Wednesday, December 17, 2014

Sembang kosong

sembang kosong..
lama tak update blog. tak punya kesempatan sgt.
banyak nak share sebenarnya ni.
insyallah pasni, kak yah update kerap sket..
rugi nang2 duk kluar tuuuuu..
masih dlm proses menyesuaikan diri dengan rutin baru.
punya 2 anak..
ehek ehek..
poyo.. tapi itulah hakikatnya.
kalut oi kalut.
anak kecik, anak besar, anak tua. apaknya lah tu.
keja, rumahtangga, anak2..

agak tunggang langgang sket la.
edjas slow2.
aku start keja, Aniq umo 71 hari.
Amni pulak dah start hantar ke taska.
tu nnt aku crita betapa horrornya pagi2 nak siapkan dia ke skolah.
bangun pagi skang 6.15 or 6.30am.
menetek anak lagi. klau dia ok, kejap je.
klau tak ok, nak mengempeng, haru gak la..

dari rumah ke opis aku 20km.
aku tak suka sampai lewat ke opis.
masuk keja jam 8.10 am. by 8.00am, aku akan make sure aku dah sampai.
ada lagi 10mnt utk minum pagi.
nak minum kat rumah mmg kirim salam la.
7.30 mesti kluar rumah. paling lewat pun 7.40.
nak hantar Aniq lagi. Amni papa dia hantar sebab skolah dia arah lain.
boleh aku hantar, tapi kena kluar 7.20.
anak ada 2 skang, ambik tugas sorang 1 lah ye..
adil.. ngeh2.
lagipun tak sehala and papa masuk keja lewat, so sempat nak hantar anak.
again, aku tak suka sampai lewat kat opis.
sejak pindah opis since 2012, baru sekali aku lewat.
sampai lebih dr 8.10am.
tak suka.
sampai awal, sempat kita prepare diri.
pas minum pagi, start keja.
dapat rilex2 kejap.
klau sampai ngam2, tak sempat minum, start keja terus.
dgn termengah2nya, terus nak start keja kan?
tak suka..
dapat minum, dapat rilex kejap, so nak mula keja pun smooth je..
itu cara aku.

balik keja 5.10pm.
sekarang aku smayang asar siap2 kat opis.
klau tak, silap2, pkul 7 baru dapat asar.
skang ni maghrib awal kan?
dlm 5.20 camtu kluar opis.
lajuuuuuuuuuuuuuuuu je bawak keta skang sebab nak g Amni dlu.
skolah dia sampai 5.30 je.
tapi diorg tunggu la sampai pkul 6 utk mak bapak ambik anak.
5.50 camtu aku sampai skolah dia, tinggal 4-5 org budak je.
yg mak bapak keja jauh sket la kut mcm aku.
ambik Amni, pastu g ambik Aniq pulak.
Aniq takpe dekat dgn umah je.
pkul 6.15 camtu sampai rumah.
klau mood adik ok, letak dia kat tilam, gegas la buat keja umah.
kadang2 sapu sampah, tgk kain klau pagi ada sidai.
masak air, tengok2 dapur.
pastu check beg anak2, set siap2 utk esok pulak.
klau pagi baru nak siap, lagi huru hara.
klau adik tak bagi kerjasama, mmg duk belek dia jelah.
setakat la ni, jarang la nak bagi kerjasama.
oh anak.. budak makin besar kan?
hilang je mak dari mata dia, mula la nak ek ek..
kadang ok, kadang tak.
skang ni nak main, nak sembang2 pulak.
klau gitu perangai, memang tak leh buat apa.
klau papa balik awal, dapat la sembahyang maghrib dgn aman.
klau papa balik lambat, sembahyang pun buat yg wajib je.

masak?
dah 2 minggu tak masak. agagaga..
peti ais pun kosong je. takda barang basah apa.
pegi market tak sempat, masak pun tak sempat.
nak masak dinner, pkul 9 baru blh start.
lepas budak kenit tu tdor.
klau dah pkul 9 baru nak masak, pkul brapa nak makan?
pkul brapa nak tdor?
makanya, beli jelah nasi goreng ke apa2. seb baik ada kedai makan tak jauh dari rumah.
redho jelah tok laki kena g mkn tiap2 mlm.
nak mama masak, boleh je.
g beli barang basah, balik keja awal, jaga anak.
mama leh masak dgn tenang.
klau tak, kejap2 kat dapur, kejap2 berlari ke ruang tamu tgk anak.
mengah oiii..
hari apa ntah, adik tdor awal, sempat la masak.
ada stok last dlm peti ais, so moh le kita ngabihkan.
masak nasi, lauk apa tak ingat dah.
yg ingat buat sup sayur+fishball.
amni mkn sup tu banyak. fishbal 4 ketul kut. besar2 plak tu.
tacing mak tgk anak makan.
sebab mak lama tak masak kan?
seb baik Amni skang tak susah bab mkn.
kadang2 mlm dia minta milo + coco crunch.
klau dia minta, mmg dia mkn bnyk.
kadang2 nak roti+sekaya. 3-4 keping skali hadap.
nak elak dari rasa bersalah sebab tak masak utk anak, makanya tunggu dia makan sampai habis.
kadang2 suapkan dia makan.
mmg dia mkn bnyk. lapar ke kakak?
sory, mama huru hara skang ni tak sempat masak.
ni salah papa sebab dia slalu balik lambat,so mama tak sempat masak.
hahahahaa...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...