Search This Blog

Monday, December 16, 2013

Rawatan Keloid

hari tu kan ada share pasal keloid kat entry ni. keloid aku yg makin aktif dan sakit ngap2 tu..
dah lama tahan, marilah kita cari solutionnya. i cannot tahan anymore.. muahaha..

tanya sana, tanya sini, tak ada klinik kat Perlis ni yg ada rawatan utk keloid. then ada opismate bgtau, dia pernah ambik rawatan kat Klinik Menon. org Perlis harus tau kat mana klinik ni sebab dah lama kut.

so, on Thursday, pagi2 lagi aku dah terpacak kat klinik tu. lepas punch card terus pegi. tak jauh dengan opis lama aku. klinik tu seawal pukul 8 dah buka. senang hati. nasib baik servis pun ok utk hari tu. dek kerna dalam kad rawatan aku tak pilih klinik tu sebagai panel, so aku kena bayar. ahkak ok je dik, janji ada ubat.

pkul 8.30 dah blh jumpa doc. doc situ semua india kut klau tak silap. owner, Dr. Menon pun india. memula jumpa Dr. Sha. aku tak pernah pun pegi klinik ni so tak tau sangat. rupanya Dr. Sha tu lelaki. sokay la nak berubat. bgtau dia, cerita bagai, kena selak tunjuk la kan? dia pun cerita jugak pungpangpungpang. then dia minta aku datang balik pkul 11 sebab ada doc visit hari tu. doc yg visit hari tu skin specialist. so, dia suggest aku jumpa doc tu dulu utk penerangan lanjut. aku on je. blk opis dlu, pkul 11 datang balik.

skin specialist ni pun india. tapi doc ni nice. cerita gini2, tunjuk semua kat dia. and dia pun bagus. cerita dekat aku dengan terpeinci. i like!
katanya, keloid ni tak mudarat. dia bukan penyakit kulit yg blh getting worse ke apa. sepatutnya keloid tak sakit. kalau tak sakit, tak perlu any treatment and just ignore. tak pe.
tapi aku punya ni sakit, anacer tuan doktot?
katanya, keloid aku sakit sebab aku bg tekanan. yelah, jadi kat belakang. duk tidor, duk tekan dia, thats y la makin sakit sbb benda tu pun hidup. dlu2, 5-6 tahun lepas rasanya kecik, sekarang ni besar sket. yg kat tempat lain tak sakit pun, yg kat belakang ni je sakit ngap2.
dia tanya punca aku jadi keloid ni. dari luka or lain. selalunya, keloid terjadi kesan dari luka, dah sembuh, jadi parut then jadi keloid. tapi aku jadi dari jerawat. naik jerawat kat badan, picit kluar tapi tak habis, pastu bentan. then keras kat situ, jadi keloid. and he say yes, mmg ada kes macam tu.

utk rawatan ada 3 jenis. 1st, suntikan steroid. 2nd, spray. 3rd, laser. but now yg ada kat klinik tu hanya suntikan. spray takda. laser, klau nak kena ke Klinik Dr. Venkat kat Alor Setar. situ klinik kulit and mcm2 rawatan ada. sebenarnya last choice aku pun nak ke situ jugak klau Klinik Menon tak blh buat. then aku setuju dengan rawatan 1st iaitu suntikan steroid.

sebelum buat suntikan ada dia cerita serba sedikit. utk ambik suntikan ni aku tak boleh ada kencing manis or darah tinggi. yelah, nak cucuk dadah kan?
selepas suntikan ni, akan sedikit sakit. katanya klau ambik rawatan laser tu, lagi sakit. tapi dia tak suggest utk rawatan tu kat aku. sebab, tengok kepada kulit aku, katanya, keloid tu blh muncul balik unless aku buat skin treatment yg berterusan. dan sila sediakan fulus ribu2 yeh.. pitam!
untuk suntikan ni, bukan sekali ye kena. maybe sampai keloid tu kecut dan jadi flat baru blh stop. ada org sampai 3-4 kali cucuk baru ok. depends katanya.


 ubat yg digunakan. suntikan steroid tu.. kecik ja botol ni.
utk 1st time ni, doc cuma guna separuh ja dari sebotol tu. 3 kali dia cucuk aku kat keloid tu. dan perasaan masa cucuk tu adalah sakit!
kelodi tu kan macam keras kan, bila cucuk tu, huiiiiiiiiiiiiiiiii, ngilu. tapi kena bertabah. tsk tsk tsk.
balance ubat tu dia suh aku bawak balik and come back after 3 weeks utk dia tgk. then akan guna balance ubat tu utk cucuk nnt.  nurse kat situ takut dia misplace ubat tu nnt, so better dia bg aku katanya.

next dia bekalkan aku ubat yg bekas putih tu. sapu hari2 kat keloid then tampal plaster katanya. baiklah...

doc kata, tak perlu risau akan keloid. klau tak sakit, just ignore. tak  mudarat pun. disebabkan aku sakit, haaa, sila buat treatment. suntikan tu pun bukanlah permenant ya.. nanti lama2, dia akan naik balik. thats y dia tak suggest buat rawatan laser. skait, mahal, pasni naik balik.
dia ada jugak pesan, klau aku ada luka yg dalam, gatal ke apa, jgn garu sangat. sebab nnt blh jadi parut, blh bawak kepada keloid. once ko dah ada, tak mustahil jadi lagi. yaa, aku perasan ada aku pernah luka lama dah dulu, dalam la luka tu kat kaki. lepas lega semua tempat luka tu jadi mcm berketul. berparut dan timbul. rupanya tu keloid la. kulit aku ni mudah jadi katanya. haiyaaaa.. seb baik aku tak branak scissor kan? klau tak besau la parut kak yah.. huiiiiiiiiiii.. ngeri.

dah setel, dapat mc. total kena bayar RM105. gulp!

balik rumah, lunch and nak rest. tapiiiiiiii..
sakit ya ampun! ngap2 kat blakang tu. gila punya sakit. ko duduk diam2, tetiba rasa mcm org toreh2 belakang tu. sampai menangis2 aku. dekat sejam jugak duk menjerit2. sakit oiiiiiiiiiiiiiii. tak tau nak habaq eh. kebetulan incik suami ada. dia cuti sbb bawak ayah g spital. dia pun runsing sbb bini kejap2 menjerit. padahal aku dah tdor meniarap dah tu. tapi dia punya sakit tu, masya allah.. serius sakit. ada jugak rasa mcm luka yg baru kena toreh, pastu ada org simbah air kat luka tu. ngilu gila! laki siap buat hit pack bagi aku. pun tak jalan. end up tak tahan, aku telan pain killer jugak sebijik. yg paling kuat. lepas 15mnt, hilang sakit! magic gila. hahahaha..

now hari2 apply la krim yg doc bagi tu. mmg dah tak sakit sejak hari cucuk tu. klau tak dlu, mesti dlm sehari ada rasa jugak. kita tunggu lagi 2 minggu nak g cucuk lagi. bersedia la nak sakit pulak. huhu..

24 comments:

  1. Salam kak. saya pun ada parut keloid jugak akibat pembedahan iaitu lebih spesifik lagi tampal kulit kat area tangan sebab luka besar.So parut keloid besar jugak,dari pergelangan tangan hingga ke siku . So soalan saya ialah, puan rasa elok tak kalau saya buat treatment laser? Sebab menggunakan suntikan steroid macam tak berkesan je.Parut puan macam mana? Ada apa-apa peningkatan?

    ReplyDelete
  2. Assalam kak. saya pun keloid yang dah rasa tak selesa dalam 4-5 tahun.. bekas parut chicken pox.. saiz dulu kecik, sekarang l/k 7x7mm.. lokasi di tengah2 dada.. terasa gatal dan pedih bila bergesel dengan pakaian(baju).. rawatan yang disyorkan oleh doktor lebih kurang sama dgn akak tp saya takut nak buat suntikan sebab doktor kata sangat sakit!

    ReplyDelete
  3. Salam kak , nasib kita sama ler . Sya pun guna suntikan steroid . Memang sakit gyla . Exactly sama mcm yg kakak alami la . Sye bru 16 tahun

    ReplyDelete
  4. salam...sy pun pernah buat suntikan 3 kali je...tak tahan sakitnya mmg lps cucuk nangis betul2...tp tak hilang pun keloid tu

    ReplyDelete
  5. Mcm mne nk hilangkan keloid sye plss sms no ni kalau spe tau 0148141020

    ReplyDelete
  6. Salam. Skrg sy still ambil suntikan steroid utk kelloid di sparuh bahagian muka sy.. yes.. amat mnyakitkan.. sdgkan kt bdan pun rasa sakit mnangis2.. apa lg yg kt bhagian muka.. kan ? Sy amik rawatan tiap bulan kat hospital kerajaan dkt ipoh.. stakat hari ni dh hampir 3 tahun ambil suntikan.. alhamdulillah.. kelloid tu mula lembut n nmpk kurg.. cubalah.. ��

    ReplyDelete
  7. Salam .. saya pernah terbaca kat mana2... lupa... sapu kunyit hidup setiap malam lepas mandi... atau pun tumbuk letak kat situ

    ReplyDelete
  8. Awat tak mai Klinik Kulit Di hosp tuanku Fauziah kangar, pun ada rawatan tersebut .RM 5 ja. Jumpa dengan Dr hassanin.

    ReplyDelete
  9. Sy ade keloid pd badan punca dr jerawat tak guna! Sy ade rawatan dgn hospital krajaan da kne suntikan steroid tu.tp mmg sumpah sakit..stahun follow up tp mcm xhlg sgt.trus sy x follow up lg sbb sakit sgt.

    ReplyDelete
  10. Sy ade keloid pd badan punca dr jerawat tak guna! Sy ade rawatan dgn hospital krajaan da kne suntikan steroid tu.tp mmg sumpah sakit..stahun follow up tp mcm xhlg sgt.trus sy x follow up lg sbb sakit sgt.

    ReplyDelete
  11. Last bilang... 18 tempat di badan... bahu kiri kanan belakang .bahagian dada... aduhhh memang pengaruhi keyakinan diri...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Cuba amalkan begini:
    1. Celup kapas ke dalam cuka buah
    tin.
    2. Tampalkan kapas tersebut ke
    parut keloid sebelum masuk tidur.
    Biarkan semalaman.
    3. Siang hari, sapukan minyak
    zaitun ke atas keloid sambil urut
    selama 5~10 minit.
    4. Ulangi langkah 1~3 setiap hari
    sehingga hilang kesan keloid
    tersebut.

    Semoga berjaya. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih utk petua. blh cuba nanti...

      Delete
  14. Saya pun ada keloid, baru tadi pgi buat suntikan steroid, mula2 suntik ok jak. Aku kena 4 suntikan ssbb keloid aku bkas bcg, besar gak. Rm250. Fuhh gila nak bayar. Lepas suntik tu, kulit terasa sangat gatal n kehitaman, then driving blik rumah, smpai rumah 15 minit kemudian, fuhhhhhh kesannya mmg sgt2 sakit,tapi kejap je. Rsa x boleh gerakkn lengan, then, i tdo sejam. X tak da rsa sakit. Then, bila bgun tu fuhhh msih sakit lgi. Dlm 15 mnit lps tu, makin berkurangan. Aku suntik tadi jam 1245 tghri, skrg jam 320, makin ok dah rsa. Dah bole text dah, sbb keloid belah knn kan. Tdi, text guna kiri sbb sakit sgt. Sampai ke gigi rsa skit tau. Tpi tahan je, hopefully lps ni mkin flat n kecil la.

    ReplyDelete
  15. Saya pun ada keloid, baru tadi pgi buat suntikan steroid, mula2 suntik ok jak. Aku kena 4 suntikan ssbb keloid aku bkas bcg, besar gak. Rm250. Fuhh gila nak bayar. Lepas suntik tu, kulit terasa sangat gatal n kehitaman, then driving blik rumah, smpai rumah 15 minit kemudian, fuhhhhhh kesannya mmg sgt2 sakit,tapi kejap je. Rsa x boleh gerakkn lengan, then, i tdo sejam. X tak da rsa sakit. Then, bila bgun tu fuhhh msih sakit lgi. Dlm 15 mnit lps tu, makin berkurangan. Aku suntik tadi jam 1245 tghri, skrg jam 320, makin ok dah rsa. Dah bole text dah, sbb keloid belah knn kan. Tdi, text guna kiri sbb sakit sgt. Sampai ke gigi rsa skit tau. Tpi tahan je, hopefully lps ni mkin flat n kecil la.

    ReplyDelete
  16. Alamak btul ke sakit...sy de temujanji kt skin clinic utk rwatan keloid jgak pd 10hb 3 ni rsa cam xnk pegi jek ni coz sume ckp sakit...hurmmm takut la plak

    ReplyDelete
  17. Saya pun ada keloid, saya buat rawatan keloid di Hospital Selayang.Rawatan suntikan memang sakit tapi kena tahan untuk baik.Selang 2 minggu suntikan stroid sebyk 6 kali.Keloid saya di bahagian telinga dan kali ketiga saya operate buang benda alah tu..mungkin sebelum ni saya tak ikut nasihat doktor selepas operate kena datang semula dan suntik di bekas jahitan keloid tu..untuk kali ketiga operate sya terpaksa ikut nasihat doktor untuk tngok kesan selepas kena cucuk di bekas operate...dan ternyata rasa kena cucuk mmg sakit tahap gaban..tapi bertahan dan sedut nafas dalam2 masa kena cucuk tu..org yg pernah cucuk steroid je yg tahu tahap kesakitan yg dialami...alhamdulilah skrg dh dekat setahun parut operate keloid masih tidak berubah....happy berkongsi rasa pesakit keloid yg pernah doc maklum di asia nisbah pesakit 1:10...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...