Search This Blog

Loading...

Monday, October 14, 2013

Ruang kegemaran di rumah

semua org harus ada ruang kegemaran dirumah kan?
aku pun sama.
bnyk sebenarnya ruang kegemaran aku.
tapi yg ni nak tunjuk ruang yg paling aku suka kemas. ke suka tengok. apa2 jelah..

bila dah ada ruang kegemaran, haruslah aku akan pastikan ruang tersebut sentiasa ok!
ok means sentiasa kemas, tersusun elok dan takda anasir2 yg tak sepatutnya.

tapi tapi...
aku rasa, 1 umah tu kut aku nak tgk sentiasa kemas. makanya 1 umah tu lah ruang kegemaran aku. hehehe..

jom tgk ruang kegemaran aku tu..






ini lah dia ruang tersebut...
takda lah gempak sgt..
aku suka sebab deconya hasil dari perahan otak aku ni.. konon kreatif habis la kannnnnnnnn.. heheh

ruang ni bertentengan dgn meja mkn. meja mkn kat depan lemari tu ha.. dinding yg bercermin tu, dinding bilik ke 2 and laluan nak ke dapur.

almari tu asalnya kat sebelah kanan. bwk cermin tu asalnya kosong, xda apa. plannya nak beli console table letak situ. lagi cun kut. dah jumpa yg berkenan dah. seb baik gak tak beli sebab tetiba aku alihkan almari tu ke situ. sebab alihkan? aku buat play area amni kat sebelah kanan ruang mkn. tu nnt i story. klau dah beli console table, tak tau mana nak letak dah pasni.

meh crita satu2..

cermin tu aku tempah. bgtau nak gini2, siap lukis lekuk2 bagai. tempah kat kedai cermin kat Seriab, dekat dgn Proton showroom. aku tak ingat pulak berapa panjang cermin tu. dah lama dah buat tu. klau tak silap dlm 1 meter ++ camtu. bgtau nak 4 keping. sekeping cuma rm20. 4 keping rm80. murahkan???? dlu nak beli cermin kat ikea, yg lekuk2 4 segi tu jugak. alah, sapa slalu g ikea tau lah cemana. memikirkan payahnya nak bwk blk dr ikea ke perlis, plus nak kena beli bnyk so jadi mahal la jugak, tak jadi beli. pikir2, aku g tempah je cermin ni. lagi muuuuurah dr cermin ikea. lagi cantik pun ye jugak.. heheheh. dah siap, blk umah laki aku pasangkan. cemana dia pasang, aku tak tau sebab time tu aku takda kat umah. yg pasti mulut bising kat aku mau seminggu sebab susah nauuuuuuuuuuuu lah nak pasang. kena hati2 sgt sbb fragile kan? pastu cermin tu takda frame. tekan lebih silap2 berderai. nak ukur ketinggian, nak ukur lubang, huiiiiiiii.. kedai cermin tu dah tebuk siap2 lubang atas ngan bawah, so blk pasang je. kena pulak dinding ada yg tak rata. mmg kena hati2 sgt. seb baik laki iolls terer..
bila balik tgk dah siap pasang, peluk laki ketat2.. hihihi..
pastu asyik la lalu situ..
pastu asyik la puji, cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rumah kita.
hahahahahah... saiko.

hiasan kat tepi cermin tu aku beli kat kedai jual barang2 buat hantaran pengantin and bunga2. Rainbow kat Seriab jugak. beli then balik lekat dgn double side tape je. alah, foam je pun, bukan kayu pun. harga sekeping cuma RM4++. 2 keping tak sampai 10 hengget pun. jimatkan? jimat dan cantik. muaahahaha..


lemari tu aku dah beli lama dah. masa pas kawin dlu. nmpk mcm hitam, tapi brown. rumah sewa dlu cat dinding kaler krim, so masuklah dgn lemari ni. now, mcm tak kena je kan? aku plan nak cat kaler putih pasni, baru cun. nak beli baru tak kuasalah.. sayang oi almari ni sbb solid.

dlm tu isi segala mak nek pinggan mangkuk yg tak guna. tak bnyk pun. banyaknya dr hadiah kawin. ada set cawan air panas 2 set. masa kawin bnyk dpt set tu, so mana yg nampak cun and mahal, taruk masuk situ. tuan rumah guna yg murah je.. kahkahkah..
opis laki aku  kasik set yg english style tu. tea set jugak, siap bekas kuih, bekas tisu bagai. celah mana nak guna pun tak tau so aku sumbat masuk situ jugak. sebenarnya aku tak minat sgt nak simpan and display pinggan mangkuk camni, tapi dah takda tempat nak letak. dlu masa kat umah sewa, aku susun skali dgn kotak dlm lemari tu. lantak ko disitu. now, duk umah sendri, letak cun2 sket lahhh..

lain2 ada gak hiasan2 like pasu, gift masa kenduri, gelas mc'd dlm tu. mangkuk langkawi pun ada. hehehe. aku tak pandai sgt lah nak beli hiasan kenit2, lawa2, hiasan kaca ke kristal ke nak susun mcm umah org lain. simple2 sudahhhh.. tu nampak, gambar amni pun ada dlm lemari tu.

tu pintu kena ikat. klau tak silap2 smua dah duk luar. amni kan suka mengemas umahhh.. pffff..

atas almari pulak smuanya hadiah dr org. 1 pun takda aku beli. suka nak hias rumah tapi kedeks nak beli hiasan. bahahaha..

yg aku beli cuma table runner tu. beli kat vietnam. masa duk pilih2 tu berkenan habislah dgn yg tu. kaler merah hitam. balik letak kat situ haram tak masuk sebab kaler gelap. hentam sajalahhh.

frame yg ada smua hadiah. kecuali frame yg gelap tu. beli siap dgn gambar masa g langkawi thn 2010. nak gantung tp asyikla lupa. frame yg kanan skali, kwn aku kasik hadiah besday amni. so, letak gambar mek tu lah. frame kecik tu dr opis laki aku, ntah sapa kasik. ada eiffel tower lagi kat frame tu. letak gambar amni. lagi 2 frame, 1 hadiah kawin so letak gambar kawen. lagi 1 hadiah dr opis and letak gambar tuan tanah.

pasu ada 3. yg hijo, hadiah kawin. dlu taruk pot pouri. now dah buang sebab taik cicak pun ada dlm tu. now kosong,kadang2 laki aku letak rokok daun dia kat situ.. +_____+

pasu kiri dan kanan hadiah dr sapa ntah. ada bunga 2 batang, lebihan dr buat hantaran kut. hahahah. takda pulak gambar yg aku zoom kat atas meja eh?

depan pasu hijo ada bekas kaca. bekas tu dr hantaran belah laki aku. diorg letak coklat ke apa ntah bekas tu. cantik la. now aku guna buat bekas kunci. tapi duit syiling, ketip kuku, coklat, bateri jam pun ada dlm tu.. kahkahkah..

tu jelah yg ada kat situ takat hari ni. plannya nak letak apa2 kat atas cermin tu. frame gambar ke, hiasan dinding la. tapi blm jumpa yg berkenan.

1 comment:

  1. Comel..jimat pun jimat..saya suka rak solid.wpun mhl tp kukuh.especially for rak pinggn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...