Search This Blog

Loading...

Thursday, October 10, 2013

Ajar anak menulis.. eh conteng..

aku tak ingat bila aku mula belikan amni pencil kaler dgn buku mewarna tu smua. beli buku bergambar utk dia, dulu aku ada buatkan entry. beli guna BB1M lagik. haha..

rasanya aku beli pencil kaler tu smua lepas g follow up Amni kat HTF awal thn hari tu. tu pun sebab doc tanya amni dah pandai pegang pencil and tulis2 tak. terus aku haaaaaaa? belum kasik lagi. hehehe.. klau tak silap umo dia setahun 6 bulan kut. ke kurang, ke lebih. gasak.

oh ye, amni masih kena g follow up ke HTF(Hospitak Tuanku Fauziah) Kangar. dia kan born on 35w camtu and kena duk dlm incubator. so doc consider dia pre-mature baby. then kena follow up untill now. pffffffffff.. aku dah bosan dah nak g follow up. sebab aku tak nmpk amni ni mcm pre-mature pun. mcm terlebih matang lg adaaa.. nnt aku buat entry lain pasal tu.

back to topic. bila aku dah start belikan pensil warna and buku mewarna tu, maka terserlahlah amni ni kidal! kalau masa main tu, kadang2 aku tgk dia capai ngan tgn kanan and tgn kiri. nmpk kiri lebih tapi tak ketara. bila dah start pegang pensil, ketara kidalnya. nak halang pun susah, so bior lah. now duk perang bila nak mkn sbb lajunya tgn kiri jugak. nak mkn not good dgn tgn kiri ye anak. dia pun paham bl aku jerit tgn manaaaaaaaaaaa. otomatik tukar ke tgn kanan. tapi bl ku pusing, eh dah tgn kiri balik.. tak pe, slow2..


koleksi colouring books amni. buku hello kitty tu yg paling latest. mak jumpa, zass beli. mahal sket la, rm3.50. hahaha. yg lain2 tu rm2-rm3 je pung. nak beli mahal, anak nak conteng je pun, pastu ronyok2, koyak pun ada. so carik yg paling murah sudeyyyy.. tunggu besar sket, dah pandai, baru kita up sket yg elok. yg ni kertas pun nipis je. padan la ngang pricenya ye dok?


kotak pensil anmi.

yg pooh tu aku beli. yg hijo tu apaknya beli. dia ingat pencil case, padahal bekas buh chopstik. dia nampak ada gambar hello kitty, laju2 beli kat anak. hantam sajalahhhh.. tapi tu hello jasmin lah papa oi.. ingatkan hello kitty katanya. ater, made in thailanddddddddddddddd.. hahaha

pensil warna ada 2 set. 1 pendek, 1 panjang. smua taruk dlm pencil case tu. klau biar duk dlm kotak asal pensil warna tu, jangka hayat maybe tak sampai sehari dah barai. so, mama beli pencil case biar nampak sopan sket.
kaler aku beli yg murah kat kedai 2 hengget je. yg set kecik tu rm1.50 je. smua nak murah je mak ko ni amni kan?
ada sebab eh aku beli yg murah tu. bila beli kaler yg murah ni kaler dia tak terang sgt. klau yg brand like stabilo, swan tu smua terang, cantik, tahan lasak sket la kan? yg murah ni, cap ayam ni kaler pun malap je, tak terang, tak cantik sgt. kaler merah pun nampak mcm oren je. but utk toodler mcm amni pada aku better beli yg murah. sebab? kalau dia terrrrrrrrrrrrrrrrrconteng dinding or meja or almari ke tak la nampak sgt and mak pun senang nak cuci. kannnn?? ce klau dia guna yg brand stabilo tu. mau sebatu dah nampak kalau dia conteng dinding. pastu sapa nak  meroyan? mak jugakkkkkkkkkkk.. mak yg beli kannnn? lg pun amni blm sampai tahap mewarna pun lagi. baru menconteng. so, tak da hal la guna kaler murah tu. bukan masuk pertandingan mewarna pun nak guna kaler cun nak bertona bagai.

tu cara and pendapat aku la. lain org, lain caranya. ko bnyk duit, silalah beli kaler yg mahal utk anak. dah beli mahal, dia main campak, pastu hilang. ai is tak kuasa nak membazir..


bekas stationery amni. gitewwwwwwwwwwwww.. kadang2 buku nota aku, pen aku pun masuk dlm ni jugak. nak tulis katanya..


so, nampak dia enjoy dgn aktiviti mewarna menconteng ni. sometime kalau aku takda buat apa, aku layan gak la dia kaler2 kat buku tu. tak pun apak dia jadi mangsa. waktu rajin, sampai ke atas tilam diangkutnya buku2 tu smua. waktu malas, haram tak layan.

aku beli buku2 mewarna yg ada karekter yg dia kenal. like angry bird, spongebob and hello kitty. bl tgk kartun2 tu smua, dia pun suka. yg lain pun ada, gambar pun comey2 je.

nak tgk hasil lakaran amni? artis in the making nihhhh..













nahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

tengok dah renyuk kan buku tu?
mana taknya, kadang2 diperonyok buku tu. pastu sepuk la suka2 hati kat mana dia nak. tu tak tgk naik duduk tidor atas buku tu skali.
sabar jelah..
nak latih artis mmg gini kekdahnya ye dok??





1 comment:

  1. Takpe la apaknya..slh bli pun tetap mal dan amni appreciate ye idak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...