Search This Blog

Loading...

Monday, May 12, 2014

My 1st Tefal : Minute Steam Garment Steamer


my 1st tefal kekdahnya..
kelas kak yah.. hehehehe..

aku dah lama ngidam nak beli steamer baju nih.
sebabnya, banyak nau baju manik2 korang skang ni.
nak mengiron tu, alahai lecehnya..
skang ni aku guna iron biasa tu je, brand apa ntah.
beli masa mula2 kawen, time pindah rumah.
yg jenis berat tu, kaler itam.
lama dah berkhidmat kat kami laki bini, elok je sampai sekarang.
2thn lepas kut, laki aku ada belikan steamer iron, brand apa lupaaaaa.
tapi yg biasa jelah, yg boleh letak air kat atas tu, pastu masa guna, ko picit2, kuar la air tu.
pastu masa tgh iron kang, sretttttt, srettt bunyi panas kena air..
hahahah..
dia beli tu murah je, and sebab dia tgk aku duk spray air kat baju masa iron.
so, ada yg jenis air kat atas tu, tak payah nak spray2 dah, tekan je katanya..
mekacih husband sbb peduli dgn kerja isteri.. hehehe
tapi, aku guna tak lama, sebab iron tu ringan.
tak syiokkkk, tak feeling nak menggosok klau iron ringan ni.
dah terbiasa dgn yg berat.
rasa mcm, haaaaaaaaaaa, sekali lalu dah melentik baju aku tu.
yg ringan ni kena tonyoh berkali2 baru hilang kedut.
padahal, ilusi je semua tu kan??
eh, tapi aku mmg lagi selesa guna yg jenis berat..

baru2 ni, opismate aku ada iklankan, dia nak jua steamer tefal dia.
yaa, aku beli preloved je uolls..
bila dia bgtau nak jual, laju2 aku booking.
sebab aku tau siapa yg jual, thats y berani nak  beli preloved.
dia beli thn lepas je pun and guna less than ten katanya.
memula cam musykil pulak kenapa dia nak jual sebab dia pengumpul tefal.
barang umah dia banyak dari brand tefal.
korek2, rupanya org nak beli yg lagi hebat and mahal.
hahahahaha..
org banyak duit boleylaaaaaaaaaaa..
tak mampu mcm kak yah, beli preloved jelah...
pegi umah dia, belek2 lebih kurang, siap buat demo bagai, ok deal..

so, jomlah incik tefal, ikut saya balik umah..


 incik tefal, sebuah garmet steamer di rumah kak yah.. auwwwwwww..


penyangkut dan iron.
klau tak silap aku beli ni dah 2 bulan camtu.
lupa nak tayang kat sini.. bahahahah..
eh, taklah, tak baik tayang2, sharing2 ngan korang jew..

review?
so far, boleyla..
cumaaaaaaa.. kena sabar and rajin.
waktu aku rajin, aku guna la benda alah ni.
sebabnya ia buatkan masa iron ko jadi lagi panjang, kena tenyeh betul2 jugak.
klau main lalu je, tak hilang pun kedut.
klau time tak rajin, aku guna je iron biasa.. hahahah
tang manik2 tu, hantam sajalahhhh..
ehehehe..
leceh sebenarnya guna benda alah ni.
kena sabarrrrr, and hati2 jugak.
aku penah dah terkena wap air panas tu, uiiiiiiiiiiiiiiiii, pedihhh!


nak guna, tekan benda alah yg kaler kelabu tu.
nampak mcm ada tanda bulat sket tu kan?
kat manual, dia suh tekan pakai kai jew... hahaha..
dlm 60second, dah panas, dah bule guna.
air, taruk kat belakang tu ha.
besau jugak bekas air dia, bule masuk dlm 2 liter kut klau tak silap..
mudah je nak guna..


ini plug iron tu..
dpt extension sebab kawan aku beli iron ni kat hatyai.
kat sana, plug dia lain dari kita, so kena pakai extension bila nak guna kat malaysia.
kawan aku ni beli kat hatyai sebab kat malaysia tak masuk lagi model ni thn lepas.
lagipun beli kat sana, murahhh sket.
harga?
biarlah rahsiaaaaaaaaaaaa...

but2, dun worry, bukan tiruan.
sebab ko dapat dgn warranty card and its universal.
klau rosak, nak claim, tempat paling dekat is penang.
but now dah setahun pun, so warranty dah habissss..

iron baju sutera, cotton, syok la jugak.
kat bahagian yg ada manik2 tu, elok la..
tapinya, sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr paling penting sebab lambat nau nak habis..

ok, cita2 seterusnya nak beli vacuum!!
jom menabung!


4 comments:

  1. Uishh dah bertefal ni....
    selalu yg kat butik baju dok guna tu kan...
    ingt cepat dan senang..
    kalau bermanik, saya iron sebelah dalam, yg terkalih tu.
    tahniah kak yah menang kat cabaran lepas..

    ReplyDelete
  2. @nabila : ntah la, ke saya yg tak pandai guna.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. I mengidam ngidam ya amag nk bli bnda alah ni..tp usben suh bc review...tq sis, bab sabau2 ni yg risau...ngeh2

    ReplyDelete
  4. tq kak ats penerangan d ats...br je nk beli.int bnda ni lg memudahkn.tapi.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...