, apaknya malas. tgh makan, baru akak sefamily turun. break1st kat sri malaysia ni, boley la dari tak ada. gitewww. setel mkn hana ngan haziq nak mandi pool. amni takleh mandi sbb selsema ngan batuk ada lagi sket2. kita blk kemas2 jelah. checkout awai nak g mkn nasi kandaq kg melayu katanya..

budak tgh berak. hahahahhaha... budak ni tiap2 hari, slalunya dlm pkul 9-10 mesti berak. nak selamat, klau tak g mana2 tunggu dia berak dlu baru mandi. klau tak, elok dah mandi siap2, skali berak pulokkk. amni dah berak, moh le kita siap2.


kat lobi. nunggu laki aku sebenarnya. ada kawan dia dtg sembang pulok. skali dgn biras aku join depa.


kami yg oren hari itu.. now, laki aku suka pakai baju sekaler dgn anaknya. mak jeles, so ikut sama.. hihihi..

dah lepas diorg sembang, dah tghr, so cancel mkn nasi kandar kg melayu. kawannya suggest tempat baru yg best katanya. so, moh le kita. tgg akak skali, tghr jugak baru gerak.


nin diaaa.. cargas cafe. kat bayan lepas sana. lepas balai polis, restoren ni tepi jalan je and tak la besar sgt. manusia ramai gilak! so, sekeping ni jelah gambar yg aku ambik.
nak ambik nasi pun beratur panjang. lauk buh sendiri. tgg meja pun jenuh berebut. haha.. lauk blh tahan sedap. ada lauk nasi kandar and lauk pauk lain jugak. sayur2 pun bnyk. and harga pun not bad. laki aku kata tak best. sebab bl mkn nasi kandar kuah kan kena banyak, kena campur2. bl kena taruk sendri, tak tau nak mix cemana. so, kurang feel katanya. yelah, ni bukan restoren nasi kandar bang oiiii..

setel mkn, nak ke bukit bendera. bawak budak2 syok la g sana kan? so jom kitaaaa..
skali jln jem oiii. banyaknya kretaaaaaaaaaaaaaaa. stress haku! tapi alang2 dah pegi, teruskan jelah. dah sampai, kreta rosak pulakkkk! tetiba enjin berasap masa nak naik parking. cemas aku laki bini. benti lepak kejap, husband decide turun balik jelah. yelah2. dari bukit bendera gerak ke town nak g gama ngan chowrastar dgn hati tak enak. pegi gama dlu. aku susah hati pikir ke kereta, so mood nak shopping adalah ke laut. papa kata ok je, blh je nak blk cuma xleh laju. skang biar enjin sejuk sket. maybe clutch problem. pas g gama, g beli jeruk jap. amni dah tdor, so aku tak turun. pastu gerak balik ikut feri. seronok hana dgn haziq. hana tak penah naik feri, haziq plak dah lama sgt tak naik. memasing tak sabar. sayang pulak amni tdor.

alhamdulillah, perjalan blk ok. langsung tak singgah mana2 dr jeti balik terus. singgah buh minyak je kat jitra. sampai umah pkul 8.30. pkul 9.30 smua dah tdor. hahahahah.. esok kita pikir nak basuh baju, nak kemas umah anddddddddddddddddd nak check kreta. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...