Search This Blog

Loading...

Friday, June 06, 2014

Kek coklat moist kukus

hari tu teringin nak makan kek coklat.
klau beli kadang2 tak memenuhi piawaian.
ada yg manissssss..
ada yg keras.
ada yg lawa kemain, tapi tak sedap mana pun.
amboih engkauuu..
maka marilah kita buat sendri klau dah cerewet sgt.
tak susah pun.
nak dgn tak nak je.
bahan asas slalu ada je dlm esbox aku.
serbuk koko, coklat masakan, tepung gandum, butter, telur, semua ada.
klau habis aku mmg slalu top up walau tak plan bila nak buat.
biar ada je kat pantry tu, tak pe.
expired date pun lambat lagi kan?
so, bebila terasa nak buat, haaa, jom kita buat.

dulu2, aku memula blajar buat kek coklat ngan mak sedara aku.
masa tu kek dia paling sedap dah.
hahaha..
memula buat, kek bentan.
topping coklat  pahit, keras.
down habis mcm nak hempuk mixer tu.
padahal sendri tak reti lagi nak salahkan mixer.
takpe, practise make perfect.
lama2, terer dah.
siap beli mixer bagai, padahal guna setahun 2 kali je.
tu pun sebab raya.
leceh nak putar putar bagai, nak cairkan butter.
then, aku jumpa blog ana.
yay!
ada resipi kek coklat moist yg sapsapsoiiiiiiiiiiii je siap.
tak payah guna mixer bagai.
haku sukaaaaaa.
tak payah basuh bnyk bekas yg pentingnya..

dah banyak kali try resepi dia, mmg mudah gila.
pastu aku buat kek coklat, ikut yg tu je.
sonang oii.
aku tiru sebijik cam tu, cumanya aku jarang taruk coklat emulco je.
dia pun kata takda pun takpa.
takpe, aku rajin, aku share jugak kat sini resipi kek coklat moist yg sedap ituuuu..

bahan2:
telur 4 biji
susu cair 1 tin
gula kastor 2 cawan
tepung gandum 2 cawan
serbuk koko 1 cawan
butter seketol setengah ( 250g+125g)
esen vanila 1 sudu teh
baking powder 1 sudu teh
soda bikarbonat 1 sudu teh

simple je kan bahan2 dia? utk tepung, gula ngan serbuk koko, guna cawan yg sama ehh. pastu semua tu ayak dulu. kang ketul2 pulak. tak sodap kek nnt.

cara2:
cairkan butter dlm periuk. api jgn kuat sgt. sambil2 kacau yeh.
pastu masuk susu cair, kacau2 lagi.
pastu masuk gula. klau boleh guna gula kastor la, jgn guna gula kasar tu. klau tak cair betul2, kek jadi tak sedap. klau takda gula kastor, takda hal, blend dlu gula kasar tu. pun boleh. slalu aku kurangkan sket kuantiti dia, takmo manis sgt.
then masuk esen vanila. kacau2, tutup api.

kat bekas lain, pecah telur and godak2 sket. tak payah beriya pukul sgt telur, just nak sebatikan je. tak payah pukul mcm nak buat telur dadar tu yehhhh.
pastu masukkan dlm adunan butter tadi.
bahan2 yg diayak tadi ( tepung gandum, serbuk koko, baking powder and soda bikarbonat ), boleh masuk sket2 ke dlm adunan pertama.
masuk sket2, kacau2.. sampai habis dan sebati.
klau ada yg berketul ke, tenyeh la betul2. kang dah bakar, berketul pulak tepung tu.
that's y kena ayak yehhh.. bagi halus and tak berketul2.

pastuuuu..
masukkan dlm loyang. sapu butter sket eh kat loyang supaya kek tak melekat nnt masa nak tanggalkan.
loyang tu depends lah. 4 segi ke bulat ke.
aku yg ada bulat je. saiz tu agak2 la, standard size kek.
entahhh, aku pun tak sure. hahahaha
pastu kita kukus. bukan bakar yeh.
aku suka kukus sbb nnt dia lembuttttt je.
kukus dlm 1 jam.
oh, klau boleh, tutup adunan dgn aluminium foil eh.
supaya wap air kat tudung periuk tak menitik ke dlm kek nnt.

masa duk buat keja tu smua, boleh panaskan periuk kukus dulu.
agak adunan dah siap, periuk kukus pun dah panas.
haa, elok sgt la tu.

pas sejam, kek dah masak, boleh buat topping pulak.
topping cara aku mudah je.
aku malassss nak double boiler bagai.
bantai api direct je.
tapiiiiiiiii! kena api slow eh.
kang hangit coklat.
masuk coklat, masuk butter sket, susu pekat sket.
jangan benti godak2 coklat tu.
dah cair, tutup api.
dah sejuk sket, boleh tuang atas kek yg dah ditanggalkan dari loyang.




hasilnya..
pas tabur segala choclate rice, choclate chips bagai.
meleleh air liur tgk ni. haishhhh..
aku bantai letak atas pinggan leper je.
takda alas pun. hahahaha..
nak makan sendri takpe, bukan nak jual.
kek tu sedappp lahai.
serius ni sebab butter bnyk kan? hahaha
pastu kukus pulak, lembut je.
cubalah. mudah dan sedap.



budak terlebih seronok dapat makan kek.
now dia dah boleh makan kek sebab dah nak masuk 3 tahun.
lagipun aku buat sendri, tau apa yg kita letak and tahap kemanisan kek tu.
bila bau wangi semerbak kat dapur, kalut je tanya aku "bau apa ni mama?"
aku cakap mama buat kek.
menjerit seronok.
"kek hebeday 2 u amni ka mama?"
beriya la duk menjerit seronok bgtau papa ada kek hebeday 2 u Amni.
sabaq jalahhh..
dah siap, sebok pulak suh cari pisau dia nak potong.
besday awak lambat lagi nak.
jgn gelojoh sangat.
tengok la muka exsited tu.
siap menyanyi hebeday 2 u taktau brapa kali ulang.
habis sepotong dia mkn mlm tu.
kecik je pun, kena la dgn perut dia.
siap cakap sedapnyaaaaaaaa mama kek hebeday 2 u Amni.
huahuahua.. kembang semangkok mama kau nak!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...