Search This Blog

Loading...

Thursday, August 14, 2014

Alhamdulillah.. dah khatam

Alhamdulillah..
2,3 hari lepas raya dah habis al-quran.
tapi bukan thn ni punya jelah.
baca bersambung2 dari 2 thn lepas kut..
thn ni baru  habis.. hihi...
yelah, baca pun mlm2 je, pas maghrib.
klau bukan bulan puasa, kadang2 tu seminggu sekali 2 je pun.
bulan puasa ni, pulun sket la, tiap2 mlm..
patutnya, hujung2 puasa tu dah habis dah.
tapi hujung2 puasa tulah aku melembik teruk.
jumaat, sabtu, ahad tu aku tak puasa pun.
pastu berbuka umah mak, then mak mentua, then umah mak balik.
so 3 mlm tu tak baca quran.
org slalu hujung2 puasa la pulun buat amal ibadat kan?
aku hujung2 tu, melembik je.
tak tau napa.
awal2 ok je.
pas berbuka, walaupun tak puasa, baring je keja.
nak kata pulun buat persiapan raya, tak pun.
memang baring jelah..
masa hari khamis mlm jumaat tu, duk bilang dah.
ada lebih kurang 2 juz je lagi.
hujung2 quran kan surah pendek2 je, so klau pulun, dapat la habis before habis ramadhan..
tapi tak dapek..
bulan puasa kali ni aku dapat baca dlm 5 juz.
sokay la kan?
baca pun pas maghrib nak menunggu isyak je.
dapat la sekali baca tu 4-5 helai.
klau weekend, kadang2 pas subuh baca la jugak sket.
tapi tak banyak, dlm 3-4 helai..
klau baca banyak kang dahaga pulak nnt..
hahahaha..
mlm takpe, bule minum.
aku pulak jenis tak reti nak baca dlm hati je.
kena baca biar dengar jelas suara tu, bajet cam qariah dah..
baru nama baca al-quran ye dok?

memandangkan skang tgk peknen, so pasni nak teruskan la membaca tu.
tak peknen pun aku baca jugak.
cumanya kali ni aku tak mula balik quran tu.
aku nak baca surah2 amalan masa mengandung like surah yusuff, surah maryam, surah luqman and surah yassin.
3 surah tu mmg smua tau lah, elok di amalkan masa pregnant kan?
then surah yassin, memang kita amalkan sentiasa.
dah habis quran ni, aku nak baca surah2 tu sebanyak mungkin sebelum beranak ni.
dlu tok kiyai aku pesan suh baca surah yassin banyak2 masa pregnant.
Insyallah nnt katanya sakit beranak tu  tak lama.
and yes, aku sakit 2 jam je.
kerja Tuhan la smua tu kan?
so kali ni kita teruskan amalan tu smua.
harap2 semuanya dipermudahkan Dia..

al-quran tu aku beli thn 2005.
takat la ni klau tak silap dah 3 kali habis.
beli dengan duit gaji yg seciput masa keja kat pejabat tanah dulu.
dlu2, gaji kerani gomen, starting 600 je..
harga quran tu bule tahan mahal, rm100++.
tak ingat berapa.
tapi ingat ke nak melabur ke saham akhirat, beli jugak lah..
2 kali bayar, baru dapat quran tu.
syukur, sangat membantu aku.
quran ni mudah sangat bg org yg tajwidnya tak berapa bagus mcm aku nilah.
sebab, kat tajwid yg nak kena dengung, kena panjang berapa harakat, dia dah tanda.
ikut kaler.
pastu kat mana nak benti, kat mana tak boleh benti, smua ada tanda.
senang..
cantik pun cantik.
elok je aku jaga, mcm baru.
bukan nampak baru sebab tak baca yehhh..
sebab aku jaga elok2.. kitab besar junjungan kita tu, panduan umat Islam.
baru2 ni aku beli tafsir.
pas baca, belek2 tafsir pulak, utk tau makna.
dah baca, kena faham skali yeh..

al-quran ni kena amal.
klau dah tiap2 hari baca, bila tinggal dia mcm rasa  ada kekurangan.
paling kurang dlm seminggu ada sekali.
selalunya mlm jumaatlah, dah terbiasa baca surah yassin kan?
klau dah tinggal lama, nak mula balik, mmg liat.
paling kurang pun dpt sehelai 2 tiap2 mlm pun dah cukup baik.
biar jadi amalan berterusan.
jom, sama2 kita amal..
aku pun bukanlah rajin sgt.
harap2 lebih rajin utk masa2 akan datang.
cari saham akhirat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...