Search This Blog

Loading...

Monday, August 25, 2014

Frozen pulak

cik kuntum tu sekarang tengah gila frozen.
kartun frozen, elsa and annad tu..
agagaga..
mak tensi nakkkkkkkkkkkk..

dulu masa frozen memula keluar, aku tak hairan pun.
sebab dia tak minat pun kartun girlish2 ni.
dia layan doraemon, minion, mickey mouse and yg sewaktu dengannya.
yg agak gegirl sket aku rasa, hello kitty kut.
dlu memang minat habis la anak kucing tu.
now tak dah.
tak layan dah pun.
kartun barbie pun dlu tak layan.
spongebob and upin upin harus layan.
upin tu paling win la, siap hapal dialog.
selagi tak mudarat, aku ok je.

bulan lepas sesaja la pasang frozen bagi dia tgk.
sebelum ni pun pernah, tapi dia tgk gitu2 je, pastu blah.
apaknya pun hairan sebab anak dia tak minat pun frozen.
anak2 kawan dia katanya addict habis, tapi Amni buat dek je.
dia kan kental.
mana layan gedik2 tu smua.
tapi sebelum puasa hari tu semua dah berubah.
tetiba minat frozen.
tetiba feeling princess.
hari2 nak pakai baju kembang2.
nak melawa je.
sket2 cantik mcm princess.
mana dia tetiba dpt ilham aku pun tak tau.
baju nak princess jeeeeeeeeee..
pastu dah start layan frozen.
pastuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, masak la mak pak dia.


hmmmmmmmmmmmmmmm..

ko bule bayang, klau hari sabtu ahad, dia duk umah ngan aku tu, 4 kali repeat frozen non stop.
hoihhh..
beku mak ko nak oihh..
celik mata, nak tengok pozen..
aku nak buat keja umah, malas nak gaduh ngan dia, oklah pasanglah.
ajak mandi pun takmo takut pozen habis.
tak basuh berak pun takpe, hold kejap, takut pozen habis katanya.
padahal bule pause je pun.
apak ko download save kat pendrive nak.
ulang la 8 ribu kali sehari pun, takda hal.
lagipun dah kali ke berapa tengok dah tuuuuuuuuuu..
haduihla.. kes tu yg duk bergaduh tu.
memang dia duk statik situ jelah tgk citer tu.
dari pkul 9 pagi sampai pkul 1, tengok tu jelah ulang2.
aku nak buat keja umah, aku biar jelah dia layan tu.
klau tak dia mengacau aku pulak nak sapu sampah nak sidai baju bagai.
tapi klau dah sampai nak bukak cerita lain pun tak leh, haaaaaaaaaaaaaaaa, ini bule mengundang kemarahan.. hahaha..
naseb baik gak la tv dlm bilik tak leh tgk pozen ni.
aku buka channel apa aku nak tgk kat luar, pastu masuk layan dlm bilik.
dia aku biar je duk tgk kat luar.
lama2 dia boring duk sorang, masuk bergentel ngan mak jugak dlm bilik.
but, no pozen arrrrrrrrrr... redho jelah dia.
hahahaha..

klau mlm2, duk bergaduh la dgn papa dia.
papa nak tgk channel astro, dia nak tgk pozen.
menjerit2 dua beranak tu.
aku duk kat dapur, gelak jelah.
padan muka papa. rasakan apa mama rasa.
muahahaha..
last2 habis anak beranak layan frozen.
2 kali tgk pun dah bule hapal, apatah lagi klau sehari 4 kali tgk kan?
ini dah masuk sebulan dah, tak tau berapa kali tengok dah.
redho jelah..
lagipun dia duk diam bila tgk tu.
pastu suruh la buat apa pun, smua buat.
sebab mama kata klau tak buat, tak bule tgk pozen.
mainan pun kemassssssssssss je.
bagus!
ikutkan tak bagus sgt, tapi aku tau budak ni.
dia ni bermusim, kang dah lama sket, harus jemu.
buat masa skang ni, mama pun tak larat sgt, so biarlah dia.
asal dia hepi, mama papa ok je.

tu tak tgk dia menyanyi lagi.
tapi seb baik tak over sgt.
nyanyi sket2 je.
snowman snowmannnnnnn...
dah start korek mata mak dah ni...



dah banyak kali tgk, eh best jugak citer ni.
jln crita simple, and ada mesej.
Amni dah berapa kali tgk, dia pun dah faham.
memula tgk tu, dia punya awat@kenapa@pasaipa tu hoihhh, membunuh nak menjawab.
dia mcm apak dia, manusia yg penuh dengan persoalan.
tapi rasanya dia lebih lagi kut..
budak nak besar kan?
at this age, semua benda nak tau, and keep asking.

awat kakak tu jatuh?
awat kakak tu menangis?
awat kakak tu kena kurung?
awat kakak tu ada ais?
and macam2 awat lagi.

jenuh nak menjawab, sebab selagi tak jawab selagi tu dia tanya.
klau tak jawab kang dia menjerit menangis bagai sebab tak jawab.
kena jawab utk pahamkan dia.
dah jawab 1 soalan, ada pulak soalan berantai.
awat adik dia tu mama?
adik dia jatuh.
pasaipa dia jatuh?
kena ais, jatuh la.
pasaipa kena ais?
kakak dia buat.
pasaipa kakak dia buat adik dia?
hoooooooooooooooooo.. membunuh ok membunuhhhhhhhhhh..

dah beberapa kali tgk, dia dah paham and kenal watak.
now, dia cerita pulakkkkkkkkkkkkkkk..
dah dia tgk, kang dia cakap pulak masa tu.
mama, elsa tu ada ais.
mama, anna tu jatuh.
mama, papa ngan mama anna tu mati, air laut banyak.
mama, laki tu jahat.
mama, anna tu kena marah dengan kakak dia, blablayadayadayada...
pening kepala nak layan, dengar dia bercakap lagi.
but mama redho nak. +____+
mama ok je..
sebab bila awak cakap bnyk gitu, means awak dah paham.
awak tgk, awak paham kan?

baru2 ni papa dah tension.
download frozen, save kat henpon.
so, dia bule tgk tv, kasik amni tgk frozen kat henpon.
sehari berjaya la. tapi semlm misi gagal.
Amni nak tgk frozen kat tv!
hahahahaha..
kalah jugak apaknya.
sebab kat henpon kecik, pastu dia download part lagu2 je.
mana maunye budak tuuuuuuuuuuu..
ok, pasni kita buh kat tab pulak papa eh?
mama pun dah lama kut tak tgk cerekarama..
hahahaha..

6 comments:

  1. sejibik cm anak saya kak...muntah la duk tgk frozen ni je...ngan oatk2 kita frozen sekali...sabo jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gegirl kut, suka tgk kartun2 gini kan? nak buat camno, redhoo jelah

      Delete
  2. anak sy belum tahu frozen ni lagi...kalau tahu memang siaplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah bgtaulah.. hahahahaha.. kang naya

      Delete
  3. cik syifa part nyanyi love is an open door tu xboleh bla...bila time chorus tahan jela tlinga..sy pun dh lm xtgk cerekarama..sob..sob..klu xfrozen, upin ipin...samalah..nk basuh berak pun hold dulu,takut upin ipin abis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah apa la yg sronok sgt xtau la kan? maybe sebab kartun dia cantik and simple utk budak2 baya diorg paham kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...