Search This Blog

Loading...

Thursday, July 10, 2014

Budak pembuli

siapa pembuli?
dan siapa yg dibuli?



nilah dia...
hoihhhhhhhhhhhhhhhhh.. sabar jelah aku melayan kenit ni.
dengan puasa, dengan tak larat nak bawak perut ni.
duk istigfar jelah.
kadang2 menaga jugaklah...
mcm2 peel dia.
mulut plak menjawabbbbbbbbbbbbbbb je kerja dia.
sabar2...
budak nak besar kan?
nak marah pun apa dia tau ye dok?

kena lak skang ni sensitif lebih.
ko hepp sket je, berjejes air mata, air lior, air hidung semua keluar.
padahal tegur tegur sket je, belum kena  jerkah kena marah ke apa pun.
dia punya waaaaaaaaaaaaaaa tu sekampung blh dengar.
org kata peel nak dapat adik.
takda maknanya.
gitu dah budak ni.
memula aku pregnant, dia buat dah perangai gini.
2 bulan camtu kut, pastu ok.
now buat pulak dah..
sabau jelahhhhhhhhhhhhhhh..
dlu, klau apak dia marah je dia terasa, klau maknya ni dia tak heran sgt.
skang ni sapa marah sket je, mulalah uwaaaaaaaaaaaaaaaa.
kena peluk kena pujuk baru diam.
kadang2 nangis takda punca pun ye jugak.
yg tu, mama biar je.
nasib awaklah...
dia rosakkan mainan dia, pastu nangis beriya.
eh2, mama ke yg salah?
lantokkk..

klau aku kat dapor, dia pun kat dapor.
angkut segala mainan, main kat dapor.
teman mama katanya..
banyakla awak punya teman.
seb baik dapor luas.
pastu nak makan tu, nak makan ni.
mak pun, bila anak minta makan, tak sampai hati kan?
memula nak biskut.
makan sikit, eh nak roti pulak.
pastu nak milo. pastu nak vitagen. pastu nak dadih.
haaa, mak nak mendidih dah ni.
klau makan betul2 tak pe.
ni makan tu sikit, makan ni sikit.. hoihhhhhhhhh..
tau2, hangit ikan aku!
sabau jelahhhhhhhhhhhhhhhhh..

now, dia rasa dia dah besar.
sebab kami selalu cakap Amni dah besar, nak jadi kakak.
so, feeling besar lah kan.
klau apa2 sket, Amni tak takut, Amni kan dah besar.
gituuu..
tapi nampak cicak, mencicit lari takuit.
pastu taknak pakai diapers dah.
yg ni dia sendri tak nak pakai.
menangis2 tak nak pakai sebab Amni dah besar katanya.
nnt nak kencing Amni bgtau.
so, kita cubalah.
dah sejam 2,3 kali nak kencing.
padahal tak kencing pun
pastu, tau2 duk dlm bilik air dah.
bila tanya dia kata dia nak kencing, tapi pas sudah tak keluar.
saja nak main air.
sebab dah pandai buka seluar sendri, dah pandai basuh sendri and pakai seluar balik.
hari tu terkencing dlm seluar.. hahahaha
sebab tak sempat buka seluar.
nak terkencing tergedik2 baru nak bgtau.
aku kat dapur, bgtau dia suruh buka seluar.
dia datang kat aku, seluar dah terbuka separuh, pastu bgtau Amni kencing.
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh! gewaaam..
hahahah..
tapi padanlah, dia pakai legging kut hari tu, so agak susah nak buka kan?
so, mak redho la mop lantai plak pastu.
tak marah dia pun sebab kencing dlm seluar sebab bukan salah dia kan?
mak pun salah.. hehehehe...
klau hari aku tak larat, aku paksa dia pakai diapers jugak.
gasak nak menangis pun.
bukan apa, aku seriau dia duk masuk bilik air sendri tu sebab kadang2 tak sempat tgk pun, tau2 dah dlm bilik air.
takut jatuh ke apa kan? Nauzubillahiminzalik..



kalau weekend, mcm nilah.
redho jelah aku tgk...
janji ko tak kacau mama, tak menangis, tak buat perangai mengada2 tu sudahlah.
sepah lah nak oi klau itu yg boleh bahagiakan awak.
kemas tu kita tunggu papa balik keja karang.
mama tak larat!
bila suruh kemas, buatlah drama queen dia..
buat muka sedih kata dia sakit tgn la, tak larat la, apa la..
amboihh..
sepah larat pulak kan?
nak kemas, dan2 tak larat..
hai la anak....

2 comments:

  1. hafni pun meragam gak kak Yah oii..

    sampai Abi dia pn tak larat dah nak melayan.
    selalu dia la paling sabar melayan kerenah anak.
    xtau dia nak apa, kami pun tak paham, xleh ckp lg kan..

    ni baru sorang, huuuuu
    xtau la nk tambah lg ke tak...
    hukhukhukkk

    ReplyDelete
  2. @nabila : biasalah budak2, mak bapak kena belajar and faham ragam diorg kan? takkan dah taknak tambah...
    rugi woo anak sikit..
    tunggu dia besar sket, ok la tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...