Wednesday, November 06, 2013

DIY Kotak...

tengok kat blog orang, pakat2 DIY, kak yah pong gewammmm, nak DIY jugekkk...
hahahaha.. gedik
tak susah pun nak buat, nak dgn tak nak je..
alang2 dah ada 2 kotak kasut baru, so jom kita DIY bersama2...

kotak kasut baaaaaanyak sebab suka beli kasut. then aku tak buang klau kotak tu elok. ada org bg tips dulu, nak jaga kasut, simpan dlm kotak balik lepas pakai. tu maybe utk kasut yg jarang2 pakai la kut. mengkalau yg selalu pakai, hari2 duk lenjan, tak kuasa kah aku nak masuk keluar kotak hari2. kehkehkeh... tapi kasut2 yg lama, yg elok tapi jarang pakai, smua ku masuk kotak. yg slalu pakai, letak dlm lemari kasut lah.

aku guna kotak kasut nautifit. kasut aku bnyk jugak brand ni. sedap pakai. harga pun mampu milik, below 100. tiap2 bulan boleh beli kasut. hihi... klau kotak nautifit ni mmg aku simpan sbb kotak dia elok.
bahan2 utk DIY ni tak banyak pun. kotak kasut, atau apa2 kotak, gam. selotep, kertas pembalut hadiah, gunting/pisau. dah tu je pun. pastu kreativiti dan kesungguhan sikit. hihi...


haaaa.. yg sorang ni memang ada kesungguhan sungguh!
sebokkkkkkkkk je dia nak menolong. eh, bukan tolong buat, tolang susahkan mama lagi duk ada. sabau jelahhh...


akhirnya, selepas berhempas pulas, siap jugak... waaaaaaaaaaaaaaaa.. syiok2
macam susah giler lah nak buat ni memula. padahal sonang yooooooooooo..
aku dulu masa tingkatan 5, ambik seni lukis. kena buat kotak, pastu hias. lagi la susah dari nak membalut kotak ni. pastu seni lukis tu aku ada A ok!!
tapi bila lama tak praktik, mcm keras dah jari jemari iolls ni. haiyaaaa...
aku punya bakat seni yg terpendam tu bukan ke arah melukis yeh, tapi kira cam kreativiti la lebih kurang. nak lukis, orang lidi aku tau. tapi bab nak kemas2, teliti, potong cun2, ukir2 tu haaaaa, baru aku boleh.

close up sket kotak DIY kak yah.. hihihi
aku beli wrapper polka dot. kaler merah, pink and brown. 8 kupang je selai. pastu utk dlm kotak tu aku letak kaler merah, baru ada tone sikit. gitewwww..

buat isi apa kotak ni?
haishhh, tak leh tunjuk, kang kena pelangkung dek laki aku.
sebab?
aku letak kat drawer pakaian kecik... hahahahahah
aku buat 5s drawer tu. mana yg rasa tak nak pakai, nak simpan ke nak buang ke, aku kemas2 kan sket. pastu asingkan, letak dlm kotak2 ni. baju kecik and seluar kecik. pastu singlet, and sedara mara yg berkaitan. dah susun dlm kotak ni, eh eh, kemasnya... suka mak incik!

pastu buat 5s drawer incik suami pulak. tapi kotak dia aku tak balut pun. malasssssssssssssssssssssssss. hahahaha... kecik hati beliau.. kihkihkih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...