Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 23, 2014

Suntikan im dexamethasone

refer kepada kes aku sebelum ni, both beranak premature, kali ni doc suggest ambik suntikan im dexamethasone awal sket.
ngam2 28w, cocok terussss.
doc kat gynea yg decide masa g checkup on 4 july lepas.
dengar suntikan tu, agagagaga... ngerii..
suntikan im dexamethasone tu utk matangkan paru2 baby.
klau ko pernah bersalin premature sebelum ni, percent utk bersalin premature pada masa akan datang adalah ada.
so, doc akan suggest ambik suntikan ni siap2.
in case terberanak masa 7bln, dah ada support utk baby.
then, klau ada tanda2 nak beranak awal, like ada pra contraction sebelum 36w, pun akan kena cocok.
masa Amni dlu, aku ada contraction masa 35w, so warded then cocok.
jadiknya, dah ada pengalaman kena suntikan im dexamethasone.
kali ni bila dengar kena lagi, aduilaaaaaaaaaaaaaa..
sakit oi!
cocok kat bontot tuu.
bontot ko taulah, isi pejal.
kena cocok pulak, huiiiiiiiiiiiii..
dlu memula kena, mmg bergenang air mata la menahan.
pastu sementara ubat tu duk berjalan kat urat saraf bontot pejal ko tu, haaa, masakla..
kejang habis kaki.
2 kali okeh!
lepas suntikan yg pertama, lepas 12jam, ambik suntikan ke 2 pulak.
memula bontot kiri, pastu bontot kanan pulak.
dua2 kaki kejang..
hahahaha..
tapi tak la lama sgt sakit tu.
dlm setengah jam camtu rasa sengal2, pastu hilang la.
memula masuk jarum tu mmg ngilu habis la..
tapi idok la sampai menangis, meraung guling2 tuu...
control la sket kan? ehek ehek ehek..

utk kali ni, aku kena cocok 21 july lepas.
pagi2 dah mengadap klinik kesihatan kangar tu.
1st dos, pkul 9 pagi.
yg buat tu ketua nurse sendri.
dia pun siap bismillah, baca doa bagai kat aku sebelum cocok.
siap cakap, sabar dik naaaa, sakit sket ni..
tarik napasss, relax..
hahahaha..
sebab dia tau sakit and aku pun tau sakittttttttttt..
pas cucuk tu, duk relax2 jap kat katil tu, baru balik.
dpt mc hari tu. yay!
next dos, pkul 9 mlm.
yg tu kena g ambil kat wad beranak sebab klinik kesihatan dah tutup.
mlm tu lepas buka posa, siap2 g hospital.
hadap la aku duk tunggu turn kat wad beranak tu.
sebabnya ada 3-4 org duk tgg nak buat ctg, nak beranak.
hahahah..
aku relax je, yg lain tu muka dah kerut2.
contraction gamaknya..
sabau yeee..
suntikan mlm tu, doc yg buat.
dia pun duk cakap, kesian akak, sakit sket yeh cucuk ni..
hehehe.. smua org tau sakit kan suntikan im dexamethasone ni.
nak buat camna, redhoo..
dah setel, doc tu duk nak buat ctg kat aku jugak..
duk tanya perut mengeras ke tak?
takmo2, saya takda contraction apa pun lagi ni.
perut mengeras pun sebab baru pas berbuka ni doc..
so, nurse just ambik tekanan darah and check jantung baby je.
pastu balik..
yay!
tak ready nak berkampung kat wad beranak lagiii..


korang pernah kena suntikan im dexamethasone?
sakit kan?

2 comments:

  1. mmg sakit lebih drpd biasa sebab suntikan ni direct ke muscle berbanding ke vein/salur darah mcm kebanyakan ubat lain...semoga dipermudahkan buat Azziah, insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. @linda : terima kasih linda.. skang ni berdoa moga bby keluar on time, insyallah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...