Thursday, May 22, 2014

Cik Kuntum yang sekarang..

Amni sekarang dah 2 tahun 9 bulan.
Ogos ni cukup 3 tahun.
ikut bulan Islam, 29 Ramadhan dah cukup 3 tahun, aku beranakkan dia sehari sebelum raya tahun 2011..
Insyallah, dengan izinNya, bila dia cukup 3 tahun, she will be a sister...
tak sabar mak... hihi..
cemana gamaknya nak handle 2 anak nanti..

kenit tu dah menggedik nak g school.
kadang2 bila g ambik kazen dia, Hana balik dari taska, dia pun asyik la sebut nak g school.
sabar nak sabar..
tahun depan mama masukkan awak ke school.
thn ni awak sibok nak g school, thn depan tak nak pegi, siapppppppppppppp...
ikut tu, taknak masukkan lagi sebab rasa mcm awal, tapi takleh pikir diri sendri je.
sebabnya, adiknya nanti Insyallah akan stay dengan pengasuh dia yg sekarang ni.
so, nak hantar adik, kakak kena keluar sebab ada lagi budak lain yg stay dengan pengasuh tu.
kang tak cukup kaki tangan maklong dia nak jaga klau ramai sangat.
so nak tak nak Amni kena g school la thn depan.
dia sgt teruja bila sebut nak g school..
tak tau cemana teruja tu nnt bila betul2 kena g school.
kita tengok jelah nanti cemana..


wajah kesangan hamba..
dah pandai bergaya okeh.
klau nak keluar, kemain cemas.
mana nak cari spek mata, mana nak cari jam, mana nak pakai lipstik, nak bawak mainan..
ada masa nak pakai tudung walaupun pakai skirt. +__+
kadang2 aku yg pening ngan dia, dah lebih dari kita pulak.
baju pun dah pandai memilih dahhhhh.
skang suka sangat pakai baju kembang.
feeling pwincess pulokk.
baju kembang2 dah la tak banyak sebab dlu dia tak suka pakai, so aku jarang beli.
skang ni kena beli baju kembang2 pulak sebab asyik la nak pakai baju2 tu je.
dah pakai tu, pusing2 bajet pwincess, pastu tanya "Amni cantik tak?"..
kena cakap cantikkkkkkkkk, klau tak kang merajuk.
sabaq jelahhhh..

cik kuntum tu skang ni, muluttttttttttttttttttttttttttttttttt, kemain lagi.
jgn ko cakap benda tak senonoh depan dia, cepat je dia tangkap, pastu ko dengar la dia ulang nnt.
jadi skang ni kami cakap pun elok2 jelah..
klau tak kang dengar lah " mana bapak hang ni?" dari mulut dia..
hahahaha..

dia cepat ingat.
any new words yg ko sebut, pastu dia bule ingat and sebut.
baru2 ni dia ada cakap "kucing tu duk lepak kat umah kita"..
terkujattttttttt aku dengar..
lepak kut.. hahahaha
lawak btoi..
skang ni dia suka menyanyi pulak.
sakittttttttttttttt telinga dengar sebab ntah lagu apa yg dia nyanyi and sapa pun tak paham.
ada lagu yg aku ajar dia nyanyi, dia ingat, so ok la.
tapi kadang2 dia hentam jugak klau dia lupa.
tempo mmg kelaut laaaaaaa...
lagu feberet dia, tepok amai2, rama2 bintik, rumah terbakar, and selawat nabi.
duk sesaja dia nyanyi la, klau suruh kadang2 tak layan.
slalu dia nyanyi utk baby boy dia tu la.
memula ok, dah lama, sakit telinga dah aku dengar sebab makin lama makin melalut.
hahahahaha...
kadang2 klau dia lupa, dia suh mama sambungkan, layankan jelah..
bagus jugak tu utk latih memori dia kan?
abc dah boleh, alif ba ta dah boleh, one two three dah boleh.
cuma kadang2 berterabur la baca.
takpe, mama baca dia ikut.
so far semua lancar, takda pelat.
oh, doa makan pun dah boleh hafal.
doa tdor pun boleh, tapi pelat sket.
btw, gud job anak!

skang ni ada hobi baru.
hobi yg bagus utk dia tapi mentensionkan mak dia ni ha..
ahahaha.
sejak tab kena kawal, dia peduli dah mainan dia yg berlambak tu.
now dah tak minta sgt tab, sebab dah tau mama tak kasik.
bagusssssssssssss..
now aku perasan dia suka ambik buku2 dia, nak2 buku cerita.
pastu dia akan bercerita.
dia tengok gambar, dia buat huraian atas apa yg dia tgk.
bercakap, bercerita sensorang dengan buku tu.
kadang2 sampai sejam duk bercaaaaaaaaaaaaaaaakap je..
dah mcm penglipurlara aku tgk.
hahahaha..
yg syok tu pandai pulak dia buat cerita gitu gini..
tgk buku cerita ada gambar binatang, ha cakap la ni lembu tok abah, lembu makan rumput blablabla...
kagum jugak aku kadang2 bila aku curi2 dgr apa yg dia repekkan tu..
dia kaitkan dgn apa yg pernah dia tgk kat sekeling, kat tab dia atau apa yg pernah kita ceritakan pada dia and dia combinekan..
dasyat...
imaginasi tinggi betul.
sel2 otak berkembang pesat..
mama so proud of u doter!!
walaupun pastu mama jugak yg kena kemas play area awak, tapi takpe sebab awak belajar.
kadang2 aku ajak dia kemas skali.
budak ni jenis kena slow talk, kena cakap elok2, pujuk2, bodek2 sket.
klau jerit, marah, mmg tak layan.
hari tu aku siap dgn penyangkut baju lagi, duk cekak pinggang suh dia kemas mainan.
pas sudah tak kemas, duk menangis beriya sebab mama marah.
mama acah nak buang mainan dia, menjerit2 tak kasi, tapi tak simpan jugak sbb mama duk marah..
haishhhhhhhhhhhh, geram aku.
klau acah2 dia tak simpan mainan nnt kucing ambik, nnt cicak ke ambik, nak bagi org ke, haaa, baru takut nak simpan mainan..
mama kena blajar psikologi banyak sket..
apak dia lain, sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr je ngan kerenah anak.
mama tak berapa nak sabar.. hehehe..


orang pun dia dah kenal.
yg slalu jumpa tu  haruslah kan?
yg jarang2 jumpa like kawan2 opis aku tu, ada jugak yg dia ingat.
auntie itu, auntie ini.
dengan perempuan dia ok, dengan lelaki dia kureng sket.
bagussss, jgn dgn lelaki je ko gedik nak sgt..

makan pun dah mcm2 skang ni, tapi masih dlm kawalan.
klau dgn apaknya, semua boleh.
dengan mama, noooooooooooooooo!
yg manis2 aku masih pantau, mana yg boleh mana yg tak.
setakat biskut2, boleh la. sweets, candy, coklat, keropok, no!
air kotak yg dutch lady kids tu ada aku belikan, yg lain tak.
sometimes ada jugak la sesapa bagi, aku kasik la dia minum.
kesian jugak semua nak sekat, lagipun org kasik.
mcm yg aku kata tadi, masih dlm kawalan and tengok apa yg nak dimakan tu.
sekarang ni tengah suka buah durian.
taktau la cemana dia bule suka, buah lain haram tak layan.
mempelam lagi 1, pun dia suka.
buah lain, epal, anggur, tak nak pun..
klau durian, pantang nampak asyik minta je..
seb baik papa beli kat siam murah je.. klau tak pitam  nak beli..

dah bule menerima arahan dah skang ni.
senang keja mama.
dah habis minum susu, botol g campak dlm sink nu.
yes, campak. sebab dia baling je masuk sink, takdanya nak letak dgn penuh tatatertib ke apa.
takpe, redho sebab dia ringankan keja maknya kan?
nak mandi, buka baju, masuk dlm bakul baju kotor pun dah lulus.
pastu g ambik towel.
nak mandi, mana 1 sabun dia pun dah cam, mama papa takleh pakai sabun dia sebab dah besar.
mama ada sabun mama, papa ada sabun papa. gitew pemahaman dia. ikut jelahhh..
nak makan apa2, g ambik sendri pinggan dia.
dah tau kat mana, and dia tak ambik pinggan mangkuk lain.
mmg yg dia punya je, so tak risau sgt.
pendek kata, dia dah tau rutin harian dia cemana skang ni.
nak mkn, buat pe and kat mana.
nak mandi, nak ambik apa.
sebelum tdor kena buat apa.
cumanya dia ni ngikut sebelah papa bnyk, kena slow talk.
no marah2 or tengking2.
kadang2 mama lupa, terjerit, so dia tak layan.
kena cakap lemah lembut, baru bergerak.
gitu pulak jadinya...


dia manja lebih dgn papa..
tapi sometimes dengan mama pun sama je mengadanya.
independent sgt klau mak pak takda.
budak dah biasa duk dgn org kan?
duk umah pengasuh, elok je pengasuh kata.
tinggal ngan tok umi pun elok je, dan2 mama papa sampai, terus mengempeng.
saja mengada.. eheh..
merajuk pun dah pandai skang ni tauuuuuuuuuuuu..
lawok sgt.. kehkehkeh..


muka budak nak tdor..
sebelum tdor selalu time main gomol2 ngan dia.
bl mandi petang, aku akan pakaikan dia baju harian dlu.
dah mlm, pkul 10 ke camtu, nak tdor, basuh2 sket tukar diapers ngan baju tdor smua.
kadang2 siap pakai bedak wangi2 lagi.
baru sronok mama nak gomol2 nnt.
takmo tdor masyam2, kang kluar ailio basi, lagi masyam.
sebelum tdor, guling2, borak2 ngan dia.
klau dia betul2 ngantuk, tak lama, habis susu sebotol, dah habis gentel lengan sasa mak ni, tdor la dia.
yaa, tabiat dia nak tdor mama kena ada sebab nak gentel2, nak gosok2 lengan mama.
tgh2 mlm klau terjaga, mamai ke apa, hulor je lengan, dapat gosok2 lena balik.
peel apakah tidak la ku tahu..
kadang2 geli, tapi tahan jelah dah dia suka.
klau dia tak ngantok, kadang2 layan la dia borak2 main2 dulu..
pastu, tau2 dah lelap..
eh, dah boleh layan borak tau dia ni.
kadang2 naik kreta berdua, sembang2 la ngan dia.
mcm2 la keluar.
paling syok bila ada new words yg dia dgr kat mana2 and dia apply, memang lawok habis..
dah bule bercakap, mmg tak benti kenit ni.
kadang betul kadang tak.
kadang benda yg dah lepas pun nak cerita
layan jelah, latih motor skill dia..


kesayangan mama dunia akhirat ni.
moga awak terus membesar dengan sihat dan bijak yehhhhh..
tengah ajar bahasakan diri kakak, tapi tak lulus lagi..
takpa, bnyk masa lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...