Search This Blog

Friday, May 23, 2014

Susun folder dlm laptop

Selalu cerita pasal susun atur kat umah kan?
kali ni iolls nak cita pasal susun atur kat dlm komputer/laptop pulak.
rasanya mostly dah biasa dengan komputer and kebanyakkan ada personal komputer@laptop sendiri.
zaman skang tak mcm dulu dah.
dulu mahal ya ampun nak beli sebijik.
skang memasing silap2 ada 2 kat umah nu ha..
desktop sebijik, laptop sebijik.
ingat lagi, 1st komputer aku zaman belajar dulu.
ehsan abang aku, dia tolong belikan, tu pun recond je.
jenis monitor besar gabak tu.
tu pun dah kembang kempis idung bangga sebab ada personal komputer.
classmate lain takda, aku ada.. hahaha. panggg sedas!
pastu dulu1 mana ada pen drive, mana ada external drive.
ada pun disket je.
bila buat final projek, nak bentang kat lecturer, pakat la usung cpu g kelas.
nak save dlm disket, tak muat sebab saiz file besar.
lawok gile... pakat bawak cpu naik motor, naik bas kolej.
hahaha..

ok, itu dulu.
masuk keja yg sekarang ni, aku dapat komputer baru.
dekstop sebijik, flat screen dah brand Dell.
dari thn 2006 untill now aku duk guna yg tu lagi.
so far, tak pernah rosak teruk lagi sebab aku yg maintain sendiri komputer aku.
ater, aku yg duk check and repair pc kat opis ni ha dulu..
hehehe..
walau lama, power lagi sebab dah tambah hard disk dan ram.
thn 2007 kut aku beli laptop.
1st laptop, brand HP.
skang jadi hakmilik laki aku pulak, dia yg duk maintain and guna.
2012, aku beli lagi sebijik laptop sebab cemuih latop hp tu slow ya ampun.
dah lama, malas nak upgrade, aku beli baru je.
kali ni beli brand Acer pulak.
laju sket dari yg lama.
dah tu tetiba laki aku g upgrade ram laptop hp tu, truih lajuuu jugak.
saja dengki lettewww..

okes, skang nak share cemana aku manage file2 aku dlm laptop ni.
klau korang yg jenis suka susun atur, harus lah dipraktikkan dlm semua hal ye dok?
jgn kat umah je, kat opis, dlm kerja2 seharian pun sama.
lagipun ia membantu memudahkan kerja2 kita jugak kan?
aku dari dulu2 lagi, aku mmg suka semua benda tersusun elok.
susun ikut kaler, susun ikut jenis, susun ikut kategori.
yg penting ikut susunan..

laptop baru ada 2 partition, C and D.
suh laki aku format buat balik, dia malasssss.. grrrrrrrr..
aku nak buat 3 partition, dia kata kang susah la apa la.
yelahhhhhhhhhhhh2..
klau ada 2 partition gitu, semua keja better save dlm D yeh.
kang laptop ko rosak, kena format ke, keja yg ada dlm C semua hilang, unless ada org sudi ambikkan.. ngehngehngeh..
klau duk dlm D, Insyallah selamat kalau tak kena virus. muahahaha..
klau keja2 penting tu, better ada recovery kat mana2, external drive ke.
backup in case drive kena virus@rosak.

sejak beli laptop ni, semua keja opis aku transfer masuk laptop.
sebab aku kadang2 bergerak ke sana sini.
kadang2 aku ke opis cawangan, and kadang2 aku ke data center.
so, laptop ni usung sama sebab ada projek yg nak kena buat.
baiklah aku transfer keja mana yg patut masuk laptop.
dulu aku ambik mana yg penting je, now semua dah ada dlm ni.
yg tinggal kat pc opis tinggal 1/3 je kut.
pikir2 mcm rugi pulak sebab space drive aku dah nak penuh ngan keja opis, padahal ni personal laptop.
tapi, takpelah. dah keja bahagian tu kan?
bila dah ada keja opis dan kerja personal dlm laptop ni, maka kena buat pembahagian dengan betul.
klau tak, nak mencari file kang 1 hal pulak.
caca marba plak nnt.
so, mcm ni cara aku susun.


ni dalam partition D
create folder ikut keperluan yeh..
rename tu penting, jgn main hentam je.
klau aku, kena ikut keja yg aku nak buat supayaaaaaaaaaaa nak cari nnt senang.
dah kata keja ngan personal semua dlm ni, so kena asingkan mana utk keja, mana utk personal.
sebab tu hari tu aku nak buat 3 partition.
senang nak asingkan, ikut partition terus.



ni dalam folder yg mmg hari2 buka kecuali weekend. hahahaha
folder jobs@lib. folder keja..
keja haruslah mcm2 kan?
jenis aku, asingkan ikut keja yg nak buat.
semua keja, buat folder then masukkan dlm tu.
takmo main campor, main save je ntah kat mana2.
tak sukeeee.
tengok pun rimas, nak cari balik pun susah.
klau dah letak dlm folder, rename ikut nama keja tu, haaaaaa, nak cari balik, sekejap je kan?
korang buat camni takk?
ada org aku tgk, main save je semua dlm myDocument.
semua benda save kat situ!
pastu, nak mencari dah tergagau, asyik la scroll down, turun naik cari file tak jumpa.
rugi masa oih...
aku save benda2 tak penting je save dlm MyDocument mcm resipi ke, petua ke.
klau hilang pun, takpe, bule google balik.

 
cemana nak susun folder?
tak susah.. rasanya semua org tau kut..
right klik kat mouse, pastu pilih la group by ke, sort by ke.
utk view, pilih kat situ pun bule.
klau aku, aku suka group by type.
susun ikut jenis, pastu ikut turutan.
yg ni view details. aku suka
baru comey kannnn?





ni pulak salah 1 contoh folder dlm folder jobs@lib tu.
ni keja2 lama sebenarnya.
bnyk yg dah tak guna, tapi aku sayang nak delete sebab ada yg masih duk buat rujukan.
so, aku tempatkan kat 1 folder khas and rename it.
mcm2 jenis file ada.
then susun jugak ikut kategori.
baru cantik and tersusun ye dok?
yg ni sebab bnyk file and mcm2 file, so aku susun ikut type.
ada mic.words, ada excell, ada image and mcm2.
utk view, jarang aku pilih view mcm ni, slalu aku pilih view details.
utk setup view tu, korang boleh pilih, tu kat atas sebelah kanan yg aku highlight box kaler merah tu.



okes.. ni utk folder feberet aku.
folder MyPicts_Phone.. gambar2 dari phone aku.
korang pun harus ada kan, gambar yg ditransfer masuk ke laptop?
sini ada 3 folder, folder other tu gambar ntah apa2, sikit lagi nak delete dah. folder picts tu, beribu gambar, folder video tu, utk video saja.
gambar2 kat bawah tu, gambar dr kawan2 or yg aku ambik dr fb. bukan dari phone sendri la kiranya.

klau dari henpon, haruslah beribu gambar kan?
cemana korang manage?
aku manage begini lah.. eheh...
ikut tahun dan ikut bulan.. lebih sistematik dan tersusunnnnnnnnnnnnnnnn..
sebab aku buat begini?
senang nak tgk dan senang nak carik.
klau semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gambar longgok dlm 1 folder, pitam nak menengok dan mencarinya.
tak suka.
pastu, nak tunggu load semua gambar2 tu, adoiyaiiiiiiiii, bercinta kut.
soo, kak yah cadangkan buat mcm ni..
lebih mudah. nak tgk senang, nak carik pun senang.
cumanya kena rajin sket lahhhhhhhhhhhhhhhhh..
klik kat folder tu, kluar gambar yg kita ambik ikut bulan.
klau gambar dr henpon kan takda tarikh, klau view kat pc baru tau tarikh kan?
so, bila duk dlm folder ni, secara tak langsung, kita tau oooo, gambar ni masa bulan mei, g sini masa bulan january.. tak gituuuu?

so, korang cemana manage folder2 ni smua?
susun molek2 ye, menyenangkan keja kita jugak kan?
tengok pun rasa tak serabut, and nak mencari pun mudah.
takda la asyik guna option search je.. hehehehe..


klau tgk komputer keja laki aku lagi dasyat.
folder dia melambak ok!
dia pun jenis mcm ni jugak, create folder.
rename tu yg aku tak tahan.
folder keja, tapi nama karipap sardin.
ngeng btoi.
kenapa, dia je yg paham..
hahaha


5 comments:

  1. salam kenal! saja jalan2 in your blog :)

    come visit my blog. I sometimes write about how I became a work at home mummy through my online Shaklee business. work at home mummy like me

    ReplyDelete
  2. Samalah kita..huhu..klu xserabut tgok terabooorrr

    ReplyDelete
  3. Owh fening jgk pikirkan folderku yg berterabur..hummmp ;)

    ReplyDelete
  4. @aishah amin : tq sudi singgah
    @unmie sue : tu la, klau serabot, rimas jugak kan?
    @cinet : jom kemas, pasni tak serabut dah.. hehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih.. memang membantu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...