Search This Blog

Loading...

Friday, April 17, 2015

Bila Amni pegi sekolah..


Alhamdulillah...
dah hampir 5 bulan Amni g skolah Pasti.
memula memang struggle, but now dah makin mudah.
ada la sket2 lagi akal dia.
pagi2 tu lah , bila kena kejut bgn nak mandi siap2 smua.
mcm2 lah alasan dia, tak nak bangun, tak nak mandi, taknak g skolah.
mcm2.
dlu mak tak sabar sgt.
skang dah boleh handle sebab dah tau akai dia mcm mana.
budak2 biasalah, bila kena gerak bgn pagi kan?
nak2 klau tak cukup tdor, memang mengamok la.
kadang2 sambil  mandi sambil menangis.
saja buat drama..
dah tau perangai dia, skang ni kami ikut je apa dia nak pagi2 tu.
malas nak bising, malas nak bertekak.
klau tak, duk menangis tak benti.
kita nak bersiap nak cepat nak g keja kan?
ngan adik lagi.
kang adik menangis sama, apa pun tak bule.
mujurlah adik pagi2 ok sangat.
kakak je buat perangai sket.
pas mandi, duk siap2 tu makin ok.
bodek2 sket, buat2 sembang apa2, pastu ok.
nak kluar umah, dah hepy dah nak g skolah.

aku rasa pilihan aku hantar Amni ke Pasti adalah tepat.
sebab dia dah pandai mcm2!
aku nak dia lebih ke arah agama.
and yes, menjadi.
berkat didikan cikgu2 Pasti, Amni makin bijak.
menitik air mata bila tengok perkembangan Amni.
rasa sebak dada bila dengar dia baca surah Al-Fatihah.
sungguh!
mcm tak percaya, Amni yg  baru 4 thn dah boleh baca surah al-fatihah.
dah pandai baca ayat2 dlm solat.
sujud, rukuk, duduk antara 2 sujud, smua dia dah pandai baca.
paling tak tahan, bila dia baca doa ibu bapa.
sebak sangat!
terkini dah boleh baca surah2 pendek.
dasyat btul cikgu2 ni ajar.
cepat je diorg hafal.

balik rumah, nyanyi mcm2 lagu.
yg pasti lagu2 berunsur keagamaan la.
lagu anak nabi kita, lagu malaikat.
siap selawat, zikir smua.
nak tdor baca doa, nak mkn baca doa.

dah pandai cakap pasal dosa, pahala.
buat ni dosa, buat ni dpt pahala.
dah pandai cerita mcm2.
balik rumah cerita kat adik dia pulak.
mcmkan adik faham.
tapi takpe, layankan je dia.
maknanya dia ingat apa yg cikgu cerita kat skolah tu.

tapi,  jangan ko suruh dia baca apa2, nyanyi ke apa.
mmg dia tak layan.
klau dia duk main2 ke apa, tiba2 nyanyi ke, baca surah ke doa ke.
haaa, time tu ko nak suruh dia baca, takda hal.
dia sambung je apa ko suruh baca.
semangat habis.
kalau dia sendri yg mula, dia mmg baca je smua.
kalau kita suruh baca, tak layan.
siap cakap dia sebok  nak main.
amboi sangat perangai tu.
so, aku pun klau tgh drive ke apa ke, tiba2 dia baca al-fatihah, laju2 je join dia, baca sama2.
pastu baca ayat lain pulak, doa lain smua tu.
nak dengar dia hafal dah lancar ke tak, betul ke tak.


seronok sgt weh..
sebab pada aku dia kecik lagi, tapi dah pandai.
dlu mcm rasa bersalah je bila pagi2 dia nangis2 taknak g skolah.
mcm salah je keputusan aku hantar dia g skolah umo 4 thn.
but now, dah ok banyak.
tak rasa bersalah dah.
rasa mcm betul dah keputusan aku tu.
dia dah enjoy g skolah.
dah mcm2 nama kawan2 and cikgu yg keluar.
cikgu pun smua baik2.
syukur sgt.

bab bercakap tu toksah cakap la.
mmg susah nak tipu, ada ja jawapan dia.
pastu selalu bertanya.
keep asking everytime.
apa yg dia nmpk, dia nak tahu, dia tanya.
kenapa, kenapa, kenapa, kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.?
waktu rajin aku jawab, waktu malas, kena marah sebab cakap bnyk sgt.
hahahaha.
selalu yg rajin layan, papa dia.
dia pun tau dah, jarang nak tanya bnyk2 kat aku.
sebab mama is sebok, so tanya papa lah.



2-3 bulan lepas g Pasti, banyak perubahan.
antaranya, dah taknak pakai baju short sleeve.
taknak langsung!
siang mlm, pagi petang nak baju long sleeve je.
sanggup pakai baju tidor siang hari sebab baju  tidor long sleeve.
tak larat nak bergaduh.
end up, aku pun malas, so ikut jelah.
dah biasa g skolah pakai baju long sleeve kan?
pastu cikgu cakap tak boleh pakai baju short sleeve, berdosa.
budak2 kan patuh kat cikgu diorg.
sokay la, dah nama pun pusat asuhan tunas islam, mestilah diorg terapkan nilai2 Islam dari kecik.
takkan ko  nak melawan ye dok?
gigih la aku mencari baju yg long sleeve bnyk2 utk dia.
cari yg murah2 jelah buat pakai basahan kat rumah.
utk g skolah, dapat la jugak yg jenis sepasang dgn seluar jenis baju muslimah tu.
kita ni kesian, siang2 kan panas, bagi la pakai baju short sleeve.
langsung taknak.
panas hujan ribut petir ke, baju long sleeve sajaaaaaaaaaaa..
ikutkan jelah.
kalau dari kecik dia dah biasa, dah besar kang senang.
harap2 mcm 2 ni sampai besar, jgn kecik2 ni je awak beriya.
dah besar kang kena tutup aurat yeee?
tudung pun dah kerap pakai klau nak keluar skang ni.
dlu pakai g skolah je, now nak keluar je carik tudung.
Alhamdulillah..

baju2 dia yg short sleeve, yg seluar legging, pendek smua, sila simpan yeh..




kadang2 teringin nak pakai baju kembang.
so, jadilah mcm ni.
baju kembang, dengan seluar panjang and sweater.
dan juga tudung yeh.
muslimah sangat awak nak..
takpe, mama ok je, asal awak bahagia.
kecik2 kita dah biasakan dia dengan menutup aurat.
harap2 sampai bila2 awak mcm ni.
kadang2 nak pakai stokin.
maybe dia tgk aku pakai stokin, so dia ikut.

dia pun sekarang dah makin mudah.
ada la jugak perangai mengada2 tu sket, nak2 kalau papa ada.
dah makin besar, kadang2 makin senang.
dah boleh disuruh.
balik skolah, dah tau dah.
buka beg skolah, ambik baju smua masuk dlm bakul nak basuh.
ambik beg adik skali.
pastu simpan beg kat tempat dia.
pastu baru boleh main ke tgk tv ke.
bnyk perkara dah jadi mudah.
sometimes ada gak tantrumnya.
tu next entry.
boleh tahan hebat kalau mengamok.
hehehhe..



dah boleh jadi teman borak mama.
dan kadang2 teman gaduh juga.
hehehe..
dah pandai melawan pun ye jugak kenit nih.
kita marah, dia marah kita balik.
pastu kena piap laaaaaaaaaaaa..
dia petah sgt, so mmg seronok sembang.
cumanya aku yg  tak larat layan sebab bnyk sgt cakap.
pening oi.
tapi mama tau, sel2 otak awak sedang berhubung dgn baik.
eheh..

moga2 awak terus membesar jadi anak yg bijak.
dan mama doa yg baik2 utk Amni.
kesayangan mama dunia dan akhirat.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...