Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 30, 2013

Stok barang basah

rasanya semua mak2 mcm aku. eh, suri rumah la sedap sket. hihihi..
to make sure stok barang basah adalah mencukupi dan sentiasa ada dlm esbok!
nak2 pulak yg rajin memasak mcm ahkak niehhhhhhhhhhhhhhh --- mata ke atas. puii

yeh, aku blh dikatakan selalu masak. sejak kawen la. takda lah hari2. dlm seminggu tu adalah sehari 2 tak masak. bergantung kepada bahan, mood kerajinan dan situasi. klau blk keja dah letih, so mood nak masak kelaut sket. klau tetiba apak mentua call anak dia minta belikan nasi kandaq ke, bihun sup ke dan2 aku punya mood nak masak terpadam dari memori. alang2incik suami nak belikan makanan utk mak pak dia, belikanlah utk anak istrimu ni sekali. tapi tgk jugak la nak beli tu amni blh mkn ke tak. klau tak, make sure ada makanan utk amni.

dlm seminggu slalunya 2 kali aku beli barang basah. kadang aku beli, kadang minta incik suami g belikan. dlu dia tak pandai sgt, now dah terer dah beli barang dapur. dia yg nak makan masakan isteri dia ni kannnnnnnnnn.. hehe... so, klau stok barang basah dah ready, penuh peti ais, mood nak  masak tu berbunga2 sket. proses nak masak pun laju jeeeeeeeeeeee..

balik keja, pkul 6 masuk dapur, pkul 7.30 smua dah ready. blh layan Mr Arrogant dgn selesa. eh?
hahahahaha

klau blk keja baru nak siang ikan, nak basuh ayam, pkul 9 mlm la baru bule mkn. me is tak suka. buang masa. nak kejar sembahyang maghrib lagi, nak mandi anak lagi, nak suap anak mkn. pastu nak prepare utk keja esok lagi (gosok baju). pastu nak golek2 main candy crush lagi kannn? kahkahkah...

slalunya hari jumaat kami akan pegi pasar mlm. beli barang basah, ikan udang ayam bagai dgn sayur. blk mlm tu gigih siang and basuh smua. pastu asingkan, masuk dlm bekas. buat utk skali masak. senang nnt nak guna.. klau hari jumaat, tak kisah sgt tdor lewat sbb sabtu tak keja kan? dan slalunya mlm tu tak masak. beli sesiap kat pasar mlm. tak kuasa dah nak masak sbb dah letih siang ikan bagai.

2,3 hari pastu klau barang basah dah habis, sekadar nak top up 1 jenis lauk, blh la nak siang mlm2 and nak masak terus. klau hari2 nak siang, mak letihhhhhhhhhhhhhhhhhh..



hati berbunga2 bila tgk barang basah penuh peti aissssssss.. mihmihmih..

aku guna tipuware yg beli kat Tesco buat isi barang basah. yg putih clear tu. ada 8 bijik. so ngam2 soi buat isi ayam, udang, sotong or daging utk skali masak. klau ikan, letak dlm bekas panjang sket. 1 bekas taruk 3-4 ekor je. klau letak banyak2, tak bagus pulak bl defrost then simpan balik. bekas putih tudung biru tu beli kat Avon. tu mmg bekas utk isi barang basah. slalu aku guna utk isi ayam sbb bekas tu tinggi sket.

simpan dlm bekas2 mcm ni nampak kemas sket. klau letak dlm plastik, tak suka, tak kemas. sayur pun buat mcm ni jugak. masuk dlm bekas ikut jenis. senang nak manage and hati pun senang nak masak.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...