Search This Blog

Loading...

Monday, May 26, 2014

Piala Thomas 2014

korang tgk thomas cup semlm?
rugilaaaaaaaaaaaaaaaaa..
lambat lagi kut nak bule tgk thomas cup ni.
pasal thomas cup, dah g google sendri, tak kuasa nak share dah.
yg pasti dah lama sgt kut kita tak dpt ke final.
dlu malaysia penah menang tahun 1992.
lama dah kan?
zaman anak2 sidek.. eheh..
pastu jgn kata menang, masuk final pun takda bayang.
thn ni, dapat masuk final, lawan jepun yg 1st time masuk final.
berdebor2 mak hencik tauuuu..

aku ni seb baik lambat lagi due nak beranak.
klau tak, silap2 terberanak dah..
bahaha..
ok, tak kelakar.

tapi2, serius wei..
suspen sungguh!!
taktau la klau korang jenis yg takda perasaan.
petang semlm, masa 1st game tu layan kat umah mak aku.
so, menjerit2 la aku ngan abah.
kami dua fanatik okeh badminton nih.
aku lagiiii suka badminton compare to bola sepak.
dari dulu2. layan ngan abah aku adalah best sebab dia pun dulu main game memacam.
so, sambil tgk, sesambil dia cerita apa yg dia tau.
player baru2 kita tau lah kan, klau player lama, mana nak tau kan?
nnt dia cerita la gitu gini, ko pun, oooo, gituuu..
dlm bnyk2 game, badminton paling aku suka.


3rd game aku tak tgk sbb blk umah aku dah.
chong wei feng tu, kalah teruk.
phewwww, geram!
blk umah, sambung tgk kat umah plak.
tengok sensorang sebab laki aku keluar, bawak Amni sekali.
takpe pegilah.
aman sket aku nak melayan game nih.
laki aku tak minat sport and dia butaaaaaaaaaa sport. hahaha
matikla kutuk laki sendiri gitu.
tapi sungguh, jgn la ko cerita apa2 pasal sukan dengan dia, 1 haram dia tak tau.
aku  beriya la duk melayan ngan abah aku semalam, dia muka blur je, takda perasaan pun.
jadi ko nak keluar, silakanlah bang.
kang masa aku duk layan tu, masa tu la ko nak tanya, napa out la, kenapa pukul gini, kenapa dia ni pukul, blablabla.. aku cemuih nak layan.

sampai habis aku layan sensorang semlm.
duk la bercakap aku sensorang.
haishhh..
takpelah..
kalah pun bermaruah kan?
dah dapat masuk final tu pun pencapaian terbesar dah.
lagipun bnyk gak pemain2 baru.
yg lama DLCW ngan Tan Boon Heong tu je.
lain2, junior lagi.
korang pun dah berjuang habis dah.
org yg tgk kat luar ni, takat boleh bersorak dan bagi semangat je.
pastu kutuk sket2 sebab lembik sgt and bnyk buat silap.
kita tak tau player kat dlm tu lagi teruk.
serangan mental dan fizikal tu nak kena hadap.
korang tetap yg terbaik.
rakyat malaysia bangga habis dah walau kalah.

paling aku suka tgk, penyokong la..
heheheh..
menteri pun sporting habis.
end up g turun duk sama ngan player duk jerit sama, lari tinggal vip seat dah.
dia pun tak senang duduk kut.
harapan hingga titisan terakhir, utk menang
sipi jeeeeeeeeeeeeeeeee....

gerammmmmmmmmmmmmm..
klau menang, hari ni pm kata cuti.
tapi hari ni keje yeh..
takpe2.. bukan cuti yg org nak, tapi nak kemenangan kan?
menang, tak cuti pun tak pe.
janji bule kalahkan japang.
tapi, tere pulak jepun2 ni.
walau nama ntah apa2, tago la, ueda la, takonagi la, taro la, hosyi la, apa2 lah.
1st time masuk, eh sakan pulak hampa.
fire kemain otomen taro nih.
seb baik ensem.. kahkahkah..
tahniah la utk japang.
sejarah baru utk diorg.
tahniah jugak utk malaysia.
walau kalah, kak yah tetap sokong badminton for ever.


sian DLCW, last game dah, pasni nak bersara.
tak sempat merasa thomas cup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...